30 January 2013

Mangsa Teknologi

Selagi tak ada dekat tangan, selagi tu akan difikirkan dan kalau bernasib baik, data maya ini akan diexport ke dalam mimpi di mana situasinya aku sudah memilikinya dan tengah menguji tahap keberkesanan IP57 ini. Lepas tu mengetuk skrinnya dengan menggunakan lesung batu. Dan experimen terakhir, aku guna kren pijak handphone ini di dasar laut. Serius Xperia Z sangat the boss. Ok Alt+Del mimpi ini.

Nafsu untuk memiliki barang daripada Jepun ini telah lama bertapak di dalam hati dan tak tahu bila akan pergi membawa diri daripada hati ini. Mungkin malaikat maut akan mengambil nyawa dan perasaan ini sekali.

Xperia Z adalah sebuah alat telekomunikasi yang canggih dimana menggabungkan Walkman dan Exmor RS dengan HDR video. Dulu pernah berharap bila Sony nak combine Walkman dan Cybershot tapi sekarang the best of both worlds dah mengalami fusion pada suhu yang rendah berbanding suhu matahari. Apa beza Cybershot dan Exmor RS? Aku suka Cybershot sebab lepas tukar SE K810i kepada Galaxy Mini, baru aku tahu betapa tahinya kamera Samsung ni. Exmor RS pula? Segala gambar akan diambil termasuk gambar seluar dalam yang tengah sunbathing untuk dijadikan experimen kualiti kamera.

Tapi wajiblah berpijak di bumi yang nyata. Xperia Z hanya boleh dimiliki oleh golongan elit yang log in facebook dapat RM100 setiap masa. Aku? Log in facebook main game lepas tu kena top up internet. 2 situasi yang berbeza. Maka tercarilah sesuatu yang lebih realistik, sibling kepada Xperia Z iaitu Xperia ZL.

Xperia ZL, lebih compact dan belakang handphone diperbuat daripada rubber kot yang boleh menyebabkan cicak melekat dekat phone tu sampai dia mati. Rubber lagi senang nak grip berbanding kaca Xperia Z tu. Tapi ZL tak boleh dibawa mandi bersama. Adakah aku perlu bawa handphone masuk bathroom? Tidak! Tapi nanti dah kaya, dah ada tub mandi boleh melayari internet dalam bath tab. Adakah aku perlu online masa submerge dalam bath tub? Tidak juga. So ZL menang. Harga? Mesti kurang sikit je berbanding Z.

Untuk jadi lebih realistik pada masa sekarang yang tiada income, Xperia V diusha. Boleh berenang berirama dengan V sama seperti Z tapi perbezaan ketara adalah RAM dia. yang lain tak nampak sangat berbeza. Bravia Engine 2 yang menarik, seriously.

Tapi apa yang lebih menarik mengenai Z berbanding ZL dan V, Battery STAMINA. Smartphone sangat dahagakan bateri lagi-lagi dengan internet connection yang tak putus-putus tapi dengan adanya bateri stamina ni, masa dalam standby mode segala apps yang tengah running ditutup dan ia sangat menjimatkan bateri.

Walaupun tak berduit, nafsu nak ada handphone Sony Xperia ni sangatlah tidak dapat ditundukkan. Ini baru part smartphone belum part gadget lain lagi yang aku tengah obses. Damn!

No comments: