31 January 2013

Magical Potion

Potion akan heal Pokemon sebanyak 20HP maka eloklah beli hyper potion yang boleh heal 200HP. Harga pun murah je, 1500 coins kot. Tapi potion yang ingin diceritakan di sini setaraf dengan max potion yang tak boleh di beli di Pokemart. A magical potion born from magical leaf yang merupakan move yang boleh dipelajari oleh grass-type pokemon. Ok enuff with pokemon thingy.

Magical leaf ini dikenali sebagai Camellia Sinensis yang sangat sedap namanya dan mungkin bila aku ada anak perempuan nanti, aku nak namakan anak aku Camellia atau panggilan ringkas Melly Mal. Pokok Camellia Sinensis ini menghasilkan daun yang sama dan proses mencipta magical potion ini terbahagi kepada 4 dan hasil potion adalah berbeza. Suspen kan? Bahasa kampung bagi magical leaf ni adalah teh.

T

4 potions yang berbeza ini adalah black tea, green tea, oolong tea, dan white tea. Variasi yang berbeza of course dari segi khasiat sebab nama pun magical potion, lepas tu rasa, dan harga. Green tea dah digunakan di China beribu tahun dahulu dan menyebabkan suku kaum yang bukannya berasal dari China seperti orang Mongol, orang Xhosa, orang  Barbarian, orang Eskimo, orang Pinoy dan semua manusia yang tidak menghuni negara China memaksa diri mereka percaya bahawa green tea adalah minuman dewa. Maka, green tea sangat overrated. Negara barat hanya meneguk black tea yang sangat underrated sebab katanya tidak seletop green tea.

Lepas pelbagai research telah dijalankan puluhan tahun lamanya dan yakinlah bahawa bukan aku yang buat research berkaitan black tea tapi aku hanya buat research google information sahaja, didapati bahawa black tea juga menawarkan pelbagai khasiat dan kebaikan yang lebih kurang sama hebatnya dengan teh dewa atau green tea.

Disebabkan green tea tidak fully oxidised, maka kandungan epigallocatechin gallate atau bahasa ringkasnya EGCG yang merupakan suatu antioxidant yang sangat kuat yang katanya boleh melawan kanser dan banyak lagi benda alah ni buat untuk defend badan manusia. Black tea pula dioxidised sampai warnanya hitam menyebabkan EGCG ini mampus dalam proses fermentasi tetapi lahirnya dua antioxidants baru iaitu theaflavins dan thearubigens. My god! Apa benda la nama sampai macam tu sekali sebab serius sangat menyeksa laymen like me nak faham benda tu. Tapi katanya ia melawan bad cholesterol dan mengurangkan risiko sakit jantung dan serangan strok. 

Nak tau pasal goodness of tea, kena la google sendiri. Tapi senang cerita, tea memberi kebaikan daripada otak, telinga, mulut, salur darah, jantung, usus, sehinggalah ke diabetes, hypertension, diarrhea, dan juga weight loss to name a few. So teh adalah suatu minuman yang sangat ajaib yang memberi pakej kesihatan yang lengkap dengan harga yang tak seberapa tu. Green tea lagi mahal daripada black tea tapi dua-dua bagus. Maka eloklah minum kedua-dua teh itu kalau idamkan tawaran pakej yang lengkap. Oolong tea dan white tea? Sorry itu tak tau tapi sama je la kot sebab datangnya daripada pokok Camellia Sinensis. (Penulisan ayat emosi kerana tiada sebarang rujukan. Thanks Dr. Pemeriksa sebab komen itu melekat sehingga sekarang dan sentiasa peka akannya.)

CUMA SYARATNYA ADALAH MINUM TEH TANPA GULA ATAU SUSU. Apabila terjatuhnya gula atau susu ke dalam teh, segala magik ini tidak akan berlaku lagi-lagi bagi mereka yang nak kurus. Musuhilah makhluk yang memberikan syurga dekat taste bud sebab tiada gunanya lidah kita berparti tapi hidup organ badan lain tidak keruan ke sana sini, terumbang ambing dipukul bayu laut, dan terseksa dalam keheningan malam. Ayuh seksa lidah supaya organ lain boleh pop the champagne. Cheers!

Viva la vie! 

30 January 2013

Mangsa Teknologi

Selagi tak ada dekat tangan, selagi tu akan difikirkan dan kalau bernasib baik, data maya ini akan diexport ke dalam mimpi di mana situasinya aku sudah memilikinya dan tengah menguji tahap keberkesanan IP57 ini. Lepas tu mengetuk skrinnya dengan menggunakan lesung batu. Dan experimen terakhir, aku guna kren pijak handphone ini di dasar laut. Serius Xperia Z sangat the boss. Ok Alt+Del mimpi ini.

Nafsu untuk memiliki barang daripada Jepun ini telah lama bertapak di dalam hati dan tak tahu bila akan pergi membawa diri daripada hati ini. Mungkin malaikat maut akan mengambil nyawa dan perasaan ini sekali.

Xperia Z adalah sebuah alat telekomunikasi yang canggih dimana menggabungkan Walkman dan Exmor RS dengan HDR video. Dulu pernah berharap bila Sony nak combine Walkman dan Cybershot tapi sekarang the best of both worlds dah mengalami fusion pada suhu yang rendah berbanding suhu matahari. Apa beza Cybershot dan Exmor RS? Aku suka Cybershot sebab lepas tukar SE K810i kepada Galaxy Mini, baru aku tahu betapa tahinya kamera Samsung ni. Exmor RS pula? Segala gambar akan diambil termasuk gambar seluar dalam yang tengah sunbathing untuk dijadikan experimen kualiti kamera.

Tapi wajiblah berpijak di bumi yang nyata. Xperia Z hanya boleh dimiliki oleh golongan elit yang log in facebook dapat RM100 setiap masa. Aku? Log in facebook main game lepas tu kena top up internet. 2 situasi yang berbeza. Maka tercarilah sesuatu yang lebih realistik, sibling kepada Xperia Z iaitu Xperia ZL.

Xperia ZL, lebih compact dan belakang handphone diperbuat daripada rubber kot yang boleh menyebabkan cicak melekat dekat phone tu sampai dia mati. Rubber lagi senang nak grip berbanding kaca Xperia Z tu. Tapi ZL tak boleh dibawa mandi bersama. Adakah aku perlu bawa handphone masuk bathroom? Tidak! Tapi nanti dah kaya, dah ada tub mandi boleh melayari internet dalam bath tab. Adakah aku perlu online masa submerge dalam bath tub? Tidak juga. So ZL menang. Harga? Mesti kurang sikit je berbanding Z.

Untuk jadi lebih realistik pada masa sekarang yang tiada income, Xperia V diusha. Boleh berenang berirama dengan V sama seperti Z tapi perbezaan ketara adalah RAM dia. yang lain tak nampak sangat berbeza. Bravia Engine 2 yang menarik, seriously.

Tapi apa yang lebih menarik mengenai Z berbanding ZL dan V, Battery STAMINA. Smartphone sangat dahagakan bateri lagi-lagi dengan internet connection yang tak putus-putus tapi dengan adanya bateri stamina ni, masa dalam standby mode segala apps yang tengah running ditutup dan ia sangat menjimatkan bateri.

Walaupun tak berduit, nafsu nak ada handphone Sony Xperia ni sangatlah tidak dapat ditundukkan. Ini baru part smartphone belum part gadget lain lagi yang aku tengah obses. Damn!

28 January 2013

To Racist-Hater Fuckers

Kalau hidup dalam persekitaran masyarakat majmuk atau bilangan bangsa yang berganda, mestilah akan ada racists dan haters. Racists akan senantiasa menjatuhkan suatu kumpulan yang dibenci oleh mereka dan mangsa racist akan menjadi haters. Then haters akan mentransformasikan diri mereka kepada racists dan menyerlahkan sifat racism mereka terhadap racists tadi. Racists pula akan mengalami evolusi menjadi haters. A perfect cycle that were never meant to be broken down. Gene buruk ini sangatlah sukar untuk dirawat dan lebih pandemic jika dibandingkan dengan AIDS.

Social-media-borne disease ini menjadi-jadi dalam sesuatu occasion, celebration atau festival yang tidak dapat dikawal walaupun langkah evakuasi telah dikuatkuasakan. Jadi macam mana nak nyahsebar penyakit ini? Mestilah dengan menyerang ibu penyakit ini habis-habisan yang terletak di dalam hati racist-hater career. Caranya adalah amat mudah iaitu bom sahaja mereka. Tiada manusia, tiada orang untuk dibenci.

Jika agama anda merupakan agama yang menyanjungi keamanan dan mengajar menghormati orang lain walaupun orang lain itu tidak seagama dengan anda, jadi kenapa anda perlu mengadili mereka? Tidakkah mereka akan mengadili anda sama seperti anda mengadili mereka? Anda tidak perlu mempercayai upacara mereka sebab itu kepercayaan mereka. Habis tu apa yang anda perlu lakukan? Just shut the fuck up!

Dengan menonjolkan sifat hodoh ini, keindahan perwatakan seseorang akan jatuh ke tahap yang sungguh hina lagi menghinakan. Aku? Aku ada sifat buruk ini tapi aku tak highlightkan gene itu dalam hidup aku sebab tiada kebaikan yang dapat diperolehi daripadanya. Ignorance is not a bad gene after all.

You don't have to hate others, instead, you must hate yourself for being such a disgrace human being.

27 January 2013

Dihina Di Bandaraya

Bandaraya ni bukan stesen lrt star bandaraya dekat sogo tapi dekat bukit bintang dan post ini bukan ditulis untuk menceritakan aku berjalan-jalan dekat bandaraya.

Rumet ukm, moja, nak pergi lowyat nak tukar charger galaxy note 2 dia. Member Sum 41 matriks atau bahasa mudah difahami, member mentor menti: akmal, nak pergi lowyat nak beli cpu cooler dan keyboard. Ini bukan cerita pasal mereka. Oh mereka tak kenal sesama sendiri. Ok bukan cerita mereka, tutup.

1. Adalah sangat hina pada aku untuk bergambar dekat Pavilion. Tapi atas dasar lama tak jumpa member: 3 tahun lebih (mal), lebih setengah tahun (moja), maka aku terpaksa membuang ego tangkap gambar dekat Pavilion.

2. Dari dulu aku selalu dikutuk tentang kebesaran aku oleh akmal. Dia nampak aku terus dia gelak dan itu sangat celaka tapi itu perkara biasa. Dan perjanjian telah dimerterai iaitu siapa-siapa sahaja kawin dulu, perbezaan saiz akan diadili dan pastilah aku yang akan menang. So idea aku, kalau aku kawin dulu, aku nak suruh dia jadi pengapit aku semata-mata nak kipas aku sepanjang hari sebab aku lagi kurus daripada dia.

Kini, aku dah ada lebih reason untuk kuruskan badan tapi aku tak start lagi 30 hari shred yang kedua. Mana hantu workout? Cepatlah rasuk aku!

Oh semalam ada sale dekat bukit bintang dan sangat menyayat hati kalau nak beli tak ada saiz. Jadi untuk menikmati diskaun 70%, aku kena menikmati diskaun lemak dalam badan sebanyak 70% jugak. Damn!!

Sorry mal, aku tak nampak beza antara mal dan mal. Aku kurus. Yeay!

23 January 2013

30 Day Shred: Day X

Aku dah lost counting tapi aku macam yakin semalam adalah Day 30. So assume aku dah 30 hari buat workout, penurunan berat sebanyak -3kg sahaja. Kenapa hanya 3kg?

1. Mungkin disebabkan aku hanya menggerakkan tubuh badan aku 20 minit sahaja setiap hari bermakna 23 jam 40 minit lagi aku tak bergerak.
2. Mungkin aku tak selesaikan ketiga-tiga level 30 Day Shred. Aku buat level 1 sahaja sebab aku duduk rumah flat dan tak nak jiran kat bawah rumah menjerit-jerit sebab aku hentak kaki.
3. Mungkin aku tak dapat kawal makan aku lagi tapi tengah mengadaptasi makan 5 meals per day in very small portion.
4. Mungkin workout aku terlalu soft sebab aku guna botol air 500ml dan beratnya hanya 600g tapi sekarang dah start tukar kepada real dumbell seberat 1.25kg tapi boleh adjust sebab dumbell boleh pasang buang weight. So aku akan pakai 3kg punya weight.
5. Mungkin sebab ada gap antara hari workout.
6. Mungkin aku tak ada motivasi keras macam batu.
7. Mungkin otot aku semakin berat.
8. Mungkin aku ditakdirkan gemuk.

23 Januari adalah mulanya another 30 Day Shred. Tapi aku tak kisah berapa hari yang diperlukan untuk kurus sebab aku akan teruskan 30 Day Shred ni selama yang mungkin sebab aku baru nak masuk 23 tahun. Damn dah dekat 23 tahun!

19 January 2013

30 Day Shred: Day 27. The Ghost of Food

Sepatutnya dah lama nak workout untuk hari 27 tapi banyak kali terganggu disebabkan interview dan adik aku balik rumah. Means, aku tak bebas sangat nak bergerak dalam bilik. Berambus kau dari rumah cepat! Haha.

Itu bukan masalah besar sebenarnya. Masalah utama adalah adik aku suka experimenting apa-apa sahaja yang ada dekat dapur. Bermakna aku juga akan experimen rasa masakan beliau. Damn!

1st day dia balik rumah selepas tamat musim ketiganya belajar dekat universiti, dia buat dadih. Ini bukan experimen dia. Dia buat dalam kuantiti yang banyak. Bermakna peti ais juga serabut dengan dadihnya. Kalau bukak peti ais, wajiblah terlihat akan dadih. Aku makan 1 mangkuk kecil dadih. Ada susu cair, ada gula. Serius damn.

Petangnya pula, dia buat lempeng bubuh coklat. Ok ini dia punya experimen. Dia buat 4 lempeng yang berbeza; lempeng biasa, lempeng berintikan cooking coklat, lempeng coklat apam balik style, dan lempeng coklat yang dimasak bersama. Aku makan secebis je sebab aku tak boleh makan berasaskan tepung yang sudah di bleached. Damn.

Sambal ayam yang dimasak ibu pulak dia makan sampai 4 ketul sekali dengan niat nak fuck my mind up. Tapi tak berhasil. Thank god.

Harini dia nak masak apa pulak? Cepatlah habis cuti semester. Aku nak dia berambus dari rumah ni secepat mungkin sebab aku tak nak rasa dia masak.

30 hari ni tak tau bila nak habis, tapi kalau tiap-tiap hari macam ni, habislah program aku.

18 January 2013

Interbiu: Berserah Kepada Tuhan

9.30 pagi, 18 Januari 2013, first ever interview aku selepas bergelar alumni Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebelum ni ada je interview dekat Isetan The Garden untuk jadi staff mereka tapi tak dapat.

Position: Pembantu Tadbir Gred N17 Jabatan PERHILITAN. N17? Ah what the hell! Asalkan aku dapat kerja.

N17 dan C41 adalah sangat jauh. Maka aku sangat over qualified. Tapi disebabkan aku berlaku jujur, maka aku cakaplah aku dah ada ijazah daripada Sains Nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia. Gamble. Aku tak tau siapa nama orang yang interview aku tapi dia tanya gred fizik aku masa SPM dulu. Sijil SPM aku menyatakan B3 dan mereka terkejut kerana anak melayu dapat 3 untuk matapelajaran fizik. Boleh tak jangan merendahkan orang melayu? Giteww.

Dan apa yang mengejutkan adalah, mereka tanya aku pasal Uranium. Half life uranium. Berapa jenis sinaran, Sinaran alfa, beta, gama yang mana bahaya. Apa kegunaan alfa, beta, gama. Everything pasal nuklear. Aku tak pasti kenapa dorang tanya soalan nuklear kat aku sebab apa kaitnya PERHILITAN dengan nuklear? Mungkin ada. Tapi apa kaitan kerja dekat bahagian pentadbiran dengan uranium? Hah! Soalan panaskan badan katanya. Okay :)

Mereka tanya lagi, bolehkah aku jadi pengerusi majlis? Bolehkah aku berkareoke? Bolehkah aku berkerja dengan pekerja tetap yang tiada ijazah tapi memberi aku arahan? Aku cuma cakap aku kerja hanya mengejar pengalaman dan meningkatkan kebolehan diri aku. Aku jawab tak pasti untuk jadi pengerusi majlis dan menyanyi.

Tapi apa yang menarik sekali mengenai jawatan ini, katanya kerja ini selalu mengangkat barang untuk persediaan pelbagai majlis. Hello, aku nak kuruskan badan, aku nak berbadan mantap, aku nak jadi lagi hensem, mestilah aku nak kerja angkat benda berat-berat. Aku tak nak kerja duduk depan komputer taip-taip melainkan taip blog memaki hamun orang. Kalau taip blog tak apa. Kalau PERHILITAN ada blog mengada-ngada macam aku boleh la aku taip beberapa entry tiap-tiap hari.

Interbiu aku selama 17 minit atau paling lama 20 minit. Tapi aku tetap yakin aku kena interbiu selama 17 minit. 18? Ughhh.

Aku harap dorang telefon aku secepat mungkin sebab aku nak duit untuk ambil lesen. Aku nak duit untuk beli Xperia Z. Cepatla call. Tapi aku lagi berharap PPUKM atau HUKM call aku kerja dekat sana. C41 kot. Lagi tinggi daripada N17. Tapi kalau N17 je yang panggil aku, pergi sajooo. Mana tau dalam masa 5 tahun nanti, aku jadi menteri perhilitan? Angan-angan.

17 January 2013

The Art of Illusory Words

I love writing enigmatic stories so it would not be easily understood. And the best thing about this kind of art is that the soul can speaks its very own dimensional language loudly and freely without giving any clue to eyes that reads. All the insecurities are kept safe at all time.

Despite the grammatical errors, i personally happy with the publish of the The Soul Reaper's Mansion. From the title itself, every word contains its own acuity of meaning and was engineered with specific details so readers are left blurred. The text is full with masked words except few words that can be cracked easily but it does not lead anywhere. It was the greatest, brilliant, and darkest entry that had ever post. And i extremely satisfied with every word i chose.

If i possessed an excellent writing skills, language, and general knowledge, surely i will become a writer.

16 January 2013

Fatman Launched

Yes, i am about to bomb a group of students yang tak sedar diri.

Enriching U-235!

Pernah suatu ketika dahulu mereka memperlekehkan aku. Mereka merendahkan aku dengan berpendapat aku Presiden yang tidak membawa makna, tidak membawa perubahan. Kata mudah, kelab yang gagal. Mereka dengan lagaknya memberitahu aku mereka ingin mengaktifkan semula kelab itu tetapi secara tidak langsung mereka memperkecilkan aku lagi. Tapi ada aku kisah? Simpan dulu.

Pernah suatu ketika dahulu mereka membongkakkan diri dengan menghujani aku dengan idea-idea yang meletup minda. Buat itu, buat ini. Ok aku bosan nak guna ayat berlapik since aku nak jatuhkan mereka, so aku kena berlaku jujur. Mereka pernah berkata ingin buat hari keluarga, buat talk dekat luar ukm mengenai nuklear, program peralihan studen dekat luar negara. Tahniah atas kejayaan hari keluarga yang tak berapa nak keluarga walaupun dapat pujian pensyarah. Ok kejap, simpan dulu.

Mereka pernah berfikir untuk buat pameran di booth nuklear dan meminta pendapat aku mengenai bahan yang mereka perlukan untuk dipamer. Aku bagi cadangan yang baik untuk explain dekat public mengenai nuclear reactor since Malaysia nak buat nuclear reactor. Tapi mereka menolak cadangan itu dan keras kepala untuk mempamerkan Nuclear Breadboard KATANYA. Komen aku? Simpan dulu.

Mereka pernah memperkecilkan tesis aku dan tesis kawan aku. Pasal tesis batch aku tak ada masalah sangat tapi tesis mereka? Haaa simpan dulu.

Bombing time!

Korang boleh ingat yang aku tak buat apa-apa dahulu tapi kononnya korang janjikan pembaharuan, kenapa aku tak pernah dengar betapa gahnya Kelab Sains Nuklear selepas mendapat pujian lecturer? Ada lecturer cakap dekat batch aku, batch mereka membudayakan ilmu. Membudayakan what?? Lecturer cakap mereka mengamalkan hidup sihat. Mereka progresif. Mereka aktif. Aku kesian dekat pensyarah tersebut kerana dipermainkan oleh gimik mereka. Kalau aku sampah, mereka lagi sampah!

Mengenai hujanan idea bunga api, adakah korang pernah buat talk dekat luar? Kononnya nak pergi matrikulasi buat talk. Ada? Yang ni aku nak guna teknologi caps lock pulak. AKU RASA KORANG MESTI DAH PERGI JEPUN KOREA RUSIA AMERIKA KAN? Katanya nak keluar negara. Weh, nak tau tak level of kehinaan? Lebih baik passive daripada dream big dengan niat nak jatuhkan orang tapi hasilnya bunyi cengkerik. Cengkerik pun lagi hebat sebab cengkerik BOLEH menghasilkan bunyi. Pertunjukan bunga api korang dekat aku tersangatlah sayu memakan jiwa.

Booth nuklear. Sebab sorang je yang cakap ngan aku pasal benda ni, yang aku bakal bagitau ni kau jangan terasa tau sebab aku aim dekat batch kau, bukan kau sorang. Pameran nuklear. Ok kononnya nak dengar pendapat aku mengenai apa pembaharuan yang boleh dilakukan sewaktu pameran nuklear. Korang nak sesuatu yang lebih mempesonakan seperti budak engineering yang ada tv dan prototaip kereta. Ok korang nak gempak la ni. Aku bagi idea dekat mereka untuk buat model nuklear reaktor dan explain dekat public. Sekurang-kurangnya, outcome daripada explanation tu tak ada la mereka tetap dengan idea mereka bahawa cooling tower tu nuklear reaktor. Tapi, nak jugak bawak breadboard. Breadboard tu permainan budak engineering. Aku tak tau apa signifikannya korang nak bawak breadboard. Nak nampak ada kaitan, maka letak la nama NUKLEAR BREADBOARD. Joking right? Sebab itu aku tak pergi melawat booth nuklear. Baik aku pergi toilet daripada pergi booth nuklear.

Mengenai tesis. Pada suatu ketika dahulu, mereka sangat berkobar-kobar untuk mencari ilham dan harapan untuk mencipta masa depan. Sibuk tanya pasal tesis. Ingatkan dengan semangat yang membara, dapatlah tajuk yang membakar satelit sewaktu memasuki atmosfera bumi, tapi tak jugak. Dengar cerita tajuk yang dihidangkan adalah teruk, dan ada yang meniru tesis. Tajuk yang teruk itu tak ada lah teruk tapi cita-citanya sangat tinggi ibarat budak tadika sedang menyelesaikan soalan kuantum fizik. Tapi atas dasar tidak mahu menghitamkan lagi entry ini, aku cuma cakap tesis mereka teruk. Alasan masa tak cukup adalah sangat cliche.

Disebabkan mereka tinggal 1 sem, ADALAH MUSTAHIL untuk mereka melaksanakan janji mereka yang lebih laju daripada cahaya. Sebab itu aku dengan gembiranya tulis pasal mereka. Korang tak perlu layan aku dengan baik sebab aku tak ada kaitan dengan korang pun tapi kalau nak tanya aku something, aku tak kisah. Yang penting sekarang aku sangat puas hati lepas korang siat-siat kulit aku dalam diam tapi korang tidak sedar korang menyiat kulit korang sendiri. And if you think this post is cruel, i can be a lot crueler tapi disebabkan aku menjaga etika penulisan aku, maka ini la tahap kekejaman yang aku benarkan untuk aku karang.

Macam mana la dinner korang nanti sebab dikatakan korang ada masalah dengan junior korang. Karma dah memperkenalkan dirinya. Viva la Kelab Sains Nuklear!

I love to get the hate from this and i wish korang jumpa entry ni.

Listen: The Conclusion

After all the fuss revolved in one particular issue that is not worth mentioning, i can conclude one thing, the video itself was a joke.

The student provoked the president and was provoked again by the crowd. A perfect recipe for disaster. So who is the joker? According to the appearance, the student, the crowd (forum goer), the president, the panels, and the chairman.

Genre of the video:
excessively intense joke
highly intelligent joke
ridiculously educational joke
fun fact joke
life quality joke
live audience joke


This is absolutely not a joke!

Post-Listen

Seperti biasa wujud kumpulan Kami Benci Cik Presiden blablabla, Sila Minta Maaf blablabla, dan sebagainya. Ini boleh dikatakan sebagai norma kehidupan tetapi adakah kewujudan kumpulan ini releven untuk menegakkan benang yang kering?

Perkataan Benci atau Hate adalah sangat tak appropriate untuk dilabelkan dekat Miss President atas dasar kau tak kenal dia. Too much hate in this world already, don't you think? So why hate? Why not save it? Kalau pasal minta maaf, sangat digalakkan sebab memalukan orang dikhalayak ramai. It is not good, man!

Pada mulanya aku rasa simpati kepada Cik Presiden ni sebab melalui hari-hari yang sukar setiap kali dia log in laman sosialnya. Dihentam sana sini. Mana tau dia tertekan nak bunuh diri ke. Tiba-tiba...

curi daripada arif.

Yes pada mulanya aku memang macam nak back up sikit la Cik Presiden ni tapi sebab gambar atas ni, ini sudah jadi movie Cik President vs. The World. Tak apa lah Cik Presiden, rasanya Cik Presiden boleh pertahankan diri sendiri.

I am imagining how would it be if Cik Presiden dan Miss Bavani tukar tempat still dalam hall yang sama dan Cik Presiden ambil mic untuk cakap seperti statement di atas dan Miss Bavani adalah panel, rampas mic cakap Listen Listen Listen back to her face. Haha.

Stop spreading hate, people! 

15 January 2013

Respect 101

Catfight. I just cant get enough of it. Lol.

Bekas Presiden Kelab Sains Nuklear nak jugak komen pasal Presiden apa tah kau. Lol. Tau tak isu apa ni? Isu debat tak kesampaian dekat sebuah universiti tempatan ni.

Kesalahan pertama adalah apabila a young girl menyamakan Malaysia dengan negara maju. Maka kita sepatutnya dapat pendidikan percuma. 'Fakta' berbilion-bilion sangat menarik untuk didengari dah macam cip poker game dekat facebook je. Malaysia belum maju lagi walaupun angka billion itu sangat besar tetapi sila lihat tahap sains dan teknologi kita yang masih mundur. Sains teknologi je la aku boleh sentuh sebab ekonomi sangat aku tak tau tapi bukti sains teknologi sudah kuat nak cakap Malaysia tak maju.

Aku rasa mungkin ada forum dekat universiti luar negara memaksa kerajaan mereka bagi rebate yang sama nilai dengan RM200 mengikut matawang masing-masing kepada rakyatnya seperti negara Malaysia. Lol.

Aku respek wanita yang bersuara lantang itu kerana tetap berdiri (beberapa minit yang mencabar dalam hidupnya tetapi akhirnya mengalah dan duduk di kerusinya) walaupun dihujani nota-nota veterinary. Tough girl!

Itu tak ada masalah sangat sebab dia bagi pendapat dia je. Salah betul kena brainstorm ramai-ramai dan ini secara tidak langsung boleh mengembangkan minda mahasiswa. Tidak begitu? Kesalahan sebenar terletak kepada wanita yang dirinya lebih tinggi berbanding orang di dalam dewan. Mungkin sebab dia lebih tinggi daripada mahasiswi yang lantang bersuara kerana beliau memakai heels tetapi mahasiswi yang bersuara itu pakai sandals dan mahasiswa lain sedang duduk sama rendah diantara mereka.

Wanita tersebut bukan sahaja mengajar mahasiswa "Respect" terhadap manusia, malah hormat terhadap haiwan. Murni niat saudari. Tapi janganlah cerita terlampau detail sebab nanti Kelab Pencinta Haiwan dah tak ada kerja nak buat. Please jangan buat kerja orang ok? Good girl!

So dekat sini ada beberapa konsep Respect yang diketengahkan yang aku dapat extract.

Rules on how to respect people:
1. 'Orang Kelas Atasan' mestilah disembah oleh On-The-Way-To-Be-Orang-Kelas-Atasan.
2. Sorang cakap, sorang dengar.
3. 'Fact' hendaklah dilaga dengan fact.
4. Tajuk baru yang lebih menarik perlulah diketengahkan terus walaupun tiada kesinambungan daripada tajuk lama.

Aku sangat suka bagaimana saudari itu mengubah tajuk untuk melarikan diri. Semasa aku masuk Persatuan Rakan Sebaya dulu, aku ada jugak belajar pasal tukar tajuk dan aku sangat master akan ilmu itu. Tetapi melihat saudari mengubah tajuk dengan begitu drastik dan dramatik, baru aku sedar sebenarnya ilmu menukar tajuk itu sangat luas dan aku hanya tahu basicnya sahaja. Well done!

Kalaulah isu ini berlaku dekat UKM masa aku bergelar studen dulu mesti best. Akak, kita pun ada degree lah! Respek kita jugakkkkkk. Thanks.

14 January 2013

The Soul Reaper's Mansion

After years of searching for a place to live, upon me, a relatively small in size but high standing mansion captivates me at the moment i lay my eyes on it. Wow? Absolutely! The "For Sale" sign placed at the front yard really a breathtaking imagining the mansion perhaps would be mine. So i stand at the stairs viewing the neighbourhood but nah, i dont like it. But i dont care because i dont came here to live in someone else's house. So i step inside the mansion.

The living hall is a place where people sit back and enjoying the moment of their life. This living hall is furnished with futuristic concept of living and the choice of furniture is nearly perfect to fit the concept desired. There was a fireplace placed near the sofa where i can sit there and feel the warmth of the burning woods. Utterly comforting and its nice.

The bedroom. They said to know a person, one must look at the bedroom. As i step in the bedroom, it is not fancy like the living hall but i feel the atmosphere is very calming and i can place my body on the bed and sleep for the whole day. The owner really know how to rest.

The toilet. It is a magical place where people clean themselves, thinking, planning, drown the emotion, confess, wishing, cursing, and almost everything what human are restricted to do in public. It was clean and beautiful for sure. And the fragrance used is so relaxing and i can lock myself here and be with myself the whole day too.

Kitchen. I guess the owner not much of a cook but the kitchen appliances are adequate to cook meals. I can see there are plenty of plates and i am sure it was the owner's hobby.

The basement. Always a room that is differ to the other space in any mansion or house. Always dark. And always the last place in mind to have a company there. I want to know what the owner kept inside it but unfortunately it is locked. It leaves me with two thoughts; is the owner hide something like curse that can haunt me when i buy the mansion or it is just a forbidden place for me to be? I would not take my chances to break it and jeopardize my entire life for the sake of one room. Did i mention the owner has died?

After a while of thinking. I conclude that the basement is a total drawback. So i keep my money and leave.

13 January 2013

Highly Recommended Movie #3

Cerita seram adalah cerita yang boleh menerapkan rasa takut ke dalam diri penonton tetapi kadang-kadang boleh menjadi bahan gelak apabila menonton filem itu secara berkumpulan. Filem yang ingin dikongsikan di sini adalah sebuah filem yang langsung tidak membuatkan penontonnya tersenyum apatah lagi untuk tergelak terbahak-bahak. Cerita yang membahagikan penonton kepada dua kumpulan iaitu mengeji dan menyukai. Aku? Aku berada di dalam kedua-dua kumpulan mengikut pilihan mata yang aku guna untuk menilai.

Masa tengah tulis entry ni, baru paham poster ni. Just loved the poster very much!

Pengarah Pascal Laugier juga penulis cerita Martyrs adalah seorang penulis yang bijak dalam memusingkan penulisannya sama seperti cerita The Tall Man. Kebijaksanaan beliau dalam menceritakan Martyrs adalah sangat menyeksa minda dan boleh membuatkan penontonnya ingin menumbuk kain screen panggung, kaca televisyen, screen PC laptop tablet atau menghempaskan telefon bimbit.

Filem yang mengisahkan seorang remaja yang berjaya melepaskan diri daripada torture ville dan ingin membalas dendam terhadap orang yang menyeksanya. The twist? Oh kena tengok sendiri.

Apa yang menariknya mengenai cerita ini, adegan horror dipersembahkan kelihatan hampir nyata seperti menembak orang, menyiat kulit, memukul kepala menggunakan hammer, dan juga adegan penyeksaan. Mind blowing torture scenes. Sila gigit jari semasa menjamah scene-scene ini.

Apa yang membuatkan filem ini jatuh sikit adalah kelambatan perjalanan filem ditengah-tengah perceritaannya. Tetapi kelambatan itu bertujuan untuk spin cerita ini. Tapi still lambat.

Menurut pandangan emosi, cerita ini tersangat melampau dalam mempamerkan seksaan yang boleh menyebabkan penonton hancur hati lalu mengeji tetapi menurut pandangan seram, its a perfect eleven!

Disebabkan aku suka menonton cerita seksa menyeksa ni, aku tak la terkejut sangat dengan shot shot yang dihidangkan. Secara jujurnya aku expect cerita ini lagi kejam seperti apa yang diperkatakan oleh review dekat IMDb tetapi malangnya aku tak capai klimaks semasa menonton. But the storytelling really blows my mind. Sekarang ni aku demam mungkin disebabkan filem ini atau memang musim demam, aku tak pasti. 

Peringatan: Filem ini tidak sesuai bagi mereka yang berhati lembut. Filem ini mempamerkan imej yang sangat tidak sesuai untuk tontonan bawah 18 tahun juga mereka yang atas 18 tahun tetapi tidak cukup matang.

Martyr = witness.

12 January 2013

Sony Xperia Z Minus 200

Rebate RM200 untuk smartphone 3G dah tak ada limit lagi. Serious kalau ada limit, aku mungkin akan beli Sony Xperia Tipo atau membuang rebate ini ke dalam jamban dan flush bersama-sama tahi.

Cuma aku tak paham rebate ini untuk semua handphone 3G atau handphone yang senaraikan oleh syarikat telekomunikasi.

Antara page yang masih tak update adalah yes, celcom dan tunetalk(rasanya)

Masih mengekalkan tawarannya iaitu ambil handphone samsung 4g cloud phone yang aku tak jumpa specs yang terperinci secara percuma bersama-sama nombor phone dan pakej internetnya.


Tak pasti black pearl II tu baru letak ke apa tapi page ni sangat membosankan. Tak nampak usaha bersungguh-sungguh nak jual stok mereka. Gambar model handphone pun tak nak upload. 


Hello, galaxy y je pun. Table plan yang buat orang pening. Ni 1st page yang aku akan pangkah dulu.


Page yang dah update:

2 handphone untuk prepaid dan 2 handphone untuk postpaid.


10 handphone dalam page maxis.


Menarik sikit umobile sebab banyak model handphone yang ditawarkan. Baru la rambang mata.

Oh ada lagi 1 brand, clixster. Huh?

Aku harap bulan 3 atau 4 nanti bila keluar Xperia Z, harap-harap boleh dapat rebate 200. Please.

Suara Yang Menggoncang Dunia

Alahai tajuk tu. Sebenarnya tak ada la apa pun entry ini. GCAP lagi.

Kali kedua panggilan daripada GCAP tu adalah disebabkan namaku dipetik oleh brader nuklear, Rahimi Rusland aka abos. Thanks abos sebab prihatin nak invite aku masuk kursus ni. Really appreciate it. Tapi sorry, aku masih tak berminat.

Setelah juri sebulat suara memutuskan aku tidak bersalah, maka pemikiran mengenai GCAP diusir daripada minda yang komplex ini.

Tetapi semasa perbicaraan mengenai kes GCAP berlangsung, aku sempat google mengenai isu ini dan dipertemukan dengan blog Fucked Up yang diterajui oleh seorang wanita yang tidak dikenali. Walaupun dari kecil diajar jangan bercakap dengan orang yang tidak dikenali, tetapi aku ikut acuan orang putih untuk berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali. Maka aku komen la dekat blog itu. Komen aku dihidu oleh blogger lain, Eke Bal dan Eke Bal pula menjemput aku untuk menghadiri kursus ini. Keputusan mengusir GCAP daripada minda ditarik balik sebab datangnya saksi baru.

Perbicaraan diteruskan. Aku sebagai defendant memberi hujah dekat hakim (otak) tanpa mengupah peguam.  Hujah dari sudut kewangan, kesihatan, emosi diberikan dan semuanya disokong oleh bukti peribadi. Akhirnya mahkamah memberi kemenangan kepada aku dan hukuman dibuang dari kotak pemikiran dijatuhkan ke GCAP.

Ok cukup mengarut. Eke Bal, sorry sebab aku tak dapat join kau pergi kursus. Banyak sangat benda yang difikirkan sekarang ni. Aku tak nafikan kita boleh tengok Revenge sama-sama dan boleh brainstorm everything about Revenge tapi aku memang tak dapat pergi. Sorry. Harap kau tak plot revenge untuk aku sebab aku tak pergi.

11 January 2013

Misconception Me

Mengenai GCAP. Graduated Career Accelerated Program. Dah 2 kali ditelefon suruh aku masuk kursus mereka. Aku tak nak. Jadi aku tanya la member yang dah experience kursus ni.

They said this course sangat suit dengan aku. Eh? They said i have the skills already. Eh? Eh eh there's nothing else i can say. Sorry guys sebab quote balik apa yang korang cakap.

Captivating katanya. Mereka tak tahu masa presentation aku, separuh roh aku dah keluar meninggalkan aku. Dan oleh hal yang demikian, sangatlah susah nak construct ayat semasa bercakap. I still remember how they laugh when i present my presentation sebab masa tu ibarat mereka meniup roh aku masuk balik dalam badan aku. Tapi aku still kurang konfiden sampai hari ini.

Lagi satu, boleh la aku nak bercakap dalam bahasa melayu. Tapi interview dijalankan dalam bahasa inggeris. Mereka kata english aku baik. I wish. Guys, sila tengok post lama aku yang aku tulis dalam bahasa inggeris, ada juga post yang fully english. I bet you will see errors almost everywhere. Kalau tak puas hati nak cakap aku boleh tulis dalam english, writing is much easier because i can always press the back space button over and over again for each time i spot the error. In terms of speaking, hah! rasanya korang tak pernah dengar aku speak unless siapa-siapa yang pernah ambil workplace dengan aku. Kan Wiyah? Kan Dibah? Kan Nik? Kan Eke Bal? Kan Muz? Mereka boleh sahkan how weak my speaking is. A- Workplace tak ada makna sangat sebab mostly rehearsed.

Kalaulah english aku semantap Nazreen Rudy dan confidence level aku macam Amir Mataab dan Hafiz Hanafi, boleh la aku setuju dengan kata-kata mereka. Sangat tak yakin aku dengan diri sendiri. Tapi macam mana dengan pendapat orang lain?

Rasanya aku kena pergi GCAP ni tapi disebabkan ego aku terlalu tinggi, aku macam tak nak pergi. Aku sangat tak suka kalau orang tetapkan masa untuk aku buat itu buat ini. Sebab itu aku tak suka pergi lawatan situ sini sebab aku tak suka diikat. Tapi aku suka sebenarnya nak pergi pulau, gunung, laut, gua cuma aku suka pergi kalau aku bebas.

Nak pergi GCAP ke tak ni? Macam mana kalau dah pergi kursus tapi tak ada interview lagi? Oh how pessimist i am.

09 January 2013

All Eyes To Sony Xperia Z

Suatu ketika dahulu aku pernah menggunakan SE K810i. Lepas kematiannya (R.I.P. darling), aku beralih ke Galaxy Mini (duhhh henpon murah). Masa guna Galaxy Mini, aku sangat tak bernafsu nak tangkap gambar even masa Shahril tunang pun aku tangkap sekeping dua gambar untuk cukupkan syarat. Masa tu aku sangat mengenang SE K810i aku. Cerita dah lepas, ok tamat.

Sekarang zaman peralihan antara tak berkerjaya dan berkerjaya bermakna nanti kerja mestilah ada duit. Juga bermakna aku akan tukar handphone. Niat ingin menukar handphone adalah disebabkan Galaxy Mini ni  baru-bari 'rosak' selama 2 hingga 3 hari tapi tiba-tiba sihat pulak. Mungkin dia koma sebentar. Kenapa nak beralih kepada Sony? Aku tak gemar BlackBerry dan iPhone. Windows phone tak tau la sebab memang tak tahu. So Itha Ahmad, bila nak bagi HTC Desire HD kau tu? Harap-harap dia bagi 25 Januari ni. Thanks Along.

Setiap orang ada fetishnya tersendiri mengenai handphone. Apa yang buat aku rasa tertarik adalah dia punya water and dust resistant padahal banyak je lagi specs dia yang menarik. Im no gadget freak so aku tak paham la certain language yang mereka guna. Aku tak google lagi apa tu TFT screen LED-backlit, UI, dan lain-lain tapi aku dah tau la sikit pasal HSPA+, Bravia Engine 2 dan beberapa term lain. Tak apa lah yang penting specs dia menarik. 

Yang menarik adalah 5 inci screen (sesuai dengan jari aku yang besar), 443 ppi atau pixel per inch (kira sharp la kan?), water dust resistant (boleh aku guna handphone dekat jamban), 13MP camera (takutnya tengok muka sendiri!!), 2GB RAM (laju), HSPA+ (tak terganggu nak tengok youtube atau tube2 lain), Exmor RS (nice! camera canggih), Quad Core 1.5GB CPU (katanya work independently), Grafik Adreno 230 (katanya elok untuk main game 3D), One-Touch connectivity (awesome gila!), SmartTags (aku duduk rumah je so xperlu la sangat), Battery Stamina Mode yang boleh tutup function yang tengah on walaupun tak guna (long lasting battery. super awesome), HARGA (oh my god!!)

Tapi sayangnya external memory boleh sampai 32GB je. Alahai kenapa bukan 64GB? Tapi internal dah provide 16GB kira ok la kot.

Katanya handphone ni release 2nd quarter of 2013, means April 2013. Bermakna ada 4 bulan sebelum handphone ni nak terpancut. Juga bermakna aku ada 4 bulan untuk kumpul duit. Kalau 4 bulan lagi sampai Malaysia la. Kalau lagi lambat, lagi lama masa boleh kumpul duit. Tapi mana nak datangnya duit kalau tak kerja? Damn! And the price will be more than 2k for sure. Damn Damn! Produk Sony sangat convincing. Kalaulah Sony jual static bicycle atau treadmill ke, mesti canggih jugak. 

Dengan adanya handphone ni nanti, mesti tercampak iPhone 5, Note II yang dikatakan mantap ketika ini. 

30 Day Shred: Day 21. Workout With Sambal Telur

Aku continue workout pada pukul 1.30 pagi sebab aku tidur sepanjang petang sebentar tadi. Pukul 8 niatnya nak workout tapi singgah ke dapur sebentar untuk menyapa secawan air meleset kerana datangnya rasa nak masak sambal telur siap bubuh gula sikit. Dem. Maka tersuaplah 2 pinggan nasi. Like usual, lepas makan wajiblah MENYESAL.

Apa yang buat lagi menyesal, masa workout tadi, sambal berkocak-kocak di dalam perut nak semula ke bahagian atas badan lalu menyebabkan rasa pedas muncul semula. Oleh hal yang demikian, terganggulah keseluruhan workout sebentar tadi. Rasa nak give up pun datang.

But luckily, aku dapat habiskan jugak workout ni tapi tak seserius seperti hari-hari sebelumnya. Lesson of the day, kuburkan niat nak makan sambal walaupun sambal meningkatkan metabolisma badan.

Aku ada buat research sikit pasal how to lose belly fat ni, dikatakan perlu give up makan roti putih sebab roti bagi tenaga sahaja tapi tak ada khasiat lain. Selama ni kalau aku lapar nak makan nasi, aku akan masak sosej makan dengan roti untuk menggantikan nasi tapi nampaknya kena kuburkan juga niat nak makan roti. Tapi bagaimana pula dengan keropok lekor?

To lose fat is really really hard man!

07 January 2013

Me, Myself and I

I just love the idea of being single. Sudah 22 tahun hidup, aku belum pernah berpasangan. Tapi pernah la suka dekat orang suatu ketika dahulu but that doesn't count. Dua orang. Budak kecik so memang tak fikir apa-apa la. Sekarang pun aku masih lagi menyanjungi perkataan single. Aku belum terfikir nak ada pasangan walaupun orang sekeliling aku sudah ada the other half side dan dah ada yang dah kahwin. Tapi my very closest friend accidentally or indirectly showed me the idea of being loved. I am not into it for now but i will. Its all thanks to that person.

A hard reminder to myself. Love. Is a 4 letter word that gives power to someone to walk in the water. But kid, don't be fool, if the word fall into the wrong hand, one will be the victim and mercilessly drowned. It depends on how people phrasing the word. The I Love You can make you the king of the world but the manipulation of that exact phrase can be I Love You To Suffer or something else, can make you feel want to leave this world. And there are lots of other bad word that can replace Suffer.

But im not afraid of that. There is an inexplicable question reasoning why i stay single. When i am being with myself, i could careless. Aku boleh buat apa yang aku nak. Sekarang ni banyak sangat goal yang aku kejar and all of my goals will be disturbed or put on hold kalau ada pasangan. By that i mean i have to satisfied 2 different minds so both will not hurt dalam menggapai sesuatu cita-cita because feeling is the most fragile thought in mind. One wrong step is enough to hurt either one of them, or worse, both of them.

Love can wait. Still embracing the idea of being single.

30 Day Shred: Day 18. Self Treat

Dah faham kan tajuk?

Harini boifren kakak aku datang rumah, so aku sapu sampah atas 3 sebab. Nak rumah bersih, vacuum sangat tak sedut sampah secara efektif, menyapu guna lebih banyak tenaga berbanding vacuum. Oh lepas tu aku mop lantai biar wangi sikit rumah. Dengan bangganya aku nak bagi tahu itu sahaja workout yang aku buat harini.

Sorry ada workout lain. Workout yang dinamakan open-close workout dengan menggunakan anggota badan yang jarang digunakan sewaktu workout, iaitu menggunakan mulut. Harini aku dah kunyah 1 pinggan nasik berlaukkan sambal ayam dan sosej berkeju. Kemudian 3 mangkuk kecil nasi goreng. Tidak lupa juga 1 pinggan mihun berserta seketul ayam kfc hot and spicy. Air teh 3 hingga 4 hirup sahaja tetapi air f&n anggur 3 cawan.

Agak menyesal tapi nak buat macam mana kalau dah habit lama datang kembali. Ini semua salah boifren kakak aku. Kalau dia tak datang, aku mungkin turun 1000 kalori tapi sebab dia datang, aku naik 3000 kalori. Sorry I cant do the math.

So Day 19 yang baru saja menjelma, bersiap sedialah. Aku nak buat workout twice a day. Kalau la aku ada punching bag, nak je aku letak muka boifren kakak aku kat situ. Lol.

06 January 2013

Highly Recommended Movie #2

Its thriller time. Judul yang ingin disampaikan di sini sangatlah menggigit kuku. The Tall Man. Sorry tajuk tak nampak menakutkan. Oh in fact, cerita ini bukan la cerita seram.

The man behind is indeed taller than Jessica Biel

The Tall Man adalah sebuah cerita yang mengisahkan tentang budak hilang. Penculikan. Cerita yang diketuai oleh Jessica Biel yang melakonkan watak Julia di mana anaknya David diculik oleh The Tall Man. Itu sahaja plot yang dapat diceritakan.

Apa yang menarik mengenai The Tall Man adalah penceritaan yang disampaikan ditunggang-terbalikkan memaksa penonton mengubah idea mereka mengenai cerita ini. The thought of this film is very deep dengan mengajak penonton menyelami perspektif penculik di mana terletaknya mesej yang agak berat yang menjadi nilai tambah kepada filem ini. The acting is very convincing too. Lakonan yang mencerminkan naluri seorang ibu untuk menyelamatkan anaknya tanpa memikirkan aspek lain seperti keselamatannya adalah sangat realistik.

Sayangnya IMDb hanya memberi 5.9/10. Macam mana mereka nilai aku tak tahu la tapi aku bagi 8/10 disebabkan kegeniusan filem ini. Such a good film.

04 January 2013

30 Day Shred: Day 16. Another Force

Ok ini post lepas workout.

Lapar + Pain + Malas + Single player = Determination. Ketidakseragaman tindak balas antara left side dan right side of the equation but somehow masih seimbang. And today another force introduce itself to me. Bore.

A single force that can trigger Doubt and ruin everything but the damage is less severe than the force of Malas. The unknown origin of Bore makes it very dangerous so i cannot underestimate it.

Mungkin sebab tu Jillian buat workout ni 10 days per level.

God, help me!

30 Day Shred: Day 16. Transformation

Actually, workout hari 16 belum lagi dijalankan. Belum petang lagi.

Day 15. Aku pergi ke SME bank berhampiran dengan Maju Junction semata-mata untuk mencuri BlackBerry Bold kakak aku sebab dia dah tukar henfon. Aku pulak tak ingin sebenarnya nak guna BB tapi sebab henfon rosak, terpaksa la ambil daripada dia. Tapi aku tak guna pun. Ok ini bukan cerita pasal phone.

Lepas tu pergi Brickfields dan HUKM. Means i walked a lot. Balik Cheras aku terserempak dengan kawan mak aku. Dia cakap aku semakin surut. Mainly bahagian perut. Hell yeah! Aku sendiri pun rasa dah kecik perut tapi aku nak pengesahan orang lain. Pasal berat badan, masih degil tak nak turun. Mungkin aku akan jadi macam minah yang turun 2 ke 5 paun tah tapi saiz badan dia mengecut. Whatever! Aku nak teruskan workout ni.

Dah half way through dah so memang rugi kalau quit sekarang.

A Shattered Piece of Mirror


Long time ago, every time i stand in front of a mirror, it doesn't just reflect what normal mirrors do, projecting image. The mirror tells everything in particular even the things that don’t really matter. And what was even worse is that the visible imaginary shape of mine has its own mind doing at its best condemning and twisting the idea of pretty much everything so the real mind becoming the puppet. That illusion mind is not much of a devil or angel since it constantly communicating with my conscience resulting in every decision i’ve made in the past until now. Good or bad, i take it as a friend.

Not too distant past, i looked myself again at the same mirror and saw the representation of my external form was lying to me the whole time. I was slapped in the face by the hand of sorrow knowing that the one so called friend betrayed me. The never known sinister blood is pumped into my brain and burns my consciousness like a living hell. So i punched the mirror just to shut it out. But i know i can never forget everything that has been said to me.

The mirror cracked down and shattered into a million pieces. As it falls, light is being reflected in a million directions. It was beautiful for certain. Flash memories of good times and bad ones. But suddenly my eyes were held by this one piece of that shattered mirror, prompting a dark blue light. The time stopped. I gazed into that piece of shattered mirror and the mirror grabbed my vision into a world inside it. It was total darkness. Chill wind of sadness. Then I saw a version of me giving up on myself. It was the truest feeling that always been pushed away by me because of not knowing the fact that i have to face it some time in the future.

Again “Why me?” question hits me hard. I knew i have to take this road of millions of possibilities and i certainly knew how the end is going to be. But will i ever reach there? Now i have a second thought. Doubt. The power of doubt is awfully terrifying. Once it flooded the mind, the wave pushes the empire to the edge of the fall in every level. This is a perfect time to summon a dearest friend whom knowing us better than ourselves to build us up. I knew one. I guess. I know the helping hand will try to make rain of embraces but sometimes the emotions cannot be calmed. Nobody can. Accept is the only choice left. Then that one piece of shattered mirror lost its light and disappeared. All pieces spreading in all direction. Dump.

Accepting everything that is programmed in life is just a phase. The doubt will restlessly fight to win the mind so i will be down again. It is just another phase. No matter how hard i try to change the future, i can never break the cycle. I am a freak. Enough said.

01 January 2013

30 Day Shred: Day 13. I Need More

Berat still maintain antara -2kg dan -3kg. Sakit hati jugak dah berhempas pulas tapi berat macam tu. Harap-harap itu berat muscle.

Day 12 dah rasa hilang semangat nak sambung workout tapi negative thinking pasal weight loss every week tak patut ada dalam minda. So neutralkan ia. Aku tak rushing nak turunkan berat jadi aku tak ada sebab untuk mengalah. Kalau tiap-tiap hari berusaha, pasti suatu hari nanti aku akan dapat berat yang diidam-idamkan iaitu 60 kg tapi kalau dah capai berat target, dah cukup bagus dah. Berat idaman dan berat target adalah berbeza.

Disebabkan berat maintain, aku kena push a bit harder. Day 20 nanti aku akan start buat routine ni twice a day untuk menggantikan panjat bukit. Masa nak pergi HKL baru-baru ni, ada anjing yang sihat dan dewasa follow aku more than 100 meters. Kalau orang ikut kita pun dah gelabah, inikan anjing. So kuburkan sahaja jalan-jalan panjat bukit.

Aku pun nak inspirasi lain supaya aku kekal on track. Aku nak print gambar aku separuh bogel (siyes jahat gila bahasa melayu) atau dalam bahasa inggeris, topless dan lekatkan dekat dinding. Untuk meningkatkan lagi semangat, nak letak gambar brader yang ada six pack sebelah gambar aku sebagai simbolik kepada penamat pengembaraan aku.

Lepas tu aku nak list down dos and donts supaya aku akan sentiasa ingat peringatan ini setiap kali aku tengok dinding. 

Serius nak kecikkan badan kena ada komitmen yang tinggi. Nak kena jaga pemakanan setiap masa, nak kena ada kekuatan azam yang menggunung untuk buat exercise, nak kena maintain azam tu supaya tak ada sehari pun rasa nak mengalah, nak kena ada fokus melebihi fokus belajar untuk final exam. Nak berkompromi dengan kesakitan yang dialami. 1 word : AZAB!

I need to boost my will. Sekarang ni tak boleh pikir cara lain untuk menaikkan semangat. Harap-harap perkara-perkara di atas ni sudah cukup untuk memotivasikan diri aku.

About New Year

Ambang Tahun Baru:

Start over katanya. Sepanjang 22 tahun aku hidup, aku tak pernah pergi celebrate New Year dekat Dataran Merdeka, KLCC, atau dekat mana-mana tempat yang orang ramai berkumpul. Apa sebab untuk aku pergi ke tempat-tempat sedemikian? Kalau setakat nak dengar Alyah nyanyi, AC Mizal host salah sebut 2013 tapi dia sebut 2012, nyanyi lagu 1 Malaysia yang tah apa maksud dia aku tak tahu, lebih baik aku duduk dekat rumah picit jerawat atau siram pokok bunga.

Orang ramai pergi bandar tengah-tengah malam ni sebab nak tengok bunga api tapi kalau niat nak buat maksiat tu, mereka punya hal. Tiap-tiap tahun bunga api ni sama sahaja stylenya. Ramai-ramai menjerit countdown sebagai perangsang lepas tu terejakulasilah mercun ke udara. Meletup sana meletup sini sambil didendangkan lagu yang melemahkan syahwat. Sangat tak menarik. Lepas mereka bersorak-sorak kegembiraan tengok bunga api ala kadar tu, mereka balik la kot. So apa punchline yang boleh terserap ke dalam ingatan pengunjung yang hadir? Nan ado!

Aku ingat lagi masa nak celebrate 2012, aku ada tengok dekat youtube mereka dekat London tengah countdown. Bunga api mereka sangat synchronize dengan lagu yang dorang pasang. Persembahan bunga api dorang sangat menarik. Siap guna Ferris Wheel untuk persembahkan kecantikan letupan bunga api mereka. Bukan setakat Ferris Wheel, tapi siap guna bell apa tah dekat London tu lepas tu guna bot jugak. Serius menangis tengok sebab persembahan sangat perfect. So kalau nak dibandingkan dekat Kuala Lumpur, *yawn*.

Aku kesian dekat mereka yang tunggu berjam-jam, sanggup bersusah payah meredah jalan yang sana sini tutup semata-mata nak tengok bunga api yang menyedihkan tapi kalau mereka gembira dengan hiburan yang didendangkan, good for them.

Untuk countdown 2014, 2015, 2016 dan seterusnya, sorry aku tak berminat nak pergi. Aku boleh beli sendiri bunga api tu kalau aku dah kerja nanti. Unless mereka mengubah gaya persembahan bunga api mereka.

Azam Tahun Baru:

Tahun baru sangat sinonim dengan azam. Walaupun azam ni hanya permainan minda dan kebiasaannya tidak terlaksana, tapi azam terus ditabur dengan harapan terlaksana suatu hari nanti.

Azam tahun lepas mestilah nak turunkan berat badan tetapi pabila hujung tahun tiba, berat semakin menjadi-jadi. Nampak kan azam tahun baru tak akan terlaksana. Tapi seperti biasa azam itu akan terus disambung apabila berlakunya peralihan kalender.

Untuk 2013, aku berharap aku akan kerja gaji 5 angka, berat aku akan kurang daripada 60kg, tinggi aku 180cm, dan aku jadi Sexiest Men Alive 2013.