12 March 2014

The Sanctuary

Recently aku menang percutian 11 hari 10 malam dekat sebuah hotel yang sesuai untuk diinapi. Aku pernah menang kereta masa peraduan gores dan menang dulu dekat Brickfields tapi tau tu semua tipu tapi percutian yang dimenangi ini adalah nyata.

Latitut dan longitud lokasi hotel adalah seperti berikut: Bangunan Institut Kaji Saraf, Tingkat 2, Wad 5A, Katil 22. Rumah sakit kalau guna bahasa indonesia.

Actually aku punya surgery hujung bulan ni yakni 31 Mac 2014. Tapi ada seorang pesakit tidak mahu menikmati nikmat masuk Operation Theatre, maka doktor call aku sebab aku menang tempat kedua. Tiber. Maka surgery aku cepat sebulan. Alhamdulillah.

Penat nak explain sorang-sorang kenapa aku masuk wad. Aku memang tak nak bagi tahu orang pun yang aku masuk wad. Aku tak nak orang tahu pun apa yang aku perlu lalui tapi aku bagi tahu sebab nak orang lain hargai kesihatan yang dipinjamkan. Itu saja niat aku.

In fact, aku sebenarnya tak nak bagi tahu family aku pun. Aku nak diorang tahu tiba-tiba aku dah keluar hospital. Tapi bila nampak wad ada kelas dia, kelas 1 dan kelas 3, yang mana kelas 1 mencecah RM2k untuk 10 hari penginapan, so aku cerita dekat diorang sebab aku tak ada saving banyak tu. Kantoi.

Indah khabar dari rupa. Tapi wad ni, indah perasaan daripada suasana. Wad kelas ketiga, katil lelaki ada 8. Sosial punya tema. Aku berbekalkan Dying For Mercy by Mary Jane Clark, iaitu sebuah novel yang telah separuh digali. Tu je la aku bawak. Later aku bawak laptop sebab percutian dipanjangkan.

Surgery. Almost 5 jam. Dia buang sweat gland. Dia buang aku punya deria rasa tapi peduli apa aku. Bila orang tanya aku apa kenapa bagai, aku jawab simple sahaja. Perlukah diorang tahu more than that? Does it really matter? Do you really care? Setakat nak lahirkan simpati, aku rasa semua tu tak perlu sebab aku bukannya datang sebab terpaksa. Aku yang volunteer. Aku dah telan segala ujian yang ditawarkan dekat aku. Perlu aku rasa sedih? Dulu, ya. Sekarang aku dah tough. I dont need your pity party. It doesnt help me at all. Thats the fact!

Mereka yang datang melawat. According to appearance.

Kak Nad. Senior nuklear. Pegawai Sains (Fizik) dekat Perubatan Nuklear HKL. Aku ajak dia lunch dekat kafe kakitangan. Aku sorang je pesakit dalam tu tapi peduli apa pulak. Aku bekas kakitangan HKL jugak. Thanks sebab tapaukan makanan masa tak boleh gerak masa tu.

Shahril Ahmad. Itha Ahmad. Aku tak tahu kenapa kakak aku ingat aku ada dekat Pusat Perubatan Universiti Malaya. Aku tak pernah meditate dekat situ. HKL adalah tanah tumpahnya darahku. Literally.

Fauzan. Kau lagi. Dah berapa kali aku taip nama kau kat sini dalam masa beberapa bulan ni? Macam banyak. Okay itu bukan topiknya. Datang daripada Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN. Dalam kata lain, datang daripada rumah aku. Jauh. Jalan serabut kereta lagi. Pastu engaged dengan abang kakak aku. Sorry sebab kena divide attention dekat 3 orang sekali. Tak dapat nak bergambar dengan aksi gila. Next time aku masuk wad lagi, jom pose macam orang gila jom? Tapi kau kena datang lagi la. Haha.

Whole family minus Shahir Salleh Ahmad. Datang siap bawak bubur. Kalau 3 orang datang, aku dah susah nak berborak dengan semua, inikan 7 orang. Last-last cerita tertumpu dekat Kamarul Ariffin yang accident tu. Actually memang seronok family datang tapi duduk je la kat rumah buat kerja masing-masing. Jangan nak menyusahkan diri. Kesian mak kena tunggu sejam untuk waktu melawat bermula. Mak tu dah la sakit kaki. Tapi nak buat macam mana. Perasaan mak berkecamuk kalau tahu anaknya dalam musibah. Musibah? Aku dalam syurga kot.

Tarmizi Ismail. My gbff. Great best friend forever. Aku tahu kau memang nak lawat aku since day one tapi kau dekat Langkawi. So kau stay je la dengan parents kau santai santai diri. Tapi yang penting kau pun datang jugak. Bawak cekelat lagi. My sweet vacation, become even more sweeter. Sempat duduk sekejap, diganggu orang seterusnya. Lupa nak snap picture dengan kau sebelum kau balik. Sesal kemudian berguna tiada.

Mujahid Nong. My brfae. Bestest roomate forever and ever. Bila kau dah datang, rosak perbualan aku dengan gbff aku. Kau memang pencuri spotlight. Datang berbekalkan Big Apple. Kau makan 1, aku makan 2, 3 bijik aku bagi budak sebelah. Kau duduk dengan aku sampai pukul 8 lebih. Dapat snap gambar orang gila gigit darah bagai. Siap sempat plan nak panjat Broga, piknik, karok. Oh my. Tapi aku still dalam recovery. Ye, sekarang pun dalam recovery. Sabtu ni aku tak pasti boleh pergi ke tak since aktiviti piknik sangat mengerah keringat seorang jejaka gagah. Haa aku siap ajak boss kat atas ni. Fauzan, jom la weh? Nanti takut dah mencapai usia tua, karang kau menyesal tak panjat Broga dengan aku. Lol. Opss terkacau paragraph rumet. Ampun. Sebab kau aku kena marah dengan nurse sebab lambat mandi. Haha.

Nik Farida and her friend. Classmate untuk kelas English dekat UKM dulu. Kawan dia tu co-worker dia. Datang pukul 8 lebih. Parents orang lain datang 8.03 malam kena halau, nasib baik kau dengan kawan kau tak kena halau. Macam-macam soalan kau tanya aku sampai takut aku nak jawab. Tapi aku impress gila kau tak takut darah. Tak kan aku nak bukak baju pulak kan tunjuk jahitan bagai. Kalau aku tunjuk, kau kena mandikan aku la malam tu. Takpe. Boyfren kau tak tahu. Kawan kau pun tak kisah aku rasa. Selepas 30 minit or so, dia pulang meninggalkan Moringa Elixer dan 100+.

Itu je pelawat aku. Nurul Sareeza Azidin, ustazah baru yang berumur 23 tahun yang baru menjawat jawatan Pegawai Sains Nuklear, nak datang untuk cheer sebelum aku masuk OT. Tapi ada masalah lain yang tidak diduga. Mohon ustazah tabah. Jangan pandang mata aku, tak boleh. Jaga etika you. Lol.

Banjaran terima kasih diserahkan kepada nama-nama di atas kerana sanggup membusykan sedikit masa yang dipinjam tuhan dan mengisi nama aku sebagai Aktiviti Hari Ini, datang dari pelbagai sudut dunia untuk datang memberi sokongan emosi. Care. Aku tahu kalian semua penat dengan urusan kerja. Penat dengan drama kalian sendiri. Tapi masih datang mencari aku. Aku tak tahu apa yang aku buat sampai dapat layanan sedemikian rupa. Kalau aku masuk wad sebelum aku siap tesis dulu, aku letak nama korang semua dalam bab penghargaan. Sorry tak dapat buat korang terlalu special sebab kau bukan sorang so aku mampu tawarkan 1 paragraph sahaja, bukan 1 petikan.

Terima kasih juga kepada mereka yang telefon, message, whatsapp, komen dekat facebook untuk mengetahui kisah aku. Effort itu sangat dijunjung. Terima kasih semua.

Harini hari ke-14 hari recovery aku. Aku still kena jumpa doktor untuk dia evaluate perjalanan recovery aku. Still takut nak angkat benda berat. Get well soon, you.

The vacation was awesome. Akan kembali ke sana tak lama lagi.