29 October 2013

The Forgotten Faces

Emotion. Aku suka bergelumang dalam kubang emosi. Dan sangat gemar dengan perkara-perkara negatif yang sarat dengan emosi disebaliknya. Lebih gemar akan benda-benda yang sangat deep. Sebab itu adalah rencah kehidupan. Tiada garam, segala masakan yang dimasak adalah tidak sedap. Bila tamat berbual dengan long-lost-best-friend-found-again-lost-again-and-found-again, tiba-tiba terserempak dengan statement bawah ni yang padat dengan emosi.
  • "Diam2 rs kwn dsusun dlm hdup sbg teman slalu tu-dh xvalid.mnsia entah mna aku knl pula selalu ada.jd jgn letak apa2 pd prshbtan.just go on."

    Dipetik daripada seorang rakan yang dijumpai dicelah-celah kehidupan. Lol. Lets portray this person in a sentence or two. I met this person just a few months ago and from my observation, this person lives in two different world. Mungkin lebih. This person might hold an unprecedented pain. Apa yang jelas, dia juga seorang yang agak deep. Tengoklah status dia. Tapi ini semua observasi sahaja. Maybe these observations is just a myth. Ok tolak dia sekarang dan ayuh lihat kandungan statement itu dari sudut garis hidup aku. Second statement itu dia punya cerita, tak perlu diulas.

    From childhood, i've known lots of people. Kawan yang dibuat bertumbuk. Kawan yang dibawa mencuri. Kawan yang dihabiskan waktu hari-hari bersama. Pergi cyber cafe, ponteng sekolah, pergi Kota Raya, main mercun, main bola. Boleh kata setiap aktiviti ini dijalankan bersama orang yang berbeza. Dimanakah Nabilah? Yang mana seorang insan yang aku senyap-senyap suka dekat dia masa dekat sekolah agama sehinggakan Azra'ie jumpa diari aku. Gila kau ada diari masa kecik-kecik. Dimanakah Daniel si ketua pengawas? Aku penolong ketua pengawas sekolah rendah masa tu. Dimanakah Fariz? Manusia yang mula mengotorkan kepala aku. Dia yang merosakkan pemikiran suci ini. Dimanakah Ijat? Aku main game pokemon dekat rumah dia. Dimanakah semua manusia ini? Mereka wujud disebabkan satu perkara, untuk berkongsi kegembiraan.

    Its all starts with an ice breaking. Then we know their nature. Adaptation. But we dont realize that a solid ice that has broken into small pieces tends to melt faster. And before we know it, those entities has liquefy themselves and evaporates under the hot sun. So yes, wajah-wajah ini akan pudar lalu hilang identitinya seorang demi seorang. Mereka tidak lain dan tidak bukan adalah sebuah buku sejarah yang perlu disimpan di atas rak bergenrekan autobiography yang terletak dihujung sudut memori.


    From hundreds of them, all i need is someone that can be with me during my dark days. By far, there are 7 of them yang betul-betul menceritakan maksud sebenar kawan di dalam kamus. Unfortunately, one of them died in a tragic way. Mati dengan sumpahan sendiri. He's not literally died, but at least on my mind. I just hope that the 6 will be there for me until there is no tomorrow. Thankfully, my long-lost best friend re-emerged himself.
    But maybe mereka ini juga akan lenyap dimakan masa? Who knows?

27 October 2013

The Queen Has Fallen

Terjaga daku dari tidurku diketika roh-roh belum lagi dihembuskan ke dalam badan manusia-manusia keparat. Hari ini, sebuah perjuangan perlu diteruskan walaupun ianya telah lama dilaungkan kira-kira 1000 tahun dulu dan masih serta akan diperjuangkan untuk 1000 tahun yang akan datang. Lemak. Musuh dalam selimut. Perjuangan hingga ke liang lahad.

Setelah persenyawaan roh dan jasad selesai, maka aku high 5 dan menyapa Maxime lalu bertanyakan adakah beliau akan menghadapi peperangan ini bersama-sama aku secara ikhlas kerana dia tahu dia akan dipijak sepanjang garis masa peperangan. Maxime bertempik "Ya" sehinggakan bunyi semangat beliau membawa guruh ke dalam sanubari ini. Bagus Maxime, dah nak sampai level parajurit dah kau.

Peperangan ini bukan peperangan untuk meluaskan tanah jajahan tapi untuk menghancurkan sebuah kerajaan yang membinasa kerajaan-kerajaan lain. Perjanjian antara dua buah kerajaan bersekutu iaitu kerajaan aku of course dan kerajaan Fauzan termeterai semalamnya. Menurut hitam putih yang telah dicapai, perang akan dilancarkan 0700hrs GMT+08:00 waktu Malaysia. Tapi menurut pandangan dan pengiraan ahli matematik purba kala, untuk memeterai sebuah perjanjian, wajib ingat untuk baca asterisk di bawah surat font 4 yang halus lagi membutakan. Di situ terdapat syarat ketat yang perlu dipatuhi. Dengan kuasa mata yang mampu membaca tulisan pada skala mikro, syarat-syarat yang dikenakan adalah seperti di bawah:

1. Apabila berjanji dengan orang melayu, masa perlu ditambah sebanyak 30 minit.
2. Apabila berjanji dengan warga perhilitan, masa perlu ditambah sebanyak 15 minit.

Menurut Al Khawarizmi dalam pengiraan teragungnya, 0700hrs + 30minit + 15minit, dijangka peperangan akan berlaku pada pukul 07:45 pagi. Tetapi bala tentera kerajaan Fauzan tiba sekitar 07:20 pagi. Jika mereka adalah musuh, pasti telah musnah istana aku dirobeknya. Alamak, kang boss haramkan aku jejak kaki dalam kereta dia. Ampun. Ok sambung. Mereka datang bersama-sama seorang pahlawan bernama Sir Syafiq yang bermati-matian menjaga keselamatan rajanya. Yang rela menggantikan rajanya daripada ditusuk gajah punya trunk. Lupa pulak bahasa melayu dia.

Lokasi: Queen's Lake.

Dimanakah queen itu? Tidak kelihatan. Yang dilihat adalah drag queen yang siap mengenakan pakaian seperti legging bagai. And there is a guy yang bleached rambut dia. Seriously, kalau rambut panjang lepas tu bleach, memang awesome. Sekarang kena tunggu rambut panjang tapi bila tah nak bleach? Oh lupa nak mention, radar peperangan berjaya mengesan satu entiti yang tidak mendatangkan sebarang kemudharatan iaitu Che Ya. Dia datang bersama-sama bola keranjangnya. Literally. Dimanakah bff dia, Rosli? Che Ya sekarang boleh menggantikan brother yang badan ketul-ketul dalam iklan nyamuk. Serious! Tapi buat apa Che Ya berseorangan di sana? Memancing lah tu. Okay tak elok aibkan seorang guru yang bertungkus lumus ajar aku Bahasa Melayu sehinggakan aku berjaya memperoleh B4 untuk subjek tersebut. 

So sebelum membakar bola-bola api, warm up seketika. 

Tu dia Syafiq cuba melenturkan kakinya untuk join ballerina. Lol.

Since aku dah beberapa kali jogging dan beberapa kali buat indoor aerobic, stamina kuat jugak la berbanding beberapa bulan yang lepas. Aku boleh jogging 4000+ steps tanpa henti. Gila kau! Itu satu pencapaian. Mungkin sebab berlari dikelilingi pokok. Bermakna aku dapat banyak oksigen. Secara biologinya, bila manusia kekurangan oksigen, manusia masuk ke dalam anaerobic state dimana lemak dipecahkan untuk mendapatkan oksigen untuk terus beraksi tapi menghasilkan asid laktik dalam tindakbalas kimia yang berlaku. Hambek! Tah betul tah tak fakta ni. Point is, dekat taman perumahan aku, aku lagi cepat penat mungkin sebab banyak bendasing atau asap kereta masuk dalam paru-paru. What ever! Tahu aku dapat lari 4k steps continuously cukup.

Bila berjalan perlahan untuk membuang asid laktik tadi, ada pulak orang tua yang menghembuskan nafas yang kuat seolah-olah menghembuskan nafas terakhir sewaktu cool down. Takut aku. Ironinya, aku yang muda panjat bukit lagi perlahan daripada orang tua. Mungkin dia Fahrin Ahmad yang kuat setelah minum power root. Kalau dia anjing, mati la aku dikunyah sebaik mungkin. Sekali makan aku, kenyang sebulan.

Bersambung perjalanan lagi sehingga ke persimpangan antara hidup dan mati. Berhenti seketika sambil menonton seorang dance coach mengajar beberapa orang lain untuk menari berirama. Lengkap dengan boombox berhampiran tasik. Gila tak heaven? Lenggokkan punggung dan susuk tubuh badan coach itu membuatkan hati ini ingin turut sama bergelek. Tapi malu la tak tahu step dia. Rugi.

Berlari lagi untuk menghabiskan track itu. Lalu terserempak dengan sekumpulan manusia yang sedang menjalani proses aerobic exercise. OMFG! Feveret aku! Maka join lah kami bertiga dengan mereka yang tidak dikenali itu. Adakah ada dikalangan mereka seorang doktor? Seorang juruterbang? Seorang basker? Seorang penunggang motorsikal? Seorang ibu tunggal? Seorang pembunuh? Peduli apa. Kami semua nak enjoy.

Kaku. Aku tak ada ilmu menari. Sila paham.

Ewah! Tu dia Pegawai Hidupan Liar kita sedang gelek dangdut.

Seriously, kalau aku tak amalkan aerobic kat rumah sebelum ni, aku rasa aku tak boleh buat semua ni. Yang aku boleh buat adalah tidur sehingga petang. I need to step up my game. Aerobic sebagai lifestyle. And before you know it, im going to be more handsome than today. Padahal dari dulu cakap benda sama. Lol.

Pekena sekeping roti canai, rosak jogging harini. Sekian. The queen has fallen. Lemak adalah pemenangnya. Boss, kalau nak pergi lagi, seru nama aku. Thanks.

25 October 2013

A Note For Mother

Recently i had a fight with my mother and I can take the pressure any longer. I don’t know what my wrongdoings were. I questioned myself if there was any way for me to tame her anger. No there wasn’t any. She slapped me with heartbreaking thoughts and it hurts me as much as it hurts her i supposed. So i decided to move out from the house. For good.

I ran into my room and grab my wallet. RM100. That’s all i have. But my mom owes me another RM50. So before i move out from that house, i ask my mom for that RM50 that she owe me. I know thats a bit irony but how am i going to live if i dont have money? I need that money. She doesn’t have any clue that i was planning to run away from her. So she called out her purse and gave me that money. I took it and flashes of thoughts running through my mind. Am i going to leave my one and only mother i had. The one that fed me until l manage to eat by myself. The one that taught me how to live. Then I cried. Loudly. Then i wake up.

It was just a dream. That powerful dream brings tears to both worlds. Dream and reality. I feel a tear or two dripping from my eye. But the emotion from the dream isn’t channelled to the real world because im as sleepy as a sloth. Grateful shines bright beating the darkness of a new dawn. It is a new day. And she is still asleep. Before i leave the house like in the dream, not to disappear but going to work, i told my mother that i cried earlier in my dream and again, i had these runny eyes for the second time in two hours time frame. I waved my mom goodbye and hello office.

Emak, Alim tahu mak dah suffer too much. Bila nak besarkan 7 anak mak, Alim tahu itu bukan kerja yang mudah. Mak idola Alim nombor 2 sebab idola sebenar Alim adalah Rosmah Mansur. Sebab apa mak idola nombor 2? Sebab tak ada orang caci maki hina keji mak macam Rosmah Mansur kena tapi dia gagah juga pakai cincin yang mahal. Dia masih boleh set rambut dia tiap-tiap pagi. Alim nak mak jadi seperti dia. Cekal ye mak.


Seperkara lagi, sekarang belum lagi masa untuk berbakti dekat emak. So emak kena tunggu la dulu. Nanti Alim bawa mak pergi Los Angeles kalau ada meeting dengan pelabur kat sana macam dalam cerita melayu tu. Mak nak cincin Rosmah Mansur pun Alim belikan. Alim tak dapat beli bling-bling sekarang sebab mak tak ajar menabung sejak kecil. Macam mana pun, mak kena tunggu dulu. Alim sayang mak.

22 October 2013

Raining of Pain

They said rain is a bless from god. It perishes the scorching earth. It breezes a therapeutic wind that heals an aching heart. It puts problem to bed. Yes, its a blessing from god. But why do they keep running from it?

Ive been waiting for quite a time now for rain to smack me in the face. And the day has finally arrived. The working hour is coming to an end, shredding all the work-related thoughts and preparing myself to walk my way home. The punch card machine is still not allowing anybody to leave the office. Suddenly, the sky is mad. He reveals his aggressive trait and covers every inch of the earth troposphere layer with darkness. Rebel.

Smile. As bright as the morning sun. Calm cuddling the heart even though its raining cats and dogs outside. About time and its pass 5. Eagerly to step into the rain. Then it disappears. Monsoon to drizzle in a split second? Why?

Deceleration in motion waiting for the rain to reappear again. Nothing. Tell me why? I want to feel you. Im ready to be empathized to feel your pain. Talk to me. Whats your story? I know you liquefy your thoughts and dark secrets and shout it to mankind so they can understand you. Well, im here. So what stopping you?

I guess i have to wait a little longer. Promise me you will share your story and i will return the favour. I have gazillions stories that would disturb your movement in the air. We need each other.

20 October 2013

Broken Self Promises

You should know by now that im a baker. But what do bakers do? They bake. Last 2 weeks, seperjalanan aku dan dia ke rumah masing-masing, dia membuat tempahan kek untuk meraikan hari jadi anaknya pada hari ini. Maka dengan arms wide open, aku menerima lamaran tersebut. 2 days later, dia datang kepadaku untuk menyampaikan musibah. Dia terpaksa batalkan hasrat to give her daughter a birthday party because she asks for a console game. Due to tight budget, dia terpaksa lepaskan aku.

But, i havent switch off the oven yet. I have to bake for this poor child. If i can bring cake to office, why not i bake for this special occasion for free? So i promise myself to give her a surprise birthday cake. Never in my mind i was going to tell her mother about the surprise birthday cake because i dont know what will happen today until yesterday.

Yesterday, tsunami happened. My worst ferocious enemy strikes again. Escherichia coli. My seventh sense sense the arriving of this massive pain that i have to take, predicted to strike today. All i feel today is gloom. It hurts both physically and emotionally. My psychological barrier is as fragile as iphone screen. It doesnt help at all.

So when gloom took over my concious mind, it destroys all my goals. All of them. I dont want to go to terengganu atau apa-apa panggilan yang aku dapat nanti walaupun result tak keluar lagi. I dont want to think about my forbidden half. I just want to stay here waiting for the world to end.

So im in the state of destruction now. Trying to gather my sanity back with the mercy of time. All i need now is rest. But a high quality of rest is rich.

Because of this, aku terpaksa kuburkan niat untuk menghadiahkan kek. I shouldnt blame myself for this inevitable nightmare. Nasib baik aku tak cakap nak bagi dia in the first place.

Harap diberi kekuatan untuk ke Pahang. Kursus lagi.

17 October 2013

A Child

7.50 pagi, aku melangkah keluar rumah untuk ke pejabat yang sungguh panas dek kerana air cond rosak. Aku tak complain sebab aku ada kipas. Berjalan kaki ke pejabat sambil didendang lagu Write It Down oleh kumpulan rock underground dengan IDnya Nine Lashes yang abang kau sendiri tak pernah dengar band tu. Menuruni bukit sambil humming lirik lagunya. Marah memikirkan akan ketidakadilan yang berlaku di dunia ini tapi masih tersenyum sebab ofis dah makin dekat. Nampak tak kecelaruan emosi di pagi hari? Masih waras.

Mana pengarah? Mana timbalan pengarah? Mana bos-bos yang pengaruhnya mengalahkan Oprah Winfrey? Yellek. Macam mana tah bahasa tamilnya. Tapi apa yang aku nak cakap adalah, aku harini boss-free. Aku nak makan nasik lemak guna tangan, tiada siapa nak marah. Aku pergi toilet lebih seminit, pun tiada siapa nak marah. Kalau aku nak main guli? Kau tahu jawapannya macam mana. Ok, can we move on to the next chapter?

Maka aku dengan niat jahat masuk ke bilik boss mengambil dokumen sulit sebab kerja aku memang jahat. Serious jahat. Kalau kau kerja dengan aku, lepas tu kau minum air suam tak ajak aku, nahas! Wa pecah lu punya cranial sampai lu punya medulla oblongata rabak. Gangster meets nerd. Lol. Skip part tak penting, ok ni sambungannya. Maka aku terbaca application seorang mahasiswi daripada universiti daripada utara yang ingin memohon pekerjaan.

Dia belajar Marine Technology ke apa tah. Surat dia penuh dengan seriousness sampai aku baca pun takut. I can tell you dia nak sangat job tu. Bahasa inggeris dia pun kalau boleh nak kalahkan kamus. Error dia aku tak nak cakap sebab aku sendiri pun grammar tak pass. Dari atas sampai bawah serious nak mampus. Kalau aku Ketua Pengarah, aku hire dia serta merta. Tiba-tiba dia letak emel dia angelfromheaven. Angel from heaven kau! Kenapa tah bidadari nak sibuk pasal hal manusia? 

Sebagai seorang abang kerani yang setahun lagi tua daripada adik, adik tak patut letak emel tu. Mati serious tadi tau adik. Abang rasa tak susah nak create emel baru. Abang sendiri tak letak themissingikmal@yahoo.com dekat resume. Tapi kalau adik dipanggil untuk interview, tolong dress up macam angel from heaven okay? Kepak tu penting. Thanks. Goodluck. Im dying to meet you angel. Lol.

15 October 2013

Maxime

Maxime. Is a french name that is given to me by my french teacher sewaktu belajar dekat UKM sebab itu yang paling dekat dengan nama aku. Mal. Maxime. Such a cool name. And then, aku turunkan nama tu dekat kasut aku sebab dia awesome. Everybody, say hi to Maxime.

Bonjour. Je m'appelle Maxime. Et toi?

Harini sepanjang hari aku menenung wajahnya dengan harapan dia dapat membawa aku lari daripada rumah ini. Maxime membisu. Voice your opinion out, Maxime. Kau tahu kan kau adalah secebis daripada ribuan cebisan diri ini? Without you im just an exteriorly imperfect moulded with the human shape.

Aku kenakan kaki aku dekat Maxime. Of course muat. Aku angkat kaki untuk mula melangkah tapi Maxime terlalu berat. Stuck. Why Maxime? Why? Sebab aku memasang niat jahat menurut pandangan mereka? You obey their flawed injustice law? Or it is just some kind of test for me to see how far im willing to go with my plan? Somehow i cannot read your mind.

Kita pernah berlari bersama-sama dalam mencari ketenangan. Aku bersyukur akan kehadiran kau dalam hidup aku. Aku mengharapkan kau dapat bawa aku lari meninggalkan dilema yang tiada noktah ini. Run to a world where peace is the only thing that matters. No hatred. No curse. No negative charge. Or at least keluar daripada istana pagar ini so i can find the true definition of silence. I know it is much to ask but why stopping here? Im questioning your honesty. Did you sign up to be with me for the rest of your life, Maxime?

I know when he open his mouth, he will speak volume. So aku masih menenung matanya. Masih tiada jawapan.