27 October 2011

Entrée: Annoying Fish With Cursing Cream


First of all, entrée bukan entry. Entry aku mengenai ‘Annoying Fish With Cursing Cream’. Entrée bermaksud main course of a meal. Tapi aku rasa entrée berasal daripada perkataan entry. Oh diam!

Harini saya akan menyediakan sejenis hidangan berasaskan ikan, annoying fish. Mula-mula, start a reality show yang diadaptasi daripada rancangan luar negara. Contoh ‘Vokal Bukan Sekadar Rupa’ yang diciplak dari rancangan ‘The Voice’. Kalau aku nak cerita pasal realiti show mcm Vokal, aku dah letak tajuk ‘Stupid Note’. Tapi sah-sah aku nak citer pasal rancangan masakan. Ok, resepi tadi bersambung. Lepas menyediakan realiti show, sediakan page dalam facebook. Taburkan beberapa keping jelly sebagai catalyst untuk cepat masak, biarkan beberapa minit, popcorn tadi tiba-tiba meletup jadi banyak lepas tu boleh enjoy movie.

illumination:
annoying fish = cerita yang menyedihkan
reality show = Masterchef Malaysia
page facebook = page Masterchef Malaysia
jelly =  form untuk masuk show
popcorn = orang

Kalau tak paham jugak.

Translation:
Mula-mula buat Masterchef Malaysia. Lepas tu buat page kat facebook. Sediakan borang untuk mencari peserta. Cerita pon bermula. Sedih kan cerita nih?

Okay lepas tu wujud Blogger Masterchef. Yang ni aku nyaris masuk tapi aku tak nak.

Sekarang aku nak troll lite-lite cerita nih.
1. Masterchef US kejam. Masterchef Australia lite-lite je. Masterchef Malaysia? Aku tak boleh terima cara chef bercakap. Mungkin aku tak biasa. Ada jugak chef nak jadi macam Gordon Ramsay tapi tak jadi. Euw!
2. Contestant yang bercakap time part suspense atau before dorang nak tunjuk apa yang akan berlaku, macam kelakar. Mungkin aku tak biasa jugak. Takpe, dimaafkan sebab tak biasa tengok reality show melayu.
3. Masterchef Malaysia suka spam dekat facebook.
4. Contestant punya page pon dah ada jugak. Tau la ko  pereka fesyen. Peduli pulak aku? Artis pon ada? Urghh!
5. Tah la

Explanation:
1. Aku tak suka cara chef tu cakap. Nampak tak normal. Kekok? Mungkin. But I don’t like it!
2. Aku tak biasa tengok reality show melayu. Semua sampah. Tapi aku admit Masterchef better daripada Akademi Fantasia.
3. Tengok la gambar bawah ni! What the fuck? Eh, >90% yang tengok Masterchef Malaysia bukan orang yang pekak. Semua boleh dengar, tak payah nak update apron #1 siapa dapat. Apron #2 milik siapa. Bullshit!
4. Aku tau la korang nak ambil peserta daripada pelbagai latar belakang tapi boleh tak jangan ambil artis/designer yang terkenal walaupun aku tak kenal. Pleaselah! Kenapa kau tak suruh Rosmah masuk? Kenapa tak ambil Rosham Nor?
5. Tah la


Aku peminat setia Masterchef tapi tak berapa nak setia sangat la. Kalau tengok Masterchef US/Australia, biasanya aku tak tau apa yang dorang masak. Sebab tu aku tunggu Masterchef Malaysia. Sedikit pengakuan, AKU ADA DOWNLOAD BORANG NAK JADI PESERTA MASTERCHEF MALAYSIA tetapi atas alasan aku malas nak isi form yang banyak perlu diisi, aku abaikan. Aku nak try resepi daripada show ni tapi disebabkan faktor luaran seperti spamming facebook aku, aku tak ada mood nak tengok. Konklusinya, aku kurang gemar Masterchef Malaysia. Not a hater though. Rasa macam nak unlike page Masterchef Malaysia je. Kalau dorang spam lagi, memang aku unlike. So Masterchef Malaysia dah kekurangan 1 peminat. INGAT, DALAM MALAYSIA ADA CUMA PLUS MINUS 40JUTA ORANG. MINUS MAJORITY LELAKI YANG TAK TENGOK RANCANGAN MASAKAN, MINUS WANITA BERSALIN PADA HARI RANCANGAN INI DITAYANGKAN, MINUS MEREKA YANG KERJA SHIF MALAM, MINUS ORANG BUTA, MINUS CONTESTANT YANG MASUK BERTANDING, MINUS ORANG BUNUH DIRI DAN SEBAGAINYA, TINGGAL BERAPA JE? 1 PEMINAT TU SANGAT PENTING. Kalau kita ni Rusia ke, China ke, tak pe la sebab penduduk ramai. Tiap-tiap show beratus juta orang tengok. Masterchef Malaysia, tolong jangan cemarkan rancangan Masterchef. Ok dah. Tamat. 


12 October 2011

Seeing All Eye

Rasa macam nak cerita pasal illuminati la. Ok baru2 ni mak aku operate mata sebab cataract pastu tanam lens dalam mata. And thank god the operation went smoothly.

Lepas balik rumah, mak aku terus membebel rumah xbersih. Sawang banyak, sampah tepi2 almari ada. Dapur berminyak. Bukan salah aku sebab aku duduk rumah 2-3 hari seminggu je.

Illuminati sangat! 1 mata nampak segalanya. Abes part illuminati, sekarang cerita betul lak.

The day after the operation, about 6am, mak aku cakap kat aku kat bilik dia banyak sawang. Sebelum ni mak aku tak nampak apa2. Tapi mata mak aku belum power lagi, mak aku tak perasan aku menangis. Aku sangat sensitif. Almost 1 tahun aku selalu dengar mak aku cakap dia tak nampak apa2, cuma kabus dan asap. Time cuti semester 2 bulan, hari2 aku tengok kepayahan mak aku untuk melihat sesuatu. Hari2 aku sedih. Sebab tu air mata aku terkeluar sebab terharu sangat mak aku dah boleh melihat semula. Mata mak aku lagi power daripada aku. Ok aku admit menda nih.

Aku harap mak aku boleh jaga paras gula dalam darah, lepas tu boleh operate sebelah mata lagi. Aku bersyukur sangat2. Persoalan aku, betul ke tak sakit mata tuh kena bedah time sedar pulak tu? Gila scary!

05 October 2011

The Time of Need

Dah lama mak aku hidup dalam kabus. Segala-gala yang dilihatnya hanyalah asap kerana Cataract telah memenangi matanya. Esok mak aku akan bertarung untuk mendapatkan matanya semula. Aku berdoa agar mak akan kembali melihat keindahan dunia ciptaan tuhan ini.

Aku sangat sedih melihat mak menonton tv tapi tak kenal orang dalam tv. Mak akan berdiri dan membongkokkan badannya dihadapan tv untuk melihat wajah orang dalam tv. Sedih. Aku memang takut nak bayangkan diri sendiri dalam keadaan macam tu. Lebih baik aku mati cepat.

Selama ni mak masak semua dalam keadaan tak nampak. Tah gula tah garam, campak dalam periuk. Jadilah asam pedas, kari, kurma, sambal, dan macam-macam lagi. Suami mak pula kadang-kadang cakap tak sedap. Kalau la aku anak derhaka, aku dah maki suami mak. Ini pun dah nampak derhaka sebab tak sebut abah. Ok, abah. Abah.

Pokok-pokok mak yang mak jaga tiap-tiap hari tuh pon sekarang hidup berdikari cari air sendiri. Kalau nak ikut hobi, macam-macam dah mak tak nikmati semua hobi mak. Lepas ni, boleh la mak sambung berangan-angan nak tanam pokok kelapa kat depan rumah.

7 kali mak berjaya meneran anak. Tapi disaat mak memerlukan semua orang, hanya 2 sahaja yang dapat bersama mak. Aku dan angah. Yang lain memang nak datang tapi semua busy dengan agenda masing-masing. Mak jangan kecik hati. Semua sayang mak.

Semoga operation mata mak berjalan lancar. Amin.

<3

04 October 2011

Tribute To Farazulaikha Senusi

Small in size but have a big heart. She touched people in a different way. Split personality; angel and demon. <3 Farazulaikha senusi.

She's not dead yet okay! Cuma dia baru lepas kuar operation.

I have heard about the appendix problem but i can imagine in a million years she's the one who'll experience it. What a poor girl.

Bila aku dengar cerita she was hospitalized, sumpah aku sangat terkejut dan 1st thing aku nak buat, call dia. Tapi dia dah tukar nombor. Dem kau tak bagitau aku!

Appendix and Ovary Cyst. Wad kanak-kanak. Smadersfak! But now she has been discharged from hospital. Thank god!

Ikmal: Tahun depan aku grad.
Fara: Boleh la bagi aku duit raya.
Ikmal: Bukan setakat duit raya, nafkah pon aku boleh kasi.
Fara: Kau tak boleh puaskan nafsu aku.

Gelak super yang boleh menyebabkan jerawat aku pecah serta-merta. Fara, telur kau tuh baru lepas operate, jangan banyak gelak! Kang kau pulak yang menyesal.

So aku end the phone call as soon as aku sedar tak boleh gelak banyak-banyak. Apa-apa pun, aku dah laksanakan tanggungjawab aku sebagai kawan dia, tanya khabar dan buat dia gembira sebentar. Semoga kau cepat sembuh dan selamat bercuti.

Ikmal Ahmad.

Mystery of 3th October

Tgk, 3rd jadi 3th. Misteri kan? Kenapa semua nak berlaku pada 3 Oktober?

Lab report, english presentation, thesis meeting, bbq, birthday boye, rumet baru. Time bbq aku memang nak buat donat untuk budak kelas tapi, sebab banyak hal lain, tak jadi la donat tu.

Citer paling penting, rumet baru. ACTUALLY, aku nak melamar moja untuk jadi rumet aku semester depan sebab dah sebulan aku tak ada rumet. Petang lepas balik lab, barang-barang aku dalam almari aku #2 dikeluarkan. Rupanya aku ada rumet baru. So semua makanan aku atas meja dia aku kena letak tempat lain. Dem!

Dia just bawak bantal bintang kecil berwarna hijau epal, sarung tilam hijau putih, sepasang kasut sport, dan beberapa helai baju. TAPI aku tak jumpa someone so called rumet aku sampai sekarang yakni 4 oktober. 

Siapakah beliau? Masih misteri.

Clue yang ada hanyalah coat psychology universiti kebangsaan malaysia.

Mungkin dia pelajar kejuruteraan!