29 November 2012

Hi. Nama Saya Muhammad Adam Bin Mohd. Nizam

Muhammad Adam Bin Mohd. Nizam
0 tahun 0 bulan 0 hari 10 jam 57 minit 43 saat
121128-14-xxxx

Adam, by the time you read this post, its either im dead or still alive, you possessed a laptop, cool gadget or whatever, you can read and surf the internet, and the most important thing is you are not dead yet. lol.

Adam dijangka akan dilahirkan pada 10 Disember 2012 tapi itu hanyalah jangkaan. Harini, secara tiba-tiba dapat berita Adam dah lahir. Aku dah la tak mandi lagi (pukul 3 petang. lol), tengah bermuram-muramkan diri tiba-tiba dengar cerita anak buah dah selamat tiba di bumi durjana ini. Lahir pukul 5.55 pagi menurut Nizam, 5.50 pagi menurut Roziana selaku emak atau panggilan manja, Gee. Pukul 6 pagi kan senang. Haih.

Aku dengar pasal kelahiran baby Adam ni pukul 3.45 petang. Pukul 4 kan senang. Haih. 10 jam lepas lahir baru tau. Aku tak tau la bapak kau ni nak buat surprise ke apa. Tapi kesian dia sebab tak tidur berhari-hari tunggu ko Adam. Kau kalau tak dengar cakap mak bapak kau, aku kasi kau minum sirap polonium ais. Haha. 

Sampai dekat HUKM (aku xpaham kenapa semua nak berubat kat hukm. tapi aku bangga la jugak sebab H Universiti Kebangsaan Malaysia), terus pergi Wad Intan, tingkat 2, katil 20. Pemandangan yang tersergam indah sewaktu melihat wajah baby Adam yang sangat kecil, kalau letak tangan kat muka dia, akan mati dalam masa beberapa saat. Opss sorry. Baby Adam tengah tidur mungkin kerana kepenatan berada di dalam kapal terbang menuju ke bumi. Mak dia juga kepenatan membuka pintu daripada alam ghaib ke alam nyata. Walaupun jelas kelihatan kesakitan diwajah ibunya, tapi kehadiran baby Adam sangat menggembirakan semua lebih-lebih lagi mak kau la Adam.

Baby Adam tidur setidur-tidurnya sampai aku nak lempang suruh dia bangun sebab aku dukung dia. Tetapi disebabkan kekecilan dan kerapuhan baby Adam, aku biar je la dia tidur. At one time, bila Gee tidur, mak abah nizam pergi melawat Mak Cik Bedah, cerita ni akan diceritakan kat bawah ni, aku tenung je baby Adam. Suddenly aku berasa sebak kegembiraan lalu menitiskan air mata kerana tak percaya anak buah baru dah lahir. Suatu ciptaan yang begitu indah, sempurna, dan sihat membuatkan aku bersyukur ke hadrat sang pencipta. Air mata aku juga bermaksud mungkin aku telah lama terapung di lautan duka dan tiba-tiba terjumpa sebuah pulau yang begitu cantik panoramanya. 1 hari meninggalkan duka nestapa adalah suatu terapi minda yang begitu mahal dan membuatkan aku terpikir sejenak akan masa hadapan. Terkedu. Whatever it is, aku nak enjoy this moment with baby Adam.

Ok cerita Mak Cik Bedah. Quick introduction: Mak Cik Bedah adalah isteri kepada Pak Cik Mail Sayur. Im sorry sebab kena introduce lagi sebab tak cukup detail. Pak Cik Mail Sayur adalah tuan kedai masa aku duduk dekat Berek Polis Brickfields. Mereka sangat baik dan sangat peramah. For the record, aku tak pernah curi kat kedai dia. Tak berkesempatan atau tak berminat, aku tak pasti. Lol.

Mak Cik Bedah juga berada di Wad Intan dan ditempatkan di katil 11 kot. Beliau sudah 2 bulan mengandung tetapi keluar darah. So dia masuk la hukm nak dapatkan rawatan. Aku kesian sangat dekat dia sampai aku takut nak tanya pasal baby dia. Takut dia kecik hati ke. Apa yang lagi menyedihkan, suaminya Pak Cik Mail tadi mengalami kemalangan motor pada 4 November 2012, patah kaki dan sekarang berkerusi roda. Aku pun takut nak tanya pasal kemalangan tu. Dalam kata lain, mereka berdua mengalami suatu ujian yang sangat berat. Kalau aku pergi melawat baby Adam esok, aku nak bawakkan buah tangan. Serius, mereka sangat baik. I hope both of them akan kembali sihat seperti biasa dan selamat melahirkan baby baru.

About baby Adam. Aku pegang pipi dia, oh my god! sangat lembut. Terus tak nak pegang sebab fragile. Terus terkubur niat nak dukung dia baling-baling juggling. Serious aku tak sabar nak tunggu dia besar lepas tu nak cubit pipi dia pastu lambung-lambung dia ke udara. Grrrr. Abah cakap muka macam Adik. Mak cakap muka macam Nizam. Along cakap tak nampak muka macam Nizam lepas tu lama-lama baru nampak muka macam Nizam. Nizam kata muka macam Gee. Mak kata hidung dia hidung Nizam. Mak kata rambut dia rambut Nizam. Banyak pulak dah Nizam ni.

Aku kata apa? AKU TAK NAMPAK APA-APA PUN! Aku nampak baby Adam yang comel je. AKU NAMPAK DIA LAGI PANDAI DARIPADA AKU. yay!

Tahniah Nizam dan Gee sebab dah officially jadi ayah dan ibu, bapak dan mak, daddy dan mommy, ayahanda dan ibunda, bro dan sis, lu (parents) dan gua (Adam). Tahniah kat aku sebab jadi pakcik lagi sekali.

Love you baby Adam (kalau dah besar, terajang je xde luv u luv u bagai). I know you will do great things in this world.

Your Uncle,
Uncle Mal, Pak Mal, Pak Lim, Uncle Lim, Uncle MissingInAction, atau apa-apa la kau nak panggil aku.

*sangat berserabut sekejap cerita dekat Adam, sekejap cerita seara umum. 

No comments: