01 January 2013

About New Year

Ambang Tahun Baru:

Start over katanya. Sepanjang 22 tahun aku hidup, aku tak pernah pergi celebrate New Year dekat Dataran Merdeka, KLCC, atau dekat mana-mana tempat yang orang ramai berkumpul. Apa sebab untuk aku pergi ke tempat-tempat sedemikian? Kalau setakat nak dengar Alyah nyanyi, AC Mizal host salah sebut 2013 tapi dia sebut 2012, nyanyi lagu 1 Malaysia yang tah apa maksud dia aku tak tahu, lebih baik aku duduk dekat rumah picit jerawat atau siram pokok bunga.

Orang ramai pergi bandar tengah-tengah malam ni sebab nak tengok bunga api tapi kalau niat nak buat maksiat tu, mereka punya hal. Tiap-tiap tahun bunga api ni sama sahaja stylenya. Ramai-ramai menjerit countdown sebagai perangsang lepas tu terejakulasilah mercun ke udara. Meletup sana meletup sini sambil didendangkan lagu yang melemahkan syahwat. Sangat tak menarik. Lepas mereka bersorak-sorak kegembiraan tengok bunga api ala kadar tu, mereka balik la kot. So apa punchline yang boleh terserap ke dalam ingatan pengunjung yang hadir? Nan ado!

Aku ingat lagi masa nak celebrate 2012, aku ada tengok dekat youtube mereka dekat London tengah countdown. Bunga api mereka sangat synchronize dengan lagu yang dorang pasang. Persembahan bunga api dorang sangat menarik. Siap guna Ferris Wheel untuk persembahkan kecantikan letupan bunga api mereka. Bukan setakat Ferris Wheel, tapi siap guna bell apa tah dekat London tu lepas tu guna bot jugak. Serius menangis tengok sebab persembahan sangat perfect. So kalau nak dibandingkan dekat Kuala Lumpur, *yawn*.

Aku kesian dekat mereka yang tunggu berjam-jam, sanggup bersusah payah meredah jalan yang sana sini tutup semata-mata nak tengok bunga api yang menyedihkan tapi kalau mereka gembira dengan hiburan yang didendangkan, good for them.

Untuk countdown 2014, 2015, 2016 dan seterusnya, sorry aku tak berminat nak pergi. Aku boleh beli sendiri bunga api tu kalau aku dah kerja nanti. Unless mereka mengubah gaya persembahan bunga api mereka.

Azam Tahun Baru:

Tahun baru sangat sinonim dengan azam. Walaupun azam ni hanya permainan minda dan kebiasaannya tidak terlaksana, tapi azam terus ditabur dengan harapan terlaksana suatu hari nanti.

Azam tahun lepas mestilah nak turunkan berat badan tetapi pabila hujung tahun tiba, berat semakin menjadi-jadi. Nampak kan azam tahun baru tak akan terlaksana. Tapi seperti biasa azam itu akan terus disambung apabila berlakunya peralihan kalender.

Untuk 2013, aku berharap aku akan kerja gaji 5 angka, berat aku akan kurang daripada 60kg, tinggi aku 180cm, dan aku jadi Sexiest Men Alive 2013.

No comments: