27 October 2013

The Queen Has Fallen

Terjaga daku dari tidurku diketika roh-roh belum lagi dihembuskan ke dalam badan manusia-manusia keparat. Hari ini, sebuah perjuangan perlu diteruskan walaupun ianya telah lama dilaungkan kira-kira 1000 tahun dulu dan masih serta akan diperjuangkan untuk 1000 tahun yang akan datang. Lemak. Musuh dalam selimut. Perjuangan hingga ke liang lahad.

Setelah persenyawaan roh dan jasad selesai, maka aku high 5 dan menyapa Maxime lalu bertanyakan adakah beliau akan menghadapi peperangan ini bersama-sama aku secara ikhlas kerana dia tahu dia akan dipijak sepanjang garis masa peperangan. Maxime bertempik "Ya" sehinggakan bunyi semangat beliau membawa guruh ke dalam sanubari ini. Bagus Maxime, dah nak sampai level parajurit dah kau.

Peperangan ini bukan peperangan untuk meluaskan tanah jajahan tapi untuk menghancurkan sebuah kerajaan yang membinasa kerajaan-kerajaan lain. Perjanjian antara dua buah kerajaan bersekutu iaitu kerajaan aku of course dan kerajaan Fauzan termeterai semalamnya. Menurut hitam putih yang telah dicapai, perang akan dilancarkan 0700hrs GMT+08:00 waktu Malaysia. Tapi menurut pandangan dan pengiraan ahli matematik purba kala, untuk memeterai sebuah perjanjian, wajib ingat untuk baca asterisk di bawah surat font 4 yang halus lagi membutakan. Di situ terdapat syarat ketat yang perlu dipatuhi. Dengan kuasa mata yang mampu membaca tulisan pada skala mikro, syarat-syarat yang dikenakan adalah seperti di bawah:

1. Apabila berjanji dengan orang melayu, masa perlu ditambah sebanyak 30 minit.
2. Apabila berjanji dengan warga perhilitan, masa perlu ditambah sebanyak 15 minit.

Menurut Al Khawarizmi dalam pengiraan teragungnya, 0700hrs + 30minit + 15minit, dijangka peperangan akan berlaku pada pukul 07:45 pagi. Tetapi bala tentera kerajaan Fauzan tiba sekitar 07:20 pagi. Jika mereka adalah musuh, pasti telah musnah istana aku dirobeknya. Alamak, kang boss haramkan aku jejak kaki dalam kereta dia. Ampun. Ok sambung. Mereka datang bersama-sama seorang pahlawan bernama Sir Syafiq yang bermati-matian menjaga keselamatan rajanya. Yang rela menggantikan rajanya daripada ditusuk gajah punya trunk. Lupa pulak bahasa melayu dia.

Lokasi: Queen's Lake.

Dimanakah queen itu? Tidak kelihatan. Yang dilihat adalah drag queen yang siap mengenakan pakaian seperti legging bagai. And there is a guy yang bleached rambut dia. Seriously, kalau rambut panjang lepas tu bleach, memang awesome. Sekarang kena tunggu rambut panjang tapi bila tah nak bleach? Oh lupa nak mention, radar peperangan berjaya mengesan satu entiti yang tidak mendatangkan sebarang kemudharatan iaitu Che Ya. Dia datang bersama-sama bola keranjangnya. Literally. Dimanakah bff dia, Rosli? Che Ya sekarang boleh menggantikan brother yang badan ketul-ketul dalam iklan nyamuk. Serious! Tapi buat apa Che Ya berseorangan di sana? Memancing lah tu. Okay tak elok aibkan seorang guru yang bertungkus lumus ajar aku Bahasa Melayu sehinggakan aku berjaya memperoleh B4 untuk subjek tersebut. 

So sebelum membakar bola-bola api, warm up seketika. 

Tu dia Syafiq cuba melenturkan kakinya untuk join ballerina. Lol.

Since aku dah beberapa kali jogging dan beberapa kali buat indoor aerobic, stamina kuat jugak la berbanding beberapa bulan yang lepas. Aku boleh jogging 4000+ steps tanpa henti. Gila kau! Itu satu pencapaian. Mungkin sebab berlari dikelilingi pokok. Bermakna aku dapat banyak oksigen. Secara biologinya, bila manusia kekurangan oksigen, manusia masuk ke dalam anaerobic state dimana lemak dipecahkan untuk mendapatkan oksigen untuk terus beraksi tapi menghasilkan asid laktik dalam tindakbalas kimia yang berlaku. Hambek! Tah betul tah tak fakta ni. Point is, dekat taman perumahan aku, aku lagi cepat penat mungkin sebab banyak bendasing atau asap kereta masuk dalam paru-paru. What ever! Tahu aku dapat lari 4k steps continuously cukup.

Bila berjalan perlahan untuk membuang asid laktik tadi, ada pulak orang tua yang menghembuskan nafas yang kuat seolah-olah menghembuskan nafas terakhir sewaktu cool down. Takut aku. Ironinya, aku yang muda panjat bukit lagi perlahan daripada orang tua. Mungkin dia Fahrin Ahmad yang kuat setelah minum power root. Kalau dia anjing, mati la aku dikunyah sebaik mungkin. Sekali makan aku, kenyang sebulan.

Bersambung perjalanan lagi sehingga ke persimpangan antara hidup dan mati. Berhenti seketika sambil menonton seorang dance coach mengajar beberapa orang lain untuk menari berirama. Lengkap dengan boombox berhampiran tasik. Gila tak heaven? Lenggokkan punggung dan susuk tubuh badan coach itu membuatkan hati ini ingin turut sama bergelek. Tapi malu la tak tahu step dia. Rugi.

Berlari lagi untuk menghabiskan track itu. Lalu terserempak dengan sekumpulan manusia yang sedang menjalani proses aerobic exercise. OMFG! Feveret aku! Maka join lah kami bertiga dengan mereka yang tidak dikenali itu. Adakah ada dikalangan mereka seorang doktor? Seorang juruterbang? Seorang basker? Seorang penunggang motorsikal? Seorang ibu tunggal? Seorang pembunuh? Peduli apa. Kami semua nak enjoy.

Kaku. Aku tak ada ilmu menari. Sila paham.

Ewah! Tu dia Pegawai Hidupan Liar kita sedang gelek dangdut.

Seriously, kalau aku tak amalkan aerobic kat rumah sebelum ni, aku rasa aku tak boleh buat semua ni. Yang aku boleh buat adalah tidur sehingga petang. I need to step up my game. Aerobic sebagai lifestyle. And before you know it, im going to be more handsome than today. Padahal dari dulu cakap benda sama. Lol.

Pekena sekeping roti canai, rosak jogging harini. Sekian. The queen has fallen. Lemak adalah pemenangnya. Boss, kalau nak pergi lagi, seru nama aku. Thanks.

No comments: