30 December 2012

Merlin: An Utterly Disappointing Series

*Spoiler alert!

5th season offered us 13 episodes. Like always, episod awal-awal, bukan season 5 sahaja tetapi setiap season mestilah sampah. Motif drama yang ingin disampaikan adalah Merlin akan selamatkan Arthur tanpa pengetahuan Arthur. Yes! In every single episodes!!!

While watching this series, aku selalu questioning every scene yang tak masuk akal. Tapi fuck the logic, i just want to watch a good story. Jadi apa yang tak puas hatinya dalam season 5?

Tak Puas Hati:

1. Morgana, High Priestess, the villain, selalu guna magic campak orang lain. Merlin pun sama. Aku tak tau kenapa penulis dia tak nak bagi mereka ni kuasa yang luar biasa. Mungkin sebab Morgana dan Merlin akan abuse power mereka?

2. Setiap kali Merlin guna magic, dia akan pakai contact lens berwarna harimau, yakni coklat terang. Ironinya setiap kali dia guna magic, tiada siapa akan nampak bahasa mata Merlin. Oh ini berkaitan dengan logic. Fuck!

3.  At the end of the series, Morgana mati kena cucuk dengan pedang yang dihembus dengan nafas naga. Morgana dah dicampak berkali-kali dalam season 5 tak mati, tetapi mati dengan tusukan pedang magic yang tak pernah nak tunjuk darah walaupun pedang tu dah makan ramai orang. Morgana menerima tusukan pedang tanpa membuat serangan balas apatah lagi nak mempertahankan diri. Hello, lawan High Priestess kot. By the way, Morgana atau nama sebenar Katie McGrath, you are a very beautiful women walaupun disolek dengan solekan yang buruk untuk menceritakan kekalahan beliau. Aku rasa Nimueh dalam season 1 lagi power boleh summon petir.

4. Selepas Arthur kena sula dengan pedang magic oleh Mordred, Mordred pun kena bunuh jugak. Yang peliknya, kenapa Mordred kena cucuk dengan pedang biasa mati instantly tapi Arthur kena cucuk dengan pedang magic tapi tak mati berhari-hari?

5. Sewaktu Merlin ingin membawa Arthur ke suatu pulau untuk heal Arthur, kenapa tak summon dragon tu? Boleh jimat berhari-hari kot. Lagipun Merlin dah reveal diri dia dekat Arthur. Nak jugak naik kuda. Duhhhh!!

6. Arthur mati! Yes you read it right. Dia mati dalam dakapan Merlin. Walaupun dia mati, tapi sekurang-kurangnya dia tahu siapa Merlin. Tapi Arthur mati? Sangat bullshit! Setelah setiap episod naga tu bagi tau Arthur akan bring back magic dekat Albion, tiba-tiba Arthur mati?? Bertahun-tahun Merlin sorok identiti dia tapi lepas tau je Arthur mati. Naga tu cakap akan lahir satu Arthur lagi at the very end of the series. Alasan tak valid. Sangat bercanggah dengan berpuluh-puluh episod sebelum ni. Point yang paling tak boleh nak didigest.

Komen dekat website Merlin pon semua disappointed dengan ending cerita ni.

Harapan:

1. Aku mengharapkan happy ending di mana magic dah dibenarkan dekat Camelot dan magician yang menyorok dalam hutan kembali ke Camelot.

2. Aku mengharapkan Morgana tak mati. Lepas tu akan lawan Camelot's army of magician. Bagus kalau buat season 6 macam ni.

3. Or at least, buat 1 episod sahaja tentang pemerintahan Arthur dan Merlin.

4. Cerita naga Aithusa tu macam tak habis. Tolong habiskan. Tak kan naga tu kena halau je masa nak semburkan api dekat Arthur.

Kesimpulannya, menonton cerita ini dari mula sampai episod akhir amatlah menyakitkan hati hanya kerana penghujung cerita yang sangat merosakkan siri ini. Walau bagaimanapun, penggunaan sad ending story perlulah diberi pujian kerana menjadikan cerita ini siri yang unik cuma mesej yang nak disampaikan, tidak sampai. Dan sekurang-kurangnya, Merlin telah tamat disiarkan bukan seperti siri yang tamat secara tiba-tiba. Congrats!

Ultimately, tahniah penulis Merlin, anda dah buang masa kami, peminat Merlin, bertahun-tahun dengan menyajikan sampah kepada kami.

Jadi, apa itu cerita Merlin? Pada aku Merlin adalah cerita yang mengisahkan intimacy antara Raja dan orang suruhannya, atau dalam kata lain, a gay themed fantasy series yang memasukkan unsur heteroseksual bagi mengaburkan mata penonton.

29 December 2012

30 Day Shred: Day 10

Akhirnya selesai 1/3 workout. Tapi unfortunately, level 1 masih lagi tidak dapat diikut dengan sempurna. I hate push up dan bicycle crunch, tapi yang lain memang tak suka pun cuma tak suka lite-lite je la. So rasanya 30 hari ni nak buat level 1 je. Kalau nak sambung next 30 days, mungkin baru nak ikut 10 days for every level.

Berat sekarang, dalam lingkungan -2 ke -3 kg. Mungkin sebab 3 hari tak workout, berat naik balik atau mungkin muscle sedang dibina dan lemak sedang dikoyak-koyakkan. Dalam bahasa kimia, aA + bB -> cC + dD. a amount of fat + b amount of workout -> c amount of muscle + d amount of energy. Ilmu kimia aku masih bergetah lagi.

Semoga 20 hari mendatang membawa perubahan drastik.

30 Day Shred : Day 9, The True Definition of Strength

It took 3 days for the transition from Day 8 to Day 9. Ini semua disebabkan tahap kesihatan tidak berada di paras optimum yang induce habit tidur pada waktu petang tapi nasib baik habit tidur petang ni tidak diberi layanan diraja. Hari ketiga tidak meneruskan workout disebabkan laptop, hard disk dan recover. Kini workout kembali lagi.

Hari ke-9, rasanya nak sapu sampah dekat bilik sebelum buat workout. Tiba-tiba, hantu mengemas bilik rasuk aku. Tanpa aku sedari, sudah 4 jam aku mengemas dan membuang benda-benda yang tidak diperlukan atau bahasa ringkasnya, sampah. Definisi sampah: getah, kertas midterm fizik nuklear lanjutan, surat cinta abang aku daripada bekas teman wanitanya, bunga plastik, dompet, bil astro, bangkai lipas dan sebagainya.

Lepas selesai mengemas, masih tak penat. Bermakna kena la buat workout yang dah 3 hari tergendala. Walaupun masih ada part yang tak dapat nak buat dengan cara sempurna seperti push up dan bicycle crunch, tapi aku dapat rasa aku tak penat sangat through the whole routine. Energetic. Lepas mandi, aku still tak boleh nak tidur. Impressive!

Sekarang aku tak kisah berat aku berapa asalkan aku ada tenaga untuk melakukan sesuatu kerja, im fit enough. Losing weight is secondary! What a statement. Padahal status kurus dah lama tak dirasai. I need some inspiration supaya aku boleh kekal on track. Cepat la kuruss!!!! Fuck.

28 December 2012

Play Back The Memory Lane

Dear Miss Maureen,

Sila pejamkan mata anda dan turn back your calender. Its 2009. Nampak kan? Sekarang pergi dekat bas Kiffah yang berhenti dekat trafic light pintu utama UKM pada hari konvokasi batch atas-atas kita. Are you still with me? Ok good. Ingat tak kita persoalkan masa yang bergerak begitu lambat sebab tak sabar nak pegang ijazah, tapi ragu-ragu boleh ke tak nak grad?

Selak kalender sekali lagi. Sekarang tahun 2010. Masih lagi dalam bas Kiffah. Juga pada hari konvo. Kita rasa 1 tahun tu cepat berlalu. Masih tak sabar nak genggam ijazah. Ingat tak?

Dah tahun 2011. Tahun akhir belajar. Batch atas kita yang grad. Dalam bas dekat KTAMS, rasa sedih pulak sebab dah nak habis belajar dan akan membuat haluan masing-masing. Mempersoalkan masa yang bergerak begitu cepat.

Tiga perenggan pertama tu kau baca sambil tutup mata. Ok sekarang bukak mata, tarikh 28 Disember 2012. Dah almost 6 bulan kita tamat pengajian, dan sekarang masih lagi tidak mendapat pekerjaan tetap. Tidakkah kau rasa selepas mengetahui 6 bulan itu, datangnya rasa nak balik kat tahun 1 di mana kita berada dalam carefree state cuma tak sabar nak grad?

Recover/Format. Noob

1st timer buat apa-apa mesti tak perfect kan? Sama la macam aku. Nak transfer file je makan masa 3 hingga 4 jam. Sangat la tak menarik. Oh external aku ada password bermakna aku tak perlu risau orang curi-curi pakai nak geledah barang aku.

Pasal nak recover ikut default kilang, senang la jugak sebab arahan senang saja. Cuma part nak tunggu dia configure sistem ni lambat sikit. Lambat sikit means berjam jugak kena tunggu. Aku nyaris nak off laptop sebab ingat dia xbuat keje asyik reboot je memanjang. Nasib baik aku lapar so dapat la bagi sedikit masa lagi dekat laptop untuk dia buat kerja sementara aku mencari nasik. Thanks Arif sebab bagitau pasal laptop suka restart banyak kali yang menyebabkan aku rela tunggu lagi lama sehingga dia kembali sihat. Thanks juga kepada Shahril dan Moja kerana brainstorm bersama-sama.

Laptop kini telah bebas daripada file-file yang tak diperlukan. Cuma sebab aku first timer, aku hilang game punya .exe file. File lain semua ada cuma .exe tu je mana tah. Hilang dota, red alert, pokemon, digimon, dan minecraft. Semua game kuno je tapi sekarang dah tak main. Tak apa sebab dota senang je nak dapat. So it is not a problem at all. Cuma kesian dekat anak buah sebab kena build bandar baru dalam game minecraft. Ada setengah tahun kot dia buat bandar dia. Tapi kalau dapat file .exe balik, maksudnya boleh la main saved game kan? Entah la.

Internet lambat, banyak jugak nak kena download balik tapi memang tak dapat la nak download sekarang. Apa-apa pun bersyukur sebab almost everything berjalan lancar.

27 December 2012

New Portable Hard Drive

2 hari memikirkan pasal external hard disk ni tak berjaya untuk buat aku tak beli. Ya, dah beli dah. Western Digital My Passport 1TB. RM268. Aku nyaris nak beli online. Nasib baik sebab dia jual RM280. RM12 tu membantu meringankan kos membeli susu omega 1kg untuk diri sendiri. RM39 kot. Aku tak tahu hantu apa pulak rasuk aku suruh aku minum susu.

Sekarang dalam proses menghantar fail dari laptop ke external ni. 231GB kesemuanya supaya aku boleh restore balik laptop. Baru aku tau kenapa nak format laptop ni lama sangat. Rupanya pasal nak transfer file pon sangat membuatkan manusia cepat mengantuk. Baru feeling-feeling nak belajar format tapi abang aku cakap laptop aku antara laptop terawal hanya perlu restore sahaja. Entah lah. Subjek apresiasi teknologi maklumat dapat b atau b+ je.

Sepanjang menaip entri ni, baru transfer 10GB. Kalaulah USB3.0. Hey BR1M 2.0, cepatlah bagi aku RM250, aku nak beli WD Nomad Rugged Case walaupun KL/Selangor tak ada gempa bumi.

Banyaknya unit dalam entri ni. Studen fizik sangat!!

26 December 2012

Attention Whore

Remaja. Tak matang. Gatal. Keras kepala. A perfect recipe for a disastrous relationship. I dont care if you want to fight or kill each other as long as you are not dragging me into your troubled relationship.

Kalaulah aku ada black magic. Sigh.

25 December 2012

Persis Mr. Krab

Aku ada suatu penyakit yang sangat membimbangkan. Tidak pandemic. Bila aku ada duit, aku tak ada nafsu untuk membeli. Kehendak atau kemahuan tidak dapat dibezakan semasa memasang niat untuk membeli. Dalam kata lain, aku bukanlah seorang penjimat atau hemat berbelanja. Malah aku tak sanggup nak keluarkan duit. Pembazir? Oh jauh sama sekali.

Mega sale still tak habis lagi bermakna aku boleh la beli seluar baju murah. Bag aku pun dah nak masuk tahun ke-8 aku guna. Tapi aku still tak nak tukar. Why brain? Why?? Tapi kalau tak guna duit, duit tetap akan habis. Membazir? Entah la.

Tiba-tiba laptop aku jadi obese seperti tuannya. Free space tinggal 700mb je. Jadi aku perlukan otak kedua untuk menyimpan file-file bermakna. Kalau setakat rm50 untuk beli baju pun tak nak, ini nak habiskan beratus-ratus ringgit? Yoga 7 hari berturut-turut pun xpasti boleh jawab soalan ni ke tak.

Tapi nanti 27 dis ada appoinment dengan doktor kulit bermakna alang-alang aku dah keluar rumah, aku boleh la pergi lowyat memburu hard disk. 2 hari lagi. 2 hari ni boleh mengubah segala keputusan aku. Sebab aku dah pernah order hard disk secara atas talian siap private message, siap mesej guna phone lagi, tapi bila dipikirkan balik, aku terus cancel. Itu berapa minit je pikir. Ini ada 2 hari.

Mungkin terpengaruh dengan Mr. Krab.

Highly Recommended Movie

Aku sangat sangap tengok cerita bertemakan pengorbanan dan kesetiaan. A perfect cocktail that always makes me hunger for more. Impak drama yang sangat kuat terhadap pemikiran aku. Movie yang ingin dipersembahkan pada entri ini adalah agak unik. Almost as unique as Hachiko (a loyal dog) but this is a totally different kind of unique. Jadi kalau inginkan filem yang menawarkan mesej yang sungguh berat dan juga mempamerkan peperangan emosi yang sungguh dahsyat, let me drop the film name. Fighting Tommy Riley.

"Winner by a Knockout" kata review dekat poster ni. Yang lain unreadable.

Fighting Tommy Riley adalah sebuah penulisan J. P. Davis, dimana beliau melakonkan watak utama sebagai Tommy Riley si peninju. Watak lain adalah Eddie Jones yang melakonkan watak Marty Goldberg si jurulatih yang sangat captivating. Captivating in terms of how he illustrate the film. Such a brilliant character! Rating yang diberikan oleh IMDb adalah sebanyak 6.5/10 tapi disebabkan aku hanyut dalam buaian emosi, aku bagi 9.5. Kurang 0.5 atas penceritaan yang sedikit lambat walaupun kelambatan itu penting bagi pembangunan sebuah filem.

Filem ini merupakan sebuah filem gay dimana Marty adalah seorang homoseksual pertengahan tahun yang struggle melawan orientasi seksualnya. Filem ini langsung tidak mempamerkan adegan di ranjang atau adegan kissing homoseksual kerana Tommy adalah seorang heteroseksual tetapi filem ini menyediakan adegan heterosexual di ranjang yang acceptable atau tidak keterlaluan. Homophobic tidaklah perlu gelisah menonton filem ini.

Tajuk filem ini pada aku adalah genius sebab Tommy Riley is not the centre of the film. Jadi kalau baca tajuk, pasti akan terus diterjemahkan Tommy Riley ni watak utama. Its never about him, its about his coach. A fight between a coach and his desire. Filem ini berkisarkan tentang pengorbanan, kesetiaan, kesungguhan, kepercayaan, peluang kedua, selflessness. Unsur gay itu adalah sampingan semata-mata hanya untuk membuatkan cerita ini menjadi kerana pemberatnya terletak kepada unsur pengorbanan.

Selain itu, pemilihan bait-bait kata dalam skripnya juga sangat brilliant kerana berjaya mendidik penonton (aku) untuk melihat sesuatu perkara dari sudut yang tidak pernah digunakan sewaktu ingin menilai sesuatu perkara. Terdapat pelbagai life-lesson lain yang dijamukan bersama. Dalam kata lain, filem ini membantu dalam mencerdaskan minda.

Sedikit mengenai filem ini. Marty adalah seorang bekas jurulatih peninju yang berhenti menjadi jurulatih atas sebab tertentu (kena tengok sendiri), menjadi seorang guru, dan memberi peluang kedua terhadap dirinya sendiri untuk menjadi jurulatih semula. Tommy adalah seorang peninju yang pernah kecewa semasa saringan untuk sukan Olimpik dan menjadi peninju di bawah Marty. Marty inginkan Tommy berjaya dalam kerjayanya sebagai seorang peninju. Maka bermulalah drama.

Seriously, this is a highly recommended movie! Direkemen oleh air mata yang bercucuran sewaktu menonton. Dinasihatkan menonton sebelum waktu tidur kerana tidur dengan air mata membuatkan tidur itu lebih nyenyak.

Congrats J. P. Davis for this brilliant piece of work.

24 December 2012

Upgrade is Downgrade

Setelah mengalami gangguan internet di sekitar cheras baru, kini internet aku tidak lagi unlimited. Baru 1 hari dah habis 1.7gb bermakna dia boleh track usage aku. Atas sebab kedekutan memberi kebebasan berinternet, percayalah aku tak nak subscribe lagi. Minggu depan cuba lagi kalau betul dia boleh track aku, im considering Maxis Fibre.

Oleh hal yang demikian, minggu ni tak dapat nak post mini novel bertajuk The Wanderer. Rasa macam nak reboot je cerita tu.

Fuck me. Tak kerja lagi.

21 December 2012

Jillian Michaels 30 Day Shred: -2kg in 5 Days

Sounds too good to be true right? Serius aku dah turun 2kg dalam masa 5 hari. During the workout, aku tak nampak pon 2 kilo lemak aku jatuh bergolek-golek dekat lantai. So check this out. Warning, video ini mengandungi imej wanita yang mendedahkan aurat. Kalau rasa terlalu berdosa, sila pangkah entri ini.



Video ni ada 3 level of difficulties tapi aku tak pasti kena buat 10 hari untuk setiap level atau boleh pilih nak ikut level yang mana selama 30 hari. Apa yang menariknya, video ni cover beginner punya workout dan advance punya workout. Since penonton video ini rata-ratanya obese atau perkataan baik sikit, mempunyai berat badan extra, jadi mata hendaklah ditumpukan kepada wanita berseluar merah. Tapi bagi mereka yang rambang mata, tengoklah puas-puas ketiga-tiga wanita ini. Lol.

Pengalaman:
Day 1, aku hanya mampu ikut 5-7 minit je lepas tu terus tak boleh nak continue. Tapi peluh yang berderai-derai jatuh ibarat tos minyak setelah goreng ayam. Lepas workout, rasa nak pitam, nak muntah, nak menjerit. Tapi hidup berjiran buat mulut aku kaku.
Day 2, aku dah boleh ikut 20 minit workout tapi xpasti level 1 ni 20 minit atau lebih sebab aku tak peduli. Tapi aku boleh habiskan dengan sedikit cheat, skip itu ini.
Day 3, masih lagi cheat tapi dah kurang pain.
Day 4, sama je macam hari ketiga tapi dah tak rasa nak muntah bagai.
Day 5, tersangat kagum dengan tenaga aku sebab walaupun cheat lagi, tapi aku tak rasa penat kalau nak dibandingkan dengan hari-hari sebelumnya. Bila ditimbang berat badan, first day (confidential), 5th day (confidential minus 2kg). Terus nak tulis blog. Lol

Kalau tak percaya, sila baca komen video ini dekat youtube. Ada yang turun 8 paun lepas 8 hari. Ada yang dah turun 20+ paun lepas 30 hari. Aku tak tipu kau!



Atas ni pulak testimoni penurunan berat badan lepas workout, bukan minum susu nak buang lemak tu. Katanya turun 5.2 paun tapi tengok la beza sebelum dan selepas. Mathematically macam mustahil tapi dah dia cakap macam tu, dengar je la. Mungkin lemak turun tapi muscle naik? I dont know! Aku belajar sains nuklear je.

Since aku dah turun 2kg dalam masa 5 hari, wajiblah aku habiskan 30 hari atau sambung buat 60 hari. So obese-obese diluar sana, sampai bila anda ingin menjadi obese? Tidakkah anda ingin jalan mendada diluar sana? Lol. Aku tak sabar nak tengok keputusan lepas 30 hari. Harap-harap boleh bertahan.

Weird Dreams

Terjaga pukul 4.50 pagi disebabkan oleh mimpi yang aneh.

Tiba-tiba aku berada di depan surau Blok B, Berek Polis Brickfields, waktu subuh. Aku dengan kannen. I saw his family too tapi dorang dekat tempat lain. Tingkat 2 i guess. Kitorang masuk surau tu dan sembahyang walaupun kitaorang dua orang je. Ye, kannen pun sembahyang tapi dia lagi depan daripada aku tapi dia tak jadi imam.

Aneh ye mimpi indian sembahyang dalam surau.

Sebelum ni aku mimpi aku tengah tidur lepas tu ada orang ketuk pintu sampai aku terjaga lepas tu bercerita tentang Allah. Tiba-tiba aku marah dia. Mungkin marah sebab aku terjaga dari tidur kot (still dalam mimpi).

Aku semakin tersimpang ke?

Even The Mastermind Get Caught

Lately i drag myself to the edge of destruction by arranging repetitively inexplicit sentences. Too much good things is not a good thing after all. This thought came to me after i read back my entries. Why would i do that? What am i going to achieve? It is just a self-destructive move but i love the idea of suffer, struggle, injustice, victim, discrimination, and all kind of negative feelings.

Maybe i should consider of doing this by going private? Or should i continue making this puzzle here with deeper words since all my words can be easily cracked. After 3 years of blogging, it doesnt turn my life upside down. But am afraid its going to be that way.

Why would i care of someones opinion who barely knew me? Cuz they wont do any good to me. I'll keep writing i guess. I wish i can be like Kelly Clarkson whom wrote songs with multiple meaning and trap her listeners in her mazy-mind.


20 December 2012

The Arrival of 21st December 2012

Rasanya The Arrival bercanggah dengan kalendar orang Maya. Whatever! Wait, 21 Disember yang dimaksudkan orang Maya tu GMT berapa? Maksudnya bukan 21 Disember GMT +8 kan? Whatever lagi!

Kalau 21 Disember 2012 ni kiamat:

1. Aku puas hati penulisan bulan Disember aku sangat deep, banyak yet meaningful.
2. Aku puas hati aku dah bercerita to my dearest friend of about everything.
3. Aku puas hati themissingikmal is just a walking illusion.
4. Aku puas hati aku tau what biological creature living inside me.
5. Aku puas hati dah mula bergerak aktif; bukit walking dan aerobic
6. Aku puas hati aku semakin hensem.

Kejap lagi kiamat? Gimme a break!!

The Philosophy of Weight Loss

Pain and Sickness will always be friends. But i thought if we can make Pain as our friend, Sickness will be jealous and go away. That philosophy can only be applied when one wants to cut off fat.

I always been jealous with people who can eat without experiencing weight gain. Its like they are blessed with some kind of power to eat everything without minding the body expansion. But me as a food lover, cannot fight the temptation against the power of delicious, later suffer the weight gain crisis. I always wish to be somebody else (perfect-figured men whom careless about everything).

After 22 years of the creation of me, yesterday my mind can finally see with a different angle about this issue. They can eat a lot of food to magnify the body even though it is hard to do so while me must burn the calorie manually because the body does not want to help me. No sweat. If they eat everything, they will have a best friend named Sickness. So be careful my friend.

Ok never mind them. I must persuade Pain now so Sickness will not make love with me later. Im on my 4th day of aerobic with Jillian and the pain is already running through my veins. 26 days left. Jillian, you better be right! Or else, i'll find you and spank you as hard as possible. Try me.

18 December 2012

Salvatore Ferragamo

Suatu jenama yang sangat asing bagi golongan bawahan yang menyedihkan. Jenama yang menghiasi dunia dengan memenuhi permintaan yang sungguh unik. Salvatore Ferragamo menawarkan pelbagai barangan berkualiti tinggi termasuk tas tangan, baju, kasut, dan juga wangian. Sebagai seorang lelaki, wangian sahaja yang diidam-idamkan.

Wangian yang dipasarkan mempunyai watak yang berbeza untuk memenuhi citarasa manusia yang tiada hadnya. Aku pernah terserempak dengan bau satu formulasi wangian Salvatore Ferragamo yang secara tiba-tiba menyergah mindaku. Sangat wangi. Tapi aku yakin aroma milo panas lebih menarik pada aku tetapi mungkin tidak pada orang lain.

Aku ada seorang teman baik yang tergila-gilakan jenama Salvatore Ferragamo. Aku ingin menghadiahkan Salvatore Ferragamo kepada beliau tapi aku tahu tidak mampu memperolehinya. Aku hanya boleh menyediakan milo panas.

Milo Panas

Milo adalah suatu ciptaan yang sangat sempurna. Keunikannya terserlah apabila ditambah dengan susu pekat berwarna krim. Keenakannya tidak dapat digambarkan apabila didatangi dengan suhu yang panas. Potretnya sahaja sudah cukup mengiurkan. Thats the beauty of milo panas. My favourite drink and i just cant get enough of it. Gosh!!

17 December 2012

Haircut 101

Transformasi Perlembagaan

Setiap kali melihat gambar sendiri, rasa benci terhadap diri sangat tebal. Tetapi itu hanya berlaku sewaktu tengok cermin atau tengok album gambar. Tapi lumrahnya aku sangat adorable.

Bila aku post gambar rambut sepanjang 3mm, ada member yang ingat aku ada masalah. Actually aku bukan Britnet Spears yang pergi ke kedai gunting rambut dan menebas rambutnya sendiri atas sebab masalah diri atau mungkin untuk menghilangkan bukti yang terdapat di dalam DNA nya bahawa dia terjebak dalam kancah dadah. Masalah aku tidaklah kritikal sangat macam dia.

Suatu hari ketika mandi, aku bercita-cita nak berambut macam ni. Cita-cita tiba-tiba. Maka bermulalah quest aku. Semasa potong rambut, ya aku potong sendiri, aku saja nak tengok bagaimana rupa bila dipotong sedikit demi sedikit. Never mind the sexaayy look. Sebelum nak jadi skinhead, aku nak try punk dulu tapi terbuang yang tengah, gambar #5, terus rasa menyesal. Anak buah cakap gambar #5 ibarat bom yang sedang gugur. Rambut tu macam kepak bom dan muka aku tu badan bom. Dem sungguh!

Lepas kemelesetan rambut, nampak sangat pelik sebab badan besar tapi kepala kecik. Never mind the feeling. I genuinely feel happy with my decision nak buang rambut.

So kid, this is how you cut hair!

15 December 2012

Physics, Metaphysics and Somewhere in Between

Pembuka gambar:

Im not a belieber

This is a picture taken with my Samsung Galaxy Mini this morning. Stop, rewind, play.

I told you that mak aku ada kenalan yang mengamalkan perubatan mistik. Hari ini beliau datang lagi. Dia ada rasa something dekat pipi aku. Selepas dibacakan doa, that thing ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol. Macam masa dulu, aku pegang botol tu, i can feel the heat inside the bottle. So dah tak terkejut sangat la.

Tapi hari ni dia suruh aku tangkap gambar botol 100+ tu. Berbackgroundkan t-shirt hitam aku, gambar di atas adalah hasilnya. This is an image of pocong (katanya) dalam botol which is scarier than anu dalam botol. Aku ada tangkap gambar lagi tapi imej lebih kurang sama. Dikatakan pocong ini sangat kotor yang menyebabkan aku mimpi sesuatu yang sangat horrible dan kotor dimana aku menyeberangi sempadan negara tapi rasanya aku dekat Selangor masa tu, aku turun dekat timbunan sampah, air sampah, busuk, dan tiba di sebuah nak kata kota tak ada la kota sangat. Aku pergi ke kedai kain kot dan terlihat mayat disorok di dalam kedai. Aku keluar dan mencari jalan pulang dan kembali ke sempadan itu dan memanjat naik sampah. Akhirnya sampai ke bastop dekat Sekinchan, Selangor. Kalau tak silap mimpi itu bersambung-sambung. Dah lupa sebab dah lama sangat dah mimpi benda tu.

Disebabkan aku dah belajar Heat (bab 4 fizik tingkatan 4) dan Light (bab 5 fizik tingkatan 4) yang diajar oleh Miss Loo (pengetua sekolah) dan Mr. Lim (cikgu tusyen Kasturi), aku agak skeptik nak cakap imej ni menggambarkan suatu makhluk. Aku rasa ianya biasan cahaya.

So skeptical membuatkan aku tak nak ambil tahu dan nak abaikan kisah ini.

Few minutes later, aku nak hantar nasi lemak dekat rumah dia sebab dia datang rumah masa mak aku masak so dia dah termakan bau dulu. Disebabkan kami jiran yang baik, bagi la nasi lemak tu walaupun aku sendiri tak cukup puas makan nasi lemak.

Bila sampai dekat rumah dia, kelihatan ada seorang wanita sedang berborak dengan kawan mak aku ni. Aku dipelawa masuk dan kawan mak aku cakap "rezeki kau harini". Aku blank.

Kawan mak aku tanya la perempuan tu yang bernama Nurul pasal aku. Oh lupa nak cakap, Nurul ni sangat cantik dan tinggi dan muda macam sebaya, boleh jadi model kot tapi mustahil la dia nak kat aku kan? Lol. Kawan mak aku cakap kat Nurul dia dah buang pocong kat leher aku. Tapi Nurul ni cakap ada lagi dekat dada, dekat belakang badan, dan kat perut. Monolog dalaman berbunyi "dem! magician jugak dia ni". Sentap.

Dekat rumah tu sekarang ada 3 orang yang ada sixth sense termasuk anak kawan mak aku. Kawan mak aku dan Nurul tu bersilat sambil duduk bersila baca doa nak keluarkan benda dekat badan aku. Ditarik dekat dada, ditarik dekat belakang, dan dicucuk menggunakan rotan dekat perut. Terasa dekat belakang badan aku tengah kunyah Eclipse si penyegar mulut tu. Lebih 10 minit terasa sejuk dikawasan yang ditarik oleh Nurul ni dan sangat berbeza dengan kulit yang tak disentuhnya. Rasa skeptical aku goyah.

Bisa dah keluar katanya. Lepas tu kawan mak aku ni menyeru nenek dia untuk datang tengok aku. Nenek dia ni benda ghaib. Mungkin menggunakan telepati, Nurul berkomunikasi dengan nenek itu dan mengatakan aku terkena buatan orang. Orang hantar benda tu menggunakan minyak masa aku sekolah dulu. Dihantar oleh orang perempuan Negeri Sembilan. Too much informations here. Susah nak register information ni dalam kepala.

Jadi sekarang aku tak tau nak percaya benda-benda ni ke tak. Pasal gambar tu aku rasa itu cuma biasan cahaya, tak lebih dari itu (ayattt pehh). 

14 December 2012

21st December 2012. Mayan Calender. Nostradamus. Gangnam Style.


So aku rasa macam mana nak elakkan kiamat, stop watching gangnam style kat youtube atau youtube remove video tu.

Persoalan aku: kenapa dorang xpredict Britney Spears botakkan kepala? Kenapa dorang tak predict ada orang nak bunuh Justin Bieber (cerita betul), kenapa tak predict majoriti negara dunia sokong Palestin? Kenapa tak predict Transformers 4 keluar tahun 2014?

Lol. Its extremely hilarious!

Right Time, Right Place

Ok dah cakap aku dah download 3 band punya album. Within Temptation : The Unforgiving 2011, Evans Blue (self-titled album), dan 30 Seconds To Mars : A Beautiful Lie

Aku suka band Within Temptation sejak beberapa tahun lepas. I just love Sharon, a female vocalist, because of her vocal la. Dia punya live pon mantap macam Avenged Sevenfold (nak jugak petik band ni). Maksud aku xbanyak berubah antara lagu dalam album dengan live. Pure talent lah kan. Lepas siap download latest album dia ni, aku dengar la. Disappointed. Tak macam lagu lama dia yang sangat sayu, meaningful, dan menitiskan air mata. Lol. Sekarang aku dah tak ingat dah lagu dalam album dia tu. Mungkin kena dengar lagi sekali kot baru nak suka balik.

30 Seconds To Mars. Rudy cakap vocalist dia siapa tah nama dia dah lupa plak, tak reti menjerit. Wan si member Moja ni cakap album dia best. So im kinda stuck nak download ke tak. Aku memang dah lama ada lagu Beautiful Lie. Masa lagu tu hit, aku macam tak minat. Tiba-tiba sekarang aku suka balik. So aku download la album A Beautiful Lie ni. Rubbish. Nak delete the whole album but Beautiful Lie song.

Evans Blue. Rudy promot suruh dengar Erase My Scars. Automatik suka. So aku download la album Evans Blue ni. Blue? Rupanya lagu-lagu dia ni bertemakan sedih, xpuas hati, sengsara, tertanya-tanya, dan perkara-perkara yang mengusik jiwa. Patut la band ni nama dia macam tu. I LOIKE!! Tapi tema-tema ni hanya applied kat album #4. 3 album yang pertama vocalist dia orang lain, tajuk album panjang-panjang, lagu macam unik sikit tapi tak berapa mesra telinga. Album #5 pulak kurang diminati. So aku dengar album #4 je. Aku tak tau maksud lagu-lagu ni tapi diulang-ulang tiap-tiap hari.

One day (a few days back), aku saja la tengok lirik dia. Surprisingly, almost semua or maybe i can say all of the songs carry a same theme or meaning pada aku la. Almost setiap baris lirik dalam semua lagu tu bagi kesan kat aku at this moment. Serious! It defines me.

Erase My Scars. The song that introduces me to the band

Bulletproof.  Lyrically terkesan kat aku. Ending video ni kurang menarik. Tapi ok la asalkan ada jalan cerita.

The Future In The End. Musically, favourite aku tapi sayangnya tak ada video pulak.


SELINGAN
Wellfear - Dealer's Call. Saja nak letak sebab nanti nak download lagu dorang pulak.

13 December 2012

The Wanderer Pt3: Royal Flush

The entity is still wandering near the Tree of Life. At one time, i feel like i want to share my shelter to that entity because i can see the coldness in the eyes. Poor little thing. But sometimes i feel the hesitation of doing so. I have so many things to lose and i cant afford it.

I look through the blue eyes and all i see is myself trapped in the war of perceptions. I feel the pain. I feel the hunger. The desire. I just cant help but feel devastated for what this innocent creature had gone through. My mind whispering to the entity's ear but my mouth.

After calculating the possibilities of consequences, i've decided to reach the entity. Welcoming to the shelter. Exchanging visions. Dividing pain. Combining minds. They are identical. I know the entity will bring no harm to me and im thanking the Creator for such company.

As long as we have each other, we will be safe here under this shelter.

Throttled Times Two

Mula-mula speed jatuh kepada 10% selepas anak buah baru lepas sunat nak tengok youtube. Ok disebabkan aku pakcik yang baik, aku bagi la. Few hours jugak dia tengok youtube tengok pasal orang main game Dont Starve. Amende tah tengok video orang main? Lepas laptop kat tangan aku, tiba-tiba speed menjunam. Jinx sangat aku. 1GB untuk 1 minggu habis dalam masa 1 hari je. 

Esoknya aku reboot henpon tiba-tiba speed mencanak naik. Ok In 2 days, aku download 7 movies dimana tajuknya tidak akan disiarkan. Approximately 4.9GB. Download Merlin 350MB. Anak buah tengok youtube dari early morning, 2am, until morning, 11am. Tah berapa banyak pulak laptop ni download drp youtube. Aku tengok trailer cerita yang tak perlu taip. Aku download album Within Temptation (boring!), 30 Seconds To Mars: A Beautiful Lie (menyesal download tapi aku suka lagu Beautiful Lie sahaja), Evans Blue Discography 5 album (Best). Total lagu 1GB. Aku download borang nak mintak kerja dekat Kementerian Kesihatan Malaysia (a few kb). Aku download Lynas punya assessment untuk bacaan umum (700+ kb).

Bagaimana pula dengan google pasal ubat sakit jantung, stalk orang, main game, google lagi, whatsapp, viber, gosms, google lirik lagu, website gsc, etc etc? Dan anak buah main Minecraft secara atas talian? Dia pun guna banyak jugak.

Dah hari #4, tiba-tiba throttled lagi. Kali ke dua, siyes buat hati bengkak. Aku tengah download Jillian punya video workout bersaiz 207MB kot. Aku nak kurus, ada saja benda nak halang. What can go wrong, will go wrong. Katanya.

Oh luckily sekarang speed dah kembali normal setelah berkali-kali reboot handphone. Video Jillian workout pun dah siap. Bermakna esok kena start workout. Hello handsome!

Nak subscribe Unifi atau Blockbuster Deal atau Maxis Fibre macam tak perlu je sebab aku boleh cakap RM18 ni unlimited macam mereka-mereka itu. Pilihan bijak.

Baki 3 hari lagi, boleh download movie lagi. Yeay! But i need hard disc!!!

12 December 2012

Another Routine. Another Failure?

Once again, azam nak turunkan berat badan kembali lagi. Yeay! Walaupun dah beberapa kali gagal, kalau azam tu dah datang, lets pop the champagne. Sorry CnH3nOH tidak dibenarkan. Pop the Popsicle dah memadai.

Rutin harian mestilah bangun almost tengah hari. Makan sampai kenyang. Main game dekat facebook (siyes loser gila). Malam makan lagi.

So im gonna turn it around. Pagi jalan dekat taman at least 30 minit. Petang senamrobik dalam bilik so kena donlot video senamrobik dekat youtube banyak2. Nak kan stamina dulu. Dah sebulan baru boleh tukar rutin lain. Baru boleh feeling2 nak pergi gym.

Oily food sangatlah susah nak elakkan sebab tiap2 hari makan benda goreng. Gula sangat susah nak dielakkan sebab aku ada gula2 Torrone 1 balang Rm16 ada 800 bijik. Kalau makan dalam masa seminggu, aku cuma ada 1 kaki je untuk berjalan, itu pun kalau bertuah. Carb pulak lagi lah susah nak elakkan sebab mak masak nasi mesti banyak. Baru kejap tadi lepas azam baru lahir, mak dah suruh makan soo hoon (camne tah eja kau nih) takut nanti terbuang. So terbuang la dalam perut aku sampai aku nak muntah.

'Orang Berkerjaya' can wait. Its time to be handsome again.

Selingan: Cara kelahiran azam itu tiada siapa yang tahu.

The Wanderer Pt.2

Footsteps are getting closer and closer. Afraid of people going to destroy my shelter. But there is no way they can find me inside this tree. So i sneak a peek. It is entities that i known. The gifted ones.

Am i going to give my shelter to them? Am i not? This is where the Action-Reaction Law play its game.

In my heart, i know i can count on them but im not risking anything by sharing my shelter with them. But maybe it is a mistake by doing so.

I do not know which card i am going to play.

11 December 2012

The Wanderer

I let my guard down just to see where all of this will lead me into. I just want to know what will happen then. I certainly knew that the act i had chosen would not do anything good in my journey but mistake is the greatest teacher ever. Will i do the same mistake again? Absolutely.

Thunder-strike. The terrifying sound entered my ear just enough to knock off my dream. I woke up in a cave where i can barely see. It was dark and heavy rain but i'm not alone. I brought a friend named scared to accompany me on this trail. Sitting down at the mouth of the cave looking upon the sky but was not seeing any chance the rain will stop soon. Frozen in the nothingness makes the mind racing a million thoughts namely the how-to-endure-this thoughts.

All in a sudden, an eerie voice echoing from inside the cave shaken up the numbness caused by the chill of the rain. Thunderstruck. "What is that?", "Am i safe here?" were few of other new thoughts flooded the brain. In spite of the darkness, uncountable red eyes clearly emerge from the blackness of the cave. The eyes shows the very definitions of hatred, anger, rejection. It is pure evil. The projection of these attitudes was given just to throw me away from the cave of sorrow.

Knowing that i am not belong there, i must search my own shelter. So i helplessly walked through the jungle and the rain keep hitting me like the machine-gun bullets. Hoping for a shed of light, just a small amount of sun rays, guide me to a shelter but heavy rain and sunshine were never liked each other. Luckily i have my 2 arms, holding me tight, comforting me, and will never betray me especially in hard times.

The walk i walked was a long haul. I saw gifted people wandered in the woods with depressing eyes hunger for truce. Why can't these people get a nice life of their own? I wished i could help them but then who is going to help me?

After a long walk, i found a massive tree. I call it Tree of Life, like in the video game. There is a hole big enough for me to slide in and replenish my inner and outer strength. As i lay down to rest, my eyes shuts as well.

I dreamt of imaginary world where how life supposed to be but it is inexplicable. Where love is the only thing that matter. Everybody is so happy in every way they are as they are in carefree state. But this illusion world is too good to be true so i steal some of the perspectives and bring to the real pathetic world. That is why i call it Tree of Life.

I just live in this tree hoping some of the unfortunate gifted people find me here. My trail is far from over though. As for now, this is my shelter.

Every Secret Has Secrets

I wear my poker face all the time but im not sure is it enough or i already lose the game.

09 December 2012

Sesalan Tak Sudah

Tak payah la nak berdrama sangat. Sebenarnya nak cerita pasal rugi xbuat perkara ini masa dulu.

1. Rugi sangat tak masuk sekolah mandarin. Kalau aku masuk sekolah mandarin, aku mungkin jadi geek, nerd, personaliti yang membosankan, dan lebih banyak uban berbanding sekarang. The thing is, kalau aku masuk sekolah mandarin, aku boleh cakap cina yang membuatkan aku sangat hebat boleh bertutur 4 bahasa. Tapi hakikatnya bahasa melayu teruk, english lintang pukang, french yang sangat memeningkan. Kalau ada bahasa mandarin, mesti hancur jugak. Bahasa arab? Belajar masa dekat sekolah agama dulu je la. Kalau mantap, ada 5 bahasa. Serius boleh jadi spy. Point yang sebenar-benarnya, aku rasa kesal sebab kalau tau mandarin, mesti senang dapat kerja. Tu je.

2. Tersangat rugi tak belajar martial art. Aku yang sangat soft-hearted kalau nampak langit biru yang sesak dengan awan pun boleh menangis (fake). Walaupun aku berfizikal gemuk, kalau ada orang nak tumbuk aku, aku malas nak angkat tangan untuk defend diri sendiri disebabkan pergerakan itu sangat memenatkan, aku sebenarnya sangat kejam (on the inside). Teringin nak torture orang, teringin nak sepak kepala orang sampai patah leher. Kalaulah aku mampu jadi orang macam tu, hmmmm.

So sangat rugi tak masuk taekwando walaupun dah dipaksa masa sekolah rendah dulu. Sekarang ni macam nak belajar muaythai. Macam je la.

Bila aku nak fit balik ni? Perut semakin menjadi-jadi. Ni pun boleh jadi sesalan tak sudah jugak ni.

08 December 2012

Cryosurgery? I'll Pass

Yes, im good. Memang dulu sangat excited nak rasa cryosurgery. Nak rasa je la bukan nak buat betul-betul pun. Siapa je pernah experience cryosurgery kan?

Sebentar tadi pergi jumpa Cikgu Intan, dia cikgu sekolah tetapi boleh membantu merawat orang jika diberi lampu hijau oleh yang maha esa. Aku yang skeptik pasal benda-benda macam ni memang susah nak percaya walaupun dah terlihat beberapa contoh. Tapi kali ini aku terpaksa mempercayainya setelah bertahun-tahun struggle pasal isu ini dan telah berjumpa dengan ramai doktor dan done lots of research, dia telah sahkan research itu dan juga sahkan apa yang doktor terakhir, Dr Priya, perkatakan.

Cikgu Intan bercerita mengenai isu aku dengan mudah cara yang mudah difahami walaupun aku mengharapkan dia bercerita lebih kepada biological stuff. Kalau aku cakap pasal hydradenitis suppurativa, kang sentap pulak dia. Tapi bila dia cakap pasal bakteria, layer of skin, dan sweat gland, aku rasa rugi xbongkak pasal secebis ilmu perubatan. Lol. No i just wanted to see her to seek medical attention.

Selepas pengesahan dilakukan, niat nak buat cryosurgery deep-sixed walaupun kosnya hanya 500 sen. Tidak mahu berlakunya pembaziran masa jika sudah tahu akan jawapannya. Lubang cacing kalau ditutup, cacing buat lubang baru. So lets not wasting time and 500 sen for the fees and few ringgit for public transports.

07 December 2012

Sebelum Kahwin

Tiba-tiba cerita pasal kawen. Haha. Most of my siblings dah ada pasangan hidup atau at least ada teman special tapi aku tak. Tak peduli pun. Hidup mereka tidak mencabar dan tidak menarik. Hidup aku lagi mencabar. Aku sakit kot. Cabaran gak tu. Haha.

Before aku kahwin, of course aku kena la financially stable. Tapi tak cukup lagi. Aku kena enjoy seenjoyenjoynya dulu. So kena la selesaikan to-do-list.

1. Aku akan belikan mak aku kerusi urut. Abah nak jugak? Ok. Kalau tak ada duit, share lah ye. Impian: aku kerusi 3 2 1 aku semua kerusi urut. Hah! how's that?
2. Aku akan travel dengan best buddies. Aku harap bulan 7 nanti aku boleh pergi UK duduk rumah Tarmizi sekejap jalan-jalan beberapa hari kat London bukan Londang, Masjid Tanah, Melaka. Aku nak travel tak kisah dekat mana tapi dekat negara sejuk since i hate heat very much.
3. Aku nak beli rumah yang besar untuk keluarga aku duduk sama-sama. Talking about house, aku nak rumah aku berdindingkan cermin, oh dan berlantaikan cermin. So kalau aku duduk dekat ground floor, aku boleh nampak orang berak dekat 3rd floor. Bodoh sungguh idea. And in the middle of the house, ada taman dan pokok bunga setinggi 3 tingkat since rumah tu 3 tingkat. Rasanya kena buat entry pasal rumah imaginasi la. Siyes!
4. Terpaksa beli kereta. Duduk dekat bandar ni pakai kereta kecik2 je dah cukup. Tapi aku prefer naik public transport. Percaya tak naik train lagi aman dan damai daripada bersesak-sesak dekat jalan raya? Try it and you will see the difference. Jimat lagi.
5. Rumah pintar. Aku dah cerita pasal rumah angan-angan ke? Lol.

Kalau nak tunggu semua ni setel, bila agaknya boleh kawen? Hmmm.

05 December 2012

Durian Crepe

Im not here to tell you that i ate durian crepe or bought it. Latety there's been a fuss about this kind of food, the durian crepe. Aku rasa crepe ni mesti french punya term suddenly dah terserap ke dalam jiwa orang melayu dan digunakan. Mungkin disebabkan 2020 malaysia maju, so tak nak perkataan-perkataan kampung seperti lodeh, asam pedas atau yang paling modern setakat ini, nasi goreng usa. So western-food term akan dipraktikkan. Mungkin lepas ni asam boi creme brulee?

Tempoyak kini bukan lagi makanan ruji rakyat malaysia tetapi durian crepe telah mendapatkan tempat di hati  semua. Rasanya tak lama lagi akan ada perayaan durian crepe dimana ianya akan disambut pada musim durian setiap tahun dan makanan asas orang malaysia iaitu beras akan dilupakan.

Durian Crepe is so mainstream. Telur mata kerbau is underrated.

04 December 2012

No Need To Steal Again

Steal? Harsh word! It would be nice if i call it 'use-it-wisely'. Oh aku sangat rindukan saat menghargai internet jiran yang membenarkan aku menggunakannya secara percuma unintentionally. Tapi sekarang dimanakah saudara yang begitu mulia hatinya?

Last time aku guna Digi Smartplan 88. Pakej rm88 bagi 5gb je. Mahal okeh tapi ok la aku guna sebulan je. Dah terminate pun. Sekarang aku guna prepaid punya internet je. Smartphone kalau tak ada internet, sampah.

Jadi aku subscribe weekly. rm18 per week. Mahal jugak okeh sebab dia bagi aku 1gb je. Dan disebabkan aku tak ada job sekarang, ia buat aku rasa lagi la mahal. Tapi guess what? Aku dah guna more than 3gb tapi speed still tak drop. Hah!

Dengan peluang ini, dapatlah aku download movie yang bergenrekan aku yang bukan mainstream atau pecah panggung seperti the avengers, xmen, atau sebagainya. Hanya aku je paham cerita tu (evil laugh). Sebenarnya aku dah dapat download more than 15 movies in a few weeks. Its a lot cheaper than pirated cd. Aku dapat jugak download merlin dengan revenge. Yes!

Oh pasal piracy, aku benci gila 'stop supporting piracy' punya iklan kat astro. Sila lihat sendiri dan tahu lah perasaan aku.

Anak buah main game Minecraft online, main tiap-tiap hari daripada malam sampai pagi almost tengah hari. Dia main game tu je dah almost 500mb/day. Aku pulak teringin nak main benda tu tapi tak main kot.

Pernah 1 minggu aku guna more than 12gb. Pernah more than 7gb. Yang penting setiap minggu aku subscribe, aku akan guna more than allocated capacity iaitu 1gb. So pada aku rm18/w murah sangat, malah menguntungkan. Tapi tengok la bil elektrik nanti macam mana. Lol.

Tapi ada jugak minggu yang tak bertuah, lepas 1gb, internet slow kaw-kaw. Tu memang tak bernasib baik.

Apa-apa pun, aku sangat seronok dengan internet aku sekarang. Harap-harap ada orang bagi aku rm18.

01 December 2012

Produk Pelansingan Badan Yang Paling Sesuai

Sekarang ni dah banyak produk nak kuruskan badan dekat pasaran. Testimoni berlambak-lambaklah turun 5kg la 15kg dalam 1 minggu. Produk ini sangat sesuai bagi mereka yang dah terdesak nak kuruskan badan. Jaminan ketiadaan kesan sampingan adalah mudah diperkatakan tapi betul ke tiada kesan sampingan? Tu soalan pertama yang tak tau jawapannya. Kalau sekadar kesan sampingan macam berak cair boleh la bagi tau. Tapi macam mana kalau paru2 tumbuh lagi 1? Hah!! So memang amat mudah untuk mengatakan tak ada kesan sampingan tapi hakikatnya kita tak tahu.

Testimoni berkaitan dengan manusia-manusia yang 'berjaya' menurunkan berat badan telah banyak dipamerkan mengalahkan Yellow Pages. Harap-harap mereka-mereka ni kekal berjayalah ye.

Di sini terdapat satu produk pelansingan yang paling mujarab untuk turunkan berat badan. Harganya amatlah murah jika dibandingkan dengan produk sedia ada yang dijual lebih dari rm100 satu tin yang saiznya sebesar penumbuk aku. Amatlah mudah untuk digunakan, tak perlu air, botol air dan juga tenaga untuk menggoncang untuk sebatikan susu. Oh tak perlu dijadikan rutin harian. Senang kan? Produk pelansingan tersebut adalah jarum dan benang!! Sekali je jahit mulut tu, memang tak ada dah makanan dapat masuk mulut, jadi lemak, jadi berat. Serius!!

Kalau rasa nak mencapai berat yang diingini selama 1 minggu, boleh la beli produk-produk yang dijual. Kalau nak rasa berat yang diingini dalam masa yang lebih panjang, kena kontrol makan la dan buat workout dimana ianya amat sukar untuk dilakukan. Perlukan disiplin tapi aku tak mampu buat lagi. Grrrr.

Sekarang ni orang buat bisnes bukan untuk tolong pun, tapi nak kebas duit orang sekebas-kebasnya selagi boleh.