31 January 2013

Magical Potion

Potion akan heal Pokemon sebanyak 20HP maka eloklah beli hyper potion yang boleh heal 200HP. Harga pun murah je, 1500 coins kot. Tapi potion yang ingin diceritakan di sini setaraf dengan max potion yang tak boleh di beli di Pokemart. A magical potion born from magical leaf yang merupakan move yang boleh dipelajari oleh grass-type pokemon. Ok enuff with pokemon thingy.

Magical leaf ini dikenali sebagai Camellia Sinensis yang sangat sedap namanya dan mungkin bila aku ada anak perempuan nanti, aku nak namakan anak aku Camellia atau panggilan ringkas Melly Mal. Pokok Camellia Sinensis ini menghasilkan daun yang sama dan proses mencipta magical potion ini terbahagi kepada 4 dan hasil potion adalah berbeza. Suspen kan? Bahasa kampung bagi magical leaf ni adalah teh.

T

4 potions yang berbeza ini adalah black tea, green tea, oolong tea, dan white tea. Variasi yang berbeza of course dari segi khasiat sebab nama pun magical potion, lepas tu rasa, dan harga. Green tea dah digunakan di China beribu tahun dahulu dan menyebabkan suku kaum yang bukannya berasal dari China seperti orang Mongol, orang Xhosa, orang  Barbarian, orang Eskimo, orang Pinoy dan semua manusia yang tidak menghuni negara China memaksa diri mereka percaya bahawa green tea adalah minuman dewa. Maka, green tea sangat overrated. Negara barat hanya meneguk black tea yang sangat underrated sebab katanya tidak seletop green tea.

Lepas pelbagai research telah dijalankan puluhan tahun lamanya dan yakinlah bahawa bukan aku yang buat research berkaitan black tea tapi aku hanya buat research google information sahaja, didapati bahawa black tea juga menawarkan pelbagai khasiat dan kebaikan yang lebih kurang sama hebatnya dengan teh dewa atau green tea.

Disebabkan green tea tidak fully oxidised, maka kandungan epigallocatechin gallate atau bahasa ringkasnya EGCG yang merupakan suatu antioxidant yang sangat kuat yang katanya boleh melawan kanser dan banyak lagi benda alah ni buat untuk defend badan manusia. Black tea pula dioxidised sampai warnanya hitam menyebabkan EGCG ini mampus dalam proses fermentasi tetapi lahirnya dua antioxidants baru iaitu theaflavins dan thearubigens. My god! Apa benda la nama sampai macam tu sekali sebab serius sangat menyeksa laymen like me nak faham benda tu. Tapi katanya ia melawan bad cholesterol dan mengurangkan risiko sakit jantung dan serangan strok. 

Nak tau pasal goodness of tea, kena la google sendiri. Tapi senang cerita, tea memberi kebaikan daripada otak, telinga, mulut, salur darah, jantung, usus, sehinggalah ke diabetes, hypertension, diarrhea, dan juga weight loss to name a few. So teh adalah suatu minuman yang sangat ajaib yang memberi pakej kesihatan yang lengkap dengan harga yang tak seberapa tu. Green tea lagi mahal daripada black tea tapi dua-dua bagus. Maka eloklah minum kedua-dua teh itu kalau idamkan tawaran pakej yang lengkap. Oolong tea dan white tea? Sorry itu tak tau tapi sama je la kot sebab datangnya daripada pokok Camellia Sinensis. (Penulisan ayat emosi kerana tiada sebarang rujukan. Thanks Dr. Pemeriksa sebab komen itu melekat sehingga sekarang dan sentiasa peka akannya.)

CUMA SYARATNYA ADALAH MINUM TEH TANPA GULA ATAU SUSU. Apabila terjatuhnya gula atau susu ke dalam teh, segala magik ini tidak akan berlaku lagi-lagi bagi mereka yang nak kurus. Musuhilah makhluk yang memberikan syurga dekat taste bud sebab tiada gunanya lidah kita berparti tapi hidup organ badan lain tidak keruan ke sana sini, terumbang ambing dipukul bayu laut, dan terseksa dalam keheningan malam. Ayuh seksa lidah supaya organ lain boleh pop the champagne. Cheers!

Viva la vie! 

No comments: