21 November 2012

Plot Yang Lebih Baik Daripada Cerita Melayu

Dalam satu perspektif, ia dikatakan sangat hina lagi menghinakan tetapi dalam perspektif lain, ia adalah sangat menarik untuk diceritakan.

Setiap perkataan yang dihadiahkan daripada orang sekeliling mampu mencederakan peribadi seseorang malah orang yang mulia juga tidak terkecuali. Tetapi keaiban itu walaupun jerih untuk ditelan dan terima di dalam hati, lama kelamaan sesuatu yang dikatakan keji itu menjadi suatu kurniaan yang begitu indah malah lebih indah daripada wang dan kuasa.

Kebahagiaan dinikmati apabila orang sekeliling yang hatinya buta, kini buta matanya. Tidak lagi muncul bayangan kehinaan dimata mereka menyebabkan mulut yang berjiwa busuk juga turut menjadi buta, tidak tahu untuk menzahirkan ungkapan yang berupaya menjatuhkan orang lain. Tiada penonton, tiada lakonannya.

Hidup seperti pelarian adalah sangat menakutkan. Saat, merupakan suatu unit masa yang amat kecil dan berlalu tanpa disedari tetapi tidak mudah dan memeritkan bagi mereka yang mengidamkan kebebasan seperti berlari di lautan hutan yang tidak mempunyai jalan keluar. Tidak tahu apa yang mengejar mereka dan tidak tahu destinasi yang dituju. Perasaan yang dirasai hanya tuhan sahaja yang tahu. Tetapi, itu semua sejarah lama yang sudah dilupakan.

Sejarah, adalah dimensi masa yang terpisah daripada masa sebenar yang dirasai. Yang terbahagi kepada dua iaitu sejarah lampau dan sejarah sekarang. Sejarah lampau boleh merosakkan pemikiran seseorang tetapi kurang bahaya jika dibandingkan dengan sejarah sekarang iaitu sesuatu perkara yang masih belum dilakukan. Kecederaan fizikal dan kemalangan psikologi boleh tercipta. Kecelakaan ini hanya boleh dielakkan jika perancangan dua insan tidak bertemu antara satu sama lain.

Sejarah, juga merupakan suatu garisan yang dilukis secara berterusan yang berkemungkinan bertembung dengan garisan yang telah dilukis sebelumnya sama ada secara langsung atau tidak langsung. Faktor luar seperti orang sekeliling boleh mempengaruhi bagaimana garis itu dilukis. 

Kini suatu entiti wujud untuk memutar dunia. Yang dihadapan, dibelakangkan. Yang baik, diburukkan. Yang aman, bakal dijahanamkan. Entiti yang menyebabkan intro bagi cerita ini berlaku. Walaupun garisan aku tidak melintasi garisan entiti itu, aku takut akan garisan orang lain yang bakal berpaut dengan garisan entiti itu. Aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak pertemukan mereka.

SETELAH APA YANG KAU ATAU KELUARGA KAU BUAT, KAU TAK BERHAK JUMPA DIA!

*Aku perlukan orang yang mendengar yang tidak mengadili (which is very rare for this kind of species to exist) untuk aku bercerita tentang cerita ini. Cerita yang lebih gelap daripada hitam dan tak akan ditulis di sini atau dibicarakan.

No comments: