23 January 2013

30 Day Shred: Day X

Aku dah lost counting tapi aku macam yakin semalam adalah Day 30. So assume aku dah 30 hari buat workout, penurunan berat sebanyak -3kg sahaja. Kenapa hanya 3kg?

1. Mungkin disebabkan aku hanya menggerakkan tubuh badan aku 20 minit sahaja setiap hari bermakna 23 jam 40 minit lagi aku tak bergerak.
2. Mungkin aku tak selesaikan ketiga-tiga level 30 Day Shred. Aku buat level 1 sahaja sebab aku duduk rumah flat dan tak nak jiran kat bawah rumah menjerit-jerit sebab aku hentak kaki.
3. Mungkin aku tak dapat kawal makan aku lagi tapi tengah mengadaptasi makan 5 meals per day in very small portion.
4. Mungkin workout aku terlalu soft sebab aku guna botol air 500ml dan beratnya hanya 600g tapi sekarang dah start tukar kepada real dumbell seberat 1.25kg tapi boleh adjust sebab dumbell boleh pasang buang weight. So aku akan pakai 3kg punya weight.
5. Mungkin sebab ada gap antara hari workout.
6. Mungkin aku tak ada motivasi keras macam batu.
7. Mungkin otot aku semakin berat.
8. Mungkin aku ditakdirkan gemuk.

23 Januari adalah mulanya another 30 Day Shred. Tapi aku tak kisah berapa hari yang diperlukan untuk kurus sebab aku akan teruskan 30 Day Shred ni selama yang mungkin sebab aku baru nak masuk 23 tahun. Damn dah dekat 23 tahun!

No comments: