01 January 2013

30 Day Shred: Day 13. I Need More

Berat still maintain antara -2kg dan -3kg. Sakit hati jugak dah berhempas pulas tapi berat macam tu. Harap-harap itu berat muscle.

Day 12 dah rasa hilang semangat nak sambung workout tapi negative thinking pasal weight loss every week tak patut ada dalam minda. So neutralkan ia. Aku tak rushing nak turunkan berat jadi aku tak ada sebab untuk mengalah. Kalau tiap-tiap hari berusaha, pasti suatu hari nanti aku akan dapat berat yang diidam-idamkan iaitu 60 kg tapi kalau dah capai berat target, dah cukup bagus dah. Berat idaman dan berat target adalah berbeza.

Disebabkan berat maintain, aku kena push a bit harder. Day 20 nanti aku akan start buat routine ni twice a day untuk menggantikan panjat bukit. Masa nak pergi HKL baru-baru ni, ada anjing yang sihat dan dewasa follow aku more than 100 meters. Kalau orang ikut kita pun dah gelabah, inikan anjing. So kuburkan sahaja jalan-jalan panjat bukit.

Aku pun nak inspirasi lain supaya aku kekal on track. Aku nak print gambar aku separuh bogel (siyes jahat gila bahasa melayu) atau dalam bahasa inggeris, topless dan lekatkan dekat dinding. Untuk meningkatkan lagi semangat, nak letak gambar brader yang ada six pack sebelah gambar aku sebagai simbolik kepada penamat pengembaraan aku.

Lepas tu aku nak list down dos and donts supaya aku akan sentiasa ingat peringatan ini setiap kali aku tengok dinding. 

Serius nak kecikkan badan kena ada komitmen yang tinggi. Nak kena jaga pemakanan setiap masa, nak kena ada kekuatan azam yang menggunung untuk buat exercise, nak kena maintain azam tu supaya tak ada sehari pun rasa nak mengalah, nak kena ada fokus melebihi fokus belajar untuk final exam. Nak berkompromi dengan kesakitan yang dialami. 1 word : AZAB!

I need to boost my will. Sekarang ni tak boleh pikir cara lain untuk menaikkan semangat. Harap-harap perkara-perkara di atas ni sudah cukup untuk memotivasikan diri aku.

No comments: