29 April 2013

HB Avenged Sevenfold Live in Malaysia

Pada 29.04.2012 jam 8.40 malam yang lepas, aku berada di Surf Beach tengah menantikan kumpulan Avenged Sevenfold naik stage. Sekarang, 29.04.2013 jam 8.36 malam semasa menaip, aku berada di atas katil menunggu dvd asian tour yang tak keluar-keluar lagi. Ada ke tidak?

Jadi kalau nak tengok balik, search je la dekat youtube live dekat malaysia ni. Apa yang agak disturbing dalam semua video yang dimuat naik adalah keindahan bunyi kerana fans menyanyi sekali dan suara muhamat shadow hampir hilang. Dah rakam guna henfon kan mesti la hampeh sebab memang mustahil 3D punya sound yang terhasil. Contohnya kat bawah ni.


So Far Away. Far away from Avenged Sevenfold's Asian Tour DVD.

Agak mengecewakan ada orang yang tak faham konsep rakam guna henfon sebab mengharapkan suara sangat terang jelas dan nyata. Kalau tak pergi konsert, tak payah nak bising sebab kau pun menagih simpati mengharapkan orang rakam untuk kau. Dan aku pun tak paham kenapa ada yang sakit hati fans nak nyanyi sekali. Aku bayar, biar la aku nak nyanyi. 

Apa yang sebenar-benarnya buat kualiti bunyi sangat teruk adalah production dia. Sound engineer dia. Siapa-siapa la yang set up stage tu. Again aku katakan, lampu sangat tak bernafsu, sound system yang melemahkan syahwat. Penonton tidak sepatutnya dipersalahkan. Sila salahkan stage crew. Atau salahkan penganjur. Salahkan budget. Salahkan siapa-siapa tetapi asalkan bukan peminat.

Selamat ulang tahun pertama konsert avenged sevenfold.

22 April 2013

Oxymoronic Behaviour

Nak dekat pilihan raya macam biasa orang hidung tinggi tiba-tiba hidung mancung. Orang yang tangan panjang, tiba-tiba menjadi tangan yang membantu. Orang yang senyum sinis, tiba-tiba senyum sampai terserlah kaviti gigi.

Aku teringat akan berita yang menemu ramah orang BN yang berkata di depan kamera "kalau salah sikit-sikit BN, sikit-sikit BN". Tidakkah kau tengok berita mengenai cerita-cerita di Selangor dan Kelantan yang kalau boleh tiap-tiap hari ada isu? Sikit-sikit pembangkang. Sikit-sikit pembangkang. Tapi tak pernah pula tengok orang BN keluar parti ke, pembangkang mengutuk negeri kerajaan ke. 1 hari berita sudah cukup untuk melihat patern ini. 15 hari berkempen memang cukup sebab kau dah 5 tahun berkempen. Kenapa tak buat 10 hari berkempen?

If you stare at the 'clear', you wouldn't notice there is an 'un' that is clearly been cut off.
Bukan ihsan iStockphoto tapi dicuri.

Okay itu je pasal tajuk ni. Selebihnya sampingan sahaja.

Sms daripada 01119171290:


"RM0.00. Sila datang ramai-ramai bersama Calon N22 Dun Teratai Sdri Tiew Way Keng dari DAP Jam 8:30pg. Datang terus ke kewan MPAJ Pandan. Indah dari arah Taman Kencana."

Tapi sayangnya masa tu aku tak ada mood nak reply.

Sms daripada 0192141483:

"Undilah calon BN anda, P100 PARLIMEN Pandan, GARY LIM CHIN YEE, 39, Ketua BIRO Guaman MCA Pandan. Pemimpin berjiwa rakyat. Sayangi Selangor, Yakini BN."

Dan aku membalas:

"tapi saya rakyat berjiwa pemimpin. harap awak undi saya. millions of love."

Aku tak pasti dah ada 4 atau 5 mesej sebegini rupa. Seriously, kalau aku dapat mesej macam ni lagi, aku tak nak pergi mengundi sebab macam mana aku nak percaya dekat kau kalau aku tak tahu pun kewujudan kau? Apatah lagi nak tolong aku. So you should not expect me to vote for you because first, i dont know you at all and second i dont see any contribution from you.

Please send me another message so aku tak payah pergi undi. I just dont care siapa-siapa yang menang sebab like i said like million times already, semua jahat. Mengundi adalah hak rakyat, dan rakyat ada hak tak nak guna hak tu. Saya pilih Malaysia tapi ada satu aspek yang sangat kecil buat saya tak pilih Malaysia. Freedom. Tapi bukan freedom untuk pihak pembangkang masuk TV. Freedom lain.

Tiba-tiba serious pasal politik. Point is, politik itu bodoh.

21 April 2013

Dota Relive

Im not playing dota for like forever now tiba-tiba exroomate matriks ajak gg. Dengan internet yang tak ada limit dan yakin tidak akan disconnected, terus download balik file garena dan register akaun baru. Akaun lama? Lupa.

Apa yang menghairankan adalah room dekat Malaysia semua penuh tapi game susah nak jumpa. 225 orang dalam satu room kalau nak dibahagi 10 untuk setiap game sepatutnya ada 22 game at most tapi aku kadang-kadang spend 30 minit tengok orang chat "game?", "any game?", game please", "sohai", "host noob", dan sebagainya. Tapi tak ada juga game baru. Sedih.

Nak tengok orang create game ibarat orang nak faham E=mcc. Nak dapat game yang balance ibarat orang nak faham quantum mechanics. Dalam masa 2 hari game, baru sekali je dapat game yang super balance yang berdurasi 1 jam 15 minit tanpa ada orang leave game. Syukur.

Jadi jika siapa-siapa yang terbaca post ini, yang ingin beradu tenaga dengan aku, sila la add aku. Akaun diberi nama 'thelecherousman' minus apostrophes. Baru level 4.

Teringin nak lawan geng Zara lah. Hebat tetap hebat tapi boleh disebat.

19 April 2013

Spreading Love aka Cream Cheese

Setelah puluhan kali siang malam silih berganti, akhirnya tercapai juga impian untuk menghidang sebiji kek kepada pegawai perkhidmatan awam atau bahasa mudah, kerani. Lol. Hampir kesemua pegawai perkhidmatan awam terkesima akan keberhasilan penyediaan kek oleh aku. Dan kebanyakan mereka bertanya akan soalan mengenai hari jadi. Tolong terima kenyataan.

Hari ini meja aku dihujani dengan pujian dengan lebat sekali. Ada yang makan sekali, ada yang segan nak ambil kek jadi aku ambilkan, ada yang makan dua kali, ada yang tanya aku ada buat bisnes ke, ada yang cakap nak tempah dekat aku. Walaupun 10.38% daripada niat aku bawa kek ini untuk mencuba nasib, tapi aku takut kalau betul-betul ada tempahan sebab in terms of decoration, gagal.

Oh kek itu adalah red velvet. Lagi. Nak bawa kek coklat yang berlipat kali ganda lagi murah takut pula sebab aku masih gagal buat frosting. Red velvet sahaja yang diyakini keenakkannya.

Lovely Friday.

Mungkin lepas ni aku nak buat kek untuk pensyarah aku dekat UKM sebab jasa mereka sangat besar. Ini cuma niat, jadi tak jadinya tidak diketahui.

Imej, Protokol Terpenting

Satu je aku tak paham akan etika bekerja dengan badan bukan swasta. Kena rambut pendek. Apabila kepanjangan rambut yang diukur berbanding pencapaian, kesungguhan, kewibawaan, dan juga kecemerlangan, maka terciptalah sebuah organisasi yang terbilang. Kepala otak kau!

Aku yang sentiasa duduk dekat ofis yang sering merasakan kehangatan bontot sendiri melekat dekat kerusi cuma berambut sedikit panjang yang kau nak tegur. Yang mereka selalu hilang tah kemana, yang hidup tak segan mati tak mau, yang merasakan pejabat ini pejabat bapak dia punya, tak ada pulak kau nak marah.

Kau belum tengok rambut rapunzel aku lagi. Sekali aku libas, bini kau hilang suami terus jadi ibu tunggal berkuatkuasa serta merta. Macam mana dia nak bela 6 orang anak dia? Nasib baik kerajaan bagi elaun untuk ibu tunggal. Mesti bini kau pegang banner I Heart PM. Lepas tu aku libas pulak bini kau, terus anak-anak kau jadi yatim piatu. Aku tak pasti ada elaun yatim piatu atau tak. Silap-silap aku libas mereka sekali.

Secara jujurnya, aku teringin nak meriahkan rambut aku dengan mewarnakannya. Tapi kalau panjang sikit dah menjadi isu, inikan pula nak dibubuh warna. Bila la aku nak jadi Perdana Menteri.

Shitty rule!

17 April 2013

Between Responsibility and Desire

Katanya kerja lepas tu beli henfon adalah sangat childish. Kalau upgrade rumah, matang. Kalau tak ada akaun facebook, sangat matang.

Maka aku cakap a tout a lheure (sebut: a tut a lerr) atau dalam bahasa melayu, jumpa lagi, kepada Sony Xperia Z sebab bercita-cita nak pasang penghawa dingin dekat rumah dan tukar katil baru. Itulah benefit kerja tak perlu spend duit untuk transport dan makan dimana gaji yang diterima adalah gaji yang mutlak. Tapi tak banyak pun.

Henfon canggih tapi Celcom 3G sahaja buat apa.

13 April 2013

Urus Setia. Lagi.

Ye. Jadi Urus Setia lagi sekali. Demi pengalaman, tak apa lah.

Apa yang menariknya, aku lunch bersama-sama pengarah dan brader-brader berjawatan tinggi. So kalau nak makan dengan VIP, dalam menu mestilah tak ada tahu sumbat, ikan bilis goreng, dan telur mata kerbau tapi kami para VIP *gtew* makan dekat sebuah restoran yang menyediakan nasi arab dekat MITC, Melaka.

Aku tak pasti berapa harga yang dibayar oleh Pengarah PERHILITAN Negeri Melaka untuk 8 orang tapi kalau sepiring buah berharga RM7, tak sebulan gaji aku kena bayar untuk whole meal? Thanks Pengarah PERHILITAN Negeri Melaka.

Makan dengan VIP ni ibarat makan dengan tuhan. Maksudnya aku sangat kecil di sisi mereka. Pengarah dan Gred N17, tak ke bezanya antara langit dan bumi? So aku tak tahu apa nak cakap masa lunch atas dasar perbezaan darjat, perbezaan umur, perbezaan pengalaman, dan perbezaan ilmu. Scary.

Kalau ada offer lunch dengan pengarah atau Najib, menolak Najib adalah wajib. Sangat rhyme!

10 April 2013

Outstation(s)

4 hari berada di The Aston Hotel, kini telah pulang ke ibu kota tercinta. Selaku Urus Setia, all i can say is it was tiresome but when everything went smoothly, its worthwhile. Worth every sweat that dropped doing everything.

So subjek sekarang, The Aston Hotel. Lobby punya lighting sedih. Room furniture sedih; wardrobe tak ada pintu, tak ada tempat letak kasut. Lepas tu plug sangat jauh daripada katil, telefon rosak, sabun pun tak nak keluar daripada housing dia. Channel TV sangat sikit. And the punchline or the main attraction of the room is the view. Buka tingkap dan all i can see is the roof. WHAT A BREATHTAKING VIEW. It should be a 6 star hotel!!! *hardcore eyes rolling*

Makanan pula okay tak okay. Tapi sebab lapar, mulut tidak digunakan untuk menyumpah. Sebaliknya, telinga yang tidak mengunyah makanan sering kali didendangkan dengan kutukan terhadap chef mereka. Cuma aku tak pasti kalau air diletakkan hirisan lemon hampir 20 hirisan, adakah itu lemonade atau plain water? Masih menjadi tanda tanya.

Setelah beberapa minit duduk di rumah, diriku dikejutkan dengan berita bahawa aku perlu ke Melaka esok atas urusan interview kenaikan pangkat pegawai perhilitan.

Does that mean service aku sangat diperlukan dekat HQ? Adakah aku akan menjadi seorang pegawai perhilitan hakiki? Gtew.

08 April 2013

Urus Setia

Kalau kerani itu suck, jadi urus setia itu sucker.

Oh post ini dikarang menggunakan laptop kenalan daripada Rezab Krau since katanya dia tak reti guna laptop. Gunalah selalu then you will get used to it. Thanks by the way.

05 April 2013

Mengilhamkan Harapan, Mencipta Masa Depan.....Yang Lebih Gelap

Tahukah anda, graduan Sains Nuklear ramai yang tak menjadi? Lets go to the root of the problem.

Salah company? Ye sebab mereka ambil graduan yang kurang letop berbanding graduan sains nuklear. Sebab apa? Sebab ramai sangat mahasiswa dekat pusat pengajian tinggi.

Salah universiti? Ye sebab ambil ramai sangat budak untuk sambung belajar. Sebab apa? Sebab ramai dapat keputusan cemerlang daripada peperiksaan yang dibuat oleh kementerian pelajaran.

Salah kementerian pelajaran? Ye sebab graf gred diturunkan untuk menampakkan ramai yang cerdik bijak bistari.

Salah budak pandai? Ye sebab dipaksa menjadi seorang yang berjaya oleh ibu bapa.

Salah ibu bapa? Ye sebab mereka nak anak mereka kerja dekat company besar.

Salah company? Ye sebab mereka ambil graduan yang kurang letop berbanding graduan sains nuklear. Sebab apa? Sebab ramai sangat mahasiswa dekat pusat pengajian tinggi.

Salah universiti? Ye sebab ambil ramai sangat budak untuk sambung belajar. Sebab apa? Sebab ramai dapat keputusan cemerlang daripada peperiksaan yang dibuat oleh kementerian pelajaran.

*rasanya kau tahu dah lepas salah universiti salah siapa pula.

IT HAS NO FUCKING ORIGIN. WE CANNOT BREAK THE FUCKING CYCLE!

Yakini BN, Yakini Merah Jambu

1548 hrs 3 April 2013, datangnya sms dari 019-2145731 yang berbunyi:

"Kerajaan BN telah memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi kpd pesawah yg usahakan sawah bawah 10 hektar,melibatkan 172,000 pesawah. KAMI MENDENGAR-YAKINI BN"

1551 hrs 3 April 2013, aku balas sms yang berbunyi

"woahhhhhhhhhh siyes?"

dan mesejku tak dibalas.

____________________________________________________________


1746 hrs 5 April 2013, datangnya sms dari 019-2218620 yang berbunyi:

"Keperluan air bersih kepada rakyat, secara percuma kpd yg memerlukan, akan tetap menjadi tanggungjawab Barisan Nasional. Janji ditepati, Yakini BN."

Atas sebab takut mesej yang bakal aku hantar tak dijawab, aku diamkan diri sahaja. Takut okeh akan cinta yang tak berbalas ibarat bertepuk sebelah tangan. 

____________________________________________________________

Ulasan sebagai seorang kerani:
1. Penggunaan bahasa ringkas tidak boleh digunakan lebih-lebih lagi jika perutusan itu datangnya daripada kerajaan.
2. Tatabahasa yang tidak sempurna.
3. Selepas penggunaan koma, wajib ada satu ruang sebelum diletakkan perkataan baru.
4. Sengkang hanya digunakan untuk kata ganda atau ketidakcukupan ruang pada satu-satu (ini contoh penggunaan sengkang yang betul!) baris yang memerlukan baris yang baru untuk menyempurnakan perkataan tersebut).
5. Letak duduknya koma dalam pembahagian ayat adalah salah.
6. Yakini adalah bukan kata nama khas.

____________________________________________________________

Ulasan sebagai seorang pengundi:
1. Adalah cukup memalukan apabila media massa yang dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan dan lepas tu cuba mengawal minda rakyat dengan menghantar sms.
2. Adalah cukup menyedihkan apabila kejayaan yang tak berapa nak berjaya sibuk dicanang.
3. Adalah cukup memilukan apabila tiap-tiap hari disajikan cerita yang sama.
4. Adalah cukup meloyakan apabila setiap berita mesti dimulakan dengan muka yang sama.
5. Adalah cukup menyayat hati apabila kesalahan orang lain sahaja direjam.

____________________________________________________________

Selepas membaca 2 mesej yang dipetik seperti di atas, aku rasa kerajaan masakini adalah lebih hina daripada pengemis sebab pengemis mengemis untuk meningkatkan tahap kesihatan diri ke tahap yang optimum tetapi mereka mengemis untuk mendapatkan kuasa. Kalau kau buat kerja betul, tak payah cerita benda yang sama dekat tv tiap-tiap hari sebab orang tahu kau boleh buat kerja dan orang akan undi kau. Hina dina lebih baik berzina! Lol. Jangan bebankan henfon aku dengan mesej-mesej yang memperbodohkan diri sendiri. Aku tak pernah hantar subscribe ON BN dan hantar ke nombor celcom seperti di atas. 

Aku masih berpendapat ahli politik semuanya jahat. Yang betul-betul nak tolong rakyat? Aku berasa sangat skeptik akan kewujudan golongan ini. Perlu ke aku bazirkan masa beratur dan menunggu sambil dihujani peluh semata-mata untuk menurunkan kuasa kepada orang yang aku tak kenal apatah lagi orang yang tak aku cintai? Sebabnya katanya tak kenal maka tak cinta.

Jadi, yakini merah jambu! Please wake me up when the election ends. 

04 April 2013

Being a Clerk is Hard!

Aku tahu dalam masa beberapa tahun lagi aku akan mempunyai sebuah syarikat sendiri tapi bisnes apa aku tak tahu. Aku tak nak cerita mengenai aku dimasa hadapan tapi yang nak diceritakan adalah real time story.

Ahad ni berangkatlah aku ke The Aston Hotel dekat Negeri Sembilan untuk menghadiri Bengkel Pengurusan Sumber Manusia selama 4 hari. Baru dekat 2 bulan kerja, dah nak hantar aku kursus. Lol.

Suatu ketika dahulu sewaktu aku memegang tampuk pemerintahan Kelab Sains Nuklear *gtew*, satu-satunya program yang dilaksanakan adalah annual dinner. Aku buat kertas kerja dan bagi ucapan. Tapi aku tak tahu kepayahan division lain dalam melicinkan program itu. Tapi syukur, sedikit sebanyak aku dapat kaut pengalaman itu dan terjemahkan semasa menjadi usus setia bengkel yang akan berlangsung tak lama lagi.

Untuk bengkel ini, aku telah berurusan dengan pihak hotel, berurusan dengan bahagian kewangan, membuat kertas kerja untuk mendapat pengesahan pengarah, bahagian kewangan, dan ketua setiausaha, menghabiskan kertas A4 untuk menyediakan bahan kursus, dan pada hari kejadian mungkin aku akan mengangkat peralatan kursus, menjaga kaunter pendaftaran, menjaga sistem pembesar suara, atau mungkin menjadi hos? Lol.

Being a clerk is nauseatingly tough. Okay im exaggerate. But yes, its hard. Kalau dikatakan pegawai-pegawai atasan banyak kerja, kerani pun banyak kerja okeh. Nak kena check spelling, nak kena check imbuhan. Nak kena check kata nama am. Nak check alamat. Nak kena check ic. Every little detail kena perfect. No room for mistakes.

So lepas rasa kepayahan, kecemasan, kesungguhan, kecekalan, kebertanggungjawaban, dan keikhlasan kerani menjalankan tugas, lepas aku tubuhkan syarikat, aku nak buat parti liar setiap minggu supaya pekerja aku enjoy bekerja.

Tak sabar nak buat kek untuk bagi mereka, para kerani berwibawa, rasa keindahan masterpiece aku.

03 April 2013

Penjualan Agama

Islam semakin subur di Malaysia. Alhamdulillah. Cakap mengenai apa sahaja berkaitan dengan agama, ramai yang akan datang mendengar tetapi tidak tahu akan kesahihannya kerana kefahaman adalah berlainan mengikut individu. Agama sepatutnya memudahkan tetapi ada sahaja orang yang cuba menyusahkannya. Malang sungguh bila dua kelompok berselisih faham dalam menegakkan agama yang sama.

Agama dijadikan politik adalah fenomena biasa buat masa sekarang. Tapi apa yang lagi menyedihkan yang ingin diceritakan di sini adalah apabila agama dijadikan jenama. Sebagai manusia yang maha skeptik, skeptiklah aku dalam menerima informasi mengenai produk ini. Ada jenama air mineral yang telah dibacakan ayat Al-Quran. Tu dia.

Minum air yang dibacakan ayat Al-Quran memang bagus cuma apa yang tidak dapat diterima akal adalah harganya. Mineral water yang dibacakan dengan ayat kitab suci dijual dengan harga melebihi RM4 untuk 500ml. Kalau air mineral RM4 dijual di pasar raya besar, mesti tak ada orang beli, tapi apabila label dilekatkan dengan adanya unsur-unsur agama, ia menjadi lebih panas daripada pisang goreng segar daripada kuali.

1. Aku tak yakin yang ustaz baca kitab suci dalam gudang yang dipenuhi air mineral. Mesti dia pasang radio.
2. Aku tak yakin semasa proses penghantaran air mineral yang mungkin telah dilangkah oleh pekerja yang ingin mengeksport daripada kilang. Mustahil kotak air mineral boleh terapung.
3. Aku tak yakin kos air mineral melebihi harga seketul ayam kfc.

Jadi kenapa jual mahal sangat? Sebab kau tahu bisnes sangat menguntungkan bila diselitkan agama sekali. Mungkin lepas ni aku boleh buka kedai makan dan segala lauk pauk yang aku jual dibacakan ayat dari kitab suci. Percayalah orang akan beli telur dadar aku tu dengan harga RM10.

Shame on you ustaz. Ustaz ke?

Kalau dah ragu-ragu, jadi tak payah la minum. Doa sendiri lagi elok. Tapi masih tak boleh terima akan perkara ini. Sigh.

02 April 2013

Your Beautiful Eyes

Maybe they thought that fists does not give them the answers. That blade cannot find the truth underneath the skin. That death sentence can never terminate the idea. Adapting a neo-atmosphere is a cause for celebration and I guess you have grown up. A lot.

Thank you.