30 March 2013

Tired of Hunting the XZ

Harini hari ketiga memburu Sony Xperia Z. Dikatakan dekat Blue Cube Taman Segar tak sampai stok, maka berjalanlah aku disekitar KL; Blue Cube Mid Valley, Blue Cube The Garden, dan Blue Cube Capsquare. Tapi brother dekat Capsquare cakap kat KL memang dah tak ada stok tapi kalau nak kena pergi dekat Cyberjaya. Kelakar lah awak ni!

Persoalannya, kenapa Celcom je yang boleh jual yang ada rebate? Ada staff umobile kata boleh order tapi harganya tanpa menggunakan rebate iaitu RM50 lebih mahal daripada harga yang ditawarkan selepas rebate. Persoalan sekarang, aku tak pernah dengar promo tu. Fishy. Masa dia nak bagi tahu harga, dia siap tekan-tekan calculator yang memberi makna dia mesti tengah kira keuntungan dia atau komisyen dia. Fishier. Katanya order pagi, petang sampai jadi aku agak skeptikal mengenai tahap keoriginalannya. So that was the reasons why i dont fishing my wallet out of the jeans and pay for the phone because everything is sketchy.

Play safe, aku tunggu je Blue Cube ada stok dan aku akan terus beli. At least kalau ada defect, aku boleh je hantar kat situ.

28 March 2013

Last Instruction

Last step: Go to the nearest Celcom Centre, and pay for the phone.

Berbulan lamanya menanti page ini.

Aku rasa Axiata punya company ni baca blog aku lepas tu nak untung daripada pembelian yang bakal dilaksanakan oleh aku tak lama lagi. Kalau tak, sia-sia aku jadi Celcom Xbassador 7 tahun yang lepas. Lol.

Apa yang tak bestnya aku kena beli simkad baru untuk dapatkan rebat tu. Dan aku kena top up RM30. Top up tak ada masalah sebab akan digunakan juga cuma simkad ni. Tak kisah la asalkan jimat beratus ringgit.

Thanks Najib. I love PM *eyes rolling*. Aku masih berpendapat better guna 1.5m x RM200 untuk pembangunan sains dan teknologi malaysia yang masih tertinggal 70 tahun di belakang US *statement sama macam post yang lepas*.

Harap-harap SKMM tak baca post ni lepas tu tak bagi aku guna rebat.

26 March 2013

Seller Dont Sell Stuff

Aku tak paham dengan bisnes, mungkin sebab aku dalam bidang sains. Tapi aku tau bisnes ni orang bagi duit, orang lain bagi barang. Ke bukan?

Its about Xperia Z again. Harini keluar lunch awal sebab nak pergi Celcom Centre. Katanya Blue Cube ada jual henfon sahaja. Tapi sayangnya Xperia Z tak ada dalam list tawaran henfon berebat. Pergi ke Maxis Centre pula, pun tak ada Xperia Z berebat. Umobile pun sama. Maka pulanglah aku dengan muka ditinggalkan kekasih. Tapi style gila kawasan Leisure Mall yang penuh dengan segala macam perkhidmatan cuma tak ada Digi Centre.

Selepas pulang dari kerja, komunikasi dilaksanakan bersama-sama khidmat pelanggan Digi. Katanya rebat untuk Xperia Z wujud tetapi perlu melanggan postpaid. Fuck you! Prepaid tak ada. Fuck you lagi.

Aku memang tak paham kenapa dorang tak nak jual henfon tu. Henfon baru keluar, mesti la untung banyak kan berbanding lepas harga jatuh. Nak guna rebat bukannya dorang rugi. Boloh bunya olang.

Sekarang ni perlu ke aku tunggu Xperia Z dimasukkan ke dalam list henfon berebat? Atau aku kena spend RM2.2k untuk henfon itu? Jika dikaji balik, nak dapat rebat still kena beli produk mereka. Range RM10 hingga RM30. Tapi rebat masih ada at least RM170 selepas tolak simkad.

Buntu.

Kalau beli terus harga asal, rebat masih wujud untuk henfon lain contohnya Samsung Galaxy S IV yang dikatakan akan terpancut ke dalam pasaran tak lama lagi. Tapi banyak pula gaji kerani untuk tukar phone. Katanya buang akaun facebook sebab nak jadi lagi matang, tapi nak berhabis duit untuk phone. Sangat childish. Nak beli phone lain selepas Xperia Z kalau tak guna rebat?

Buntu.

FUCK YOU, YOU MOTHER NATURE!

Mati Kau, Mati!

Tak payah nak takut sebab aku tak doakan kematian sesiapa. Aku cuma menyumpah sahaja.

News dekat Yahoo ada cerita pasal orang potong kemaluan bapanya dan dirinya atas alasan kiamat dah dekat. Tiba-tiba teringat masa dekat matrikulasi sewaktu berlakunya penyebaran video lelaki bodoh yang menyeksa kemaluan mereka mengharapkan kemaluan mereka mempunyai kebolehan yang luar biasa. Jika ada 3.5 bilion lelaki, berjuta-juta daripada mereka pasti bodoh.

Okay ini bukan cerita pasal mereka. Ini cerita pasal mati. Oh tapi aku tak nampak kesinambungan antara kiamat dan potong kemaluan. Bodoh kan? Mungkin aku tak fikir luar daripada kotak fikiran aku macam mereka. Lol.

Apakah yang akan terjadi bila berlakunya kiamat? Mati la kan? Tapi kalau kiamat tak sampai lagi, still mati jugak kan? Yahoo News ada cerita pasal budak lelaki kerat mak dia 15 bahagian. Ada budak lelaki juga racun mak bapak dia lalu mati sebab nak main game. Ini semua kematian yang tidak dapat dijangka.

Kalau nak cerita pasal orang mati, memang banyak. Eksiden contohnya. Tak pasal-pasal mati. Kalau dia ada segulung ijazah, tak ke rasa sia-sia ijazah tu. Bersungguh-sungguh diwaktu muda untuk keselesaan diwaktu tua tapi mati ditengah jalan. Bermalas-malasan diwaktu muda tapi umur 150 tahun pulak.

Aku cuma doakan kematian aku. Mati kau!

25 March 2013

Overshadow The Master

Pengarangan The Wanderer keseluruhannya kebanyakan berlandaskan pengalaman dan selebihnya adalah dari sudut pemerhatian yang sangat mendalam yang biasanya terlepas pandang bagi manusia yang memiliki minda yang sungguh sempit. Bahagian terbaru yang telah dipaparkan adalah The Wanderer Pt. 8: Collusion akan tetapi tidak disangka begitu laju perjalanan ini sehinggakan bahagian kelapan daripada sepuluh bahagian cerita keseluruhannya telah selamat tiba untuk dirasai bait-bait kesengsaraan yang ditawarkan.

Waktu malam, adalah waktu yang puas diamukkan oleh orang-orang terdahulu dengan mengatakan bahawa kawanan hantu sangat aktif berlegar-legar di bumi 3 dimensi ini. Dan kita akan takut jika terserempak dengan entiti yang tidak normal menurut mata kepala manusia. Akan tetapi bagaimana pula kita dimata bayang-bayang itu? Adakah mereka juga takut untuk bersua muka dengan kita?

Me, consists of two entities that lives in two different dimensions. The you-see-me entity is what i want you to see and the other one is in another shape, but you can call it a ghost. And i want you to call it a ghost.

Mereka berkata sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua or something like that. When you know me for a quite some time, you might be able to catch the sketchy outline of my statue. There is where the ghost lives. And there is a time when the ghost overshadowing his master and the balance between good and bad is disturbed.

It was the longest 2 seconds in my life. Every sub second is filled with at least a million thoughts. Feeling each and every single one of these feeling leaving question in my mind one at a time. I rather let a lorry through to me but there was no lorry to be found but furiously gazing eyes. The ghost is tragically abused.

The biggest question popped in mind is what will happen in the 3rd second, a second after the unprepared madness. Heart stopped and im dead. But shockingly, there was a complete silence in the air. Again, another thoughts are created. Understand? Pity? Fake? Joke? Protect? Embrace? Or just do not care at all? So i breath in life particle in the quietest atmosphere surround me. Im alive. I guess the balance between good and bad is restored.

Still, its too early to jump into a conclusion right now. Im maybe in heaven. But this heaven might be a hell that is an illusion creatively crafted by them. I just hope we can compromise each other until forever.

24 March 2013

Resurrect, Xperia Z

Wira atau Xperia Z, of course aku nak henfon. Sekarang dah tak nampak aku akan drive kereta soon. Bermakna aku akan menjadi tuan kepada xperia z. Apa yang sedang memisahkan aku dengan xperia z, adalah moolah. Lol.

Launch dekat Malaysia 6 Mac menurut sony malaysia punya website tapi macam pernah nampak artikel dia launch 15 Mac tapi peduli apa aku. I just wanna have it now. Pengeras yang diperlukan adalah sebanyak Ringgit Malaysia 2199 sebab kalau letak RM2200, nampak lagi mahal. Dengan adanya rebate RM200 daripada kerajaan yang sepatutnya mereka guna untuk pembangunan sains dan teknologi yang kini masih tertinggal 70 tahun di belakang US *konfiden je statement. lol*, maka selepas mengaplikasikan matematik, tinggallah RM1999 atau senang nak sebut, RM2000, atau masukkan unsur fizik sikit, RM2k.

So mulai bulan ni, RM500 akan disimpan setiap bulan. Bermakna dalam masa 4 bulan lagi, dapatlah merasa keindahan teknologi Exmor RS.

Typing was interrupted.

Back online. Day 2 menaip entry ini disebabkan berlakunya gangguan siaran kerana menonton Chernobyl Diaries dan Wreck It Ralph semalam.

Dalam masa 4 bulan, cukuplah ongkosnya. Tapi telinga digemparkan dengan ucapan daripada abang aku yang memberi pendapat iaitu menggunakan wangnya dahulu. Since then, kepala aku jadi tak betul macam robot rosak. Aku cuba redakan nafsu tapi tak boleh.

Simpan 500 sebulan dan beli pada bulan ke empat sama sahaja dengan bayar 500 dekat abang habis bayar pada bulan ke empat tetapi henfon sudah lama dimiliki. So Saril, tebalkan dompet anda atau bawak debit card anda. Ayuh menuju ke kedai handphone.

Harap-harap dia tak ubah fikiran.

19 March 2013

Haven't You Notice? It Is You!

therealikmal is here. And im about to tell you something that was and still is utterly important to me before themissingikmal take over the body. And its related to a post posted before.

Aku sesat. Sesat di dalam lautan manusia yang penuh dengan drama-drama syahdu. Tetapi aku tidak tahu bagaimana aku secara tiba-tiba berada di lautan manusia itu. Sesak. Sesak tidak mampu untuk melangkah kerana sering kali dihimpit drama-drama mereka. Bilakah mereka akan memberi perhatian kepada aku kerana aku juga ingin merasakan suatu drama sama seperti drama mereka yang dikatakan nyata? Mungkin aku perlukan petunjuk.

Disitulah terciptanya kompas kehidupan. Walaupun merangkak dicelah-celah manusia hipokrit, ke arah mana pun yang aku tuju, utara tetap utara.

Kini aku telah berganjak dari tempat asal dan telah berjaya keluar daripada lautan manusia itu. Hanya kudrat yang diperlukan untuk bebas daripada dunia sempit ini. Kompas masih lagi digenggam. Anak panah kompas tetap menunjukkan ke arah utara. Maka ke utaralah aku tujui.

Sudah bertahun lamanya aku meniti jalan ini. Jalan menuju ke utara. Perjalanan yang tidak ditemani sesiapa pun untuk mendengar rintihan hati ini. Aku pendam. Sedih. Tangisan di dalam hati yang tidak tergambar dahsyatnya. Penat. Tetapi masih belum tiba di utara. Perlukah aku berpatah balik? Hatiku berkata kompas ini hanya mencipta keilusian nyata.

Jika betul wujudnya utara, aku akan teruskan perjalanan ini.

Haven't you notice? The north is you.

Maintenance Inside Out

Dah berbulan-bulan berusaha, aku tetap tak nampak macam Ryan Reynolds. Mana silapnya? Lol.

2 minggu yang lepas penurunan berat masih kekal pada 7kg. Then hiatus until now. Jadi sangat yakin mesin kira-kira berat badan adalah bukan sahabat baik aku, yang sanggup menipu untuk menjaga hati sahabatnya.

Sudah sebulan lebih kerja dan kira-kira 4000 langkah yang digunakan setiap hari secara purata. Masih tidak nampak penurunan mendadak kecuali aku berjaya menyelami seluar 4 tahun yang lepas. Quite an achievement.

Malangnya, my day-to-day walking on my runway tidak seindah berjalan dilereng gunung yang menghijau yang mengeluarkan sperm-like odour seperti mana yang dilakukan rumput dipagi hari. Aku dipanah sinar UVA dan UVB sehinggakan aku tidak perlu tanning kulit aku. Menurut Dr. Faizal, interaction between radiation dan chemical dalam sunblock boleh menghasilkan free radical. But dont worry Dr. Faizal sebab saya minum black tea dan green tea yang banyak antioxidant. Biarlah mereka neutralize free radical tu.

Maka, sunblock perlulah ada. Maintenance aku bukan setakat sunblock sahaja, vitamin c, oat, cereal, susu tepung, dan teh. Sekarang memburu Nigella Sativa oil atau dipanggil black seed oil atau orang melayu sebut habatus sauda. Bahasa arab memang bukan my strong point so aku tak tahu nak jawikan bahasa arab tapi betul la kot ejaan tu.

Betul kata Muhammad Idris, nak berubat kena guna duit. Nak elak daripada diubati pun kena guna duit. Kalau guna semua ni lepas tu muka aku berubah jadi muka Ryan Reynolds, atau sekurang-kurangnya jadi watak Cyclops atau J. P. Davis pun dah rasa berbaloi dengan setiap sen yang dibelanjakan.

Selingan: Aku nak bela rambut balik jadi macam rambut Keith Urban lepas tu dye atau highlight. Pehhh.

18 March 2013

The Wanderer Pt. 8: Collusion

While The Clueless creating a distortion path in this odyssey, the Loved Ones aggravates it to a point where fire loses its ability to burn, knife is incapable to cut, bullet refuses to kill.

An organized force that can kill you in a matter of second without giving you a chance for you to shout your second sentence of defence. They can become the living hell but they can become the heaven as well where you can have your own guards.

Compromise is the only key to open the gate of heaven but this key is hidden deep in the heart of the Loved Ones. To find this hidden key is not burdensome but to possess gut is arduous. It is just miraculous if one can master the gut. A very lucky bastard.

As we cannot afford the gut, we use the imitation of it, the deceit. A take no chances mechanism that promise a less severe of damage to them but a super massive catastrophe to ourselves. Like the hurricanes of though, circling the mind, prompting pressure.

We welcome the pain so the bridge stands still. But the only question now is for how long can the bridge withstand with the presence of the unstoppable raging hurricanes? The foreseeable prophecy approved the calamity.


17 March 2013

The Wanderer Pt. 7: Scrutinizer

The Clueless are always troublesome. We come to them with arms wide open and promising a better tomorrow but they bite the hand that feeds them. Maybe its because they are pessimist and feels distrust towards us? But we cannot blame them because its their nature to be skeptical.

We are not asking them to join our army. Today, they dont see what we can achieve by winning this war but i hope someday they can understand how blessed they are living in a blissful moment. I just hope The Clueless will not declare war toward us because we cannot afford it.

In that case, i have to put on my scrutineer suit. Searching for any loophole to prevent the unnecessary danger to myself. Sacrifice is forbidden.

Happy Birthday #23 Mataap

Birthday Rudy dah dibuat kek. Kini giliran kerak. I always thought by posting the previous previous previous post is a really bad move sebab supposedly it must be a surprise cake. Kan dia dah baca post tu. Busted! Aku memang tak paham kenapa dia mesti baca bila aku letak nama dia.

Yea, happy birthday #22y50w

Hijau cream cheese sama lah dengan rambut awak.

Of course its a Red Velvet cake. Apa lagi yang dia suka? Im sorry sebab awalkan birthday kau. Next gaji 8 April, so there's no way aku ada duit masa birthday kau. Lol. But its true.

So mataap, happy 23th birthday. Semoga tahun ni kau lepas test lesen kereta kau. Stay beautiful. Erkk.

Next birthday cake, ketak. Tak sabar.

14 March 2013

Pastry Journey Attempt #3: Red Velvet Review

Seperti yang dijanjikan dekat blog tapi bukan dekat pembaca blog ini, di sini dikepilkan bersama 2 gambar kek dan satu daripadanya dipamerkan sekali model kami yang sah berumur lebih 18 tahun yang segak bergaya menampilkan hasil ciptaan kami.

Gambar di atas menunjukkan kulit yang super awesome, yang tegang lagi anjal, malah berkilat seperti cermin yang berkemampuan untuk memantulkan cahaya.

Gambar di atas ini pula menunjukkan ketidakpandaian jurugambar kami dalam memilih sudut.

Kek yang dihasilkan itu mempunyai topping yang cair disebabkan kakak dan abang tak sabar nak makan sebab mereka hendak pulang ke rumah masing-masing. Tapi hasilnya sangat memuaskan kerana berlakunya perebutan kek di kalangan mereka.

Jika nak dibandingkan pengeluaran duit untuk bahan bakeri yang ternyata lebih banyak daripada membeli kek Secret Recipe, tapi hasilnya sangat berbeza dan luar biasa. Jika pembelian kek di Secret Recipe dilaksanakan, makhluk-makhluk hidup yang kelaparan biasanya akan memakan sepotong kek dan rasa muak mendarat lebih cepat daripada yang dijadualkan. But my cake tak buat mereka muak. Katanya. Nak ambil hati aku lettew. *Perubahan bahasa yang drastik*

Semua orang yang kunyah Red Velvet ni berpuas hati but me. Aku memang jenis tak suka makan buatan sendiri. Aku lagi prefer buat dan bagi orang rasa. Itu satu kepuasan pada diri aku.

Problems:
1. Cream cheese topping tak keras.
2. Kek dikeluarkan daripada dulang pada suhu yang tinggi menyebabkan kek pecah.
3. Masa penyejukkan kek sangat pendek menyebabkan kek tidak cukup keras untuk dipotong.
4. Ketiadaan pisau yang super panjang untuk memotong kek horizontally menyebabkan kek tidak sekata saiznya.
5. Ketiadaan oven yang besar untuk bakar kek serentak menyebabkan masa yang diperlukan untuk menyiapkan kek menjadi lebih panjang.

Overall, 5 stars punya recipe. Extremely satisfied with the outcome and the backup recipe to substitute the unavailable ingredients. Next cake? Early April maybe.


11 March 2013

Pastry Journey Attempt #3: Red Velvet

Attempt #1 dan #2 adalah Death By Chocolate Cake. Abaikan. Harap tajuk ini tidak membocorkan rahsia aku. Abaikan. Ok sebenarnya experimentasi kek red velvet adalah cubaan untuk dijadikan hadiah untuk birthday Mataab Rahim. Sekarang tidak la rahsia lagi. Abaikan.

Red Velvet. Resipi aku ambil dekat sini. Ok ni resipi orang putih. Huh? Tak reti baca bahasa orang putih? Google translate ada. Apa? Tak reti baca langsung? Tak apa, video disediakan. Eh? Tak boleh download? Guna IDM. Erk? Tak ada internet? Cybercafe ada. Errr? Tak ada jari? Ok aku harap kau tak bunuh diri sebab tak ada jari. Tak ada mata? Im so sorry.

Dalam website tu, makcik tu tunjuk segala step cuma sounding dia sangat problem. Bahasa elektronik, noise. Noise dia sangat tinggi sampai dengar bunyi seakan-akan hujan. So kalau tengok video tu dekat negara kemarau, jangan terpedaya dengan bunyi tu yang kononnya tempat kau dah hujan.

Masalah berlaku dekat Malaysia ni, susah nak jumpa barang bakeri dekat supermarket atau hypermarket seperti buttermilk dan cheese pelik iaitu Mascarpone cheese (baca: mhas-khar-poh-nhhhi). Jadi macam mana cara untuk mendapatkan rare item ini? Kena la melompat dari satu kedai barangan bakeri ke kedai barangan bakeri yang lain. Susah kan?

Jika tiada barang-barang seperti tepung kek, buttermilk, dan mascarpone cheese. Sila klik dekat link perkataan tadi. Corn starch dalam bahasa melayu adalah tepung jagung. You are welcome! Okay habis cerita pasal resipi.

Execution time.

Untuk membuat kek, semua barang yang diperlukan perlulah ada. Kalau tak ada, tak payah ada dalam kepala niat untuk membuat kek. I am not trying to sound like i have a lot of money, but yeah, masa tu aku ada banyak duit sampai aku tak tahu nak buat apa melainkan menghabiskannya dengan membeli bahan-bahan kek. Lol.

True. Nak bake cake kena ada duit yang menggunung. Lagi tinggi dari gunungan cita-cita. I spent more than RM100 dan ini semua salah cheese. Kenapa cheese tak murah macam kuaci? Untuk mendapatkan kek yang lebih berkualiti, bahan yang dipilih hendaklah berkualiti. Contohnya, guna original punya vanilla extract (dekat Cold Storage 1 kotak kecil lebih kurang RM40), instead of artificial one (RM10 dapat 2 atau 3 botol kecil). Disebabkan dah banyak duit habis, mesti la nak beli yang murah kan?

Okay ini pengalaman yang sangat berharga. Untuk menggantikan mascarpone cheese, kena guna susu. Disebabkan aku minum susu omega plus untuk jantung, aku tak nak guna untuk buat kek. Serious bazir. Maka aku beli la susu segar dekat Cold Storage Time Square. Disebabkan dah banyak sangat duit aku habis untuk bahan kek, aku beli la susu segar yang sangat murah. RM2 for 2L. Harga asal RM11 kot. Maka dengan senyuman yang terukir dibibir sehingga terkoyak pipi dibuatnya, aku beli 1 dan bawa balik ke makmal pastry.

Semua bahan dah ada. Bahan basah dah dicampur dengan bahan kering cuma tinggal nak masukkan warna merah dan buttermilk. Aku beli susu sebab tak ada buttermilk la. Sebelum aku campur dengan pewarna merah, aku rasa dulu susu tu. MASAM! Anak buah aku, mak aku, abang aku, kakak ipar aku semua rasa sikit. MASAM! Sebab apa susu tu murah? Sebab expired lagi 2 hari. Lol. Nama pun susu segar kalau makin lama, makin tak segar la kan? Cuba bayangkan kalau aku dah siap mix semua barang. Kek tu terus jadi sampah.

Maka terpaksa la bakar another RM12 sebab aku beli jenama lain. Sakit hati ada, nak gelak pun ada. Tapi memang gelak je la sebab gigih bawa susu tu dari BB naik bas, singgah Leisure Mall, balik rumah panjat bukit, last last masam. Tarmizi suruh aku saman Cold Storage sebab jual susu basi atas alasan belum expired lagi. Katanya, kalau menang boleh bayar kereta abang aku tu. Lol. Susu tu aku beli RM2 je pun. Tambang nak pergi Bukit Bintang pun dah makan RM2.50. Kalau dapat refund pun still rugi dekat transport. Haha. Buang susu, simpan botol sebab botol tu cantik. Just assume beli botol dia je la.

Serious aku beli susu tu sebab aku dah tak sanggup nak keluarkan lagi. So lessonnya, jangan nak beli barang murah yang dah nak tamat tempoh perkhidmatannya lagi-lagi dairy product.

Okay, atas sebab kekayaan ayat pada penulisan ini, review kek akan di muncul di kaca komputer anda tidak lama lagi.

09 March 2013

Pastry Journey: The Beginner's Challenge

Harini sudah ketemu jua aku dengan Sarah si chef hadek2. Singgah sudah ke kedai barang bakeri yang asyik diperkatakan. Beli sudah barang-barang yang dihajati. Tetapi masih ada yang tidak dibeli kerana kedai itu tidak menjual segala barangan pastry.

Apa yang tak ada? Buttermilk. Semua resipi yang ditonton menggunakan buttermilk, bermakna buttermilk adalah bahan mandatori. Nasib baik dekat internet ada idea untuk menggantikan buttermilk. Katanya lebih sedap. 1 cawan susu ditambah dengan 1 sudu jus lemon atau 1 sudu cuka. But still, aku tak ada susu untuk menjadikan buttermilk. Susu untuk jantung je ada.

Tiba-tiba terlihat bahawa aku salah tengok resipi. Aku nak buat kek tapi aku tengok resipi whoopie pie. Lol. Maka ada barang lain yang tak ada. Tepung kek dan Mascarpone cheese. Mascarpone cheese? What the hell is that? Aku macam yakin aku tak boleh jumpa keju tu unless pergi dekat Cold Storage yang menjual barang yang agak mahal. Nasib baik ada orang share idea untuk menggantikan Mascarpone cheese ni. 1 bungkus cream cheese (dem kena beli lagi) dicampur dengan 0.25 cawan heavy whipping cream dan 2.5 sudu krim masam.

Demi ilmu pastry, aku sanggup melompat dari satu supermarket ke supermarket yang lain untuk secebis cheese. Demi ilmu pastry, aku sanggup guna duit aku beli barang yang aku tak tahu tujuan barang itu dicipta. Sorry kakak-kakak makcik-makcik PERHILITAN, saya tak dapat nak bawa kek yang menggunakan keju sebab mahal. Mungkin saya bawa kek coklat yang lebih murah tetapi masih sedap sehingga menjilat kenangan apabila dikenang nanti.


08 March 2013

Pastry Journey

Its the dawn of a new journey. Setelah berdekad mengimpikan sebuah dapur yang serba canggih yang dilengkapi dengan pencahayaan yang super duper high tech, an intelligent kitchen, di mana lampu akan terpasang jika mesin sensor sense ada orang dalam kitchen, juga dilengkapi dengan pagar neraka, self-cook kuali, extremely sharp knives sampai tak guna force untuk potong tulang, walls made up from huge oven so aku boleh bakar mayat, dan ada statue aku yang memakai apron, kini aku mengesot ke anak tangga pertama untuk merealisasikan impian kulinari ini.

Belum boleh melangkah, just mengesot, sebab hari ini aku dapat gaji kerja PERHILITAN 11 hari atau dalam kata lain, sikit. And aku akan spend some of the moolah beli barang pastry. Esok aku akan berjumpa dengan pakar pastry yang tidak asing lagi, Prof. Dr. I. Am. Sarah atau nama melayunya Ku Sarah. Lol. "Saya berani kerat jari saya yang awak tak tahu apa-apa" menurut Dr MO. Lol. Sorry Sarah.

Sarah, i hope the deal is still on untuk bawak aku pergi ke syurga pastry. Aku akan beli apa sahaja yang aku nampak padahal duit sejemput je. Lepas beli, baru la melangkah ke anak tangga pertama iaitu bereksperimentasi. Atas sebab-sebab takut kebocoran rahsia eksperimen apa yang aku akan buat, aku tak bagi tahu nama blueprint tu tapi ia adalah sejenis kek. So im baking cake again. Yay!

Macam kena buat tag je untuk portfolio aku nanti.

My name is ikmal, and im a professional pastry chef. Someday.

07 March 2013

Unparalleled Visions

Conversation. Bila suatu wajah mengeluarkan bunyi untuk didengari wajah lain tetapi kedua-duanya tidak memandang antara satu sama lain, mesej yang ingin disampaikan akan tersangkut di ruangan udara. Akhirnya kedua-dua party tidak akan mendapat kata putus.

Seorang pemuda yang cantik jelita bernama Mira atau RaRa yang bijaksana pernah berkata, "kau kena bezakan antara serious dan jenaka". Apabila sepotong ayat berkumandang, ayat itu berkemungkinan tidak dapat dirungkai sama ada ianya serious atau berunsur sarkastik. Hasil daripada pengeluaran sepotong ayat tadi sama ada bergelak ketawa, tersenyum, tersenyum di bahagian luar tetapi memegang keris di bahagian dalam, sedih, menangis, atau mahu membunuh diri. Perasaan yang jatuh di dalam spektrum emosi ini bergantung kepada kepekatan ayat tadi.

Dan kadang-kadang sebuah ayat yang sungguh ringkas, padat tetapi tidak bermakna boleh mencetuskan suatu pertuduhan. Pertuduhan ini diperkukuhkan lagi jika fahaman dan pegangan hidup adalah 180 darjah antara satu sama lain. Demi menjaga seutas tali imaginasi, persoalan yang timbul perlulah dicampakkan ke sungai yang deras dipenuhi buaya-buaya kelaparan yang sudah seminggu tidak menjamah daging hidupan yang pelbagai di muka bumi yang berumur berbillion tahun.

The relationship saved!

06 March 2013

Fix It

Trapped. Its all i can say.

A cage that holds me from feeling anything euphoric, instead, exposing me with air of negativity passing through a passage for me to breathe. Im suffocated.

The happiness word in my dictionary keep fading away as there are hands trying so hard rubbing to deny it. Whose hands are those? The hand of reality.

The true colour of mine is not offered by the syllabus of colour spectrum and is beyond explanation. Can only be reached by imagination but always mistaken by the presence of judgement. If they drag me into a trial, im sure the jury wont be on my side as they do not have the same sense as i do.

Like in maths, the Equal sign will always divide two worlds. Take a guess, where am i? Im on the other side for sure. They must cross the Equal sign and throw everything that they had so they can see my true colour. Then they will know im not broken. Its just miraculous if they succeed jumping across the Equal sign.

There is nothing to fix.

05 March 2013

Death Is Upon Us

It strikes me again.

This paragraph is dedicated to my dear friend, Arif, who lost a father tadi. But before that, lets say a prayer. Reader, please sedekahkan Al-Fatehah to late Abdul Rani. May Allah bless your soul. To know that beliau pergi disisi keluarga is a bit breathtaking, for me i guess sebab i dont remember when was the last time aku tengok muka abang aku. To Arif, im sorry if you feel offended by this post, i mean no harm to you. Aku cuma nak tulis what i felt after reading your message. I assume you have a strong heart so i hope kau sentiasa ada dekat sisi mak kau sebab aku rasa mak kau perlukan sokongan yang kuat from her family. Stay strong brother.

Tatkala sedang menyediakan surat tatatertib, tiba-tiba mendapat khabar sedih. I felt so sorry for him but at the same time, it strikes me again. How i wish my time is up. How the pain that take the best of me will finally be over. How the upcoming suffer will never be seen. Ini semua harapan aku suatu ketika dahulu dan kadang-kadang akan datang juga pada hari-hari mendatang.

Kalau aku pergi dahulu dalam masa terdekat ini, tidak sempat aku balas jasa mereka. And i see no point of raising me up but end up aku pergi dulu. I just hope tuhan membenarkan aku hidup lebih lama supaya aku dapat membalas jasa mereka.

Kalau parents aku pula meninggalkan aku which will happen at any time in the future, i cannot imagine how devastated i am. Aku tak nak bayangkan keadaan itu. Aku harapkan agar aku mati dulu so i wont deal with this thing.

Im not a religious-type of person so sebab itu my soul is very fragile. A small amount of pain pun dah rasa nak mati. How am i going to face death? Aku harap aku berubah towards positivity real soon.