19 April 2013

Imej, Protokol Terpenting

Satu je aku tak paham akan etika bekerja dengan badan bukan swasta. Kena rambut pendek. Apabila kepanjangan rambut yang diukur berbanding pencapaian, kesungguhan, kewibawaan, dan juga kecemerlangan, maka terciptalah sebuah organisasi yang terbilang. Kepala otak kau!

Aku yang sentiasa duduk dekat ofis yang sering merasakan kehangatan bontot sendiri melekat dekat kerusi cuma berambut sedikit panjang yang kau nak tegur. Yang mereka selalu hilang tah kemana, yang hidup tak segan mati tak mau, yang merasakan pejabat ini pejabat bapak dia punya, tak ada pulak kau nak marah.

Kau belum tengok rambut rapunzel aku lagi. Sekali aku libas, bini kau hilang suami terus jadi ibu tunggal berkuatkuasa serta merta. Macam mana dia nak bela 6 orang anak dia? Nasib baik kerajaan bagi elaun untuk ibu tunggal. Mesti bini kau pegang banner I Heart PM. Lepas tu aku libas pulak bini kau, terus anak-anak kau jadi yatim piatu. Aku tak pasti ada elaun yatim piatu atau tak. Silap-silap aku libas mereka sekali.

Secara jujurnya, aku teringin nak meriahkan rambut aku dengan mewarnakannya. Tapi kalau panjang sikit dah menjadi isu, inikan pula nak dibubuh warna. Bila la aku nak jadi Perdana Menteri.

Shitty rule!

No comments: