28 September 2013

Twisted Visions

Sebuah cerita yang sedang membangun akan mula memikat mata yang meneliti. Jika plot itu diselitkan dengan babak yang mendukacitakan, pasti akan melazatkan lagi resepi penceritaan itu. Aku 23. Masih mentah. Masih cuba menutup mata untuk mengintai takdir yang tidak dapat diramal. Buka semula mata. Selamat datang ke dunia realiti.

Tuhan memberi aku peluang untuk meraikan ulang tahun kelahiran selepas itu dikhabarkan berita yang sungguh dukacita pada esoknya. Sedih apabila mengetahui aku tidak dipilih untuk menjadi sebahagian daripada pegawai sains lantikan baru. Tiada rezeki.

Tapi tuhan tidak menutup pintu rezeki ini sewenang-wenangnya. Dia membuka satu jalan untuk aku merasai sesuatu yang tidak pernah aku lalui. Tapi aku harus berusaha untuk mendapatkannya. Tidak aku nafikan percaturan Dia berjaya memadam api kesedihan ini.

Engkau. Aku akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan engkau. Aku tahu engkau adalah aku dan aku adalah engkau. Semoga kau sedar akan hakikat itu.

Kini penceritaan aku semakin menarik.

Terima kasih Tuhan atas peluang ini.

No comments: