28 November 2011

Screamo Malaysia

Kenapa Ella digelar ratu rock? Ye, Ella tangkap muat je. Xkan nak kasi Adibah Noor plak kan?

Kenapa xde artis yang nyanyi lagu rock? Gadis2 melayu suka lagu jiwang. Duhhhh.

Kenapa xde artis macam Kelly Clarkson yang boleh nyanyi macam2 genre? Lagi skali, gadis2 melayu suka lagu jiwang.

Kenapa xde artis yang menjerit? ADA! Ye memang ada. Thanks kat Seza sebab introduce Massacre Conspiracy. Jeritan tahap international ye! 

Awesome!

Salute la kumpulan nih. Walopon aku xpaham apa yg dia jerit, tapi kualiti suara dia mantap. Mampu nak jerit lame2 suara xpecah?

Cuma aku tak paham, kenapa lagu jenis macam ni dikaitkan dengan illuminati. Yay! Cerita illuminati datang lagi. Aku suka pendapat sorang yg awesome nih:

hahahha...klaka dow alasan ko.. patutnyer ko da tau yg kiamat/dajjal tu dtg lepas kewafatan nabi muhammad... bukannyer lepas tgk citer The Arrival...hahahhahaha... drpd ko cari masalah2 yg ade kat cni baik ko g masjid semayang,berzikir ke.. dekatkn diri ngan tuhan... jgn asek bz je cari lambang freemason sampai semayg pon tinggal hehe.......gud luck :) 

 Awesome right? He's got a point there and aku sangat kagum sebab aku punyalah xgemar The Arrival tapi aku xdapat nak create statement mcm tuh. Bravo!

Apa2 pon, goodluck Massacre Conspiracy! Akhirnya aku dapat gak terima lagu buatan orang melayu.

*Oh aku support band Sunblast sbb abg aku drummer.

20 November 2011

Thesis: Imagination

"Calendula dihasilkan daripada bunga Marigolds dan banyak ditemui di kawasan pedalaman Eropah Selatan."

Tetibe aku terbayang cerita pasal volcano, xigt citer ape tp hero g terbang ke negara lain semata2 nak amek sample. Pastu aku terbayang aku bersama2 assistant aku pergi panjat gunung yg tinggi berkhemah beberapa hari sbb nak kutip marigolds.

Bestnye feeling2 jadi professor!

Eh wait, i lied to my friends and they buy it. Lol! Sorry Mataap, aku nak nipu member aku sorang tetibe ko pon terkena jugak.

sex maniac! 

Homeopati macam susah je. Jadi, kemanakah thesis aku akan membawa aku? 

18 November 2011

100% New

Dah lama xupdate blog bukan sebab xde masa atau xde cerita tapi malas. Paham x? Aku malas! Semua cerita maha sedih, maha gembira, maharani dan maha labrak aku xtulis. Ilmu: labrak adalah 1 perkataan gempak yang aku xtau maksud tapi disebut beberapa kali oleh pensyarah sains tauhidik, En. Wan Aimran. Gitu ke ejaannya? Kenapa aku xtau maksud labrak? AKU MALAS NAK CARIK!

Jadi kenapa aku tulis blog harini? Aku kurang malas nak taip, so aku taip la. Ok dah. Diam!

Ok harini present tajuk thesis: KAJIAN TERHADAP KANDUNGAN UNSUR LOGAM BERAT DALAM UBAT SAKIT SENDI TRADISIONAL MENGGUNAKAN TEKNIK SPEKTROMETRI PENDAFLUOR SINAR-X

Aku copy paste daripada slide aku(malas nak kecikkan). Aku sangat bertuah kerana mendapat giliran terakhir. Kenapa? Sebab kalau cabutan bertuah, aku xmenang. Kalau aku g hospital, aku nyer turn jumpa doktor masa doktor bilik sebelah tgh pack barang nak balik rumah. Kalau aku g pasar malam, ayam rangka RM3 dah abes dibeli orang. Kalau aku nak g bli tshirt, saiz Very The Small aku pon dah xde. Xla, orang terakhir akan ditontoni ramai lecturer. Memang prediction aku btol. 5 lecturer kot. Mmg scary!

Disebabkan aku dah ada sample, mmg sah2 la aku bawak sbb nak padatkan presentation. Nampaknya strategi aku berkesan. Serious aku takut kalau aku kena attack especially part standard. Maksud aku, standard in liquid-form. Sebab dlu Dr. Khoo penah tanya pasal standard tapi aku xde idea nak guna standard apa. Mmg berjam2 gak carik idea pasal standard tapi result nan ado! So aku guna standard ubat doktor. Jadi, aku kena serang pasal ubat je la. Yay! But yet, still kena tukar gak, kena refer akta makanan/akta racun. But on the bright sight, aku xperlu buat experimen pasal standard. Double YAY!

Secara jujurnya aku sangat berterima kasih kar Dr Irman walaupun kekwat tanya banyak soalan, tapi sebenarnya dia betulkan jalan aku. Yes, aku memang 100% xtau sebenarnya jalan thesis aku. Encik Aznan pon sangat membantu dan dia akan membantu aku jugak suatu hari nanti. Juga thanks kat Dr Faizal sebab membantu aku jugak cuma xpaham kenapa mention rambut aku. Haha. And yes thanks kat Dr. Khoo sbb approve tajuk aku walopon asalnya aku ciplak daripada dia dan dia pon menunjukkan jalan yang lurus cuma aku je xnampak jalan tuh. Thanks kat Dr. Redzuwan sebab belek2 sample aku. Lol.

Perenggan atas nih memang nampak macam penghargaan dalam thesis. Ye, nama2 atas nih memang aku akan campak dalam ruangan penghargaan aku.

Saya yakin bahawa kajian saya bukanlah 100% kajian baru tetapi saya tahu bahawa peristiwa yang sedang dan bakal saya alami adalah 100% pengalaman baru dalam hidup saya. Saya tengah mengandungkan seorang Ikmal yang Profesional yet Awesome. Semoga dia lahir cepat.

01 November 2011

Thesis Proposal

Aku dah ada sample tapi aku tak tau nak buat apa dengan sample tu. Maksudnya aku tak tau nak tulis apa dekat proposal.

Walaupun mereka tak ada sample, tapi mereka ada idea nak tulis proposal.

Darah tension mula mengalir. Cepat la grad!! :(