29 March 2012

4.4 Pengsan

Dah sebulan program kuruskan badan, baru hari ni jogging betul2. Biasanya lepas kelas french, aku terus pecut ke rumah, tapi kali ni lain pulak. Aku akan balik tukar tanggungjawab selepas pukul 8malam. Jadi aku ada 4 jam lepas kelas untuk bersama diri sendiri.

5.30 petang, mula panaskan badan dalam bilik lepas tu lari setempat selama 5 minit, juga dalam bilik. Kesian penghuni bawah mesti rasa blok nak runtuh. Alhamdulillah, berat aku tidak cukup untuk memecahkan lantai bilik.

Baru start jogging terserempak dengan Muz ngan Boye. Motif korang nak lalu kat tempat aku jogging? Aku nak jogging tapi dilahar mereka. "Nampak kurus". Dem kalian! Inilah orang melayu. Haha. Katanya mereka nak tengok Dr. Khoo main badminton dekat dewan gemilang. Dewa aku kot. Takut nak jumpa. Tak pasal2, kena tanya pasal thesis.

Lari 3/4 padang pastu jalan 1/2 padang lepas tu lari 1/2 padang dan berjalan keluar untuk balik ke bilik. Kata 30 minit je dah mencukupi. So on the way jalan nak ke dewan gemilang, darah xde dalam kepala. Mata dah start blur, cepat2 aku duduk dekat longkang. Time macam ni, kalo ada orang tua melatah, aku mesti terkejut sampai pengsan. Serious aku xde daya langsung. Duk kejap lepas tu jalan sikit sampai dekat depan dewan terus duduk dekat kerusi. Time ni aku memang nak jatuh sangat2. Kalo bawak henpon, aku nak mintak Muz tolong hantarkan aku balik kolej. Tapi mesti lepas tu jatuh maruah aku. Gitu.

10 minit duduk bukak mata besar2 tak nak tutup mata takut pengsan terus. Kaki pon xboleh ada beban, so lepaskan kaki biar beban g kat bontot. Masa tu terasa lega sikit tapi still xboleh buat apa. Tunggu darah dekat mata. Persoalan bermain di minda. "Macam mana atlet boleh lari berpuluh2 kilometer?". Aku baru je 2 padang pon dah nak collapse.

Bila mata dah boleh nampak jalan walaupun blur, aku sambung jalan balik lepas tu terserempak dengan Komalah pulak. Motif kena jumpa budak nuklear masa jogging ni? Dia nak balik Ungku Omar jalan kaki. Exercise gak tu. So sambung jalan balik bilih, panjat bukit, panjat tangga dan sampai dalam bilik. Terus rebahkan diri dekat karpet pejam mata. Rasa nak tercabut nyawa.

Bila degupan jantung turun sikit, aku pon cooldown. Terus taip blog ni walopon terasa ada benda dekat kepala sekarang. Sekarang tak sabar nak timbang berat badan. 1 jam lagi nak balik rumah.

Dem sabtu malam kena masak inti karipap, ahad pagi kena buat donat ngan karipap untuk bawak kat rumah Ain si bakal tunang abang aku, Shahril. Jangan la berat aku naik balik.

OK. nak rehat.

28 March 2012

American Idol 11

Macam biasa mestilah kena ada favourite contestants. Nak pilih 1 laki 1 pompuan xmampu, terpaksalah pilih lebih. Kalau lelaki, either Deandre, Philip, atau Colton. Joshua memang power tapi suara sangat biasa dengar. Heejun si orang asia ni konfirm kalah sebab takde la sedap sangat. Kalo Colton menang, xde la tekejut sangat sebab muka jambu lepas tu rambut dia sangat awesome. Tolak ke tepi luarannya, judge suara. Dia nyanyi ada bunyi in between words. Tak kesah la kalo dia menang tapi aku nak pompuan menang season ni.

Pompuan lagi power drp laki. Yang ditarget menang, Jessica Sanchez. Aku suka gila suara dia sbb vibrato dia over sgt tapi aku sokong orang lain. Favourite aku Hollie Cavanagh, Elise Testone. Hollie sangat cute! Sumpah lawa gile tapi kecik je tapi suara dia besar. Elise pulak suara kasar gila.

I hope Hollie #1

Colton #2

Elise #3

Phillip #4

Tapi Jessica yang menang season ni. 

Tapi sekarang lagu Colton nyanyi, 'piano man' melekat kat kepala aku. Papepon <3 Hollie Cavanagh!

27 March 2012

Week #4 /// Coupon After Coupon Pizza Hut Delivery

Part 1 pasal week nombor 4. 4 hari tak makan malam dekat kolej berat turun 2kg. Sehingga hari khamis 22 mac, berat 93kg. Masih azab ye! Habis dah part 1.

Part 2 pasal PHD. Lame dah berangan nak makan pizza ngan shila ngan suraya. Akhirnya hari ni terkota jugak janji melayu kitorang. 7.52pm shila call pizza dan dijangka sampai sebelum 8.22pm. Tapi sebenarnya sampai dekat pukul 9. Katanya ada 3 tempat nak kena hantar sekali. Apa-apa je lah, itu bukan masalah aku. 30 minit lambat, bak sini kupon. Maka dapatlah kupon pizza free tapi pizza personnel yang berukuran 2 liter padu diameternya. Boring!

Sebelum pizza sampai, dorang call tanya jalan nak g kolej aku. Motif? Takpe la. Kalau xkasi direksyen kang sesat pulak, langsung xdapat makan pizza yg suam2 ketiak. <--- penggunaan 'langsung' yg xpenah aku guna.

Azab xabes lagi. Lokasi yg diberi blok 9, tapi yg disinggah blok 8. Dem aku sendiri kena menapak g blok sebelah. 

Azab masih xabes lg. Pizza xdiletakkan dalam plastik. So aku kena la menatang pizza yang penuh, balik bilik amek beg. 

Ingat dah abes ke azab? Belum! Salsa wing tidak dihantar. Rm6.50 kot. Boleh aku makan untuk 1 hari. Call xangkat. Nak sms mcm la dia tu member aku. Shila yg sms bertanyakan di mana salsa wing. Xdibalas juga. Artis la katakan dalam 1 minit henpon xberenti2 berbunyi.

Disebabkan berat otot aku hampir 90 kg, maka banyaklah ruang untuk aku menghazam pizza tersebut. Tapi disebabkan aku dalam proses mengurangkan berat tulang, maka aku sekat perut aku. Itu realitinya. 1 jam lebih kunyah pizza bersoskan sumpahan dan kutukan, baliklah kami ke kamar masing2 bagai itik pulang malam. Tiba2, ... (sambung karangan ini. Karangan hendaklah tidak melebihi 800 patah perkataan)

Tiba2, org pizza call balik cakap salsa wing xdihantar. Sorry la brader yg hantar pizza sbb banyak spekulasi telah dibuat semasa kami dahagakan kepak ayam dan kepak tersebut tidak sampai. Menurut beliau, semasa penghantaran, tiada apa-apa makanan yang tertinggal di dalam box motor itu. Tambahnya lagi, kesalahan berlaku di dalam kedai PHD itu sendiri kerana pekerja yang menguruskan proses pembungkusan tidak menjalankan tugas dengan cemerlang. Oleh kerana takut kes ini dibawa ke mahkamah, maka mereka mengambil keputusan untuk memberi kupon sogokan lain bersama-sama 2 mangkuk sup lagi.  Kupon yg diberikan adalah berupa Rm10 untuk pizza regular. Semoga terhibur dengan rasuah itu. -Brader yg hantar pizza-

Salsa wing tu akan dibawa ke kelas pada esok hari sambil mengharapkan agar kepak tersebut masih segar dari ladang. Skrg ni ada 2 pizza 2 sup kat bilik aku. Nak hantar kat muhammad yg semakin naughty skrg ni tp dia xde kat bilik. Mana tah kau?? Adakah aku terpaksa makan kedua-dua bahan tersebut? Adakah perlakuan ini memberi kesan pada minggu #5? Stay tuned.

20 March 2012

Week #3

Menurut Libra Weight Manager Apps, berat sekarang sepatutnya 92kg. Tapi sekarang still 95kg. Xde gerak beb! Petanda buruk. 3 kilo tu HUGE!!!!

14 March 2012

Week #2

First of all, berat last week adalah 95kg.

Sejak abang aku sanding hari ahad lepas, aku makan lauk pengantin dah 4 hari. No exercise langsung except panjat bukit rumah. Dijangka berat aku makin naik tapi aku tak tengok lagi. Harap-harap tak la mencecah tiga angka.

Hari rabu dah habis, khamis balik ukm pagi, petang balik rumah. Maksudnya, 1 whole week tak ada exercise. Damn!

2 minggu yang tak bawak aku ke mana-mana. 14 minggu je lagi. Sempat ke? Thesis pon tak start lagi. Sempat ke? Aku tak nak kecewa. Hoi strategi, datang la cepat!!!

08 March 2012

1.3 The Routine is Insanely Hard

4 set 10 reps. Kesakitan berlaku dekat abs. Wow berani guna perkataan 'abs' walaupun abs tu belum lahir lagi. Sebenarnya sakit kat area perut tu la. Leher juga mengalami kesakitan. Dan pening juga.

Unfortunately, khamis tak boleh nak workout sebab nak balik cari decoration untuk wedding abang aku. Tapi khamis ni masa untuk reveal berat badan yang masih lagi tidak diketahui. Sekarang perut berbunyi tandanya lapar. Mungkin crash diet atau jadi anorexic atau bulimic boleh dapatkan hasil yang cepat? Pastu kejap je aku terus nazak.

Bila nak jogging ni? Nak jogging kat rumah, probability untuk dikejar anjing adalah quite high. So kuburkan dahulu niat untuk jogging.

07 March 2012

Different Class, Different Mind

Diskriminasi lagi. Orang kelas atasan akan sentiasa memandang rendah orang kelas bawahan. Tapi orang bawahan boleh masuk kategori orang atasan dengan hanya berkahwin dengan mereka. Senang je.

Aku tak pernah janji apa-apa dengan kau. Aku tak pernah jumpa kau pon. Tiba-tiba kau nak marah aku. Kau apahal? Kau ingat disebabkan kau ada title, kau boleh marah aku sesuka hati? Kau tak tahu aku pelajar nuklear. Kalau aku berdendam dengan kau, lepas aku grad, aku boleh guna ilmu nuklear aku untuk merosakkan hidup kau sekeluarga.

Aku tak hairan dengan kekayaan kau yang tak seberapa tu. Kau mampu ke beli roket nak terbang kat angkasa lepas? Tak mampu kan? So tak ada la kau kaya sangat. Dari segi adab, adui miskin sangat kau weh. Papa kedana sungguh. Azab!

Disebabkan aku kaya dengan kesabaran, aku bersabar depan kau. Tapi kau dah rosakkan mood aku untuk belajar hari ni.

Pathetic!

06 March 2012

1.2 Its Happening

Semalam start workout kat bilik. Hari ni rasa macam tak dapat je nak buat tapi tengok la dulu macam mana. Rutin semalam adalah:

1. Bicycle crunches
2. 'Flat on floor' hand and feet crunches
3. 'Arm crossed over chest' crunches
4. Straight leg lifts
5. Twisted waist oblique crunches (kanan)
6. Twisted waist oblique crunches (kiri)
7. Butt raises
8. Shoulder to knee cross-overs (kanan)
9. Shoulder to knee cross-overs (kiri)
10. Leg raise cross over toe touches

Semalam memang nak tercabut urat leher pastu pening sampai hari ni. TAPI setiap kali aku nak bangun atau bergerak time aku baring, aku rasa ada something kat perut aku. Bukan six-pack tu dah keluar. Nope. Cuma aku ada rasa tension kat area tu. Macam berita baik je kan?

Siyes rasa nak workout lagi tapi kelas french pukul 2. Kalau nak buat pun pukul 5 nanti. Tapi malam ni ada meeting kelab pulak. Apa tah aku nak cakap?

Apa-apa pun, aku cuba jugak nak workout hari ni. 

05 March 2012

1.1 Serious Tak Larat

Hari ni hari pertama perjalanan untuk menguruskan badan. Indoor je la yang mampu. Nak buat 4 set 25 reps xmampu so aku cuma buat 4 set 10 reps. Bicycle crunches, 'flat on floor' hand and feet crunches dan 8 lagi rutin. Sumpah memang azab gila nak habiskan tapi demi mendapat badan yang mantap, tetap ku redah jua.

Lepas buat benda ni, dizzy dan rasa nak muntah. Oh god boleh ke aku buat selama 16 minggu? Dah la mesin air tu rosak. Niat nak jogging kat stadium pukul 9 ni tak dapat dilaksanakan. Takpe slow2 dulu.

Aku rasa aku salah teknik kot. Mungkin aku kena jogging dulu baru boleh exercise perut. Sigh.

Week #1

Seperti yang telah dirancang, current weight akan ditimbang. Tapi amat malang sebab tak sempat nak timbang sebelum balik ukm. Rushing ambil kasut dan seluar sampai terlupa nak timbang. What ever it is, aku tetap akan start juga challenge ni.

Current Weight: x

04 March 2012

500

300 memang muvi yang ditayangkan di pawagam seluruh dunia. Mungkin orang ramai tengok sebab minat cerita lawan-lawan pedang bukan 'lawan-lawan pedang', mungkin tengok sebab nak tengok parody cerita tersebut, mungkin ada juga yang nak kutuk cerita tersebut, dan mungkin ada orang nak cuci mata. Tapi aku tak tengok cerita 300 tu.

Kini, 500 pula di pawagam. Tapi sayangnya pawagam itu hanya berada di minda pelajar yang bertuah sahaja. Yes correct! Aku juga tergolong dalam pelajar bertuah.

Kali ini duit pinjaman masuk lambat ke dalam akaun pelajar salah satu universiti tersohor di malaysia. 2 minggu terpaksa mengais pagi dan petang untuk menghazam rezeki kurniaan tuhan. Alhamdulillah, masuk juga duit tu. Supposedly duit tu 2.1k dan ada beberapa puluh ringgit lagi tetapi bacaan yang ditayangkan di skrin atm bank islam kl sentral hanya sekitar 1700+. Nampaknya semua mesin atm perlu tukar kepada mesin geiger mueller sebab bacaan boleh mencecah puluhan ribu. Alangkah gembiranya semua orang.

Oleh sebab ketidakpekaan mesin atm tadi, niat untuk shopping telah terkubur, hanya mampu untuk window shopping sahaja. Sumpah best! Bila dikenang kata-kata ibu, "rezeki ada di mana-mana sahaja", ok nak pergi shopping la. Shopping untuk kurus katanya. Oh esok start dah 16 Weeks Challenge yang diura-urakan. Good luck untuk diri sendiri.