21 February 2013

Norazirah Md. Nor

Status dekat whatsapp, "i'll spit on Doctor's face if no answer is provided". And guess what? Instead of spitting, aku sembah dia. Yes, she's the best doctor ever yang pernah consult aku.

1st, she introduce herself as i walked in. Aku tak pernah jumpa doktor yang macam ni. Tapi lepas dia sebut nama dia, terus aku lupa. Sry.

2nd, dia sangat peramah, funny, informative, dan bersahaja. Rare kualiti dekat most of doctors. Opss statement emosi.

3rd, acceptable. In terms of exchanging views, thoughts, and decision making. Ok hold dulu.

In the consulting session, aku menghujani bilik dia dengan medical term such as Acanthosis Nigricans, Crohn's Disease, Autoimmune Disease, Hyperhidrosis, Psoriasis, Hidradenitis Suppurativa, Himura, Oxybutynin, dan beberapa term lain. Boleh la aku sebut term-term tu sebab dah study untuk prepare soalan dekat doktor. Sebab kalau doktor tak boleh explain, memang wajib dikahak.

Impressively, dia jawab segala pertanyaan aku dengan ilmu kulit dia tapi aku paham je most of the explanation. So aku telan balik kahak aku dan bersedia untuk laga-laga pipi dengan doktor tu. Lol. Aku bangga dengan diri aku guna term-term tu tapi tak tahu la kalau doktor tu rasa ilmu dia tergugat pulak.

Apa yang lebih membanggakan, aku cakap dekat doktor aku nak ubat Oxybutynin untuk fight Hyperhidrosis tapi dia rejek aku dengan mengatakan ubat itu ada dekat Urology Clinic. Dia kata ubat itu untuk masalah bladder and aku memang dah tau benda tu.

Aku cakap ada jurnal pasal Oxybutynin dan Hyperhidrosis dan aku explain dekat dia. Dia tetap questioning itu dan ini namely side effects dan results. Then aku tunjuk dia jurnal itu dalam bentuk pdf yang aku bawak dan baca masa on the way pergi hospital. Dia pun baca dan dia cakap dia akan study dulu pasal relation antara kedua-dua perkara itu.

Aku sedikit bangga sebab i read something yang dia tak tahu. Lol. Tapi apa yang buat aku betul-betul bangga adalah kalau dia study jurnal itu dan cari jurnal lain, dan dia approve statement aku, maka aku akan dapat Oxybutynin dan dia boleh menyelesaikan masalah patient lain. So everybody wins.

Aku harap Doktor wanita tersebut, berdasarkan borang darah beliau bernama Dr Norazirah Md. Nor, akan call aku dan cakap "yes, we can treat hyperhidrosis with oxybutynin. thanks sebab share information ni". Gitew!!

Mesti dia terkejut sebab aku cakap aku kerani tapi cakap guna bahasa doktor.

Anyway, thanks so much Dr Norazirah sebab made my day dengan provide me everything that i want; roaccutane 40mg/d, sabun mandi free, clarity my questions and the compliment about my weight loss. I should have put Dr title in front of her name dekat tajuk tu.

See you in May.

No comments: