23 June 2014

Naluri Seorang Ibu

Aku memandang tinggi darjat seorang ibu. Daripada pengalaman sendiri, mak aku sanggup berlapar asalkan anaknya kenyang. Mak aku lepas masak dia tak akan makan. Anak-anaknya yang akan makan dulu. Bila ajak makan sekali, katanya dah makan itu ini. Alasan. Ini baru 1 pengorbanan kecil. Belum lagi cerita dia bawak anak-anak dia ke pasar beli ikan pergi naik bas sorang-sorang beratur naik tangga bas. Kalau nak tulis pengorbanan seorang ibu, tak tertulis aku panjang pengorbanan itu.

Tapi seperti pepatah bakeri, tak semua biskut raya yang dibakar jadi biskut raya. Akan ada yang tak jadi. Tapi kisah ini bukanlah mengenai biskut raya yang tak jadi. Far worse than that. Biskut raya yang dibakar lalu menjadi batu. Fazura yang jadi ambassador ubat gigi yang kononnya putih hazab pun tak mampu gigit biskut raya batu. Patah gigi kau nanti Fazura. Tak ada ubat gigi yang mampu melawan kesan akibat menggigit batu itu.

Kenapa batu? Sebab ini kisah hati batu la. Batu kalau disiram dengan air, lama lama lembut batu tu. Hati batu kalau disiram dengan air ludah, jadi lembut pun macam tak guna dah. Oh my, kenapa tulisan aku kasar balik daripada sebelum ni? Okay, akan bersangka baik selepas ini.

Ada yang mengatakan manusia yang melahirkan anak itu malu untuk bagitahu suami baru yang dia ada anak orang yang unik.

Ada yang mengatakan manusia yang melahirkan anak itu hendak bunuh anaknya perlahan-perlahan.

2 tanggapan itu antara yang kritikal. Ke ada lagi? Aku tak baca sangat sebab semua ni membakar emosi. Dengan datangnya pula ayat-ayat seni pertahankan diri yang dikeluarkan oleh wanita tersebut, buat diri ini kagum dengan tindak-tanduk manusia yang pelbagai.

Kalau nak cakap yang dia tak ada masa sebab kerja, aku tak boleh komen apa-apa la. Mungkin perjalanan pergi-balik Nilai-KLIA ambil masa 16 jam sehari. So, dia betul-betul tak ada masa.

Kalau nak cakap tak mampu, yelah, 16 jam dalam kereta sehari, duit habis dekat minyak sahaja. Mana nak ada duit nak beli nasi dengan telur mata kerbau untuk anak. Najib, bagi dia subsidi, please.

Pasal tempat budak tu ditemui penuh dengan tanah, najis, dan polystyrene pula, yelah, dia kan 16 jam duduk dalam kereta pergi balik kerja saja. Tak sempat nak tengok keadaan anak. Ok, saya faham. Rasanya tanah dengan polystyrene tu ditiup angin daripada rumah sampah dekat flat tu terus melulu ke tingkap lembah hitam anak dia. Penduduk rumah flat tu tak nampak ke situasi paranormal dimana benda-benda tadi ditiup angin sampai masuk ke lembah hitam tu?

Tapi yang kau cakap nak anak kau berdikari tu kenapa? Itu langsung tak boleh dicapai akal. Ke aku yang tak faham maksud berdikari? Mungkin kau harapkan anak kau dapat masak lasagna dengan nachos beserta dengan ice blended perisa strawberry berbahankan benda yang ada dekat tempat tu. Tinggi angan-angan kau.

Serangan minda yang kau buat dekat dia tu la kejahatan paling tinggi dalam sejarah peradaban manusia. Kejahatan nombor 1 kot sebab dilakukan oleh ibu sendiri. Better campak anak dalam longkang selepas lahir daripada kurung menunggu mati.

Alasan tak tahu cara nak daftarkan anak dia dekat JKM tu serious logik. Sebab cuba tengok pekerja JKM. Rata-ratanya bisu, buta, dan pekak. Kertas yang digunakan pun cuma ada braille sahaja. Alphabet itu sangat asing bagi warga JKM. So betul la tu dia tak tahu nak lontarkan masalah dia.

Tak apa lah. Budak tu pun dah diselamatkan. Cuma berharap agar dia cepat pulih dan mendapat penjagaan sempurna. Harap kau dapat maafkan insan yang lahirkan kau. Proses pemulihan itu susah tapi rakyat Malaysia sangat prihatin (prihatin pasal tragedi, alhamdulillah. tapi kalau menyebok nak jatuhkan orang, sedih lah kau) dan akan mendoakan yang terbaik buat kau. Get well soon.

Puan, sila minta maaf dekat anak itu. Saya percaya puan telah menjadi contoh terbaik untuk dijadikan sempadan. Just because you are a bad mother, it doesn't mean you are a bad person. Saya percaya pada peluang kedua. Baguslah kalau puan belajar sesuatu daripada kisah ini. I wish you well.

Terima kasih, mak, sebab jaga diri ini sehabis baik. Alim tahu mak tak sanggup tengok anak mak digigit nyamuk, inikan pula nak buat macam ni. Memang tak la. Terima kasih lagi. Love.

Harapan aku adalah aku tak nak dengar kisah meruntun jiwa seperti ini lagi. Kita perlukan love story. Itu saja. Dan dunia akan menjadi tempat yang indah untuk didiami.