30 December 2010

The Missing Ikmal, The Missing President

Chapter 131

TheMissingIkmal sekarang dah jadi TheMissingPresident. Sebab kejap tadi ade perlantikan Majlis Tertinggi Kelab Sains Nuklear. And guess what? Im the President. Tau tak kriteria2 nak jadi Mr. President? Meh sini aku listkan:

1 - Gemuk
2 - Tak hensem
3 - Selalu sakit perut pagi2
4 - Bodoh (pointer semester 3 mestilah 2.30 dan ke bawah)
5 - Dipangkah lecturer sebab berborak dalam kelas
6 - Lelaki berambut panjang melebihi paras bahu
7 - Sentiasa duduk di barisan belakang
8 - Sistem immunisasi lemah
9 - Hanya menggunakan bas sebagai pengangkutan awam
10 - Tak pandai cakap orang putih
11 - Online facebook tah henti2
12 - Tak pernah ikut etika pemakaian yang ditetapkan Universiti
13 - Tiap2 minggu balik rumah
14 - Tak pernah tak carut dalam masa 12 jam
15 - Pelupa
16 - Talam bermuka2
17 - Gila dota
18 - Layan lagu Avenged Sevenfold
19 - Tak ada self-esteem
20 - Suka buat donat
Sebab dah tak ada orang lain yang lengkap dengan ciri2 pemimpin seperti di atas, maka akulah yang dipilih. Tahniah tahniah!

Serious aku tak paham kenapa dorang pilih aku. Apa tah yang dorang nampak kat dalam diri aku nih? Dah la aku nih tak pandai. Pointer pon macam nyawa2 ikan. Logik tak? Kalau pilih orang yang sentiasa maintain pointer dia tak apa la. Adui, problem2. Dah la diri aku sendiri pon aku tak dapat nak hendel, ni nak hendel kelab pulak. Huh, ape lagi yang aku nak kutuk diri sendiri nih?

Habis la masa2 berkualiti aku untuk bermain game. Tak ada masa nak main dota. Tak ada masa nak main pokemon platinum. Tak ada masa nak tengok movie. Tak ada masa nak balik rumah. Tak ada masa nak tidur petang. Gimme back my life! Im begging you. Please dont take away my underage behaviour. Please.

Lepas aku dilantik jadi Mr President, aku kena lantik orang lain pulak. Ajk2 lain. Lepas tu aku pegang list senarai kerusi yang dipertandingkan, tangan aku menggigil. Ramai kot nampak tangan aku menggigil. Parkinson. Last2 aku duduk je dekat kerusi lecturer. Tangan tak menggigil lagi. Sumpah malu kot. Ye la, tak pernah dapat jawatan macam tuh. Yeah, its big!

Metamorphism. Lepas ni, aku kena hendel meeting dengan junior. Memandai je dorang cakap aku famous dikalangan junior. Siapa je junior yang kenal aku? Siapa je junior yang aku pernah jumpa? President dengan meeting tak dapat dipisahkan. Lepas nih mesti aku berani cakap kat depan masyarakat awam. Mungkin betul kata Rudi, lepas ni self esteem aku akan naik. Tapi entah la.

Harap2 dorang bole guide aku. Thanks Sayza sebab kasi nasihat kat aku, cerita pasal pengalaman dia, cerita benda2 yang aku akan hadapi. Kot la. Thanks gak kat Irsyad sebab post kat facebook yang berbunyi "a wise man once said.. "A Boy Must Die for A Man To Be Born".. ^^"


Harap2 kita boleh buat lawatan sambil belajar dekat Korea Utara. Harap2 dinner KESAN lagi seronok daripada tahun lepas. Harap2 pointer aku lebih menyerlah lepas nih. Harap2 aku BUKAN Mr. President.


---end of chapter---

29 December 2010

Mess Is Awesome

Chapter 130

Rambut aku cool kan? Aku tau ramai yang jealous dengan rambut aku sebab rambut aku yang wavy dan serabut tapi some how nampak perfect. Tolong jangan menyeksa diri untuk menidakkan kenyataan aku ni. Lecturer yang ajar aku bahasa Jerman cakap, jangan tegakkan benang yang basah. Aku juga ada pepatah sendiri, "jangan buang air yang keruh, lepas tu ambil air yang jernih". Maksud pepatah aku secara luaran, nyamuk aedes hanya membiak dekat air yang jernih, nyamuk sangat demand ye. Kalau studi betul2 pepatah aku, maksudnya orang tak nampak kebaikan dalam setiap keburukan orang lain. Hebat kan? Aku tau aku hebat mencipta pepatah melayu moden, xperlu "wow" aku. End.

Dah berapa lama aku tak potong rambut. Kalau aku duduk dekat US, ni da masuk musim ke-7 aku tak potong rambut. Bukan sayangkan rambut, tapi malas nak ke pejabat pengubahsuaian rambut. Padahal dekat je dengan rumah aku.

Selama proses pemanjanganifikasi, macam-macam bunyi aku dengar. Bukan bunyi kutu dekat rambut aku, tapi bunyi mulut-mulut orang bermonolog luaran.

Halijah Ahmat a.k.a mak aku
"Bila nak potong rambut?" *nada baik-baik

Ahmad Hj Dimyati a.k.a bapak aku
"Kalau malas nak potong, sikat la rambut tu" *bunyi orang tak kisah

Norlitha Ahmad a.k.a along
"Kau pergi potong rambut cepat!" *high pitch and tempo

Norlizawati Ahmad a.k.a angah
"Rambut kau macam Faizal Tahir" *kritikan membina

Yanti
"Aku rindu rambut kau yang kat dalam henfon ni" *orang yang berharap

Sayza
"Jom pergi saloon?" *tak suka rambut aku ikut pesen serabai

Rahimi
"Kau nak bela rambut sampai jubo ke?" *perli aku

Maber
"Bapak aku tak kasi nak bela rambut la, dia dah pegang gunting, kalau aku tak potong, dia nak potong" *menjadikan aku sebagai idola

Mujahid
"Panjangnya rambut kau!" *orang tak boleh terima kenyataan

Tarmizi a.k.a ketak
"Rambut palsu!" *gemar akan rambut aku kerana beliau berambut ketak

Annonymous #1
"Wah, bela rambut" *takut penyakit illusi optik

Annonymous #2
"Macam perempuan." *luahan emosi dan sangat jealous

Annonymous #3
"Style la rambut kau." *pujian ala kadar

Annonymous #4
"Parents kau tak marah ke kau rambut panjang?" *jaga tepi kain orang

Annonymous #5
"Aku tak suka rambut kau!" *jujur teramat sangat

Annonymous #6
"Apsal tak rebonding?" *cetusan idea yang tak masuk akal

Ikmal Ahmad
"Rambut aku cool, AKU AWESOME!" *sangat yakin

Nama yang aku letak tu, tak semestinya betul. Aku ni dah la pelupa. So, anggap je la semua betul. Tapi aku suka mereka komen rambut aku sebab setiap mereka yang komen, mesti ada pandangan yang berbeza. Boleh buat statistik lepas tu.

Ramai dah suruh aku potong rambut tapi aku malas nak pergi sebab leher aku sakit. Kulit kepala aku pon sakit. Kalau tertarik rambut sikit, nanti rasa la sakit tu. Aku tengah tunggu masa yang sesuai nak potong rambut. Kira macam padi la, mana boleh tuai sesuka hati. Karang banyak kehilangan lepas tuai. Tiba-tiba.

Sebelum tahun 3 nanti, mesti aku potong rambut sebab aku nak daftar Workplace 1. Nak kena interbiu mesti la kena kemas kan? Kalau tak, mati la aku kena potong markah sebab tak potong rambut.

What ever it is, aku suka rambut aku panjang. Aku suka imej serabut.


---end of chapter---

26 December 2010

How To Celebrate Christmas

Chapter 129

Apa yang akan dilakukan oleh manusia normal apabila berasa bosan DAN BERDUIT? Semestinya mereka akan ke Tabung Haji dan menyimpan duit untuk melaksanakan haji tahun hadapan. Kan? Kalau tak pon, mereka akan pergi ke jalan Chow Kit lepas tu sedekah duit kat orang kurang upaya yang sentiasa diperhati gengster2 kat sana. Tapi, malangnya aku xberbuat sedemikian.

Pagi Krismas seperti tahun2 lepas, berlari2 menuju ke tempat pokok krismas diletakkan dan mencari2 stokin kaler2 fancy sambil mengharapkan hadiah berupa dildo. Tapi apa yang lebih malang, aku xsambut krismas. Jadi, tak ada la aku cari dildo tu.

Adik aku mempelawa aku berjoli kat Mid Valley. Ye la, mane lagi aku nak pergi kan selain Mid Valley? Agenda pertama sekalu orang berduit, tengok wayang. 1 hari, 2 cerita, 3D. Gila! Ni kali ke-2 aku tengok movie back-to-back dan ni kali ke-2 aku tengok 3D movie dan pertama kali tengok 3D movie back-to-back. Sounds complicated right? Total 4 tiket 3D, RM76. Super gila! Tapi aku yang bayar. Lagi super duper gila!

11am, Tron 3D. Aku nak tengok cerita ni sebab orang kata best. Duration 2 jam 30 minit. So sangat berpuas hati la dengan RM19. Tapi, bila aku tengok, aku tak suka. Too much technology and too much drama kot. Tak mencapai piawaian aku. So aku keluar hall 4 bertemankan hampa.

215pm, Gulliver's Travels 3D. Jack Black. Siapa tak kenal Jack Black? Anda layak memenggal leher anda. Jack Black sangat sinonim dengan cerita lawak. Jack Black yang sememangnya berbadan gemuk, melakonkan watak giant. Cerita nih sangat lawak dan aku nak download nanti. Sumpah best. Jack Black memang tak pernah menghampakan aku.

Habis tengok wayang, misi untuk membeli-belah dilaksanakan. Aku beli baju dengan seluar dalam je tapi adik aku beli kasut la, seluar la, baju la, gula2 untuk girlfrend la. Duit kau, aku tak kesah la asalkan tak guna duit aku untuk beli gula2 tu. Lepas beberapa kali tawaf Mid Valley, aku masih tak dapat haji sebab aku orang tak buat haji kat Mid.

Keluar Mid Valley, destinasi seterusnya Leisure Mall. Kenapa nak pergi sana? Semata2 nak beli pad untuk kakak aku. Motif? Beli sikit roti pastu balik rumah panjat bukit.

Jadi, aku sambut krismas tahun ni dekat Mid Valley dengan Leisure Mall. Sedangkan orang ramai sambut krismas kat airport sebab terkandas, salji tebal tutup airport. Raya Aidilfitri pon aku tak sambut sebab tak ada apa2 kat KL. Tidur je memanjang. Macam salah perayaan je.

Jadi, krismas ni sangat seronok sebab aku bersuka ria mengeluarkan duit PTPTN aku. Tapi sekarang, abang aku nak pinjam duit aku nak beli motor. Kesimpulannya sekarang, aku dah tak ada duit. TAK ADA! Selamat berpuasa.


---end of chapter---

24 December 2010

The Missing Students In Nuclear Science

Chapter 128

Where are they? Soalan pertama yang akan muncul daripada soalan yang ditujukan tadi adalah, siapa "they" tuh? Nanti nama mereka akan disiarkan. Nih bukan nak aibkan siapa-siapa, tapi untuk peringatan untuk diri sendiri. Because i dont want to be like them. HELL NO!

Nuclear science. Sebelum kitorang si pelajar kursus ni bunuh orang lebih ramai orang awam bila dah bergelar graduan nanti, kursus nih dah bunuh kitorang dalam kuantiti yang ramai jugak. Ini serious. Tahun 1 menyaksikan pemergian Irsyad daripada Sains Nuklear. Agak terkejut juga la masa tau dia keluar course. And now, dia kat Sains Politik. FSSK sajo! Xjauh pon.

Sekarang da final sem untuk tahun 2. Sorang tuh dah pasti xada dalam kelas lagi, Bone. Kalau xsilap, Sayza bagitahu yang Bone nak apply Marine Science. Kot la. Tapi xtau lagi result dia macam mana, dapat ke x Sains Marin tuh. Aku berharap Bone dapat la Sains Marin tuh. Kalau xdapat, nak kerja apa dengan sijil SPM? Susah wei.

Hari ini aku merayau sebentar dengan mak aku + abang aku kat PKNS sebab aku nak mp3 aku balik setelah beberapa bulan mp3 aku menginap di rumah member abang aku. Tetiba, Paul datang cerita pasal last day dia kat UKM. Paul nak berhenti? Atau dia main2? Aku xsure. Tengok la minggu depan, Paul ada ke x. Kenapa berhenti tapi xtukar course?

Kiranya sem 2 dah kehilangan 2 orang. Aku yang pointer 2.3 ni macam mana? Nak dibom oleh Sains Nuklear jugak ke? Sijil SPM je yang aku ada. Serious sekarang aku dah cuak. Sesangatlah cuak.

Aku harap2 xada orang lain yang jadi mangsa pengeboman Sains Nuklear sem depan sampai grad. Ingat, kita ada 2 nuklear power plant yang tengah dibina. Kerja itu pasti.

Menurut side aku yang baik:
"Biar betul dorang kene kuar? Xkan dorang xjawab pape dalam final?"

Menurut side aku yang jahat:
"Aku xnampak dorang kat dalam kelas. Macam mana nak jawab final? Xkan dorang boleh perform kot"

2 benda tu la yang bermain kat fikiran aku. Tapi nak buat macam mana, dorang dah xada. Aku doakan dorang berjaya kat field lain. Mungkin dorang xada rezeki kat field nuklear nih. Who know they will make a lot of money compare ngan kitorang yang masih berperang nih?

Goodluck guys. No more leaver please.


---end of chapter---

21 December 2010

Cockroach: The Counselor

Chapter 127

Aku dah lalui macam-macam dugaan. Daripada batuk ngada-ngada sehingga ke kentut senyap-senyap. Itu semua dihadapi oleh diri aku sendiri selaku watak utama "A Place To Reminisce". Tidak lupa juga orang awam selaku watak sampingan, mereka juga melalui perkara yang sama, batuk dan kentut.

Tapi dugaan aku lebih mencabar kerana aku diuji dengan sejenis penyakit yang tidak diketahui identitinya. Bak kata doktor, "unknown disease". Penyakit biasa, yang dekat muka tuh. What are you? Benda tuh dah berlari-lari dekat sekeliling muka dan menyembunyikan diri di belakang telinga. Kini, mereka bermarkas di tempat lain. Aku bengang gila.

The condition now is, worsen. Lalu aku mandi untuk membersihkan diri. Tenung melihat cermin di bilik air, aku mula menilai diri sendiri. RM 421. Murahnya. Bukan menilai harga diri, tapi menilai emosi, fizikal dan mental.

Tiap-tiap hari aku alami pendarahan. Orang perempuan pon tak pernah berdarah tiap-tiap hari. Setiap kali peristiwa berdarah, aku akan ilang self konfiden. Tp kalo hari2 ilang keyakinan, bile nak abes nye? Kire sebenarnye keyakinan aku tinggi melampau ibarat Irsyad dulu2 ngan yakin mengatakan die dpt A tok Asas Sains Nuklear. Sori, tergune name ko lak. Sebenarnye nk kukuhkan ayat aku je.

Time mandi tuh gak, aku rase da nk givap tok sambung idop. Pikir nak mati je. Tapi ibadah xbuat2 gak. Lame2 tengok cermin rase mcm nk pecahkan kepala je. Da mule benci diri sendiri. Salah sape? Salah aku ke, salah darah aku?

Bile da xde mood nak duduk bilik air lelame, aku pon decide nk redah 1 wave air tok kali yg terakhir. Setelah pusing badan 255 darjah mengikut arah jam, aku nampak makhluk ciptaan tuhan bertepek kat dinding, lipas.

Time tuh, nak mencarut tp xkuar2 bunyi carutan. Nak menjerit pon xberbunyi. Nak buat ape sume xjadi. Aku hanya tenung lipas tuh sambil gosok gigi. Nak kelip mata pon takut. Risau lipas tuh tetibe jenjalan kat muke aku. Aku takut kat kaki lipas je. I hate that leg. Bodoh nye lipas.

Lame jugak la aku tenung lipas tuh dengan harapan macam dalam game pokemon, guna kuasa "stare" boleh buat opponent paralyze. Tapi nih dunia nyata, sume tuh xjadi. Cepat2 kuar bilik air dengan megahnya kerana berjaya mengharungi ketakutan akan kaki lipas.

Lalu aku menghadiahkan lipas tuh, beberapa semburan Ridsect. Rebah lalu mati.

Bile aku pikir balik, selepas aku tgk lipas tuh, sume problem aku ilang skejap. Sume worries aku ghaib. Sume fear aku disappear. Same je makne sume nih. Senang citer, aku da xpikir pasal nak bunuh diri sebab kecewa. Baru aku tau lipas tuh pandai tukar topik yang sedang dibincangkan dalam minda.

Rase macam nak bela lipas la. Boleh jadi ahli Persatuan Rakan Sebaya. Bile aku ade problem, aku cari lipas tuh sebab time tengok kaki je, mesti sume problem solved.

Bodoh lipas!


---end of chapter---

14 December 2010

Mid Valley Megamall Is My Playground

Chapter 126

Kalo xsilap dorg buat Mid Valley mase aku darjah 4. Kot. Kat mane dorg bina shopping complex terbesar kat Asia Tenggara nih? Kat blakang rumah aku. Sape je yg mampu ckp camtuh? Xde, aku sorang je. Blagak nih. Tuh zaman antara 1990 - 2007 DC. Skrg da jauh. Xjauh sgt pon.

Bile teringat time dok Brickfields, stiap hari rasa heaven walopon tiap2 ari sedut carbon monoxide kereta2 yg berhimpit2 kat depan balai polis sbb jam. Tp everything is around me. Xyh nk pikir2 transportation. Sume ada dihujung jari anda kalo anda sentuh bas/cab ngan hujung jari anda.

Bile masuk UKM, Mid Valley senang nk pergi sebab KTM ada walopon dosa tercipta setiap kali menyumpah sistem pengangkutan kereta api tuh. Papepon, sampai gak Mid.

Time cuti kalo nk kuar ngan budak skolah yg rumah dorg rata2 bertaburan sekitar Mid, tempat tuh la jadi pilihan. Sekarang pon same, nak pergi tengok wayang pon, Mid je, jarang nak pergi Time Square.

Harap2 Rudi dpt lesen so boleh la keluar pergi Bangsar Shopping Centre ke walopon sangat dekat dengan Mid. At least, boleh pergi tempat lain. Mane Rewang Crew? Bila nak main boling kat Bangsar Shopping Centre tuh? Xdapat la, benda boling dah xada kat situ. Miss the old days.

But now, get me out of Mid Valley!


---end of chapter---

10 December 2010

A U-Turn Sign

Chapter 125

As i grew older, everything inside me become weaker. Kurang tenaga, ketahanan fizikel. And yes, my mind too. Aku jadi bengap. Tuh sgt jelas terbukti mase tgk result smlm. 2.3. Mampu?

But actually its a relief to see 2.3 instead of Fail berderet2. Aku xfail, cume nyaris. Bile dgr org lain nyer result, aku rase hairan. How come they get a better result while they just keep skipping classes?

Its not about them, its about u! Why u always comparing result with others? Huh jawab! Aku xkesah pasal dorg tp sometimes kalo pikir dorg boley dpt lg elok, why shouldnt i? Ntah la. Kadang2 tgk result dorg much better than me, aku rase aku bodoh la, nuclear doesnt suit me la, mcm2 la. Lupekan pasal mereka2 berpointer lg gempak drp aku. Think about urself.


Kimia Am 2:
Nih la subjek kegemaran aku start dr matrix, organik. Tp tgk result camner? C. C stands for "Cam pantat!". Skrg aku nyesal amek Kimia Am 2. Aku xske organik! AKU XSKE BLAJAR!!!!

Biologi Sinaran Gunaan:
Dapat B? Waw! Yg aku igt pasal "Teknik Serangga Mandul". Yg buat aku tertarik ngan part nih sbb Suraya ade post 1 artikel pasal ape tah kat facebook tp seakan2 teknik mandul tuh. Thx Suraya.

Kimia Sinaran:
Sejak kene titik ngan daddy aku, Prof Amran, aku xske kimia sinaran! Tgk ar result tuh, C+. Nasib bek die xfailkan aku. Fuhh lega. Tp hati masih berdarah lg.

Lab Radiokimia:
The one and only A for 3rd semester. And this is my 2nd A sejak bergelar mahasiswa. Lab je pon. Asalkan dpt A. Mampu ke tidart?!!

Fizik Atom:
Saya suka Dr Redzuan! Bile die ajar, die tanye, "tol x?". Nih antara kelas yg aku kategorikan kelas sia2. Aku hanya paham 0.048% drp kontent yg die ajar. Jawapannye, D+. D stands for "Da best"

Radiokimia:
Same je radiokimia ngan kimia sinaran. Hampeh. Tp dpt B-. Ok la tuh. Alhamdulillah. Aku da xigt ape yg ade kat radiokimia. Seingat aku, aku benci perkataan bermula ngan "radio". Mase kuar exam, mmg aku penah nk menyumpah radiokimia nih. Skrg tidak lg.

Radiobiologi:
Tgk, dpt C+. Kan da ckp aku xske "radio". Nih 1 subjek yg diajar dlm bahasa german. Cube tgk, mampu blaja? Kalo budak 4 flat bole paham, aku penggal leher aku weh.


Fizik Moden:
Aku xtau nk ckp ape ngan subjek nih. Aku xske sume lecturer yg ngaja moden nih. 3 keseluruhan. Aku blaja bintang, aku blaja kimia, aku blaja atom. Campur sume, dpt la D+. Kimak!



Skrg, sume mende nih da xyh pikir. Kena pikir next sem je. Aku ade 3 sem lg nk repair pointer aku and aku harap aku betul2 berubah. I wanna get a better result. Wheres my 3 pointer?

Facebook + laziness = astray from 3 pointer.

Harap2 aku bole kurangkan online fb. Aku nk tampal note2 kat dinding ngan bilik mandi serta jamban. Kafe gak. So aku g mane2, aku akan baca nota ringkas.

AKU NAK 3 POINTER!


---end of chapter---

01 December 2010

Megamind MegaAwesome

Chapter 124

Arini hari besejarah, aku tgk citer 3D for the 1st time. Megamind 3D. Yay.


---end of chapter---