21 December 2012

Jillian Michaels 30 Day Shred: -2kg in 5 Days

Sounds too good to be true right? Serius aku dah turun 2kg dalam masa 5 hari. During the workout, aku tak nampak pon 2 kilo lemak aku jatuh bergolek-golek dekat lantai. So check this out. Warning, video ini mengandungi imej wanita yang mendedahkan aurat. Kalau rasa terlalu berdosa, sila pangkah entri ini.



Video ni ada 3 level of difficulties tapi aku tak pasti kena buat 10 hari untuk setiap level atau boleh pilih nak ikut level yang mana selama 30 hari. Apa yang menariknya, video ni cover beginner punya workout dan advance punya workout. Since penonton video ini rata-ratanya obese atau perkataan baik sikit, mempunyai berat badan extra, jadi mata hendaklah ditumpukan kepada wanita berseluar merah. Tapi bagi mereka yang rambang mata, tengoklah puas-puas ketiga-tiga wanita ini. Lol.

Pengalaman:
Day 1, aku hanya mampu ikut 5-7 minit je lepas tu terus tak boleh nak continue. Tapi peluh yang berderai-derai jatuh ibarat tos minyak setelah goreng ayam. Lepas workout, rasa nak pitam, nak muntah, nak menjerit. Tapi hidup berjiran buat mulut aku kaku.
Day 2, aku dah boleh ikut 20 minit workout tapi xpasti level 1 ni 20 minit atau lebih sebab aku tak peduli. Tapi aku boleh habiskan dengan sedikit cheat, skip itu ini.
Day 3, masih lagi cheat tapi dah kurang pain.
Day 4, sama je macam hari ketiga tapi dah tak rasa nak muntah bagai.
Day 5, tersangat kagum dengan tenaga aku sebab walaupun cheat lagi, tapi aku tak rasa penat kalau nak dibandingkan dengan hari-hari sebelumnya. Bila ditimbang berat badan, first day (confidential), 5th day (confidential minus 2kg). Terus nak tulis blog. Lol

Kalau tak percaya, sila baca komen video ini dekat youtube. Ada yang turun 8 paun lepas 8 hari. Ada yang dah turun 20+ paun lepas 30 hari. Aku tak tipu kau!



Atas ni pulak testimoni penurunan berat badan lepas workout, bukan minum susu nak buang lemak tu. Katanya turun 5.2 paun tapi tengok la beza sebelum dan selepas. Mathematically macam mustahil tapi dah dia cakap macam tu, dengar je la. Mungkin lemak turun tapi muscle naik? I dont know! Aku belajar sains nuklear je.

Since aku dah turun 2kg dalam masa 5 hari, wajiblah aku habiskan 30 hari atau sambung buat 60 hari. So obese-obese diluar sana, sampai bila anda ingin menjadi obese? Tidakkah anda ingin jalan mendada diluar sana? Lol. Aku tak sabar nak tengok keputusan lepas 30 hari. Harap-harap boleh bertahan.

No comments: