28 September 2013

Twisted Visions

Sebuah cerita yang sedang membangun akan mula memikat mata yang meneliti. Jika plot itu diselitkan dengan babak yang mendukacitakan, pasti akan melazatkan lagi resepi penceritaan itu. Aku 23. Masih mentah. Masih cuba menutup mata untuk mengintai takdir yang tidak dapat diramal. Buka semula mata. Selamat datang ke dunia realiti.

Tuhan memberi aku peluang untuk meraikan ulang tahun kelahiran selepas itu dikhabarkan berita yang sungguh dukacita pada esoknya. Sedih apabila mengetahui aku tidak dipilih untuk menjadi sebahagian daripada pegawai sains lantikan baru. Tiada rezeki.

Tapi tuhan tidak menutup pintu rezeki ini sewenang-wenangnya. Dia membuka satu jalan untuk aku merasai sesuatu yang tidak pernah aku lalui. Tapi aku harus berusaha untuk mendapatkannya. Tidak aku nafikan percaturan Dia berjaya memadam api kesedihan ini.

Engkau. Aku akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan engkau. Aku tahu engkau adalah aku dan aku adalah engkau. Semoga kau sedar akan hakikat itu.

Kini penceritaan aku semakin menarik.

Terima kasih Tuhan atas peluang ini.

24 September 2013

23 Kalender Kemudian

When you have baked so many cakes in your life, the last thing you want for your birthday is cake. Kata orang yang buat kek. Aku la tu. Tapi dalam riak-riak itu juga, apabila ada orang bawak kek untuk kita, tersentuh juga hati ini.

Bila kali terakhir aku diraikan? 2, 3 or maybe 4 years ago di Port Dickson. Sebijik kek coklat bersama-sama Smarties yang dibuat oleh bestie. Impress? Yes! Impress now? Big no! My carrot cake is horribly delicious! Im sorry mate, its a hardcore truth that you must digest.

Kini di perhilitan, aku diraikan bersama-sama colleague, Fadhilah Subaker. Happy 29th birthday!

2 bijik kek kau!

Santapan diraja.

Truth to be told, aku memang dah hidu rancangan jahat ini semenjak seorang warga perhilitan bertanyakan birthday aku dah lepas ke belum. Gila kau tanya tapi tak ada apa-apa perancangan. Dalam hati dah agak ada kek. Tapi setelah melihat potluck ini, one word, terharu. Banyak effort diorang untuk buat majlis ni.

I just want to thanks semua orang yang terlibat secara langsung atau tidak langsung meraikan 24 September. Bunyi macam formal speech oleh orang-orang kenamaan je. I really appreciate it. It means a lot to me. If i happen to leave perhilitan real soon, im gonna miss the people (not all actually), the atmosphere, the challenge, the experience, and all the sticker semut lebih kurang 15 ekor aku tampal dalam toilet sebentar tadi. Damn! Tak ada gambar hasil seni mural aku.

Aku akan bayar balik your kindness. Cake with cake.

Thanks for everything. Love.

By the way, happy birthday to my twin, Ismeth, nuclear comrad suatu ketika dahulu. Semoga engkau menjalani kehidupan yang cemerlang.

15 September 2013

Gastronomic Pleasure

Buat kek adalah bukan suatu kerja yang mudah. Untuk mendapatkan kesempurnaan kek, keseimbangan kimia di bawah mestilah dicapai.

Abutter + Bgula + Ctelur + Dtepung + Esusu + Flain-lain -> 1kek

Percaya atau tidak, persamaan kimia ini adalah non-reversible reaction. Dengan sebiji kek, anda tidak akan mendapat butter dan lain-lain. Melainkan kencing manis jika menjadikan kek sebagai makanan ruji.

This week alone, i baked 7 cakes altogether. 3 for sale, 1 for birthday surprise, 1 for bait, and 2 for my family.

Soon, perancangan untuk masa depan akan dirancang. Its all about cake and cake alone. Tak ada pasal nuklear atau kedai kek dekat nuklear reaktor.