21 April 2013

Dota Relive

Im not playing dota for like forever now tiba-tiba exroomate matriks ajak gg. Dengan internet yang tak ada limit dan yakin tidak akan disconnected, terus download balik file garena dan register akaun baru. Akaun lama? Lupa.

Apa yang menghairankan adalah room dekat Malaysia semua penuh tapi game susah nak jumpa. 225 orang dalam satu room kalau nak dibahagi 10 untuk setiap game sepatutnya ada 22 game at most tapi aku kadang-kadang spend 30 minit tengok orang chat "game?", "any game?", game please", "sohai", "host noob", dan sebagainya. Tapi tak ada juga game baru. Sedih.

Nak tengok orang create game ibarat orang nak faham E=mcc. Nak dapat game yang balance ibarat orang nak faham quantum mechanics. Dalam masa 2 hari game, baru sekali je dapat game yang super balance yang berdurasi 1 jam 15 minit tanpa ada orang leave game. Syukur.

Jadi jika siapa-siapa yang terbaca post ini, yang ingin beradu tenaga dengan aku, sila la add aku. Akaun diberi nama 'thelecherousman' minus apostrophes. Baru level 4.

Teringin nak lawan geng Zara lah. Hebat tetap hebat tapi boleh disebat.

No comments: