28 February 2013

It Pays To Read News

Sudah setengah bulan kerja dekat PERHILITAN (capital letters. its a must!) dan aku mula suka akannya. Sebelum ni tak suka kerja as a clerk tapi bila boss cakap "pergi la balik, makan" pada pukul 12.30 tengah hari, aku sangat suka kerja government. Lol. Belum lagi part lambat masuk kerja lepas lunch.

Kalau orang putih kerja 9-5, aku kerja 8-5. 8 jam. Apa yang aku buat 80% daripada masa kerja aku? Aku baca Yahoo News. Sepanjang setengah bulan, aku dapat melihat perubahan web page yahoo yang makin teruk.

Back to yahoo news. I read lots of stuff from asteroid to couple missing in Peru. From gynecologist hid his camera on a pen to grandma shot her two grandsons. From google glass to samsung galaxy s4. Oh pasal google glass, katanya akan release lagi 2 tahun dimana kita boleh tanya soalan sambil memakai spectacle-like google glass. Bermakna kita sudah hampir ke masa depan yang canggih dan umat manusia menjadi semakin malas dan tak berguna. Tapi google glass tu nampak menarik.

Printer 4D. Aku tak dapat imagine macam mana printer 4 dimensi. 4th dimension katanya adalah masa. Katanya lagi guna air so benda yang diprint itu bergerak. Ok bullshit.

How to deviate asteroid(s) from landing on earth and bringing humanity to bed? Hit them with a spaceship. Katanya ada asteroid almost 800 feet long yang tengah on the way ke arah bumi tapi tak langgar bumi. Dan mereka nak hit asteroid tu dengan kapal angkasa dengan jarak 827483201324943274618 m dari bumi atau senang cerita sangat jauh sehingga tak tercapai akalmu pada tahun 2022. Masa tu, malaysia dah maju, mungkin malaysia dah ada teknologi untuk control benda telepathically macam Jean Gray. Kalau Jean boleh belah air, rakyat malaysia boleh belah asteroid.

Male nurse dibayar lebih mahal daripada female nurse. Transgender berumur 6 tahun tak dapat masuk toilet lelaki. Ratu cantik (kind of) Israel boleh pegang senapang. Fossil berumur billion tahun. Stretchable battery. Scientist study pasal boredom in class and its relationship with depression dan sebagainya (yeah thats interesting!).

Kalau nak diceritakan semua benda yang aku baca memang mustahil la. Apa yang penting, mereka bayar aku untuk aku baca news. Sayangnya aku tak boleh blogging dekat sana sebab habis aku nanti kalau boss baca pasal PERHILITAN.

Selingan: tadi pergi kwsp buat akaun. aku ada driver hantar aku pergi kwsp kajang. rasanya kalau aku nak pergi hkl atau pergi shopping mesti driver hantar jugak. kerlassss!!

The Wanderer Pt. 6: The Unsung Hero

The psychological attack sometimes is hard to dodged. To revenge is very unlikely. So this is a part where bloodbath introduces itself.

Extremist. A group of kamikaze people holding a berserk grudge showering their selfish agenda so the rule is blessed by them. A never two-sided rule. Are we going to play their game? Most of us did. So did i. Why would we do that? Because we want to fit in the society. A genuinely sad reason.

There are times when the gifted ones educating the world but sadly the world is too naive to learn, to educate themselves. Again, they cast hatred. So the gifted ones falls. Hard.

In order to win their game, we must consistently show them what they believed is hurtfully wrong so the death of our ancestors is not a total waste.

26 February 2013

Prevention Is Better Than Cure, Katanya

In terms of economics, memang betul. In terms of social science, pun betul. In terms of medication, bullshit!

Klinik atau hospital sudah boleh dikatakan rumah kedua aku dan penghuni-penghuni bangunan ini suka berteriak mengatakan mencegah lebih baik daripada merawat. Ya, katanya. Selepas aku, selaku graduan Universiti Kebangsaan Malaysia menceburi bidang membaca bahan-bahan bacaan perubatan, aku sekeras-keras tulang yang boleh keras menyatakan bahawa statement itu adalah palsu dan hanya digunakan oleh doktor untuk lari daripada ditanya pesakit dengan lebih lanjut.

Sekarang percaya aku atau doktor? Ok imagine seorang pelajar PMR dapat 7A berbual dengan rakannya yang memperolehi 7B. Senang cerita baca kat bawah ni.

PMR 7B: Untung laaa dapat 7A, aku 7B je.
PMR 7A: Rezeki kau tak sampai lagi. SPM nanti boleh la dapat straight A.

Menggunakan perkara yang ghaib untuk melarikan diri sebab kalau tidak, budak 7B akan terus down. So aku teruskan dengan hujah aku di perenggan baru.

Prevention is better than cure. Prevent apa? Kalau pasal medication, mesti la pasal penyakit. Wahai doktor-doktor yang dah berkali-kali naik stage menadah tangan mengambil skrol pengajian, ask yourself this: Berapa banyak penyakit yang wujud?

Kalau hati berkobar-kobar nak prevent sakit mata lepas tu consume carrot juice intravenously, tidakkah orang tersebut terlupa akan gout? Kalau bersusah payah jaga sendi supaya tak kena gout, tidakkah orang tersebut terlupa akan rambut gugur? The list goes on and on. Itu belum lagi cover pasal penyakit yang tidak diketahui pakar perubatan dunia.

Jadi atas dasar ketidaktentuan menghidapi suatu penyakit menyebabkan falsafah mencegah lebih baik daripada merawat perlulah ditentang habis-habisan. Kalau ada debat mengenai statement ini, sudi-sudilah jemput aku untuk menjadi panel pembangkang. Tiba-tiba CNN panggil aku berdebat. Mati aku. Lol.

Oh pasal panel, last week dekat Bicara Siswa ke apa tah tajuk dia, mengupas cerita mengenai mahasiswa, kemahiran, pekerjaan. Something pasal benda tu sebab aku tak tengok dari awal. Ada 3 panel daripada 3 universiti; UM, UITM, dan universiti apa tah lagi 1. Masalah timbul apabila seorang panel daripada universiti-apa-tah-lagi-1-tu yang menjawat jawatan Presiden kelab apa tah, langsung tidak mengupas soalan yang diberikan. Dia hanya mengulang soalan dan mostly mengiyakan soalan tu. Duh! Panel paling sedih sekali.

Mungkin universiti-apa-tah-lagi-1-tu tidak mempunyai pelajar yang lebih cemerlang daripada presiden-kelab-apa-tah. Jadi kualiti program itu sangat rendah. Ironinya, tajuk yang dibincangkan berkaitan kebolehan  berkomunikasi tapi panel yang dijemput tidaklah mempamerkan kebolehan itu dengan cemerlangnya. Ok tajuk sangat jauh dibawa lari.

Prevention is better than cure, katanya.

25 February 2013

To The Ministry Of Health

I bet you know nothing about Hidradenitis Suppurativa. Or maybe, you cannot even spell it without any help from your secretary or without google it. One thing i know for sure, is that im going to die with this disease and you wont care at all. Lol.

Let me tell you this, HS attacks the unfortunate patients physically and psychologically. The pain resulting from the abscess breakage is far beyond word but the psychological pain is the ultimate doom, is something that we cannot bare. Lost of self-esteem is like a hobby to us but some of us happened to think of attempting suicide. Why? It is not curable and every single person around us happen to be not so supportive due to the rarity of this case.

So how can we turn this situation so that we can have a bit better life? I think every hospital must have a support group or department (covering all the known uncommon diseases) linked with other hospital so the patient can talk pretty much of everything to other patient who understands what he/she is going through. By this, we can comfort and support each other. We can share information regarding medication, natural remedies, or surgery in order to fight this disease. Ultimately, this group can give us HOPE even though hope is only a myth.

After a few months of treatment, i know no one who are facing the same issue. I hope i can find my Hidradenitis Suppurativa buddy someday.

ps: pity party doesnt make me feel any better.


24 February 2013

Devaluation By Technology

Semalam pergi Mid Valley semata-mata nak beli earphone Sony MDR-XB30EX. Hari ini pergi Mid Valley semata-mata nak tukar earphone tu sebab ada defect sikit, twisted chord. Tapi cashier Sony Centre The Garden kalau boleh tak nak bagi aku tukar, so dia try to fix it by herself. Tak mampu, kawannya tolong. Tak boleh jugak. Rasa nak marah tu ada tapi lepas more than 7 minutes, dia bagi yang baru sebab boss kata ok. Siot. Aku yang bayar, nak mintak baru tak boleh tapi boss dia yang tak ada kaitan dengan earphone tu suruh tukar, boleh pulak. Celaka kau! Tapi tak apa aku dapat jugak earphone baru. Tapi ini bukan cerita yang nak diceritakan.

On the way home, tapi masih dekat Mid Valley, terjalan dekat sebelah McD dan ternampak ramai orang melayu di situ. Aku mati-mati ingat mereka boikot McD, rupanya boikot ini bermusim. Okay, baguslah tu. Sangat membuktikan kebanyakan rakyat Malaysia suka bertindak ikut perasaan tanpa fikir. Lepas tu jilat ludah sendiri. Perkara ini juga bukan bahan utama tulisan ini.

Yang ini ya, isi penting penulisan ini. Masih dekat McD. Ada sebuah keluarga, tengah makan hidangan McD yang sangat tak buat aku bernafsu untuk beli. There is a guy, tengah tengok cerita korea dekat tabletnya. Persoalan aku, kenapa keluar dengan manusia yang hidup di depan mata, tapi mata tetap nak pandang hidupan berbentuk data? Tak kisah la gadget kau boleh tengok tv atau tengok satelit pun. Tapi boleh tak ambil peduli dekat teman/ahli keluarga anda?

Aku sendiri pun jadi mangsa macam tu. Bila keluar dengan kawan, kawan mereka yang hidup berpuluh-puluh kilometer lebih penting daripada kita. So pada aku, kalau nak keluar dengan makhluk yang bernafas, keluarkan teknologi dalam minda and talk like a human being. Bukan silent macam cicak dekat dinding.

Kalau tangan tu tak boleh lepaskan smartphone, better duduk rumah je weh. Seriously, tolong belajar adab bersosial.

21 February 2013

Norazirah Md. Nor

Status dekat whatsapp, "i'll spit on Doctor's face if no answer is provided". And guess what? Instead of spitting, aku sembah dia. Yes, she's the best doctor ever yang pernah consult aku.

1st, she introduce herself as i walked in. Aku tak pernah jumpa doktor yang macam ni. Tapi lepas dia sebut nama dia, terus aku lupa. Sry.

2nd, dia sangat peramah, funny, informative, dan bersahaja. Rare kualiti dekat most of doctors. Opss statement emosi.

3rd, acceptable. In terms of exchanging views, thoughts, and decision making. Ok hold dulu.

In the consulting session, aku menghujani bilik dia dengan medical term such as Acanthosis Nigricans, Crohn's Disease, Autoimmune Disease, Hyperhidrosis, Psoriasis, Hidradenitis Suppurativa, Himura, Oxybutynin, dan beberapa term lain. Boleh la aku sebut term-term tu sebab dah study untuk prepare soalan dekat doktor. Sebab kalau doktor tak boleh explain, memang wajib dikahak.

Impressively, dia jawab segala pertanyaan aku dengan ilmu kulit dia tapi aku paham je most of the explanation. So aku telan balik kahak aku dan bersedia untuk laga-laga pipi dengan doktor tu. Lol. Aku bangga dengan diri aku guna term-term tu tapi tak tahu la kalau doktor tu rasa ilmu dia tergugat pulak.

Apa yang lebih membanggakan, aku cakap dekat doktor aku nak ubat Oxybutynin untuk fight Hyperhidrosis tapi dia rejek aku dengan mengatakan ubat itu ada dekat Urology Clinic. Dia kata ubat itu untuk masalah bladder and aku memang dah tau benda tu.

Aku cakap ada jurnal pasal Oxybutynin dan Hyperhidrosis dan aku explain dekat dia. Dia tetap questioning itu dan ini namely side effects dan results. Then aku tunjuk dia jurnal itu dalam bentuk pdf yang aku bawak dan baca masa on the way pergi hospital. Dia pun baca dan dia cakap dia akan study dulu pasal relation antara kedua-dua perkara itu.

Aku sedikit bangga sebab i read something yang dia tak tahu. Lol. Tapi apa yang buat aku betul-betul bangga adalah kalau dia study jurnal itu dan cari jurnal lain, dan dia approve statement aku, maka aku akan dapat Oxybutynin dan dia boleh menyelesaikan masalah patient lain. So everybody wins.

Aku harap Doktor wanita tersebut, berdasarkan borang darah beliau bernama Dr Norazirah Md. Nor, akan call aku dan cakap "yes, we can treat hyperhidrosis with oxybutynin. thanks sebab share information ni". Gitew!!

Mesti dia terkejut sebab aku cakap aku kerani tapi cakap guna bahasa doktor.

Anyway, thanks so much Dr Norazirah sebab made my day dengan provide me everything that i want; roaccutane 40mg/d, sabun mandi free, clarity my questions and the compliment about my weight loss. I should have put Dr title in front of her name dekat tajuk tu.

See you in May.

20 February 2013

Key Sentence To Considerate

No matter how bright the sun shines, it can never had a chance to glance at the shadow of everything.

Wanker Wednesday

Wordless Wednesday adalah tajuk yang sangat menyedihkan! Hidup ikut bontot orang. Sedih ya!

17 February 2013

Taking Weight Loss Program To A New Level

Its almost 2 months buat workout tapi baru turun 6kg, 1kg short. Tapi tak apa sebab 6kg itu banyak dan kalau ditukar ke lbs, sudah 13.28 lbs. Wow, quite impressive. Tapi still its not enough! Sebab my brother balik dari perlis sebab cuti sem, so workout sedikit sebanyak terganggu. Mungkin sebab tu aku short 1kg. But now, kelas bakal bermula, so the room is all mine.

Disebabkan dah berkerja, workout tidak dilakukan pada waktu petang dek kerana penat. Tapi itu alasan sahaja. Jadi untuk memaksimumkan penyeksaan lemak pada waktu begini, alteration dalam rutin harian wajiblah diubah.

New routine:

weekdays:

6.45am: aerobic exercise
7.45am: pergi kerja
1.00pm: lunch dekat rumah
1.45pm: pergi kerja
5.00pm: balik rumah
6.30pm: strength workout *not everyday*
10.00pm: tidur

saturdays and sundays:

6.45am: aerobic exercise
7.15am: mandi
7.30am: free. hell yeah!

Supplement (everyday): plain black and green tea, susu dan oat.

Alasan:
1. Selepas bangun tidur, perut tidak mengandungi makanan. Maka, tenaga diperolehi daripada lemak.
2. A big cup of tea before workout dipagi hari adalah untuk boost metabolism. Maka, lagi cepat proses shedding fat.
3. 30 Day Shred tidak lagi dikira harinya tetapi workout ini masih lagi diteruskan.
4. Teh, susu, dan oat adalah bertujuan untuk menjaga dan memaksimumkan sistem pertahanan badan.
5. Lunch dekat rumah bermakna i have to walk twice (balik rumah dan pergi kerja). Maka, more walking, more shedding.
6. Strength workout hanya dijalankan pada hari Isnin, Rabu, dan Jumaat supaya ada rehat in between. Sabtu dan Ahad adalah percuma. Strength workout dilakukan disebabkan lengan sangat besar. Tiada alasan lain.
7. Tidur pada pukul 10 malam untuk mendapatkan rehat yang secukupnya supaya proses pengurusan badan berterusan dan dapat mengelakkan sclera atau mata putih tidak kelihatan merah.

Calculation:
Jarak antara rumah dan tempat kerja: 10 minit perjalanan (at most).
Berjalan sehari kerja: Pergi, balik (lunch), pergi (habis lunch), balik bersamaan 4 kali perjalanan.
Jumlah perjalanan sehari: 40 minit.
Jumlah perjalanan seminggu kerja: 200 minit (at most).

Tak pasti dengan perjalanan 200 minit seminggu boleh bakar kalori dengan banyak atau sikit. Lets hope it burns a lot.

Routine ini sangat membosankan tapi terpaksa dilakukan demi mendapatkan shape yang mengancam. Aku harap aku dapat mengikuti seperfect yang mungkin akan rutin yang perfect ini. 

16 February 2013

Inexorability To Deviate

Everything was perfect according to plan but now, it seems like we have reached a point where the sun wont expose your face again. So i'm depending on light from within hoping your face will not fade away but sometimes i do not. Please vanish yourself. Please.

Social-Network-Free

They said it took 28 days to break a habit. Sekarang ni aku dah 15 hari deactivate facebook. That means aku dah half way nak break habit ni. So far, aku tak ada la rasa nak pijak paku atau lempang bapak aku sebab aku tak login facebook.

Still, aku tak ada la hidup mencabar seperti yang diutarakan pada post yang lepas. Aku belum lagi memanjat gunung berapi, belum lagi membaling batu dekat pedestrian, dan aku belum lagi invent tat rendang ayam.

So kehidupan masih lagi boring. Mungkin lepas dah boleh drive nanti baru hidup adventurous? Who knows?

15 February 2013

Pokok Meranti Itu Sihat Walafiat

Hari ini hari ketiga kerja sebagai *mute*. Aku tak pasti aku kerja apa sekarang. Kerani? Pembantu kerani? Pembantu operasi? I dont know. I just go to work and do whatever they throw me.

Atas dasar keberahsiaankannya, aku tak boleh cerita dekat sini secara spesifik. Cuma perlulah tahu aku ada sebuah komputer untuk tekan-tekan, save dan pangkah. Macam serius gila je kerja aku. Lol.

Day 3, aku ditugaskan untuk mengalih bahasa. Biasanya aku translate English to Bahasa which is very hard. Tapi hari ini aku buat peralihan Bahasa kepada English which is hard too. To make it even harder, terma yang digunakan adalah bahasa pejabat atau bahasa admin yang buat aku lagi tak tahu nak translate. Mereka yang berkerja di situ yang tiada ijazah exacerbates the situation. Im not proclaiming that the possession of degree certificate makes you a better person, cuma aku belajar bahasa inggeris lebih lama sikit daripada mereka so they are not much of help. Sekarang skan english aku, nampak kan aku pun lite-lite je?

7 muka surat dialihkan bahasa selama 7 jam berkerja. Penat. Tapi bila difikirkan balik, 7 jam of translation boleh buat aku beli lilin rambut dan tali pinggang lepas diskaun atau aku boleh beli berkotak-kotak green tea dan black tea atau aku boleh beli hashbrown, frozen wedges, frozen dory, rangka ayam dan pedal ayam dan beberapa kotak mancis. Okay la kan? Its worthwhile.

Konklusi 3 hari lepas kerja: Kerja ofis memang boring tapi kalau nak translate, kurang la boring. Boleh tak dorang bagi aku kerja, tapi aku balik buat kerja dekat rumah? Klik-klik boleh dilaksanakan di rumah lepas tu email. Senang je tapi nak jugak aku duduk dekat kerusi ofis tu. Haih.

Badan tebal kembali. Rasanya. Next week kena workout sebelum pergi kerja. 

Apa kesinambungan tajuk dan isi cerita ini? Tajuk itu dicipta tanpa sebarang maksud. Sekian.

09 February 2013

The Wanderer Pt. 5: The War of Stigma

From out of nowhere, the shelter is surrounded by barbarous crowd. They felt threaten by us so they started the war. They said they want to right the wrong but the war they were fighting for is far from human logic. Contrary to popular believe, the humane value is raped bit by bit.

Pride, one of the most deadliest command which can turn the highest form of human ethic to the lowest of its kind, yet become the favourite food for the soul and been supplied to the army of ignorant. To defend the pride, they construct words as weapon of massive destruction to exterminate their filthy enemy according to them.

No matter how powerful they were. No matter how fierce they are. No matter how hard they try. They always forget the idea of gifted people are trained to be a fighter before they can even remember. The modules that gifted people applied is far more ferocious so they can evades all the javelin words, counter the hard-stoned cerebration or even shield themselves from delinquent act.

So the war of stigma they called upon us is a type of war that we have already prepared from the very beginning. But how do we retaliate such attack? No we don't. Fighting fire with fire is not our style. They set us with flames, we put off the fire. They throw us acids, we purify ourselves. Until they burn themselves and waving white flag. But it takes forever for this to happened.

Just put your rain suits on, unfurl your umbrella or stay at your shelter. The rain is coming.

08 February 2013

The Wanderer Pt. 4: Divided We Still Prevail

'Life is awaiting death' is the theme for the gifted people and dying alone is so heartbreaking and is one of the wish that gifted people are not dying to get. That is why wanderer is wandering to find another wanderer to wander together. But in this world, there are two types of people; the ones who do, and the ones who do not. The polarity of do's and do not's can be deceiving. Before we combine like the magnet, we must be sure it does not repel us. Or else, everything that we have built, tumbling down.

Since our minds interconnected, we saw different paths with many possibilities. Its like a story that had never been told and never will be and its all naiveness fault. It clouded the mind with selfish thought. But we look at a different light that never been bothered by this devilish perspectives. So the mind unlocks new trails.

The Tree of Life's branch approved the theory of possibilities. The life provides many routes to follow but one can have only one route. To rephrase, our path is undeniably different with the others. So do the gifted people with its kind. Whichever road we, the gifted people take, it will bring us to our leaf, the ultimate desire of life before the leaves fall off the tree.

As for now, like in war, we put many strategies to win the game. Outnumbered and pessimist about the win but we as the gifted ones, will always survive in every obstacles they put in our path until we reach our leaves.

07 February 2013

"Im attractive", kata Resume.

Setelah berangan kerja dekat PERHILITAN, tiba-tiba datang lagi 1 interview. Position Life Science Consultant. Bak kata Shila, gajinya besar. Besarla jika nak dibandingkan dengan PERHILITAN. Tapi apa yang menyedihkan, interview pada 7 Feb 10 pagi tapi aku tau aku ada interview pada 7 Feb 5.30 petang. Lol.

Tapi kalau kerja tu dekat tempat mengarut, bermakna jauh, atau dekat sekali pun, aku akan stick dengan PERHILITAN atas alasan biar aku ada lesen memandu dulu baru aku cari kerja dekat jauh nun di sana.


2nd interview.

Hey beruk, harini nak makan lauk vege? Hai pokok ceri, nak makan laddu?

Hak Haiwan dan Tumbuhan

Alhamdulillah, surat layang telah dilayangkan dan telah mendarat dekat rumah aku. Surat berkaitan dengan hak-hak haiwan dan tumbuhan. Ye, mereka juga ada hak untuk bersuara cuma frekuensi yang digunakan untuk bersuara adalah tidak mencapai piawai pendengaran manusia atau saluran yang mereka guna untuk bersuara adalah salah.

Kerja dekat PERHILITAN atau nama penuhnya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau bahasa dunia, Department of Wildlife and National Parks. Kerja apa? Aku tak kerja lagi sebab start 13 februari. Tapi kerja bahagian admin mungkin susun-susun fail atau shred kertas tak guna. Eh sorry, kena embrace taman negara bermakna kena selamatkan pokok daripada ditebang dan dijadikan kertas maka mesin shredder adalah barang elektronik yang patut dibenci.

Dari segi tempat kerja, alhamdulillah hanya 2 hingga 3 minit perjalanan dari rumah bermakna tiada pengangkutan, tiada rumah sewa, dan tiada masalah mencari makanan halal. Gaji bersih betul-betul bersih.

In terms of gaji, kelayakan SPM sahaja tapi tak peduli sebab pengalaman lagi mahal daripada gaji yang akan dibayar. Tapi telah dimuktamadkan bahawa aku akan sambung bayar kereta wira abang aku untuk setahun setengah dan wira itu adalah hak milik aku. You read right, i am about to own a car.

Belum kerja dah kira negative moolah. KWSP + kereta + bagi parents + buang duit kat tingkap + lap peluh guna duit kertas = it costs me fortune. Kalau dah tolak benda penting, tinggal berapa puluh ribu je. Bermakna, sorry Mataap, tak dapat ikut kau pergi UK duduk rumah Tarmizi. Niat nak travel masa muda-muda kena postpone. Harap tak kena Alzheimer masa tua nanti.

Alhamdulillah, dah nak kerja dah aku setelah hampir 5 bulan termenung fikir pasal kerja. Oh tapi kerja dekat PERHILITAN tak la permanent sebab dah nama pun contract. Bila-bila masa boleh kena buang. Lagi pun masih berharap dekat HUKM. Kalau tak dapat, harap-harap aku dapat diserap dan bekerja dengan pangkat 41.

04 February 2013

Bake Cake

1st of february, 1st ever cake aku bake.

Tiada masalah dicatatkan untuk membuat kek kerana semua bahan dicampak ke dalam mixer dan ikut instruction. Masalah yang timbul adalah untuk membuat whipped cream. Okay itu sangat azab.

More that 30 minutes kot aku guna mixer pukul whipping cream yang sepatutnya jadi sabun tapi tak jadi jugak. Tengok youtube pasal buat whipped cream tapi still tak jadi. Tak apa sebab 1st timer, lagi pun cuma trial je untuk buat kek Rudy. So kesalahan adalah dibenarkan.

Kek kedua aku buat 2nd of february dan aku rasa aku dah boleh nak masak kek. Sebab aku ingat instruction buat kek la kot. Lol. Tapi whipped cream masih macam anjing. Tapi better la berbanding 1st trial. Cuma aku tak pasti memang nak buat whipped cream amek masa atau perlukan whipping cream yang banyak untuk kembang jadi buih atau perlukan gula yang banyak untuk naikkan volume dia. Atau teknik aku salah? Ada teknik ke?

Nak upload gambar kek malas pulak.

Aku akan bake another cake dalam masa 1 bulan lebih. Cake orang putih punya cuma minus alkohol. Serious tak sabar nak bukak bakeri.

01 February 2013

Im Taking Back My Life

After 30 minutes or so of decision-making, the tribe has spoken. Facebook, its time for you to go.

I have wasted more than 80% of my day wandering on facebook page for the past 3 years. I have abused my energy by pressing F5 all the time. I kept ignoring my talents. I fed my lousy character. I have built an empire of stupidity. I created an uncontrollable monster. And now, im leaving it all behind.

Harap-harap aku tak akan kembali menjenguk ke dunia itu. Sorry Mark Zuckerberg sebab tak masukkan duit dalam akaun kau lagi.

Cutting The String

Dengan melayari media sosial, aku rasa hampir keseluruhan hidup aku mati, tak bermakna, dan menjadikan aku loser. Facebook sahaja sudah cukup memakan kegembiraan aku tapi bagaimana la kalau aku terjerumus dalam kancah tweeter, instagram, pinterest atau apa-apa la yang internet ni offer? Serius jadi makhluk tak siap. Adik aku dah deactivate facebook dekat beberapa bulan. Akmal dah terminate dah dekat setahun. Hafiz dah terminate lagi lama. Tapi kenapa tidak aku?

Aku log in facebook hanya untuk main game sahaja lepas tu refresh page over and over again. Aku tak stalk, aku tak like page, aku tak komen dekat wall pelik-pelik, aku tak peduli pasal benda yang orang share. So kenapa aku kena ada akaun facebook?

Aku idamkan kehidupan adventurous. Aku nak panjat gunung, aku nak kayak kat sungai deras, aku nak berkhemah dalam hutan, campfire dekat tepi laut, nak selam dalam kubang babi, nak bungee jump, nak skydiving, nak kaya. Aku tak nak klik-klik mouse sambil bela lemak perut.

Seriously aku tengah dalam consideration untuk terminate akaun facebook aku for good as long as aku ada whatsapp yang aku boleh mesej secara percuma.

Leaving this boring coded world.