28 December 2012

Recover/Format. Noob

1st timer buat apa-apa mesti tak perfect kan? Sama la macam aku. Nak transfer file je makan masa 3 hingga 4 jam. Sangat la tak menarik. Oh external aku ada password bermakna aku tak perlu risau orang curi-curi pakai nak geledah barang aku.

Pasal nak recover ikut default kilang, senang la jugak sebab arahan senang saja. Cuma part nak tunggu dia configure sistem ni lambat sikit. Lambat sikit means berjam jugak kena tunggu. Aku nyaris nak off laptop sebab ingat dia xbuat keje asyik reboot je memanjang. Nasib baik aku lapar so dapat la bagi sedikit masa lagi dekat laptop untuk dia buat kerja sementara aku mencari nasik. Thanks Arif sebab bagitau pasal laptop suka restart banyak kali yang menyebabkan aku rela tunggu lagi lama sehingga dia kembali sihat. Thanks juga kepada Shahril dan Moja kerana brainstorm bersama-sama.

Laptop kini telah bebas daripada file-file yang tak diperlukan. Cuma sebab aku first timer, aku hilang game punya .exe file. File lain semua ada cuma .exe tu je mana tah. Hilang dota, red alert, pokemon, digimon, dan minecraft. Semua game kuno je tapi sekarang dah tak main. Tak apa sebab dota senang je nak dapat. So it is not a problem at all. Cuma kesian dekat anak buah sebab kena build bandar baru dalam game minecraft. Ada setengah tahun kot dia buat bandar dia. Tapi kalau dapat file .exe balik, maksudnya boleh la main saved game kan? Entah la.

Internet lambat, banyak jugak nak kena download balik tapi memang tak dapat la nak download sekarang. Apa-apa pun bersyukur sebab almost everything berjalan lancar.

No comments: