29 November 2012

Hi. Nama Saya Muhammad Adam Bin Mohd. Nizam

Muhammad Adam Bin Mohd. Nizam
0 tahun 0 bulan 0 hari 10 jam 57 minit 43 saat
121128-14-xxxx

Adam, by the time you read this post, its either im dead or still alive, you possessed a laptop, cool gadget or whatever, you can read and surf the internet, and the most important thing is you are not dead yet. lol.

Adam dijangka akan dilahirkan pada 10 Disember 2012 tapi itu hanyalah jangkaan. Harini, secara tiba-tiba dapat berita Adam dah lahir. Aku dah la tak mandi lagi (pukul 3 petang. lol), tengah bermuram-muramkan diri tiba-tiba dengar cerita anak buah dah selamat tiba di bumi durjana ini. Lahir pukul 5.55 pagi menurut Nizam, 5.50 pagi menurut Roziana selaku emak atau panggilan manja, Gee. Pukul 6 pagi kan senang. Haih.

Aku dengar pasal kelahiran baby Adam ni pukul 3.45 petang. Pukul 4 kan senang. Haih. 10 jam lepas lahir baru tau. Aku tak tau la bapak kau ni nak buat surprise ke apa. Tapi kesian dia sebab tak tidur berhari-hari tunggu ko Adam. Kau kalau tak dengar cakap mak bapak kau, aku kasi kau minum sirap polonium ais. Haha. 

Sampai dekat HUKM (aku xpaham kenapa semua nak berubat kat hukm. tapi aku bangga la jugak sebab H Universiti Kebangsaan Malaysia), terus pergi Wad Intan, tingkat 2, katil 20. Pemandangan yang tersergam indah sewaktu melihat wajah baby Adam yang sangat kecil, kalau letak tangan kat muka dia, akan mati dalam masa beberapa saat. Opss sorry. Baby Adam tengah tidur mungkin kerana kepenatan berada di dalam kapal terbang menuju ke bumi. Mak dia juga kepenatan membuka pintu daripada alam ghaib ke alam nyata. Walaupun jelas kelihatan kesakitan diwajah ibunya, tapi kehadiran baby Adam sangat menggembirakan semua lebih-lebih lagi mak kau la Adam.

Baby Adam tidur setidur-tidurnya sampai aku nak lempang suruh dia bangun sebab aku dukung dia. Tetapi disebabkan kekecilan dan kerapuhan baby Adam, aku biar je la dia tidur. At one time, bila Gee tidur, mak abah nizam pergi melawat Mak Cik Bedah, cerita ni akan diceritakan kat bawah ni, aku tenung je baby Adam. Suddenly aku berasa sebak kegembiraan lalu menitiskan air mata kerana tak percaya anak buah baru dah lahir. Suatu ciptaan yang begitu indah, sempurna, dan sihat membuatkan aku bersyukur ke hadrat sang pencipta. Air mata aku juga bermaksud mungkin aku telah lama terapung di lautan duka dan tiba-tiba terjumpa sebuah pulau yang begitu cantik panoramanya. 1 hari meninggalkan duka nestapa adalah suatu terapi minda yang begitu mahal dan membuatkan aku terpikir sejenak akan masa hadapan. Terkedu. Whatever it is, aku nak enjoy this moment with baby Adam.

Ok cerita Mak Cik Bedah. Quick introduction: Mak Cik Bedah adalah isteri kepada Pak Cik Mail Sayur. Im sorry sebab kena introduce lagi sebab tak cukup detail. Pak Cik Mail Sayur adalah tuan kedai masa aku duduk dekat Berek Polis Brickfields. Mereka sangat baik dan sangat peramah. For the record, aku tak pernah curi kat kedai dia. Tak berkesempatan atau tak berminat, aku tak pasti. Lol.

Mak Cik Bedah juga berada di Wad Intan dan ditempatkan di katil 11 kot. Beliau sudah 2 bulan mengandung tetapi keluar darah. So dia masuk la hukm nak dapatkan rawatan. Aku kesian sangat dekat dia sampai aku takut nak tanya pasal baby dia. Takut dia kecik hati ke. Apa yang lagi menyedihkan, suaminya Pak Cik Mail tadi mengalami kemalangan motor pada 4 November 2012, patah kaki dan sekarang berkerusi roda. Aku pun takut nak tanya pasal kemalangan tu. Dalam kata lain, mereka berdua mengalami suatu ujian yang sangat berat. Kalau aku pergi melawat baby Adam esok, aku nak bawakkan buah tangan. Serius, mereka sangat baik. I hope both of them akan kembali sihat seperti biasa dan selamat melahirkan baby baru.

About baby Adam. Aku pegang pipi dia, oh my god! sangat lembut. Terus tak nak pegang sebab fragile. Terus terkubur niat nak dukung dia baling-baling juggling. Serious aku tak sabar nak tunggu dia besar lepas tu nak cubit pipi dia pastu lambung-lambung dia ke udara. Grrrr. Abah cakap muka macam Adik. Mak cakap muka macam Nizam. Along cakap tak nampak muka macam Nizam lepas tu lama-lama baru nampak muka macam Nizam. Nizam kata muka macam Gee. Mak kata hidung dia hidung Nizam. Mak kata rambut dia rambut Nizam. Banyak pulak dah Nizam ni.

Aku kata apa? AKU TAK NAMPAK APA-APA PUN! Aku nampak baby Adam yang comel je. AKU NAMPAK DIA LAGI PANDAI DARIPADA AKU. yay!

Tahniah Nizam dan Gee sebab dah officially jadi ayah dan ibu, bapak dan mak, daddy dan mommy, ayahanda dan ibunda, bro dan sis, lu (parents) dan gua (Adam). Tahniah kat aku sebab jadi pakcik lagi sekali.

Love you baby Adam (kalau dah besar, terajang je xde luv u luv u bagai). I know you will do great things in this world.

Your Uncle,
Uncle Mal, Pak Mal, Pak Lim, Uncle Lim, Uncle MissingInAction, atau apa-apa la kau nak panggil aku.

*sangat berserabut sekejap cerita dekat Adam, sekejap cerita seara umum. 

24 November 2012

Hyperhidrosis Fucks Me

Hyper : banyak
Hisro : air
Sis : errrrrrr

Hyperhidrosis dalam bahasa mudah, excessive sweating. Excessive sweating ni susah nak ditentukan oleh doktor tapi pesakit hyperhidrosis akan tahu sendiri beliau adalah pesakit hyperhidrosis. Kesengsaraan adalah kayu ukur bagi penyakit ini.

So aku selaku pesakit hyperhidrosis, nak bercerita sikit pasal masalah kami (referring to hyperhidrosis people. yeah, you are not alone!).

Peluh biasa dilahirkan bila kita (manusia, termasuk hyperhidrosis people) berasa anxious, panas, banyak bergerak dan pikir la sendiri contoh lain. Peluh yang unik adalah seperti berlakunya rembesan peluh sewaktu bermonolog dalam hati: "nak pergi berak lah", "best gila cuaca hari ni", atau "_____(blank. xbermonolog)." Azab kan?

Selepas membaca beberapa artikel dan testimoni pesakit ni, adalah dikatakan masalah ini boleh dikuburkan dengan pengambilan Oxybutynin atau Glycopyrrolate. Dikatakan Oxybutynin lagi murah berbanding Glycopyrrolate. Untuk mendapatkannya secara percuma (not really percuma but murah la), sila berjumpa dengan dermatologist kerajaan.

Ubat ini bertujuan untuk kecilkan bladder. Jika kecil bladder, kuranglah urea. Side effect adalah biasa-biasa sahaja. Mulut kering, penglihatan kabur, cirit-birit, nak muntah, sakit perut, pening kepala, DAN BANYAK LAGI. Nampak macam banyak je side effect dia kan but child, it is wise to remember this: side effect ni tak ada lah teruk sangat sampai berlakunya pertumbuhan tulang di atas tulang, berlakunya tekanan di dalam otak, menggugurkan rambut, bagi kesan terhadap janin, berlakunya perubahan gene, berlakunya kecelaruan gender dan yang paling penting makan ubat ni tak mati serta merta tapi kalau dah ajal, mati lah jugak.

Cerita lebih tapi aku belum makan lagi ubat ni. Tak sabar nak menikmati kegeniusan dessert ni. Kalau nak bayar RM5, terpaksa la tunggu cryosurgery bulan 12 nanti tapi kalau nak cepat, kena tengok kat farmasi la. Harap-harap murah.

23 November 2012

Hidradenitis Suppurativa

After few years of discovering of unknown disease, now i know the answer. Its Hidradenitis Suppurativa. Bunyi sangat catchy and more like putting random alphabets together to form a disease name. What is Hidradenitis Suppurativa? Well, you know how to find the answer!

This kind of disease is not well understood even though it was discovered in 1839. Almost 200 years. Not almost actually but who care? Understanding this disease is harder than the nuclear thing. Just wanna point nuclear stuff out because i miss them already. Aku rasa kalau aku belajar bio atau perubatan, aku nak belajar pasal kulit. Cuba bayangkan, manusia ada kulit. Ada kulit, ada sakit. Ada sakit, ada ubat. Ada ubat, ada duit. Sorry sebab jadi mata duitan plak. 

Apa yang lagi best: manusia ada kulit. Bagaimana dengan manusia berkulit tebal? Maksudnya gemuk. Gemuk, banyak kulit. Banyak kulit, banyak sakit. Banyak sakit, banyak ubat. Banyak ubat, banyak $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$!!!

AKU NAK JADI DOKTOR KULIT!!!

21 November 2012

Plot Yang Lebih Baik Daripada Cerita Melayu

Dalam satu perspektif, ia dikatakan sangat hina lagi menghinakan tetapi dalam perspektif lain, ia adalah sangat menarik untuk diceritakan.

Setiap perkataan yang dihadiahkan daripada orang sekeliling mampu mencederakan peribadi seseorang malah orang yang mulia juga tidak terkecuali. Tetapi keaiban itu walaupun jerih untuk ditelan dan terima di dalam hati, lama kelamaan sesuatu yang dikatakan keji itu menjadi suatu kurniaan yang begitu indah malah lebih indah daripada wang dan kuasa.

Kebahagiaan dinikmati apabila orang sekeliling yang hatinya buta, kini buta matanya. Tidak lagi muncul bayangan kehinaan dimata mereka menyebabkan mulut yang berjiwa busuk juga turut menjadi buta, tidak tahu untuk menzahirkan ungkapan yang berupaya menjatuhkan orang lain. Tiada penonton, tiada lakonannya.

Hidup seperti pelarian adalah sangat menakutkan. Saat, merupakan suatu unit masa yang amat kecil dan berlalu tanpa disedari tetapi tidak mudah dan memeritkan bagi mereka yang mengidamkan kebebasan seperti berlari di lautan hutan yang tidak mempunyai jalan keluar. Tidak tahu apa yang mengejar mereka dan tidak tahu destinasi yang dituju. Perasaan yang dirasai hanya tuhan sahaja yang tahu. Tetapi, itu semua sejarah lama yang sudah dilupakan.

Sejarah, adalah dimensi masa yang terpisah daripada masa sebenar yang dirasai. Yang terbahagi kepada dua iaitu sejarah lampau dan sejarah sekarang. Sejarah lampau boleh merosakkan pemikiran seseorang tetapi kurang bahaya jika dibandingkan dengan sejarah sekarang iaitu sesuatu perkara yang masih belum dilakukan. Kecederaan fizikal dan kemalangan psikologi boleh tercipta. Kecelakaan ini hanya boleh dielakkan jika perancangan dua insan tidak bertemu antara satu sama lain.

Sejarah, juga merupakan suatu garisan yang dilukis secara berterusan yang berkemungkinan bertembung dengan garisan yang telah dilukis sebelumnya sama ada secara langsung atau tidak langsung. Faktor luar seperti orang sekeliling boleh mempengaruhi bagaimana garis itu dilukis. 

Kini suatu entiti wujud untuk memutar dunia. Yang dihadapan, dibelakangkan. Yang baik, diburukkan. Yang aman, bakal dijahanamkan. Entiti yang menyebabkan intro bagi cerita ini berlaku. Walaupun garisan aku tidak melintasi garisan entiti itu, aku takut akan garisan orang lain yang bakal berpaut dengan garisan entiti itu. Aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak pertemukan mereka.

SETELAH APA YANG KAU ATAU KELUARGA KAU BUAT, KAU TAK BERHAK JUMPA DIA!

*Aku perlukan orang yang mendengar yang tidak mengadili (which is very rare for this kind of species to exist) untuk aku bercerita tentang cerita ini. Cerita yang lebih gelap daripada hitam dan tak akan ditulis di sini atau dibicarakan.

18 November 2012

Perpisahan is Inevitable

Label. Juga boleh dikatakan sebagai kesimpulan. Kalau tergopoh-gapah menggunakannya boleh mendatangkan masalah seperti melabel bahan kimia. Sifat-sifat fizikokimia (monolog dalaman: gitew!) perlu diketahui dahulu sebelum memberi label. Sama seperti kawan. Kalau terlalu cepat menampar label dekat muka kawan-kawan, juga boleh menyebabkan kawan tu unfriend dekat facebook. Jadi janganlah terlalu seronok memberi label.

I do not have the opportunity to have a proper farewell/valediction with my friends. But some of them are gone without giving any last word. Its ok though, you dont have to. Aku cuma downgrade you daripada kawan kepada kenalan. Itu kesimpulan awal.

Semoga kalian berjaya.

11 November 2012

Avenged Sevenfold - Carry On


Almost 2 months lepas dorang release lagu ni, aku baru dengar tadi. I do not like it but i do not hate it either tapi bagus la tau dorang still making music. Mungkin kena paksa telinga ni dengar selalu baru nak suka kot.

Mana dvd konsert kat asia?