27 September 2011

Thesis: X

Esok jumpa Dr. Khoo. Semoga aku dapat tajuk thesis yang best dan gempak sehinggakan IAEA amek thesis aku ubah jadi subjek wajib diajar dalam universiti seluruh dunia.

Siyes takut! Idea ada tapi tak tau kemana tujuan thesis tuh. Between radiochemistry, neutron activation analysis and nuclear physics and instrumentation, aku rasa nak kombokan radiochemistry dan neutron activation analysis. KEYWORD: ubat. Harap2 Dr. Khoo kasi aku buat thesis ni.

Idea lain pasal forensik, detect molecule berat dan itu sahaja. Entahla. Just go through and see what the future holds.

24 September 2011

Rain On My Parade

24 September lagi. Dayum! Birthday kembali lagi. Apa itu birthday? Masa yang tidak dapat dilihat mengubah umur yang tidak dapat dilihat. Jadi, birthday adalah imaginasi semata-mata.

2009

  • Aku dah lupa

2010

  • Ada open house rumah Sayza tapi aku tak pergi sebab mak aku masak kari untuk aku. So aku balik rumah. Tak ke aku masuk neraka kalau buat mak aku kecik hati?

2011

  • Ada pesta konvo. Aku kena usha la booth aku takut ada barang hilang.
  • Shila perform silat. Kena la jadi videographer.
  • Ada open house rumah Irsyad tapi tak ada dengar siapa-siapa nak pergi.
  • Ex-roommate Ku Er Huai datang sebab kakak dia grad.
  • Kawan office kakak aku nak datang rumah. So ada la open house lite-lite. Ada la rendang.
Jadi, aku hanya pergi pesta pesta konvo tengok booth, rakam aksi panas Shila (lol) dan layan ex-roommate. So aku cuma memuaskan hati orang lain masa birthday aku.

Everything else is secondary. Tapi aku tak mampu nak buat apa-apa. 

Harap-harap aku grad 24 September 2012. Hope so.

19 September 2011

YDP In Action

Tau tak aku nih malas nak buat kerja. Aku tak suka menyusahkan diri sendiri. Atas desakan fakulti sendiri, aku kena pamerkan barang-barang nuklear. Kalaulah aku bukan ydp, mesti best boleh baring tengok movie.

Aku pon tak suka surat. Nak hantar surat dekat ketua program la, kat orang makmal la. Penat la nak panjat bukit naik bas semua. Alangkah seronoknya hidup kalau semua orang malas. Lol.

Ketua program macam biasa tak sain apa-apa. Dah banyak tandatangan katanya. Orang makmal pulak tak sempat nak jumpa. So, masalah lagi. Adat la kan?

Lepas ni nak angkat barang makmal yang aku tak tahu apa yang orang makmal nak kasi kat aku. Lepas tu nak buat jadual siapa nak jaga barang. Lepas tu nak kena explain dekat orang yang datang booth.

Dah la sem nih start tesis. Esok dah keluar bidang dengan supervisor. Busy yang amat sangat la lepas ni. Kenapa la dorang suruh aku jadi ydp. Siyes tak sabar nak kasi kat junior.

SAYA YDP PEMALAS! Harap maklum.

13 September 2011

Samsung Galaxy Mini

Henpon sampai rumah 14:44pm. Nasib baik posmen sampai juga walaupun tunggu daripada pukul 9pagi.

So hari-hari aku tanpa roomate mendatang, aku akan isi masa dengan menggunakan henpon ni sebaik mungkin. Banyak apps aku tak download lagi. Seronok juga guna android. Aku newbie kot dalam bab-bab henpon canggih.

Thanks seller dekat lelong.com.my sebab tak curi duit aku.

Ikmal's level went up!

11 September 2011

First Timer

Harini aku beli barang secara online. Galaxy Mini S5570. Beli dekat lelong.com.my. For somewhat reason, aku bank-in duit xikut procedure. Harap-harap orang tuh jujur kalau tak, aku buat laporan polis. Siyes aku cuak weh. Rm511 kot. Aku cuma mampu berdoa je sekarang ni. Hantar la henpon tuh. Please. Cepat la hari selasa :(

Handphone: Yes No? Maybe.

Sony Ericsson Xperia x10 Mini Pro ke Samsung Galaxy Tab Mini ke Sony Ericsson W8 ke BlackBerry Curve 8520 ke tak payah beli?

Sumpah aku dah lama tak tengok perkembangan henpon, sekarang nak beli tapi tak dapat decide. Part yang paling best kalau tak boleh decide, duit tu selamat, yakni tak beli phone.

Kalau nak beli pon yang lite2 je. Tak mampu la nak beli yang jutaan ringgit. Kalau dah kerja, aku beli ipad2 tiap-tiap hari.

Priority: wifi.

Tapi laptop pon boleh online. So tak ada la penting sangat henpon.

Habis tu nak ke tidak?

Kalau pergi kedai henpon, ada la. Kalau tak pergi, tak ada la. Tak payah banyak cakap!




SIYES, POST YANG NAMPAK MACAM ORANG GILA.

07 September 2011

Who Is That?

Apabila lelaki bertemu lelaki, mestilah pergi saloon! Bongok je. Tapi tadi memang aku pergi salun.

Bidin si rumet matrix datang beraya dekat rumah. Ajak hentai dan acan, haram tak nak datang. Jadi, kitorang pergi la leisure mall. Bidin nak potong rambut. So, alang-alang dia potong rambut, aku pon sama la. Kalau tak, aku kena potong gak hari lain.

Mataap pesan trim dan layer. Itu yang aku mintak. Mataap fashion designer kot. Mesti la kena dengar cakap dia. Kalau tak kena lahar sebab tak ikut fashion. Duhhhh!

Jadi rambut tak banyak hilang, in fact, xnampak beza pon cuma kepala rasa light sikit.

This is what happen when xstraight were forced to be straight. I mean the hair! LOL!!!

Rambut aku yang wavy tu tetiba jadi straight lepas blow. Sumpah scary! Tapi thank god sebab aku lelaki. Tak perlu ke salun lama-lama nak buat rambut. Sumpah 1 jam lebih kot orang tuh cuci lepas tu potong rambut aku. Lepas ni dah tak nak pergi salun buat rambut bagai except kalau aku nak dye rambut.

Kepanjangan rambut hanya dibenarkan sehingga tamat tahun 3. Lepas tuh pendek macam orang biasa sebab nak kerja. Kalau tempat kerja boleh kasi aku bela rambut, bersyukur sangat-sangat!

Malam pulak, bapak aku cakap, "kalau kau potong rambut, RUGI!". Thanks abah sebab sokong rambut aku panjang. Kalau Maber tersinggah kat sini, YA, BAPAK AKU KASI AKU BELA RAMBUT PANJANG. Hebat gak bapak aku pasal fashion. Daddy, Daddy Cool! Daddy, Daddy Cool!!!

Tak nak pergi salun mahal-mahal lagi. Cukuplah merasa sekali.


03 September 2011

Another Leaver

Ahmad's last child is finally made it to university. Harini last day dia bergelar sampah. So, ada la parti kecil-kecilan untuk dia. Mak masak kari kejap lagi, kira parti la tu kan? Lol.

Actually aku terkilan sebab dia dapat course yang dia tak pilih walaupun bukan dia yang isi upu. 3.42 kot pointer dia. Mungkin sebab dia belajar akaun. Kalau aku yang dapat pointer macam tu, mesti aku sekarang belajar kulinari. Tak kisah la course apa pun kalau pandai cari peluang, berjaya la nanti. Aku yang belajar nuklear pon tak perform, harap-harap adik aku dapat DL setiap sem.

I guess my mom is very proud of us. Walaupun mak tak pergi sekolah, 5/7 anak mak masuk universiti. Mak sangat awesome! Tak perlu pergi ke sekolah untuk jadi a good parent sebab kat sekolah memang tak ada subjek macam tu kan abah? Just kidding. Abah pon layak dapat kredit. 

Itha Ahmad. UKM. SME bank. Tanggung semua orang.
Lizawati Ahmad. Tak masuk u tapi bakal membuka perniagaan kedai makan dekat Oasis Mid Valley kalau ada modal. Harap-harap dapat la modal tu lepas tu bukak kedai end of this year. Boleh makan free.
Hisham Ahmad. Died when he was 17. :(
Nizam Ahmad. UUM. Garden Hotel. Tolong tanggung orang lain.
Shahril Ahmad. UITM. Tinggal 1 sem. Nyaris jadi artis. Ada bisnes sewa PA system.
Ikmal Ahmad. UKM. Nobody.
Shahir Salleh Ahmad. UNIMAP. Baru nak masuk.

5 years from now, we are no longer ordinary family, kami adalah golongan elit. How cool is that huh?