01 June 2013

Cake(s) For Classmates

Bukan nak mengungkit tapi mengenang balik suatu ketika dahulu, aku pernah menjanjikan donat untuk budak kelas yang dikasihi sebelum melangkah keluar daripada alam pembelajaran. Tapi sekarang nak buat donat lagi? Please! Donat itu sangat childs play. Sekarang berniat nak buat kek untuk mereka tanda penghargaan kerana menjadi sebahagian kepada cebisan yang bersepai dan berderai dalam hidup aku. Lol. Nah, its just an appreciation.

Niat ini bertujuan untuk mengekalkan spark between us as contaminated students. Rasa macam tanggungjawab sosial aku selaku bekas presiden kelab. Gitew. Akan dihadiahkan kepada mereka pada hari raya nanti. Oh raya jatuh pada hari jadi Miss Maureen aka Noorshela (Shila, sorry eja nama kau macam pegawai yang bekerja dekat PERHILITAN).

So kek apa yang aku nak buat? So far aku dah buat 3 jenis kek. Coklat, Red V, dan Pavlova. More to come: Tiramisu, Carrot Cake, Cheese Cake. Tapi atas dasar aku tak pernah cuba lagi, so 3 kek pertama adalah contender untuk merebut peluang menginap di dalam perut budak kelas aku.

Chocolate Cake.

Aku berpuas hati dengan kek ini untuk dipersembahkan kepada mereka. Persembahkan? Raja ke korang ni? Lol. Tapi chocolate cake berlambak dekat tepi jalan. Cuba tengok dekat longkang yang terdekat, adalah tak mustahil untuk memperlihat ketulan chocolate cake. Chocolate cake adalah contender yang sangat weak.

Red V Cake.

Sangat berpuas hati dalam perekaan kek ini. Perencanaan sekarang adalah untuk mengimbuh keberhasilan penciptaan kek ini dan akan dijadikan trademark aku dengan diberi nama Flaming Red V. Perlu ke aku daftar harta intelek? Lol.

Pavlova Cake.

A serious contender. A crispy, crunchy outermost meringue dan marshmallowy meringue di dalamnya memerlukan teknik yang tinggi yang menyebabkan sebiji kek boleh mencecah RM100 nilainya. Rich flavor from the fruits meningkatkan lagi kecanggihan kek ini. Tapi sebab survivability kek ini adalah rendah, buat aku fikir berkali-kali akan justifikasi untuk menghasilkan kek ini.

Konklusinya, Flaming Red V adalah juara keseluruhan juara yang ada. Tapi tidak mustahil Pavlova bangkit merampas takhta itu. Jadi hanya tunggu dan lihat. But beware, Tiramisu is on its way to kick the champion ass too.

The only question is, adakah mereka akan datang beraya dekat rumah aku? Kalau tiada perancangan untuk beraya, aku tetap akan buat dan makan dengan family atau buat kek coklat dan buang dalam longkang terdekat.

4 comments:

..SuRaYa.. said...

mohon poosssss lajuuuuuuuuu kan kek. haha.

themissingikmal said...

haha..aku rasa dah sampai labis dah kek aku tu..laju kan?

Nur 5ruz Husna Nordin said...

nak datang!!!!!!!!!!! ikmal nak pavlova..........

themissingikmal said...

bgtau date nak datang baru aku boleh buat. tapi xjanji pavlova. tapi akan diusahakan