18 May 2014

Gojira

Sejak trailer dia keluar, aku dah tanam niat nak tengok 3D maxx. Bila beli, tengok maxx tapi bukan 3D. Lupa kalau kat Times Square tingkat 10, tiket dia mesti 3D MAXX bukan MAXX. Rugi.

Apa yang lagi rugi adalah Godzilla is utterly awesome. Kalau ringan-ringan tak apa la tengok skrin biasa. Ni super heavy punya. Its hard to choose between this one or Pacific Rim. But surely better than Transformers. Any Transformers movie. And the upcoming movie too.

The downside of this movie are as follow. Personally tak berapa minat bila nuklear dimainkan. Sama seperti The Avengers yang menggunakan nuclear bomb sebagai final weapon. Duhhhhh. Ramai superheroes pun still nak guna bom nuklear. But this one, dia guna kisah nuklear secara total. Tak tengok Godzilla dulu apa kisahnya so tak tau dulu pun pasal nuklear atau tak.

Suka permainan dia pasal nuclear test dengan Yucca Mountain. Tapi pasal radionuclide eating monster? Like seriously? Kenapa diorang ingat benda radioaktif ni cuma dalam tong? Dan macam mana binatang tu tau dekat mana ada bom nuklear? Godddd! MUTO tu ada well callibrated advanced Geiger Muller counter tecnology.

Radioactive fallout akibat letupan bom nuklear buat radionuclide bersepah sana sini. Tapi MUTO makan dalam tin saja. Kemusnahan nuklear reaktor boleh bebaskan radionuclide ke udara. Sepatutnya ada contamination but nahhhhh, ada counter cakap bebas radiasi. Sangat precise. 0.00 kalau tak silap. Dia cari alpha particle aku rasa. Macam mana MUTO makan radionuclide?

Movie kan? Logik tak perlu. Tapi sekurang-kurangnya dia ajar nuclear for energy. Energy untuk terus hidup. Good job!

Drama pasal kemanusiaan yang kononnya nak selamatkan anak jepun yang terpisah daripada ibu bapanya macam tak perlu. Semak.

Everything else sangat memuaskan. Tick box bagi 5 markah. Love the cinematography. Love the plot walaupun slow at the beginning sampai midway. Character tak berapa nak love tapi since this is the story of monsters, boleh la. Music dia lupa nak judge. Sedih sebab tak sampai 2 jam tapi action dia sangat super. Its like a dream come true bila tengok total destruction which aku pernah harap ada dalam any judgement-day-like movie. Thank you.

Harap aku ada duit untuk tengok 3D punya.

Solid A.

Hashtag Generation

Desperation. Semuanya bermula dengan desperation. Bila keluar rumah, benda utama yang kena dipikul adalah handphone. Ye, that Samsung Galaxy Mini yang sudah berkhidmat lebih 4 tahun. Kini beliau nazak. Semua barang elektronik aku pun nazak berjemaah including laptop, mp3 dan charger serta earphone. Tekanan jiwa. Pernah masa pergi HKL, setiap kali henfon duduk dalam poket, dia always mati. More like 10 times. Takut orang penting call, mati aku. Kini segala gundah dah berakhir.

Angan-angan ingin memiliki apa-apa model Xperia tapi keputusan dibuat untuk menjadi tuan kepada Motorola Moto G. Takdir bersuara untuk menyatukan aku dengan Samsung Galaxy S4. Tidak langsung berimaginasi untuk memiliki benda ini. Aku tak bagi lagi nama dekat dia.

Bila dah ada ram dengan processor yang gemilang, multitask dibenarkan. Kena download banyak apps yang membantu pertumbuhan diri. Persoalannya, nak kena ada akaun Instagram ke? Wajib untuk jadi katalog kek tapi aku bukan selfie punya person. Its gonna be all about cake. Kamera pun cantik.

The best part guna henfon ni, aku dah boleh blog dekat phone tak perlu bukak laptop yang dah nazak tu. In fact, post ini pun ditaip dekat phone. Rasa complete dah hidup ni.

Perlu bukak akaun Facebook balik ke? Will try and see is it relevent or not. Harap aku tak trapped dalam hashtag world.

Will appreciate this thing and use it to improve myself. Okay nak belajar untuk interview Pegawai Sains (Fizik). Good luck to me.

Tak tahu mana gambar phone lama tu. Damn.

06 May 2014

Menumpas Alam

Masa dekat matrikulasi dulu, aku dilantik sebagai Biro Makanan untuk kelab aktiviti luar ni. Dejavu? Not quite. Dulu order je dekat abang kafe C Kolej Matrikulasi Melaka. Sekarang aku yang buat. Hasil tangan diri ini. Kau mampu? Aku tau kau mampu tapi peduli apa pulak aku. Okay lets move on to the core subject that is outdoor activity. Masa dekat matrikulasi dulu, aku dilantik sebagai Biro Makanan untuk kelab aktiviti luar ni. Dejavu? Yang ni dejavu. Dah tulis tadi tapi terzahir sekali lagi. Maafkan kekhilafan ini. Katanya.

Baru-baru ini The Socialist menganjurkan aktiviti lasak untuk ahli berdaftar. Barisan ini terdiri daripada Mujahid Nong, pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer di UKM, Fauzan Zuber, pemegang Ijazah Sarjana Muda Biologi Pemuliharaan di UMS, dan diakhiri dengan Ikmal Ahmad, jejaka tampan berbadan sedap-sedap dipeluk, berbudi pekerti mulia, tiada cela, dan keunikan yang tiada tandingan, pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Nuklear di UKM. Walaupun mereka bertiga sahaja yang meneraju the Socialist, tapi kumpulan itu hebat dipersada dunia. Apa kau ni Ikmal? Tak payah nak ngarut boleh?

Episod kali ini, kitorang ke tempat yang tak berapa nak suci. Katanya ada tempat orang bercumbuan. Tempat melampiaskan nafsu. Since im the innocent here, aku cakap tempat nak buang nafsu hiking. Wah baiknya aku. Pemikiran tak kotor pun. Lol. God know how dirty i am. Okay kat mana? Bukit Broga. Dan Sungai Tekala.

Kita mula dengan persediaan untuk hari kejadian. Perancangan ke tempat yang indah tapi tak berapa nak saujana ni telah difikirkan lebih 2 bulan yang lepas. Aku kan baru lagi cemerlang dalam bilik pembedahan, so tertangguh dari seminggu ke seminggu. Kes balik kampung la. Kemarau sampai sungai Tekala kering la. Ni nasib baik catu air habis 30 April lepas. Kalau kena catu, macam mana nak mandi sungai? Sorang segayung?

Bukak balik cerita dejavu tadi. Maka aku lantik diri sendiri untuk jawat jawatan Biro Makanan. Ceritanya macam ni, karangan lepas mengesahkan majlis rai jubli perak si Fauzan. Pada mulanya nak buat Kek Tiramisu, Spaghetti Chicken Mushroom Carbonara dengan Minted Lemonade untuk dia. Tapi sebab halangan menghalang majlis terhalang, side dish tu dibawak ke mejlis lain, yakni mandi manda kering tiada. Itu la kekdahnya. Bila malam sebelum hari kejadian tiba, baru la terhegeh cari daun parsley dengan daun pudina. Non hado. Kau ada? Tak payah kasi la sebab benda dah lepas. So terpaksa tweak recipe tu. Spaghetti tak ada sentuhan terakhir. Minted Lemonade yang tak ada mint dan ditukar kepada Honey Lemon. Oh honey! *nada manja*. Bukan itu sahaja, Mujahid ada request Cream Puffs. Aku buat breakfast berupa wheatbread disadur telur kemudian sauté. Roti telur je pun. Berangan nak taip macam tu.

Pukul 1 pagi still tak siap krimpap tu. Dah la salah teknik. Daripada sebonjol jadi sekeping. Maaf, gambar tiada tapi sedap. Tu je kau kena tau. Pukul 2 lebih baru boleh tidur. Pukul 5.10, bergegas ke dapur untuk buat makanan barat tu pulak. Oh by the way, semua benda ni tak pernah buat lagi melainkan roti telur. So, room for error sangat terbentang luas katanya. Tapi spaghetti tu cemerlang. Pada aku at least.

Tak payah la cerita pasal pukul berapa pergi tangkap Fauzan since dia seekor burung sekarang. Tak payah cerita panjang perjalanan lah. Tapi kena cerita pemanduan Mujahid. Brag gila babi atas keterbilangan beliau park kereta dekat rumah Fauzan tapi bawak sampai penumpang belakang, si Fauzan, terpelanting dalam kereta. This is funny! Dia bukan tercampak sekali. Even masa balik pun tercampak sekali lagi. Bak kata Moja, salah Pojan sebab tak belajar daripada kesilapan. Mana ada orang kutuk diri sendiri kan? Haha.

Okay paragraph seterusnya berobjektifkan mencari siapa yang salah dalam insiden terbaling dan terhempas itu. Mangsa, si Jejan. Adakah Jejan bebas daripada pertuduhan ini walaupun dia seorang mangsa? Tidak. Beliau juga mungkin penyebab beliau jadi mangsa. Adakah aku selaku co-pilot tidak menjadi suspek terhadap jenayah ini? Barangkali. Adakah pemandu yang bersalah? Dia mungkin person of interest tapi dia mungkin mangsa aniaya jugak.

Mujahid Nong
Driver yang pernah mengharumkan nama negara dengan spray pewangi pada pelekat kereta yang tertera nama Malaysia. Tiada rekod jenayah lampau. Tapi memakai sunglass murah untuk buang UVA dan UVB daripada menyilaui matanya. Tapi atas sebab berlakunya polarization terhadap cahaya atau bahasa mudah membenarkan cahaya bergerak dalam satu arah, Mujahid boleh dikatakan cuai dalam pemanduan.

Ikmal Ahmad
Co-pilot terlatih yang pernah memenangi anugerah co-pilot terbaik dalam ekspedisi ke luar bima sakti dan anugerah kapal angkasa berhias paling memukau mata. Ada 16 rekod jenayah lampau. Mata siap ada nightvision. Tapi tak tekan butang autopilot yang mungkin menyebabkan berlakunya insiden ini.

Fauzan Zuber
Mangsa sebuah insiden. Kesan calar kelihatan pada kulit antara tulang ulna dan tulang radius. Tidak memfailkan kes ini ke mahkamah. Juga seorang yang memiliki jenayah lampau yang tidak mempunyai lesen untuk bela anai-anai. Tidak breakfast. Maka, berat tidak cukup untuk melekat dekat kerusi. Dia mungkin sengaja mencederakan diri dia sendiri.

Tapi mereka bertiga tidak bersalah. Yang salah adalah jabatan meteorologi yang tak lagi membenih awan. Tiada hujan maka jalan raya kering lalu memberi lampu hijau kepada pemandu membawa laju. Jadi, Fauzan adalah mangsa centripetal force yang terhasil dek tujahan yang berlaku apabila kereta berpusing secara tiba-tiba. Tapi tercampak sebab bonggol adalah kesalahan diri dia sendiri. Tak belajar daripada kesilapan bak kata Mojabi seperti di para 6.1.2.3.

Selamat datang ke Bukit Broga. Actually dekat ladang kelapa sawit je pun. Jalan-jalan tiba-tiba sampai puncak. Tu je pun. Tak ada la easy macam tu. Aku ingat aku selalu panjat bukit nak balik rumah daripada Leisure Mall dah cukup sediakan aku untuk noda Bukit Broga ni. Haram Jay. Damn gila bila baru beberapa langkah atas runway, dah penat. Seriously rasa nak give up. Tapi ku gagahi jua. Kalau ada cable car tak apa jugak. Atau diorang sediakan helikopter ke. Ni kena panjat. Ada ke patut? Lol. Guess yang aku boleh bagi adalah kurang 1 jam naik, 30 minit turun. Masa tu apa lagi, si raja selfie sangat menjalankan amanah dengan penuh integriti.

The view is awesome. By awesome i mean better than the view through the window of my house. Way better. Way way better. Okay cukup. Ada seorang lelaki cakap “move faster guys!” masa dia naik. Foreigner. Aku nak ludah muka dia sebab dia ingat aku ni nak naik perlahan-perlahan kot. Dia bukan cakap direct dekat aku tapi a bunch of people yang ada dekat depan dia. Bila aku hadiahkan rehat dekat betis, mamat tu sampai. He “hi” me and i “hi” him back. Atas sebab politeness, aku nak make conversation tapi dia cakap “i cant talk” sambil kejar nafas. Ha! Tau pun kau yang kau tu tak ada la gagah mana. Whatever! Pastu dia jadi kawan Moja. Tak jealous. Whatever lagi dude!

Nah beberapa keping gambar The Socialist dan Broga

Nur Ikmal. Kau ada cahaya?

Aku tumbuk kau karang!

Macam mana kau lipat kaki macam tu? Yang penting kaki aku nampak manly!

Dugong gunung. Rare species.

Nampak tak star dalam gambar ni? That monopod!

Menuju puncak gemilang cahaya. Okay ni Nur Fauzan lite-lite.

Yoga. Hilang daun dekat ranting tu sebab aku sedut tenaga alam. Katanya.

Pilates. This is not a statue untuk kau sembah.

Turun tu sakit jugak bila kaki tahan centre of weight yang tak stabil. Tapi tak seazab naik la. Okay menuju Sungai Tekala.

Selamat datang ke highway air, Sungai Tekala. Bila kaki nak pecah sebab terajang Broga, nak menapak tangga yang 3cm tingginya pun tak larat. Rasa nak tumbuk sesiapa yang lalu dekat situ. Tapi aku datang in peace sebab baru lepas bertapa atas gunung sebelum tu kan, so aku sengih sahaja sepanjang jalan.

Air sejuk menggigit 206 tulang manusia. Juga boleh mengeraskan benda yang boleh keras. Ehh. Maksud aku mengeraskan pergerakan. Immobile. Duhhh, kau fikir apa? Kat sini lebih kepada menenangkan diri. Cannonball dari atas batu sangat fun. Tapi mendatangkan musibah dekat Fauzan. Kalau masa kecik dulu terhantuk dinding, mak cium kepala yang benjol lepas tu everything will be fine. Tapi cedera Fauzan tak boleh dicium. Lain jadinya nanti. Hahahaha.

Tujahan air itu mencederakan both, Fauzan dan Moja. Sebab apa diorang tercedera? Sebab diorang belajar biologi masa dekat matrikulasi. Diorang tak paham macam mana fizik itu berfungsi. Maka, itulah padahnya. Kata budak fizik. Lol.

Since Bojan tak guna Xperia Z2, maka tiadalah gambar underwater. Tapi masih bersyukur sebab dia guna Galaxy S3 Mini, boleh snap gambar. S3 mini kan kau punya? Tapi limited la gambar dekat air. Nah kau!

Ni apa kes ni? Semua macam tak ikhlas. Lol.

 
Moja dalam kapas bantal.

Flip hair itu wajib. Kalau rambut panjang, lagi awesome kot.

Gambar last, fuck you guna kaki. Hambek!

Bila matahari mula tergelincir, The Socialist pun mula tergelincir. Penat lalu pulang ke rumah masing-masing bagai itik pulang matahari tergelincir.

Kesimpulannya, seronok aktiviti luar ni lebih berbanding lulus subjek Elektrik & Magnet dapat C. Daripada huru-hara nak siapkan makanan sampai habis aktiviti, sangat menggemarinya. Worth every sweat katanya. Kesian boss sebab demam walaupun dia yang tak banyak keluh masa panjat bukit. Thanks kalian sebab jayakan program yang rancang tak berapa proper. I had a great time that day. Harap kita akan plan aktiviti lain tak lama lagi. Tapi kalau nak pergi mall, tak payah ajak aku since i despise shopping mall.

Thanks again Mujahid Nong dan Fauzan Zuber.

Viva le Socialist.

05 May 2014

Alexander Graham Bell: The Untold Story

A legend fades into myth. But the unprecedented breakthrough resurfaced and changed the history at large. And now we see the world with a different light. This is not the story of how he invent a telephone. Not at all. Since the story is narrated by a man that lives in a modern world, dramatization is put into effect.

A long long time ago, there was a man, a genuinely brilliant and updated man who hasn’t got a chance to update his facebook status for everything he been through. He wasn’t able to take a selfie and post it to instagram because he doesn’t possess a smartphone. Poor him. Because why? He is the father of telecommunication. If he is still alive, he will brag about his invention over his tweeter.

One fine day, he took a boat. A nice and lovely boat. He sailed the seven seas to see what does it like to be at the end of the world. So he aimed to go to the horizon. With the knowledge that been thought by his father about the world and the solar system, or in other word, he been thought of astrology, he believes that the world is not an oval shaped but a rectangular or a square one. So if he reaches the end of the world, he will fall to the other side of the world. That geek was so hungry for knowledge. He hastens up the boat without thinking overclocking the engine is just another bad idea. It is not his fault as his father does not know what technology is so he can’t teach his son of this shit.

Below is the exact replica of the boat he used on his conquest.

A legendary boat

The boat isn’t aerodynamically proven but managed to sail 50 knots. One hour later *does he able to read time? Ohmy!*, the engine overheat and melt instantly.
The sky darkens as a sign the rain will fall soon. Droplets of condensed air smash his face and he cries. The tear of not being able to whatsapp his mother. Suddenly, the rain doesn’t pour water but mechanical stuffs. With a manual guide to repair his boat. The manly tear falls again. But this time, it was the tear of not being able to upload a strange video of raining mechanical tools on his youtube channel. He followed the instruction given by the manual guide. The boat is breathing again. Without wasting time, he shoots to the area of interest, the horizon.

And he finally arrived.

The End.


Cerita ini diceritakan oleh Fauzan dengan penuh serious. Dia tanya aku tahu tak Alexander Graham Bell punya adventure. Then dia cerita. At the end of his story, dia letak wedges tu dekat pinggan aku. Sebenarnya dia tak nak makan. Penuh katanya. Aku yang sejarah dapat C5 tapi suka pasal mythology bila diceritakan bukan suka bila dibacakan, mestilah nak tau macam mana kisah hebat tu. Rupanya aku ditipu hidup-hidup. Aku jarang ditipu dengan keadaan serious dan sangat ternanti-nanti penamat sebuah kisah. Damn you Fauzan! Curse you! Serious aku tak sangka aku boleh ditipu sebegitu rupa. Haha. Good job, bro! Still aku tak boleh digest cerita kau sebab lawak gila kau pandu cerita tu. So itu sahaja kisahnya. Okay boleh pangkah dah blog aku ni.

By the way, thanks for the treat bebeh. Kalau mak aku Zeti Aziz, aku belanja kau tiap-tiap hari. Lol.