30 August 2011

Again, What Is Raya

Puasa 26 baru aku dengar lagu raya. 3 hari je ada peluang nak dengar lagu raya TAPI aku nak ke cari peluang untuk dengar lagu raya tu? Mustahil!

30 Ogos bersamaan 1 Syawal 1432H pada pukul 3 plus-plus pagi, baru aku dengar lagu raya. 7:23pm -> 3:++am, 8 jam aku tak dengar lagu raya. Pukul 3 tu aku dengar lagu raya antarabangsa, Jennifer Lopez feat Pitbull On The Floor. lol.

Hari raya adalah hari untuk mengemas rumah dan menjamu juadah hari raya tanpa membenarkan budak-budak yang tak balik kampung makan kuih aku buat. Ketuk pintu, kasi angpau, tutup pintu. Jimat kuih raya!

Tahun ni aku buat 3 kuih raya. Sepatutnya 4 tapi atas kekonfidenan kakak aku dengan nada tinggi menyatakan beliau ingin membuat biskut chocolate chips dan tidak membenarkan aku memikirkan pasal biskut tersebut, aku melupakan hajat murni aku.

  1. Biskut semperit. 3 adunan. Kurangkan gula. Lebihkan tepung kastad sebab tinggal 50g dalam plastik, habiskan je. RESULT: Extremely fragile. Masuk je bekas terus berderai. Tapi sumpah aku suka sebab aku boleh makan! Disebabkan aku buat 3 adunan, dough ada lagi dalam peti ais sebab aku malas nak habiskan. >500g tepung, approx. 500g kastad, tepung jagung lagi. Dough yang terhasil almost 1.7kg. Ingat aku nak berniaga ke? Baki aku buat lepas raya itu pon kalau aku rajin.
  2. Empire cookies. Resipi orang putih. 2 adunan. Kurang gula. Kena ada jem dan icing. Biskut tuh perfectly engineered by me but have problem with the icing. Icing adalah campuran confectioners sugar and almond extract. Tapi aku guna ekstrak badam yang dah 3 tahun expired. It made my perfect 10 biscuit to rubbish. 4 keping je pon yang dibuang bersama-sama icing yang super tak sedap. Jadi, biskut tu tak siap tapi it tastes great! Kalau rajin, nanti aku letak coklat.
  3. Biskut nestum. 3 adunan. Juga kurang gula. Ni la kuih aku yang siap sempurna. TAPI i do like my unfinished empire cookies more. 

Sekarang dah pukul 7pagi, tak tidur-tidur lagi sebab baru habis mengemas. Penat yang boleh membuatkan aku tidur lepas tu bangun je dah 2 syawal. Tapi aku tak nak tidur lagi. Selamat hari raya. Tak perlu minta maaf.

24 August 2011

24 Ramadan 1432

Ulang tahun pemergian Hisham Ahmad yang ke-11. Al-Fatihah. Miss you big brother.

23 August 2011

Grateful

Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur. Sekali lagi aku berlegar-legar di sini bukan kerana menghabiskan masa untuk menunggu waktu berbuka, tetapi menemankan mak aku berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan mata.

Detik yang menyeksakan seperti biasa, menunggu giliran. Appointment pukul 9:00. Nombor giliran 5027. Giliran terkini ----. Nice!

Antara perkhidmatan yang disediakan:
  • Konsultasi doktor
  • Farmasi
  • Dandanan rambut
  • Tilik nasib
  • Buat IC
  • Bas KL Hop On Hop Off
Semua perkhidmatan hospital percuma untuk pesara kerajaan. Ya, mak aku dapat ubat beratus ringgit, periksa mata, jantung, darah pon percuma. Even aku pon dapat free sebab guna kad pelajar. Jadi, aku sangat bersyukur kerana dapat perkhidmatan percuma. Thanks kat kerajaan sebab perihatin pasal kesihatan orang awam. Kalau cabut gigi nak bayar RM1 pastu mati-mati menentang kerajaan, sedih betul kehidupan insan tersebut. 

Cuma kelemahan hospital kerajaan, lambat. Biasa la transaksi untuk perkhidmatan dekat hospital dibayar dengan masa. Kalau tak nak bayar guna masa, bayar guna duit dekat klinik swasta.

5 jam lebih aku duduk dekat hospital tu, macam-macam aku nampak. Ada orang tua yang berjalan bawak plastik berisi urin sebab ada masalah buah pinggang. Budak kecik yang memakai spec mata 2-in-1 kanta, rabun jauh dan rabun dekat, lepas tu budak tuh mungkin ada problem sebab pergerakan budak tu lambat. Ada pakcik tak ada kaki yang nak buat rawatan mata. Ada orang kaler rambut, yang ni sumpah aku jeles!

Tapi apa yang aku nak cerita ni, aku sangat bersyukur atas apa yang telah dianugerahkan dekat aku. Mata yang cantik? Muka yang hensem? Pipi yang pimple free? Semua tu tak kesah as long as semua anggota badan elok dan berfungsi dah bagus sangat dah tuh. Alhamdulillah.

I love myself.

21 August 2011

Deciding Kuih Raya Recipe Is So Fucking Hard

Puasa 21. Tapi kuih raya tak ada lagi. Barang-barang kuih dah ada dekat rumah tapi tak tau nak buat biskut apa. Biskut dahlia? Milo? Tart? Sarang semut? Bosan! Aku tak nak kuih raya yang biasa-biasa nih. Google la.

Asian Food Channel punya website aku bukak. Resipi siapa tah, dalam list ingredient dia ada rum. Motif? Mana nak dapat rum kat malaysia nih? Reject!

Bukak page lain, pastu ada resipi chocolate mice. Sumpah style tapi tak kena dengan hari raya. But thats more i like it.


Mathematically, sangat tak berbaloi. Banyak bahan tapi dapat 12 ekor je. Abaikan!

Tak dapat resipi orang putih, petik je la resipi orang malaysia. List yang aku nak try buat kat bawah nih. Niat je la, buatnya tak tau lagi.

http://www.myresipi.com/top/detail/714
http://www.myresipi.com/top/detail/239
http://allrecipes.com/Recipe/Empire-Cookies/Detail.aspx
http://allrecipes.com/recipe/the-best-rolled-sugar-cookies/detail.aspx

Harap-harap kakak aku buat kuih raya sekali. So banyak lah nanti.

BUT IM NOT CELEBRATING HARI RAYA!

18 August 2011

Old Teacher

Cikgu Shukria. Dulu dia lah cikgu feveret aku pastu lame xdgr citer sbb die pindah sekolah mane tah. Dia ajar maths. Sbb die ajar maths la maths aku sentiasa A. Boleh percaya ke? PMR je kot. Kalo die singgah La Salle, aku mesti jumpe dia kat bilik guru. Ok cukup.

Baru2 nih aku add dia kat facebook. Aku tanya dia igt lg x sape aku pastu die jawab dia igt. THATS ALL.

Baru kejap td aku saje2 chat ngan dia tanya khabar pastu dia pon reply la selama 20 saat. OFFLINE.

Kalau xnak layan pon, etlis menipu la cara baik cakap nak bersiap g keje ke, nak basuh pinggan ke. Atleast tamatkan perbualan walopon cara menipu. Nih x. If you by any chance reading this post, sy nk bgtau sy sentap jugak la sebenarnya sbb apa yg sy nak ckpkan xtersampai. Xpe la mungkin cikgu bizi kot.

All i wanna say is terima kasih sebab ajar sy masa skolah dulu. Mungkin sy xmasuk universiti kalo cikgu xajar sy. Ye la maths kan super penting. And yes, cikgu sgt awesome. And finally i wish u good luck in life. Thanks for everything.

16 August 2011

Family Drama

ITS EASY TO BE A FATHER BUT ITS HARD TO BE A DAD.

"When I was a boy of fourteen, my father was so ignorant I could hardly stand to have the old man around.  But when I got to be twenty-one, I was astonished at how much he had learned in seven years.  ~Author unknown"


komen aku: bs!

14 August 2011

I Want This Novel So Badly

Citer nih kalo ada yg dah tgk, mesti igt aku sex maniac. Konfirm!

Aku nak sangat sangat sangat sangat sangat novel Perfume : Story of a Murderer yg dihasilkan oleh Patrick Suskind. Nampak kan betapa nak nya aku memiliki novel nih?

Cover novel sangat tak menunjukkan ciri-ciri islamik tapi tak perlu judge kulit buku. Jap, isi pon tak ada ciri-ciri islamik gak.

Aku dah search kat perpustakaan negara, pastu perpustakaan feveret aku, tan sri lanang, dah cari kat mphonline, border, popular, dah masuk kedai-kedai tersebut, TAK ADA!!

Citer tuh dipublish dah lama gila dah so memang tak hairan la tak ada kat kedai. Persoalannya, MACAM MANA AKU NAK DAPATKAN NOVEL NIH??


Nampaknya aku tak dapat ikut seruan kerajaan; 'Membaca Budaya Kita'

01 August 2011

Happy Gaming Month

Fasting. Org rumah aku sebut melaju. Rupanye puasa. Oh puasa datang lagi. Bulan yang aku tunggu2 sebab birthday aku bulan 9. Ramadan kan bulan 9. Kelahiran aku dekat dimensi lain pon tak akan dapat merasa 24 September = 24 Ramadan. 24 Ramadan = abang aku meninggal. Biarlah cerita lama terus dimakan zaman tapi lagi elok kalau J.K. Rowling buat cerita aku sampai 7 buku.

Hidup di rumah hanya bermain Backyard Monster dan Dota memanjang. Rasa macam tak ada kehidupan tapi sebenarnya ada. Inilah kehidupan aku. Dah keluar Bukit Bintang, tak ada rasa nak beli cd game pulak. Hanya window shopping tapi kalau sekarang nak window shopping, memang mati la tak balik rumah sebab KL penuh dengan kereta kat mana-mana tempat yang ada jalan tar. Even tar yang tengah diproses dalam lori simen pon mungkin ada kereta kat dalam tu. Harap2 Greater KL nanti, greater number of cars kat jalan raya sampai semua orang tinggalkan kereta kat highway, jalan kaki pergi kerja.

Ok sekarang aku nak baca novel orang putih sebab nak improve english aku yang tak berubah pon sejak lahir. Masalahnya novel pon tak ada. Fuck! Eh 'fuck' nih mencarut ke? Tak kot.

Ayuh bermain dota lawan computer. Errr.