29 April 2013

HB Avenged Sevenfold Live in Malaysia

Pada 29.04.2012 jam 8.40 malam yang lepas, aku berada di Surf Beach tengah menantikan kumpulan Avenged Sevenfold naik stage. Sekarang, 29.04.2013 jam 8.36 malam semasa menaip, aku berada di atas katil menunggu dvd asian tour yang tak keluar-keluar lagi. Ada ke tidak?

Jadi kalau nak tengok balik, search je la dekat youtube live dekat malaysia ni. Apa yang agak disturbing dalam semua video yang dimuat naik adalah keindahan bunyi kerana fans menyanyi sekali dan suara muhamat shadow hampir hilang. Dah rakam guna henfon kan mesti la hampeh sebab memang mustahil 3D punya sound yang terhasil. Contohnya kat bawah ni.


So Far Away. Far away from Avenged Sevenfold's Asian Tour DVD.

Agak mengecewakan ada orang yang tak faham konsep rakam guna henfon sebab mengharapkan suara sangat terang jelas dan nyata. Kalau tak pergi konsert, tak payah nak bising sebab kau pun menagih simpati mengharapkan orang rakam untuk kau. Dan aku pun tak paham kenapa ada yang sakit hati fans nak nyanyi sekali. Aku bayar, biar la aku nak nyanyi. 

Apa yang sebenar-benarnya buat kualiti bunyi sangat teruk adalah production dia. Sound engineer dia. Siapa-siapa la yang set up stage tu. Again aku katakan, lampu sangat tak bernafsu, sound system yang melemahkan syahwat. Penonton tidak sepatutnya dipersalahkan. Sila salahkan stage crew. Atau salahkan penganjur. Salahkan budget. Salahkan siapa-siapa tetapi asalkan bukan peminat.

Selamat ulang tahun pertama konsert avenged sevenfold.

No comments: