27 January 2013

Dihina Di Bandaraya

Bandaraya ni bukan stesen lrt star bandaraya dekat sogo tapi dekat bukit bintang dan post ini bukan ditulis untuk menceritakan aku berjalan-jalan dekat bandaraya.

Rumet ukm, moja, nak pergi lowyat nak tukar charger galaxy note 2 dia. Member Sum 41 matriks atau bahasa mudah difahami, member mentor menti: akmal, nak pergi lowyat nak beli cpu cooler dan keyboard. Ini bukan cerita pasal mereka. Oh mereka tak kenal sesama sendiri. Ok bukan cerita mereka, tutup.

1. Adalah sangat hina pada aku untuk bergambar dekat Pavilion. Tapi atas dasar lama tak jumpa member: 3 tahun lebih (mal), lebih setengah tahun (moja), maka aku terpaksa membuang ego tangkap gambar dekat Pavilion.

2. Dari dulu aku selalu dikutuk tentang kebesaran aku oleh akmal. Dia nampak aku terus dia gelak dan itu sangat celaka tapi itu perkara biasa. Dan perjanjian telah dimerterai iaitu siapa-siapa sahaja kawin dulu, perbezaan saiz akan diadili dan pastilah aku yang akan menang. So idea aku, kalau aku kawin dulu, aku nak suruh dia jadi pengapit aku semata-mata nak kipas aku sepanjang hari sebab aku lagi kurus daripada dia.

Kini, aku dah ada lebih reason untuk kuruskan badan tapi aku tak start lagi 30 hari shred yang kedua. Mana hantu workout? Cepatlah rasuk aku!

Oh semalam ada sale dekat bukit bintang dan sangat menyayat hati kalau nak beli tak ada saiz. Jadi untuk menikmati diskaun 70%, aku kena menikmati diskaun lemak dalam badan sebanyak 70% jugak. Damn!!

Sorry mal, aku tak nampak beza antara mal dan mal. Aku kurus. Yeay!

No comments: