17 July 2012

Cerita Orang Lain Yang Menyemak Dalam Kepala Aku

No introduction.

1. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Bapak aku dapat. Aku xtau la dia bersyukur ke x tapi aku bersyukur walaupun aku xrasa pon duit tu. RM500 memang mengurangkan beban rakyat tapi kenapa perlu buat iklan kat tv, banner kat stesen kereta api ibarat kalau tak dpt RM500 tu, org awam susah tak habis2. Masalah sekarang, iklan tu wujud lagi walaupun RM500 yang diberi dah jadi tahi. Bukan dapat RM500 tiap2 bulan. Dah kota janji, ok, biar org decide nak vote ko ke x. Tak payah buat iklan BR1M sampai tahun depan. Stop it!

2. Perhimpunan. Trend sekarang kalau ada masalah, ayuh kita join perhimpunan. Kuning. Hijau. Merah. Apa warna yang ada ditawarkan dalam Luna 36 batang, tidak mustahil akan dijadikan tema perhimpunan. Ok masalah aku sekarang duit syiling baru xmenarik, aku nak buat perhimpunan kelabu. Boleh?

3. Like & Share. 1 like = tumbuk muka dia. 1 share =  terajang kepala dia. Manusia sekarang tidak mengejar Gold, Glory, Gospel. Tapi mereka lebih mengejar Like, Share. Benda ini akan sentiasa berterusan. Yang lain pulak, "Cuba like untuk gambar ini". FUCKKKK!!!!!!!!

4. Brainwash. Kau cari The Arrival. Tengok 50 episod. Taksub. Nampak 1 mata je dah anggap iluminati. Kalau ada orang yang boleh kelip mata sebelah? Percayalah mesti dia sembah setan. Lady Gaga pon sembah setan. Lady Gaga tu nak kutip duit banyak2 je. Kerja dia asek menari je nak dapat income. Game resident evil dikatakan menghina Al-Quran. Mereka yang tengok gambar tu, terus nak menyumpah. Aku xtau la pulak diorang boleh nampak surah Al-Fatihah kat buku yang dikatakan Al-Quran tu. 

5. Ikut Bontot + I Know Better. Contohnya seperti keluar gambar beza kubur kat sini dgn kubur dekat negara arab. Lepas tu tiba-tiba semua copy paste hadis2 ibarat dorang mahir dalam ilmu agama. Datang pula yang org lain cakap hias kubur ikut agama lain. Sedih. Kubur dihias untuk menyedapkan mata memandang. Kalau tak hias, baik tanam je kat mana-mana tempat. Hias pon sebab nanti senang nak cari. Mereka2 yang mengharamkan hiasan kubur pon, pasti kuburnya akan dihias.

6. Facebook Sebagai Medium Perantara Manusia dan Tuhan. Ya Allah, bantulah aku. Im sorry, but Allah tak login facebook untuk dengar rintihan manusia. Tolong berdoa dengan cara yang sepatutnya. Mungkin 1 like = 1% doa dimakbulkan.

Selingan: Rosmah adalah wanita paling kental. Dicaci, dihina, dan dikeji pelbagai pihak. Aku tabik dia atas kekentalannya. Rosmah adalah salah satu wanita contoh (50% truly, 50% sarcastically).