05 April 2013

Yakini BN, Yakini Merah Jambu

1548 hrs 3 April 2013, datangnya sms dari 019-2145731 yang berbunyi:

"Kerajaan BN telah memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi kpd pesawah yg usahakan sawah bawah 10 hektar,melibatkan 172,000 pesawah. KAMI MENDENGAR-YAKINI BN"

1551 hrs 3 April 2013, aku balas sms yang berbunyi

"woahhhhhhhhhh siyes?"

dan mesejku tak dibalas.

____________________________________________________________


1746 hrs 5 April 2013, datangnya sms dari 019-2218620 yang berbunyi:

"Keperluan air bersih kepada rakyat, secara percuma kpd yg memerlukan, akan tetap menjadi tanggungjawab Barisan Nasional. Janji ditepati, Yakini BN."

Atas sebab takut mesej yang bakal aku hantar tak dijawab, aku diamkan diri sahaja. Takut okeh akan cinta yang tak berbalas ibarat bertepuk sebelah tangan. 

____________________________________________________________

Ulasan sebagai seorang kerani:
1. Penggunaan bahasa ringkas tidak boleh digunakan lebih-lebih lagi jika perutusan itu datangnya daripada kerajaan.
2. Tatabahasa yang tidak sempurna.
3. Selepas penggunaan koma, wajib ada satu ruang sebelum diletakkan perkataan baru.
4. Sengkang hanya digunakan untuk kata ganda atau ketidakcukupan ruang pada satu-satu (ini contoh penggunaan sengkang yang betul!) baris yang memerlukan baris yang baru untuk menyempurnakan perkataan tersebut).
5. Letak duduknya koma dalam pembahagian ayat adalah salah.
6. Yakini adalah bukan kata nama khas.

____________________________________________________________

Ulasan sebagai seorang pengundi:
1. Adalah cukup memalukan apabila media massa yang dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan dan lepas tu cuba mengawal minda rakyat dengan menghantar sms.
2. Adalah cukup menyedihkan apabila kejayaan yang tak berapa nak berjaya sibuk dicanang.
3. Adalah cukup memilukan apabila tiap-tiap hari disajikan cerita yang sama.
4. Adalah cukup meloyakan apabila setiap berita mesti dimulakan dengan muka yang sama.
5. Adalah cukup menyayat hati apabila kesalahan orang lain sahaja direjam.

____________________________________________________________

Selepas membaca 2 mesej yang dipetik seperti di atas, aku rasa kerajaan masakini adalah lebih hina daripada pengemis sebab pengemis mengemis untuk meningkatkan tahap kesihatan diri ke tahap yang optimum tetapi mereka mengemis untuk mendapatkan kuasa. Kalau kau buat kerja betul, tak payah cerita benda yang sama dekat tv tiap-tiap hari sebab orang tahu kau boleh buat kerja dan orang akan undi kau. Hina dina lebih baik berzina! Lol. Jangan bebankan henfon aku dengan mesej-mesej yang memperbodohkan diri sendiri. Aku tak pernah hantar subscribe ON BN dan hantar ke nombor celcom seperti di atas. 

Aku masih berpendapat ahli politik semuanya jahat. Yang betul-betul nak tolong rakyat? Aku berasa sangat skeptik akan kewujudan golongan ini. Perlu ke aku bazirkan masa beratur dan menunggu sambil dihujani peluh semata-mata untuk menurunkan kuasa kepada orang yang aku tak kenal apatah lagi orang yang tak aku cintai? Sebabnya katanya tak kenal maka tak cinta.

Jadi, yakini merah jambu! Please wake me up when the election ends. 

No comments: