25 December 2012

Highly Recommended Movie

Aku sangat sangap tengok cerita bertemakan pengorbanan dan kesetiaan. A perfect cocktail that always makes me hunger for more. Impak drama yang sangat kuat terhadap pemikiran aku. Movie yang ingin dipersembahkan pada entri ini adalah agak unik. Almost as unique as Hachiko (a loyal dog) but this is a totally different kind of unique. Jadi kalau inginkan filem yang menawarkan mesej yang sungguh berat dan juga mempamerkan peperangan emosi yang sungguh dahsyat, let me drop the film name. Fighting Tommy Riley.

"Winner by a Knockout" kata review dekat poster ni. Yang lain unreadable.

Fighting Tommy Riley adalah sebuah penulisan J. P. Davis, dimana beliau melakonkan watak utama sebagai Tommy Riley si peninju. Watak lain adalah Eddie Jones yang melakonkan watak Marty Goldberg si jurulatih yang sangat captivating. Captivating in terms of how he illustrate the film. Such a brilliant character! Rating yang diberikan oleh IMDb adalah sebanyak 6.5/10 tapi disebabkan aku hanyut dalam buaian emosi, aku bagi 9.5. Kurang 0.5 atas penceritaan yang sedikit lambat walaupun kelambatan itu penting bagi pembangunan sebuah filem.

Filem ini merupakan sebuah filem gay dimana Marty adalah seorang homoseksual pertengahan tahun yang struggle melawan orientasi seksualnya. Filem ini langsung tidak mempamerkan adegan di ranjang atau adegan kissing homoseksual kerana Tommy adalah seorang heteroseksual tetapi filem ini menyediakan adegan heterosexual di ranjang yang acceptable atau tidak keterlaluan. Homophobic tidaklah perlu gelisah menonton filem ini.

Tajuk filem ini pada aku adalah genius sebab Tommy Riley is not the centre of the film. Jadi kalau baca tajuk, pasti akan terus diterjemahkan Tommy Riley ni watak utama. Its never about him, its about his coach. A fight between a coach and his desire. Filem ini berkisarkan tentang pengorbanan, kesetiaan, kesungguhan, kepercayaan, peluang kedua, selflessness. Unsur gay itu adalah sampingan semata-mata hanya untuk membuatkan cerita ini menjadi kerana pemberatnya terletak kepada unsur pengorbanan.

Selain itu, pemilihan bait-bait kata dalam skripnya juga sangat brilliant kerana berjaya mendidik penonton (aku) untuk melihat sesuatu perkara dari sudut yang tidak pernah digunakan sewaktu ingin menilai sesuatu perkara. Terdapat pelbagai life-lesson lain yang dijamukan bersama. Dalam kata lain, filem ini membantu dalam mencerdaskan minda.

Sedikit mengenai filem ini. Marty adalah seorang bekas jurulatih peninju yang berhenti menjadi jurulatih atas sebab tertentu (kena tengok sendiri), menjadi seorang guru, dan memberi peluang kedua terhadap dirinya sendiri untuk menjadi jurulatih semula. Tommy adalah seorang peninju yang pernah kecewa semasa saringan untuk sukan Olimpik dan menjadi peninju di bawah Marty. Marty inginkan Tommy berjaya dalam kerjayanya sebagai seorang peninju. Maka bermulalah drama.

Seriously, this is a highly recommended movie! Direkemen oleh air mata yang bercucuran sewaktu menonton. Dinasihatkan menonton sebelum waktu tidur kerana tidur dengan air mata membuatkan tidur itu lebih nyenyak.

Congrats J. P. Davis for this brilliant piece of work.

No comments: