19 January 2013

30 Day Shred: Day 27. The Ghost of Food

Sepatutnya dah lama nak workout untuk hari 27 tapi banyak kali terganggu disebabkan interview dan adik aku balik rumah. Means, aku tak bebas sangat nak bergerak dalam bilik. Berambus kau dari rumah cepat! Haha.

Itu bukan masalah besar sebenarnya. Masalah utama adalah adik aku suka experimenting apa-apa sahaja yang ada dekat dapur. Bermakna aku juga akan experimen rasa masakan beliau. Damn!

1st day dia balik rumah selepas tamat musim ketiganya belajar dekat universiti, dia buat dadih. Ini bukan experimen dia. Dia buat dalam kuantiti yang banyak. Bermakna peti ais juga serabut dengan dadihnya. Kalau bukak peti ais, wajiblah terlihat akan dadih. Aku makan 1 mangkuk kecil dadih. Ada susu cair, ada gula. Serius damn.

Petangnya pula, dia buat lempeng bubuh coklat. Ok ini dia punya experimen. Dia buat 4 lempeng yang berbeza; lempeng biasa, lempeng berintikan cooking coklat, lempeng coklat apam balik style, dan lempeng coklat yang dimasak bersama. Aku makan secebis je sebab aku tak boleh makan berasaskan tepung yang sudah di bleached. Damn.

Sambal ayam yang dimasak ibu pulak dia makan sampai 4 ketul sekali dengan niat nak fuck my mind up. Tapi tak berhasil. Thank god.

Harini dia nak masak apa pulak? Cepatlah habis cuti semester. Aku nak dia berambus dari rumah ni secepat mungkin sebab aku tak nak rasa dia masak.

30 hari ni tak tau bila nak habis, tapi kalau tiap-tiap hari macam ni, habislah program aku.

No comments: