22 May 2012

Pembentangan Cadangan Kajian dan Pembentangan Hasil

Pembentangan cadangan kajian dulu sangat ok bukan sebab budak kelas mencecey, bersorak, dan sebagainya tapi sebab ambition aku sangat tinggi nak siapkan kajian ubat sakit sendi ni. Jadi aku baca banyak juga takut kena serang dengan lecturer kalau ditegur tesis aku tak nampak hala tuju atau tak releven. I dont know if i can say this, my thesis is easier other than others. Teknik yang aku guna sebenarnya boleh siap dalam masa tak sampai setengah hari. 24 minit dah boleh dapat result. But still, here i am still have to run 24 laps to go but the others are on their way back home. Disebabkan budak kelas memekik time aku present, so lecturer yang mengadili aku masa tu, aku rasa diorang put a little more expectation on me. Seriously aku tak tau kenapa diorang bersorak, tapi thanks sebab naik jugak semangat masa tu.

Tu dah lepas. Sekarang ni Dr Faizal ngan Dr Irman ingat pasal presentation tu, aku takut aku tak dapat deliver yang sepatutnya nanti. Actually, aku yakin aku tak dapat deliver dengan sempurna. Sebab? Sebab data aku tak ada dalam akta makanan. Adakah ubat aku memang tak ada unsur besi berat yang bertoksik? Mungkin. Atau adakah mesin xrf tu tak mampu nak detect sampai tahap part per billion? Mungkin. Mungkin prism dalam mesin tu tak berfungsi dengan baik? Mungkin. Segala-galanya mungkin.

Tapi kena present jugak. So terpaksa la present benda yang aku tak nak. Masalah memang datang mengejut macam popcorn meletup2 apabila terkena haba. Pembentangan hasil dah tak merunsingkan aku, cuma VIVA nanti. Harap-harap aku dapat apa yang aku nak. Aku nak perasaan puas buat tesis tu. Ya Allah, permudahkan kerja tesis ku. Bersyukur sangat sebab dah diringankan beban sebab dapat tempat praktikal walaupun tak mintak. Alhamdulillah.

16 May 2012

Hati-hati Hati

Rutin yang sama tiap-tiap hari iaitu sarapan dengan ubat, makan tengah hari dengan ubat, makan malam dengan ubat. I hope i can get rid of this routine but i just cant help it.

Dulu-dulu ambil ubat dekat HUKM, dapat Accutane (Isotretinoin) 20mg/d

Sekarang pergi Klinik Pakar Kulit dan Laser Nathan dekat Bangsar, dapat:
  • Accutane (Isotretinoin) 40mg/d. Sekarang double dose ok!
  • Comazole-N (Sulphamethoxazole 800mg/d + Trimethoprism 160mg/d). Nasib baik sekarang cuma half dose.
Lepas 2 bulan consult dengan doktor pakar dengan perbelanjaan ubat dan consultation lebih kurang Rm2200, kini ada ubat baru pula
  • Dynidazol Tablet (Metronidazole) 1.2g/d
  • Sandoz (Amoxycillin 1g/d + Clavulanic Acid 250mg/d)
Jumlah ubat:
Pagi : 2
Tengah hari : 1

Malam : 5
Total ubat : 8 biji/d

1 hari = 8 biji
30 hari = 240 biji
1 tahun = 2920 biji

Ni semua ubat yang banyak side effect, kena jumpa pakar baru dapat ubat ni. Belum masuk panadol ke, ubat selsema ke. I just hope that my liver can purify these drugs like how it should be. Berat betul ujian aku tapi mesti ada hikmahnya.

13 May 2012

Hari Emak

Semua wanita boleh jadi ibu, tapi tak semua ibu boleh jadi emak. Orang sambut Hari Ibu tapi aku sambut Hari Emak. Hari Ibu jatuh pada 13 May, kot la, tapi Hari Emak jatuh pada tiap-tiap hari.

"Oh Jah, aku sayang kau!"
Translate: Mak, alim sayang mak.

11 May 2012

Rumah Untuk Dilelong, Budak Untuk Didera

Mula-mula tak nak tengok video baby kena dera tu, tapi nak tengok macam mana penderaan yang dilaksanakan. Paling ganas minah tu sepak-sepak budak tu, paling lembut budak tu dipukul dengan bantal. Secara fiziknya, tenaga yang digunakan untuk melakukan 'kerja' adalah rendah. Tetapi secara biologinya, budak tu dalam proses pembelahan yang agresif, bermakna budak tu tak cukup ketahanan untuk mengadaptasi serangan bertalu-latu daripada ibunya. Secara logik, ia adalah penderaan.

Terkejut tengok video penderaan baby tu? Aku tak terkejut sebenarnya sebab ada 7 bilion manusia, memang mustahil semua baik macam orang-orang yang komen dekat blog-blog lain yang kononnya nak belasah pendera tu. Kenapa nak jadi hero? Jadi hero untuk diri sendiri sudah la. Memang manusia tidak dilahirkan sama. Tidak semua beras akan menjadi nasi. Tidak semua burung akan terbang. Manusia tidak boleh mengawal manusia lain, jadi kawal lah diri sendiri. Bak kata Dr. Salawati, pensyarah undang-undang nuklear, "Kita tak boleh kawal reaktor nuklear Singapura, tapi kita boleh kawal reaktor nuklear kita sendiri". Oh harap-harap malaysia ada reaktor nuklear nanti. Oh Singapura tak ada nuklear reaktor.

Video tu pada aku tak kejam sebenarnya sebab banyak lagi benda yang lagi teruk perempuan tu boleh buat. Kalau perempuan tu ikat kaki baby tu lepas tu gantung ke, simbah dengan air panas ke, kan lagi kejam. Macam mana pun, perempuan tu tetap bersalah tapi alhamdulillah budak tu selamat.

Bodoh adalah suatu cerminan sifat yang terletak di bawah garisan piawai sifat manusia. Bodoh boleh dikategorikan dalam beberapa tahap iaitu bodoh, bodoh cemerlang, dan bodoh kepujian. Menurut video tu, bodoh adalah perempuan yang mendera anak sendiri. Bodoh cemerlang adalah orang yang merakam video itu. Tetapi ianya tidak valid jika niat perakam video adalah untuk menyelamatkan baby seperti kenyataan yang diberikan beliau. Jika nak lari daripada kesalahan, pandai-pandai la hidup. Bodoh kepujian atau bodoh tertinggi adalah mereka yang mencerca pendera, memaki habis-habisan tetapi akhirnya mereka pula yang mendera anak mereka sendiri.

Masalahnya sekarang, siapa yang upload video ni? Sedih la ada orang macam kau terdesak nak suruh orang tengok video yang kau upload. Tapi yang bagusnya, boleh jadi pengajaran kat orang lain. Semoga aku jadi ayah yang baik suatu hari nanti. Amin.

02 May 2012

Avenged Sevenfold Live in Kuala Lumpur '12

Tak kisah kalau dunia nak kiamat 21 Disember 12 sebab band terhebat sepanjang zaman dah perform dekat Surf Beach, Sunway Lagoon 29 April 12. Tapi bagus juga kalau tak kiamat Disember ni sebab aku bercadang nak pergi konsert dorang dekat tempat lain. Dekat US, mungkin.

Gate dibuka pada pukul 7 malam tapi pukul 3 petang dah ramai yang beratur sambil dihujani bait-bait cahaya matahari yang memakan kulit bagi mereka yang tidak menampar pipi mereka dengan krim perlindungan UVA dan UVB. Aku yang bijak melampau, keluar TGV Capsquare pada pukul 3 lebih sikit selepas menonton Avengers yang boleh diberi 4 bintang daripada 4.5 bintang keseluruhan markah. Capsquare memang tak ada orang, so kalau nak tengok muvi Cinta Kura-kura, elok la tengok kat sana sebab mungkin anda seorang sahaja yang menonton muvi tersebut. Avengers ni ada la lebih kurang 4/10 seat kosong hari ahad. Heaven!

Opening dimulakan dengan nyanyian Love Me Butch, band Malaysia. Sorry aku tak datang nak dengar kau nyanyi tapi surprisingly, suara dia boleh la sedapnya. So aku layan je. Sorry dude, I don’t want your CD. Campak je dekat orang lain.

Pukul 9 lebih baru Avenged Sevenfold naik stage dan konsert dimulakan dengan Nightmare. Masa tu aku rasa mata aku tipu aku, telinga aku tipu aku, orang sekeliling tipu aku sebab aku memang tak percaya Bayang-bayang M, Zaki Vengeance, Pagar Sinister, JC kat atas stage. JC tak ada nama timangan pulak, dem! Sorry Arin. Pada mulanya, crowd pukul 2 Avenged Sevenfold segan nak lepaskan beast dalam diri masing-masing. Crowd pukul 12 je yang terus kena rasuk. Sebab aku dalam crowd pukul 2, aku pon headbanging secara lite-lite.

13 lagu yang dikonsertkan mengikut pengiraan aku la: Nightmare, Buried Alive, So Far Away, Fiction, A Little Piece of Heaven, Bat Country, God Hates Us, Beast and Harlot, Welcome To The Family, Critical Acclaim, Afterlife, Second Heartbeat, Unholy Confessions. Tidak mengikut susunan. Mungkin ada lagu aku terletak sebab aku selalu sangat dengar lagu diorang. Sayangnya masa solo Synyster Gates, gitarnya tak kedengaran untuk beberapa lagu. Sangat kecewa!

Lepas lagu ke-3 aku berpikir sejenak. Aku datang konsert untuk berhibur, jadi kenapa headbanging sahaja? So aku pun mula lompat-lompat twinkle twinkle little star sambil tunjuk jari paling panjang dan tiga jari rock ditambah pula dengan headbanging dengan rambut panjang. Menjerit nyanyi sampai hilang suara sekejap. Lepas tu suara ok balik, so tak ada masalah untuk buat presentation pasal Ultrasound keesokan harinya. Crowd yang banyak semuanya berpeluh tapi kadang-kadang didatangi angin sepoi-sepoi bahasa. Semua tu tak kesah demi menghiburkan diri.

Crowd dekat Regular zone yang tiketnya berharga rm98 memecahkan penghadang besi untuk masuk ke Rock zone yang membayar rm198. Aku setuju sangat sebab banyak space kat Rock zone dengan Tunetalk zone. Sepatutnya pecahkan je semua penghadang. Baru konsert namanya.

Moshpit dikatakan sangat besar tapi disebabkan aku tak cukup tinggi, aku tak nampak. Yang jelas mosh depan mata aku je. 15k fans yang datang konsert tu. Aku yang berada dalam crowd tu berasa bangga dengan crowd lain sebab ramai yang datang. Ada budak laki ngan perempuan collapse ditarik keluar daripada crowd. Lemah semangat kot. Budak kecik belum dapat bezakan baik buruk sesuatu perkara pun ada gak dengan family dia.
STAGE
Iiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
iiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
iiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
iiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
iiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
iiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
iiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
iiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
iiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
iiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Nampak tak 15,000 fans?

Tapi sayangnya ada flaw kat konsert ni. Aku sangat particular pasal lighting. Kalau aku tengok anugerah dekat tv, aku mesti complain pasal lighting. Tidakkah mereka tahu stage lighting adalah garam kepada ayam goreng, lighting adalah tayar kepada kereta, lighting adalah jalan kepada sungai. Serious, lighting yang power yang synchronized dengan lagu kalau disertakan dengan laser hijau sangat menaikkan syahwat ketika mendengar lagu. Kenapa konsert Avenged Sevenfold sangat nak save budget? Kalau konsert Nora ke, Aisyah ke, tak kesah la. Lagi satu, crowd sangat suka smoke, jadi mereka smoking kat tengah-tengah crowd. Passive smoker sangat berisiko untuk menghidap barah paru-paru. Pukimak ye crowd! Asap rokok dah cukup banyak untuk menewaskan dry ice atas stage. Tapi tak ada dry ice, tak ada api, stage kecik, cukup untuk menurunkan kualiti konsert. Apa-apa pun, itu semua bukan salah band, tapi salah orang lain. Aku tetap enjoy dengan konsert dorang. Thanks Avenged Sevenfold sebab merealisasikan impian aku nak pergi konsert korang sejak dibangku sekolah lagi. I wish u could sing us Victim tapi semua lagu yang ko nyanyi tu semua best. Please datang Malaysia buat konsert lagi sekali sebab aku nak tempat paling depan dan berharap Synyster Gates campak gitar dia kat aku.

Perkara lain:

Thanks bitches! Rugi xde baju a7x :(

curi video orang