22 April 2013

Oxymoronic Behaviour

Nak dekat pilihan raya macam biasa orang hidung tinggi tiba-tiba hidung mancung. Orang yang tangan panjang, tiba-tiba menjadi tangan yang membantu. Orang yang senyum sinis, tiba-tiba senyum sampai terserlah kaviti gigi.

Aku teringat akan berita yang menemu ramah orang BN yang berkata di depan kamera "kalau salah sikit-sikit BN, sikit-sikit BN". Tidakkah kau tengok berita mengenai cerita-cerita di Selangor dan Kelantan yang kalau boleh tiap-tiap hari ada isu? Sikit-sikit pembangkang. Sikit-sikit pembangkang. Tapi tak pernah pula tengok orang BN keluar parti ke, pembangkang mengutuk negeri kerajaan ke. 1 hari berita sudah cukup untuk melihat patern ini. 15 hari berkempen memang cukup sebab kau dah 5 tahun berkempen. Kenapa tak buat 10 hari berkempen?

If you stare at the 'clear', you wouldn't notice there is an 'un' that is clearly been cut off.
Bukan ihsan iStockphoto tapi dicuri.

Okay itu je pasal tajuk ni. Selebihnya sampingan sahaja.

Sms daripada 01119171290:


"RM0.00. Sila datang ramai-ramai bersama Calon N22 Dun Teratai Sdri Tiew Way Keng dari DAP Jam 8:30pg. Datang terus ke kewan MPAJ Pandan. Indah dari arah Taman Kencana."

Tapi sayangnya masa tu aku tak ada mood nak reply.

Sms daripada 0192141483:

"Undilah calon BN anda, P100 PARLIMEN Pandan, GARY LIM CHIN YEE, 39, Ketua BIRO Guaman MCA Pandan. Pemimpin berjiwa rakyat. Sayangi Selangor, Yakini BN."

Dan aku membalas:

"tapi saya rakyat berjiwa pemimpin. harap awak undi saya. millions of love."

Aku tak pasti dah ada 4 atau 5 mesej sebegini rupa. Seriously, kalau aku dapat mesej macam ni lagi, aku tak nak pergi mengundi sebab macam mana aku nak percaya dekat kau kalau aku tak tahu pun kewujudan kau? Apatah lagi nak tolong aku. So you should not expect me to vote for you because first, i dont know you at all and second i dont see any contribution from you.

Please send me another message so aku tak payah pergi undi. I just dont care siapa-siapa yang menang sebab like i said like million times already, semua jahat. Mengundi adalah hak rakyat, dan rakyat ada hak tak nak guna hak tu. Saya pilih Malaysia tapi ada satu aspek yang sangat kecil buat saya tak pilih Malaysia. Freedom. Tapi bukan freedom untuk pihak pembangkang masuk TV. Freedom lain.

Tiba-tiba serious pasal politik. Point is, politik itu bodoh.

No comments: