07 January 2013

30 Day Shred: Day 18. Self Treat

Dah faham kan tajuk?

Harini boifren kakak aku datang rumah, so aku sapu sampah atas 3 sebab. Nak rumah bersih, vacuum sangat tak sedut sampah secara efektif, menyapu guna lebih banyak tenaga berbanding vacuum. Oh lepas tu aku mop lantai biar wangi sikit rumah. Dengan bangganya aku nak bagi tahu itu sahaja workout yang aku buat harini.

Sorry ada workout lain. Workout yang dinamakan open-close workout dengan menggunakan anggota badan yang jarang digunakan sewaktu workout, iaitu menggunakan mulut. Harini aku dah kunyah 1 pinggan nasik berlaukkan sambal ayam dan sosej berkeju. Kemudian 3 mangkuk kecil nasi goreng. Tidak lupa juga 1 pinggan mihun berserta seketul ayam kfc hot and spicy. Air teh 3 hingga 4 hirup sahaja tetapi air f&n anggur 3 cawan.

Agak menyesal tapi nak buat macam mana kalau dah habit lama datang kembali. Ini semua salah boifren kakak aku. Kalau dia tak datang, aku mungkin turun 1000 kalori tapi sebab dia datang, aku naik 3000 kalori. Sorry I cant do the math.

So Day 19 yang baru saja menjelma, bersiap sedialah. Aku nak buat workout twice a day. Kalau la aku ada punching bag, nak je aku letak muka boifren kakak aku kat situ. Lol.

No comments: