18 December 2012

Salvatore Ferragamo

Suatu jenama yang sangat asing bagi golongan bawahan yang menyedihkan. Jenama yang menghiasi dunia dengan memenuhi permintaan yang sungguh unik. Salvatore Ferragamo menawarkan pelbagai barangan berkualiti tinggi termasuk tas tangan, baju, kasut, dan juga wangian. Sebagai seorang lelaki, wangian sahaja yang diidam-idamkan.

Wangian yang dipasarkan mempunyai watak yang berbeza untuk memenuhi citarasa manusia yang tiada hadnya. Aku pernah terserempak dengan bau satu formulasi wangian Salvatore Ferragamo yang secara tiba-tiba menyergah mindaku. Sangat wangi. Tapi aku yakin aroma milo panas lebih menarik pada aku tetapi mungkin tidak pada orang lain.

Aku ada seorang teman baik yang tergila-gilakan jenama Salvatore Ferragamo. Aku ingin menghadiahkan Salvatore Ferragamo kepada beliau tapi aku tahu tidak mampu memperolehinya. Aku hanya boleh menyediakan milo panas.

No comments: