30 June 2013

Me and Football. Unfavorable Cocktail.

Sedang jejaka lain bertempik secara mati-matian menyokong pasukan kegemaran mereka, aku berada di hadapan cermin memanjat syukur kerana memiliki wajah yang begitu handsome. Lol.

Johor lawan Kelantan. Aku tengok. Aku tengok. Aku tengok. Walaupun bola bukan sejenis sukan yang aku agung-agungkan, aku tengok ok. Oh aku bukan nak ulas pasal game tu tapi ingin melontarkan soalan yang susah untuk dijawab.

Majoriti orang support group ikut negeri mereka. Aku anak jati Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sepatutnya aku menyokong KL punya pasukan. Where the hell are they? Aku memang tak paham kenapa tak ada pasukan ini. Atau memang ada tapi semua kaki bangku?

Sepatutnya KL perlulah gemilang sebab banyak kemudahan. Pengangkutan awam pun ada nak pergi Bukit Jalil. Lampu limpah melimpah-limpah. Rumput berbajakan tahi kucing. Seat Ogawa penuh dalam stadium. Apa lagi kau nak? So tak ada reason tak gemilang.

Tapi mungkin disebabkan beberapa faktor di bawah yang menyebabkan KL tak gemilang.

1. Shopping complex bersepah-sepah.
2. Remaja suka berkeliaran show off DSLR.
3. Sibuk dengan update status.
4. Parents kerja balik malam.
5. Rebat RM200.

Kau mungkin tak nampak kesinambungan cadangan di atas dengan tajuk yang dibincangkan. Kalau aku bagi kau 1 point kat atas untuk kembangkan isi tersebut, aku percaya kau akan paham. Secara tak langsung, kau mengasah ilmu bahasa melayu dengan membuat karangan.

Mungkin UTC dekat Pudu Raya tu kena buat padang bola.

Macam mana aku nak minat bola? Baik aku tengok IAAF Diamond League. Atau Tilawah Al-Quran yang dah start ni.

13 June 2013

Hobby Makes Money

Dalam masa satu hari, 12 jam dihabiskan berangan pasal kek tapi bukan berangan semata-mata. Orang rumah yang mempunyai aliran darah yang digemari sel-sel barah sekarang diambang menghidap kencing manis. Ini semua experimen buat kek punya pasal. 8 jam daripada 12 jam yang tinggal tadi adalah waktu tidur. Baki 4 jam digunakan untuk makan, menyumpah, dan benda-benda yang kau tak perlu tahu. What ever! Kau bukan kisah pun.

Tadi, bakal customer aku yang sudah menempah kek coklat lebih kurang 20 hari lepas dengan tegasnya bersuara untuk membeli kek mangkuk aku. Kek mangkuk vanila sebanyak 40 jongkong. Bukan ibarat mimpi jadi nyata, tapi ni ibarat mimpi di dalam mimpi yang menjadi nyata.

Secara matematiknya atau ekonominya atau bisnesnya atau aktuarinya, 1 kek coklat yang bersalut ganache + 40 biji kek mangkuk = duit!

Apabila hobi mendatangkan duit, rasa gembira lebih daripada gembira hari raya. Kalau ini takdir aku, aku tak akan buka kedai roti dekat nuklear reaktor untuk menjaga kebajikan para pekerja reaktor tetapi aku akan membuka kedai kek yang masih dengan idea berdindingkan konkrit setebal 6 inci untuk mengelakkan kek aku menjadi tidak stabil. Ye, aku tetap nak menjaga kebajikan para pekerja reaktor. Merekalah wira yang mempertaruhkan nyawa untuk rakyat menghidupkan mentol jamban supaya mereka boleh nampak najis mereka dengan jelas.

Dekat rumah stok ready-to-eat cake putus hanya beberapa hari sahaja dan kek baru akan terbit dari oven. I guess i have to donate the cake so tak ada la bapak aku kunyah kek sebagai snek.

Sebelum tengok gambar bawah ni, kena ingat bahawa Galaxy Mini punya camera always tell a negative side of the story.

Vanilla Cupcake Unfinished

The best part of experimenting: "WTF!". In reality, the cake looks a lot better. DeathByChocolateCake Unfinished

Side hobby. Chocolate bar? I dont know.

09 June 2013

Handsome Scale

For those of you who accidentally happen to be the first time reader of this blog and for those of you who are always checking me up here on my blog, i want you to know something that i cannot hide from you anymore, i am handsome. Deal with it!

I am almost like a bull size. I mean shorter than a giraffe and smaller than hippopotamus. But i found out im growing everyday. I dont put the blame on the food i ate but the thyroid itself. Lol. My thyroid is perfectly normal said the doctor i had been consult for quite a while now. Its my mouth. Bad mouth! Please dont swallow everything you see. Swallowing a bite is not resulting a full sensation in the stomach but its enough to feed the burning desire.

You see, i have done lots of interventions to overcome the image issue. And exercising is a self abusing perpetration act that leads to perpetual surrender. Failure is a let down. But for me failure is a new success. Learning that i cannot give my full heart to the exercise, maybe i should put fun into it. So i dont have to feel downhearted but keep trying.

The next plan is, i wont put training into effect but to guard my mouth. I will try to change the habit of mine, the eating habit of course, and i will focus on breakfast and snacks.

So the next time you see me, only happen after 10.06.2014, i will be lot more handsome than today. Lol.

Me. 08.05.2013

No kidding, this is me. 10.06.2014

By the time im 24, im far beyond handsome and im afraid im falling for myself. And later i will become rich and i will travel around the world. What a dream huh?

Handsome is subjective and there is no limit to that. How the handsome guys feel about the handsomeness? Do they feel powerful? Or do they feel not enough? Im handsome and i feel not enough. End of story.

04 June 2013

The Rose Attempt #2

Penat nak bagi tau kamera Samsung Galaxy Mini sangat menyeksa mata memandang.

Itu adalah hasil percubaan kedua dalam mencipta bunga ros yang sempurna seperti ros ciptaan tuhan. But im far from success. Hari ini juga telah membuktikan bahawa aku mempunyai tangan yang sempurna tetapi menggeletar tak tentu pasal. Adakah ini menyebabkan aku tidak akan dapat menghasilkan ros yang meyakinkan langsung? Stupidity can be cured by the process of learning. Tapi kalau tangan menggigil?

Mungkin kena kuburkan niat untuk buat decoration bunga ros. Kek yang tiada bunga ros sempurna tidak semestinya menjadikan kek itu tidak sempurna.

Something Big Is Coming

Tidak seperti cogan kata "Mengilhamkan Harapan, Mencipta Masa Depan" yang masih tidak nampak apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Aku telah mengilhamkan harapan dan cuba mencipta masa depan sendiri. Tapi atas sebab tidak mahu jinx it, i wont tell anything about it except its about cake. Thats all.

Every rose has its thorn

Gambar yang aku nak tunjuk bukanlah wallet yang berisi beberapa keping duit kertas atau buku yang aku guna masa aku belajar nuklear dulu atau mysterious wire yang terselindung dek buku ataupun tuala mandi itu. Dan juga bukanlah bayangan almari yang ingin diperkatakan. The rose. Front and centre.

Ini adalah sebuah ros diperbuat daripada buttercream icing yang dipelajari baru-baru ini. Kelopak bunga berwarna biru dan base bunga berwarna violet menunjukkan aku pandai mix and match colour. Bermaksud aku tak ada la buta seni.

Tapi ros itu tidak seperti ros di taman yang dihinggapi lebah pada waktu pagi. Ros ini sangat buruk tapi menggunakan alasan percubaan pertama untuk melarikan diri daripada dihentam kromo oleh pihak yang dengki.

Later ros ini akan hinggap ke kek mangkuk atau kek biasa. Maka, kek aku akan menjadi lebih cantik dan sesuai dijamah oleh mata.

Aku bukan peminat tegar akan bunga-bungaan sebab aku kerja dekat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara tapi lepas buat bunga ros ni, aku jatuh cinta terhadap bunga. Ok nak buat hydrangea. Jadahnya hydrangea tu? No clue what is hydrangea. 

01 June 2013

Cake(s) For Classmates

Bukan nak mengungkit tapi mengenang balik suatu ketika dahulu, aku pernah menjanjikan donat untuk budak kelas yang dikasihi sebelum melangkah keluar daripada alam pembelajaran. Tapi sekarang nak buat donat lagi? Please! Donat itu sangat childs play. Sekarang berniat nak buat kek untuk mereka tanda penghargaan kerana menjadi sebahagian kepada cebisan yang bersepai dan berderai dalam hidup aku. Lol. Nah, its just an appreciation.

Niat ini bertujuan untuk mengekalkan spark between us as contaminated students. Rasa macam tanggungjawab sosial aku selaku bekas presiden kelab. Gitew. Akan dihadiahkan kepada mereka pada hari raya nanti. Oh raya jatuh pada hari jadi Miss Maureen aka Noorshela (Shila, sorry eja nama kau macam pegawai yang bekerja dekat PERHILITAN).

So kek apa yang aku nak buat? So far aku dah buat 3 jenis kek. Coklat, Red V, dan Pavlova. More to come: Tiramisu, Carrot Cake, Cheese Cake. Tapi atas dasar aku tak pernah cuba lagi, so 3 kek pertama adalah contender untuk merebut peluang menginap di dalam perut budak kelas aku.

Chocolate Cake.

Aku berpuas hati dengan kek ini untuk dipersembahkan kepada mereka. Persembahkan? Raja ke korang ni? Lol. Tapi chocolate cake berlambak dekat tepi jalan. Cuba tengok dekat longkang yang terdekat, adalah tak mustahil untuk memperlihat ketulan chocolate cake. Chocolate cake adalah contender yang sangat weak.

Red V Cake.

Sangat berpuas hati dalam perekaan kek ini. Perencanaan sekarang adalah untuk mengimbuh keberhasilan penciptaan kek ini dan akan dijadikan trademark aku dengan diberi nama Flaming Red V. Perlu ke aku daftar harta intelek? Lol.

Pavlova Cake.

A serious contender. A crispy, crunchy outermost meringue dan marshmallowy meringue di dalamnya memerlukan teknik yang tinggi yang menyebabkan sebiji kek boleh mencecah RM100 nilainya. Rich flavor from the fruits meningkatkan lagi kecanggihan kek ini. Tapi sebab survivability kek ini adalah rendah, buat aku fikir berkali-kali akan justifikasi untuk menghasilkan kek ini.

Konklusinya, Flaming Red V adalah juara keseluruhan juara yang ada. Tapi tidak mustahil Pavlova bangkit merampas takhta itu. Jadi hanya tunggu dan lihat. But beware, Tiramisu is on its way to kick the champion ass too.

The only question is, adakah mereka akan datang beraya dekat rumah aku? Kalau tiada perancangan untuk beraya, aku tetap akan buat dan makan dengan family atau buat kek coklat dan buang dalam longkang terdekat.