22 November 2013

Final Journey With Department Of Wildlife And National Parks

Hari kedua. Kapal terbang memecah langit biru kekelabuan. Melintasi latitud ini silih berganti. Itulah langit Paya Indah Wetlands. Paya. Aku berazam untuk berbasikal. Aku berazam untuk berlari. Dalam mengisi masa-masa untuk bersama diri sendiri. Tapi aku pilih untuk mengukir. Sebuah tulisan. Langit sekali lagi dipecahkan dengan deruan kapal terbang.


Tenung ke arah paya, aku terlihat beberapa ekor bangau berterbangan melintasi garis air. Bunga teratai tersusun sepah dipinggiran paya. Burung layang-layang terbang ke atas ke bawah bersendirian tanpa hala tuju. Cengkerik. Tidak dapat dipisahkan daripada hutan. Aku? Aku duduk di atas papan beratapkan papan menikmati detik-detik yang tidak wujud di dalam kota raya.


Cuaca petang senja juga baik-baik belaka. Membenarkan aku menikmati saat-saat yang jarang ditemui. Aku terasa keberadaan aku di sini menghalang laluan angin. Sejuknya sangat istimewa. Tertusuk di kalbu. Menitis darah cinta. Alangkah menariknya berada jauh daripada bas dan bangunan. Menariknya berada jauh daripada asap dan manusia. Mula memasang cita-cita untuk tinggal jauh daripada dunia moden.

Sebenarnya tujuan ini adalah ingin menghembuskan perasaan aku sepanjang aku berbakti dengan perhilitan. Tapi belum sempat mengukir cerita ini, mataku dengan lantasnya berbicara dahulu melalui air mata. Betapa bersyukurnya aku diberi nikmat yang tidak dapat dibeli dengan wang kertas. 13 Februari 2013, bermulanya sebuah perjalanan aku sebagai warga perhilitan. Aku ditempatkan di Seksyen Pengurusan Sumber Manusia. Aku susah nak bergaul dengan rakan sekerja sekeliling yang semuanya perempuan kecuali seorang, Encik Isa. Lelaki lain adalah ketua. Maka waktu rehat aku pulang ke rumah. Makan hasil nukilan seorang ibu. Untuk tidak tunjukkan kesombongan aku, aku terpaksa rancang sesuatu untuk berasa dekat dengan mereka. Lalu aku bawakan kek. Di situlah bermulanya kisah kek aku.

Secara ritualnya, aku membawa kek setiap bulan untuk mendengar nasihat jujur daripada si perasa kek. Sebab kek itu bidang yang belum lagi diterokai pada masa itu. Pada suatu hari, tiba-tiba mereka, rakan sekerja memberi ucap selamat kepada Dian. Aku terkesima pada waktu itu kerana tidak mengetahui lalu tidak menyediakan kek khas untuk Dian. 


Atas kekecewaan itu, aku mula menghadiahkan kek kepada mereka yang menyambut hari keputeraannya atau hari keputeriannya. Bermula dengan Shahir Yusoff. Seorang pegawai yang membangunkan perhilitan dan kini dalam proses untuk membina ibu pejabat setinggi 50 tingkat. Malangnya, aku tak pernah menghabiskan masa beberapa jam ke panggung wayang dengan beliau. Catching Fire jom? Permintaan terakhir aku. Seterusnya hari keputerian Kak Malar. Sambutan yang paling unik apabila beliau memotong kek dan menyuapkan kek kepada mulut-mulut terdekat. Adat ini membuatkan majlis itu lebih berwarna. Terima kasih Kak Malar atas pengalaman ini. Dan akhir sekali, hari memperingati hari lahir Che Nor. Ketua yang tersangat penuh ilmu di dada. Yang menaikkan nama aku sebagai pelukis walaupun aku tak pernah berjaya mencipta garis bulatan yang sempurna. Antara orang yang aku akan rindui dekat perhilitan. Terima kasih yang tidak terhingga buat Che Nor.


Terkilan. Sangat terkilan apabila memikirkan aku tidak diberi peluang untuk meraikan ulang hari ketibaan Dian ke dunia yang fana ini. Dian merancang untuk meraikan hari lahir aku dahulu. Makanan bersepah dihidangkan di atas meja Bilik Mesyuarat Kecik. Terharu. Tiada pembaris dapat mengukur panjang terharu itu. Terima kasih. Dian juga antara wajah yang berubah apabila mempelajari bahawa aku akan ditamatkan perkhidmatan. Aku nampak kehilangan dimatanya. Kesannya, perigi mata aku juga mula berisi. Sejak Shahir masuk perhilitan lagi aku cuba api-apikan mereka. Kini, aku cuma ada 3 hari sahaja untuk mengikat tali kasih mereka sebab Shahir akan ke Sabah pada hari khamis ini. Permintaan terakhir aku adalah untuk menterjemahkan mereka berdua dalam satu gambar. Dan Dian, lempeng dengan sambal ikan bilis itu paling sedap. Tiada cacat cela. Walau sebesar zarah. Aku akan sentiasa mengenang lempeng kau. Kata hati kecil ini. Begitulah kisah mengenai kek.


Secara hitam putihnya, aku ditakdirkan untuk menguruskan fail, mengangkat barang, dan memerah segala keringat untuk membantu dalam urusan pentadbiran. Tapi aku tidak menyangka, tugas aku jauh lebih berat daripada itu. Dalam kata lain, lebih menarik dan bermakna. Aku diberi kepercayaan untuk menguruskan hal berkaitan tatatertib. Salah laku. Ingkar. Aku sahut.

Aku hanya merenung sebuah komputer berumur belasan tahun. Menggunakan ilmu yang tidak cukup untuk mengarang kertas kerja. Aku merasakan bahawa sekadar itu sahaja jalan penceritaan aku di sini. Tapi masa aku baru berumur 2 minggu, aku terus dibawa ke Seremban sebagai seorang urus setia. Kemudian aku diarahkan untuk menghantar pegawai lantikan baru pada bulan April. Berjalan aku ke Institut Biodiversiti. Berkenalan dengan seorang pegawai bernama Ain. Berborak sakan sepanjang perjalanan. Sesampai di sana, aku terus dimarahi oleh seorang pegawai bernama Noraini atas alasan aku lambat. Api amarah terus membakari hati dan berlanjutan selama beberapa bulan. Tidak lagi.

Kemudian, aku juga dibawa ke Melaka untuk menjadi urus setia untuk tujuan naik pangkat. Pihak atasan saja membawa aku bersiar-siar. Bersantaplah aku dengan ketua-ketuaku si Che Nor dan si Khatilah, Pengarah Perhilitan Melaka iaitu Encik Mohamad Khairi Bin Ahmad yang sungguh baik dan juga bersama-sama orang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Bibir seperti digam apabila duduk semeja dengan orang-orang yang tinggi darjatnya. Seronok mengetahui Encik Khairi dinaikkan pangkat.

Selain itu, aku dilantik menjadi Pegawai Psikologi dan mengetuai satu kumpulan dalam sesi lepas segala macam benda tersimpan di minda di Paya Indah Wetlands. Sangat tragis melihat seorang wanita yang menghembuskan air masa dalam sesi kaunseling itu. Tapi pengalaman itu membuatkan aku lebih berani untuk berhadapan dengan kelompok kumpulan yang tidak dikenali. Pengalaman mahal.

Seterusnya, aku dipaksa untuk melupakan hasrat untuk berhujung minggu kerana dipaksa untuk menghadiri kursus di Melaka atas alasan aku yang buat kerja tu. Memang itu kerja aku. Pegawai latihan. Di situ juga aku dikenalkan dengan Fauzan, seorang pegawai penguatkuasaan yang mempunyai kepakaran dalam unit jenayah. Kalau ada video baling batu dekat anjing atau memaksa kura-kura supaya merangkak dengan lebih laju secara verbal yang dimuatnaik dekat laman sosial, siaplah korang. Wildlife police akan datang berkas kau. Berkesempatan untuk menikmati pemandangan malam menaiki Taming Sari. Mahal. Kurang Berbaloi. Naik demi rasa.

Ihsan daripada Fauzan. What you can see here is a glimpse of me. Kalau mata anda lebih tajam daripada gergaji.

Aku juga ditakdirkan ke Kuala Gandah untuk dipertontonkan mamalia terbesar di daratan yang masih wujud pada hari ini. Kebesaran aku yang boleh diukur menggunakan unit tan masih tidak cukup gah di sisi gajah. Duduk sama berdiri tetap kalah. Aku juga diposkan ke Sungai Tengi untuk menyaksikan kewujudan landak, beberapa jenis burung, dan ungka. Juga pernah dicampakkan ke Sungai Dusun yang tak jauh daripada Sungai Tengi untuk diperkenalkan dengan cipan dan buaya.









Dan, aku juga menjadi urus setia untuk Bengkel Penambahbaikan Fail Meja. Paya Indah Wetlands lagi. Menghabiskan 2 jam bengkel menonton The Last Exorcism yang tak menarik langsung. Sebenarnya aku ada pergi kursus lain seperti Kursus Transformasi Minda, dan beberapa lain yang tak perlu nak diulas.

Kini, aku berada di dalam bab terakhir. Bengkel Pengurusan Tatatertib. Mungkin aku akan terkilan kalau
aku tak menjadi salah seorang urus setia bengkel ini atau tidak menganjurkan bengkel ini langsung. Ini taman permainan aku. Aku tahu perjalanan suatu kes. Dan aku tahu sedikit cara untuk melarikan diri daripada dituduh itu dan ini. Esok hari terakhir aku berkursus. Tiada lagi. 29 November, helaian terakhir novel ini dan akan ditutup dengan kertas kulit tebal.

Jika nak dilihat dengan mata duitan, tidak berbaloi. Tapi apabila dilihat menggunakan mata pengalaman, sungguh tidak ternilai. Kesyukuran tiada penghujungnya. Berjumpa ratusan orang perhilitan di sana sini. Aku masih tak kenal nama mereka. Tapi sekarang tiada gunanya untuk hafal. Walaupun dia pengarah dekat Ibu Pejabat. Sepanjang perjalanan hidup aku dekat perhilitan, aku telah diperkenalkan sebagai pakar nuklear, pegawai tadbir dan diplomatik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, pegawai psikologi, pegawai daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, pengarah negeri dan beberapa identiti lain. Dan sebentar tadi, aku dikenali sebagai pegawai teknologi maklumat sebab aku yang uruskan segala-galanya untuk pembentangan bengkel. Lawak. Tapi aku dah biasa dengan 1 wajah berbagai muka yang hanya dapat dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja.

Kepada Dato' Suid, terima kasih tidak terhingga kerana memberi peluang kepada diri ini untuk berkhidmat dan menyokong penuh serta memberi tips sewaktu dipanggil untuk temu duga walaupun rezeki belum tiba masanya untuk diturunkan. Terima kasih kerana belanja sarapan dan memberi kelulusan untuk menghadiri kursus.

Kepada Encik Nizam, alamak. Ni susah sikit ni. Walaupun tak berapa bercakap, terima kasih kerana memberi peluang untuk mempelajari ilmu tatatertib serta memberi pelepasan untuk pergi ke hospital.

Kepada Encik Che Nor, terima kasih atas segala pengalaman yang sanggup dikongsikan sedangkan orang berstatus macam saya tidak mendapat ruang langsung untuk merasai roller coaster ini. Banyak nak tulis pasal Che Nor tapi tak tertaip panjangnya.

Kepada Puan Khatilah, terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk diambil bekerja. Terima kasih atas laluan peluang ini. Sangat bermakna. Jika diberi kesempatan, nak buat kek untuk akak sebab birthday dah dekat. Harap saya tak cemarkan nama akak.

Kepada Puan Khadijah, terima kasih kerana menceriakan hari-hari saya dengan berperangai seperti orang kurang waras. Mengajuk orang itu dan ini. Terima kasih atas masa yang diluangkan bersama saya. Disember ini, seksyen kita akan kesunyian. Percayalah.

Kepada Puan Diana, terima kasih kerana menghantar saya pergi dan pulang menaiki Satria Neo. Terima kasih kerana menceriakan hari-hari saya juga dengan mengusik saya dengan Rubie. Akak sebenarnya membangkitkan semangat saya nak buat kek. Sila tahu akan perkara itu.

Kepada Puan Farahwaheeda, juga terima kasih atas pembangkitan semangat yang diberikan serta keceriaan yang diukir sepanjang saya berada di perhilitan. Kedegilan akan dalam menerima arahan sangat mengagumkan. Ganas akak ni.

Kepada Puan Malar, terima kasih atas senyuman pagi. Terima kasih atas suapan kek yang lagi bermakna daripada nyanyi lagu hari jadi semata-mata.

Kepada Encik Isa, terima kasih kerana selalu datang ke tempat saya dan menegur saya. Tak ada la dosa sebab 3 hari tak bercakap. Lol.

Kepada Puan Norma, terima kasih atas nasihat yang diberikan. "Kau tak bersungguh-sungguh". Masih jelas bunyinya di telinga ini. Semoga kesihatan akak berada di tahap yang baik. Minum air banyak-banyak.

Kepada Chief Clark Jamaliah, terima kasih atas hiburan yang berpanjangan. Berangan nak jadi Ketua Pengarah. Suruh saya buat surat naik pangkat. Selalu bawa buah untuk dikongsi bersama.

Kepada Shahir, terima kasih kerana meramaikan kaum lelaki dekat aras tu. Terima kasih atas coklat gelap yang diimport daripada Langkawi. Terima kasih kerana jadi hantu kek. Terima kasih kerana mendengar luahan hati ini. Perbualan antara lelaki dan lelaki. Lol. Aku nak gambar kau dengan Dian.

Kepada Dian, terima kasih atas segalanya. Aku tak tahu nak tulis apa lagi pasal kau. Terima kasih. Terima kasih. Kau betul-betul buat aku bergelumang dalam kubang emosi.

Kepada Fauzan, terima kasih atas tumpangan kereta masa hari kedua kau masuk kerja. Terima kasih untuk menemani aku bersiar-siar di Melaka. Terima kasih sebab bawa aku pergi jogging dekat Tasek Permaisuri. Terima kasih atas masa yang diluangkan. Hari jadi kau bulan April, tiada kek untuk kau. Lol. Terima kasih untuk semuanya yang mana kau tahu apa itu semuanya. Teruskan mengarang.


Kepada Puan Nirzwana, terima kasih atas kek yang disumbangkan pada hari jadi saya. Saya sangat terharu.

Kepada Siti Nor Akmal, terima kasih atas gelak tawa yang bergerak jauh yang menceriakan seksyen PSM.

Kepada Puan Norleila, terima kasih atas jemputan makan laksa yang sedap tu.

Kepada Chief Clark Midah, terima kasih atas perkongsian pendapat dan layanan yang baik yang diberikan.

Kepada Puan Azimah, terima kasih atas cerita yang berjela-jela. Senyuman akak sangat manis. Dan terima kasih atas pemberian buah belimbing buluh. Saya tak buat sambal lagi. Mesti dah busuk.

Kepada Puan Taman Rashidah Utama, saya suka nama tu. Sangat tinggi cita-citanya. Minggu depan saya bawa kek. Sila bantu diri sendiri untuk naik ke atas dan menikmati kek itu.

Kepada Madihah dan Rabiatul, terima kasih atas masa yang diluangkan bersama. Terima kasih paksa aku nyanyi lagu melayu. Terima kasih atas keseronokkan yang dikongsi bersama. Kini kita kena kongsi sedih bersama. Terima kasih banyak-banyak dekat kalian. Semoga kita berjumpa lagi.


Kepada yang lain yang tidak disebutkan, terima kasih kerana wujud di sekitar saya. Dah penat dah menaip ni. Jika kita diberi kesempatan untuk berjumpa, maka berjumpalah kita.

Tinggal seminggu sahaja lagi berada di perhilitan. Majlis perpisahan belum dirancang. Mungkin telah dirancang. Atau ada banyak rancangan telah dirancang tapi tak ada kata persetujuan. Tapi apa pun, aku akan buat 2 biji kek. Harap-harap aku tak emotional breakdown jumaat depan.

Sebagai penamat, i love perhilitan. Terima kasih atas setiap detik sepanjang 9 bulan aku di sini.

dikarang pada senja 21 November di Chalet B3, Paya Indah Wetlands. Harap nampak laptop aku di bawah mahligai itu, Seronok karang dekat sana.

19 November 2013

If

If. One of the shortest word that brings weight to a sentence. The presence of this word brings volume to the meaning. Its an introductory word that describes the possibility of the existence of the paradoxical world. A counterpoise word.

I always imagine myself to be the greatest. The greatest of all. The greatest of what? No you dont have to know about that. You should drop your thoughts or leave this page now. Thank you. The same question is asked again. Who am i in 5 years time. What am i in 5 years time. Where am i in 5 years time. The why and when are inapplicable to be questioned. So the 5W questions is invalid.

The world will not serve me. No one will love me. Hatred is all i feel. Be sick for the rest of my life. Starts to feel bore. Wishing death. Attempting suicide. Thinking drugs will understand me. But when the if mother starts to deliver if baby, all of these will not happen.

I want to have some 100 franchises of my bakery all over the world. I want to own a bus. I want to live in Norway. I want to have a massive mansion by the sea. I want to pet snakes and let them all sneak everywhere in my mansion as they wish. I want to build a nuclear reactor on my backyard. But when the if plane starts landing on my imagination airport, all of these will not be achieved.

Have to block worry from running through my head. Not healthy.

15 November 2013

The Illusionist

Making someone disappear, bringing garden to the desert, turning water into gold, cutting yourself into pieces, levitating oneself, breathing under the water, eating nails. You name it. You can do all these stuffs but you cant do one thing. Fooling another magician. Only the greatest illusionist can make all the magicians stunt by his illusions. As a magician myself, your magic trick doesnt push me to the edge of my chair. You have failed to amuse me.

12 November 2013

Karma Is Calling Me

Aku tak mention lagi apa kerja aku dekat tempat kerja aku. Senang cerita, aku ada kuasa untuk merubah hidup orang. Akan tetapi ada greater power yang boleh mengubah hidup aku. Kini telinga aku berdesing mengetahui suatu berita buruk. Lagi buruk daripada muka Rosmah. Sorry Rosmah, kau tetap idolaku. Tapi kau memang buruk pun.

29 November ini, hari untuk meraikan ulang tahun kelahiran seorang lagi warga perhilitan. 29 November ini, hari untuk meraikan pemergian aku keluar daripada pejabat. Ya. Masa untuk aku berkhidmat telah hampir ke penghujungnya. Dipecat buat kali kedua. Lol. Sedih? Super.

Gantt Chart yang sedang dibangunkan tiba-tiba terbakar disebabkan berlakunya tumpahan api berita buruk itu. So semua perancangan hangus rentung. What would i do next? Give up? No. Suatu ketika dahulu, aku adalah satu-satunya daripada berjuta-juta sperma yang berjaya memenangi hati telur. Itu adalah suatu keajaiban. Keajaiban seperti ini mungkin akan berulang. Itu bermakna sekarang bukanlah masanya untuk tunduk.

Kalau mereka betul-betul rasa aku membantu mereka sepanjang perkhidmatan aku, mungkin mereka akan melawan seribu daya untuk mendapatkan aku. Tapi, kalau rasa aku hanya mengisi kerusi bersawang yang tidak mungkin akan dihuni, mereka akan diam seribu bahasa. Tapi aku lupa bahawa desakan juga berupaya menyongsangkan segala yang batil. Mungkin aku akan gunakan senjata ini tapi siapalah aku.

Jika ditakdirkan untuk aku tidak bersama-sama warga perhilitan, i guess this is the time for me to say goodbye. I might not be joining them again if they happen to send me home for a month. I have to draw my next move. But, i will be coming back IF the flames of hell keeps burning me. For the time being, aku kena buat kerja sebaik mungkin untuk menjaga nama aku sebagai permata yang jarang dijumpai. Jadi, rindu-rindulah aku sementara aku masih ada.

Kepada Dian, aku tak akan lupakan jasa baik kau yang bersusah payah berjaga pagi-pagi buta buat popia yang sangat sedap untuk meraikan hari jadi aku dan juga selaku party planner. Aku harap aku diberi masa untuk membalas perilaku ini. Thanks dian.

2 final cakes to be presented. 

08 November 2013

The 8

Completing the 8. The inner circle. But why 8? 8 symbolizes infinity. Meaning the friends that i will keep in my eternal circle until the day that one of us embark on a journey to the eternal world. So i have to draw someone that i can speak nothing but the truth without being judgemental. The one that will push me to be a better man. And ultimately, the one that can love my dark side.

Kelly Clarkson, tell them the meaning of this post.

Everybody's got a dark side. Do you love me? Can you love mine?

Well apparently, i already have 7 of them. This is the last spot. Do you have what it takes to be the chosen one?

04 November 2013

Smile. You Should Try It

Yeah, lets curse! Dah lama rasanya tak curse. Curse you! Walaupun cursing boleh menjatuhkan martabat diri ini, tapi peduli apa. Lol. Okay tak funny.

Since i laid my eyes on you, you havent smile a bit. Otot-otot pipi sangat tegang. Bibir beku. Lesung pipit? Sayangnya tak ada. Maka bertambah buruk situasi itu ibarat mencampur tahi yang separa basah dengan asid. Maka aku pulang ke perpustakaan mencari buku dosa-dosa lama. Mana tahu mungkin pernah suatu ketika dahulu aku terhembus hingus dan cairan itu jatuh dekat kasut Vincci kau yang dah la murah lepas tu beli masa ada diskaun 80%. Mungkin aku pernah terlanggar bahu kau sampai push up bra kau tergolek-golek jatuh ke tanah. Atau mungkin aku pernah bubuh beberapa titis Polonium-210 atau dalam bahasa nuklearnya 210Po dalam air Eno kau sebab kau cirit-birit makan mi goreng berulat and surprisingly kau masih hidup sampai hari ni. Mana tahu? Tapi sayangnya tiada rekod dosa pernah aku buat dekat kau.

Aku masih lagi mengukir senyuman manis semanis air nira. Kau tetap tak layan. Lesbian? Its okay honey, aku cuma nak cipta panorama indah. Bukan nak mengindahkan kehidupan kau. Terus tersenyum. Masih keras pipi. Tak apa lah. Mungkin kau dilahirkan dengan kecacatan otot pipi. Aku cuma berharap doktor pakar pembedahan plastik berjaya menemui teknik untuk merawat penyakit ini. Tak apa senyum walaupun plastik. Asalkan kau senyum.

Mungkin kau lahir atas cadar emas 24 karat yang membuatkan kau rasa kau berada di kedudukan teratas di dalam piramid makanan. Atau mungkin kau rasa ijazah kau tu membuatkan kau berada di dalam golongan elit. Kumpulan Elite pun tak rasa diorang dalam golongan elit. Nah kau Tamparan Wanita. Tu dia aku tau lagu Elite. Lol. Weh, fyi, aku pun ada degree weh. Degree aku lagi letop daripada kau. Tapi aku boleh je senyum dekat orang lain. Kalau semua degree holder tak boleh senyum dekat orang tertentu, bermakna ratusan ribu orang akan memiliki muka ketat macam kau. Not nice i tell you.

Smile doesnt lead to bankruptcy. Smile doesnt hurt your feeling. Smile wont even kill your mother. Apa yang paling penting, senyuman tak buat orang rasa nak gelak kat kau bila kau beli kasut Vincci diskaun sampai 90%. It isnt that bad. So smile. Aku cadangkan kau bangun pagi-pagi tengok cermin dan senyum. Kalau cermin tu retak lepas kau senyum, beli baru lepas tu senyum lagi esoknya. Sampai satu hari bila kau senyum dekat cermin, cermin tu senyum sekali kat kau.

Tapi sekarang kau dah boleh bercakap. Its good. Appreciate atas usaha kau untuk mensaujanakan suasana sekeliling. Tapi aku nak kau senyum. Sebab kalau kau senyum, aku nak balas senyuman itu serta merta, keesokan harinya, dan hari-hari yang mendatang.

Nescaya kebangsatan dunia akan tenggelam bila kau tersenyum.

Smile.

03 November 2013

Aloof

I made a mistake. A mistake that juggled up all the predictive moves. My goals is all over the place now. So i have to take a huge step back. I need a week to clear the dust of distraction as a distraction from the distraction of dust of distraction. Get it? What im saying is i need to detach myself from my emotion. By that i mean i wont allow myself from being emotional by imagination. I wont heed your sinfully innocent voice of servitude.

Fucked up. I need to know the prophecy of being me so bad so i knew what im doing is right but nah. I want to live my whole life in my own terms. So lets draw a Gantt Chart of Life. Lets align the time of future with its realistic feature.

You can reach me but you cant tap my emotion. Its under refurbishment.

Shutting down.

01 November 2013

For The Sake of Mother's Love

Hari ini masih lagi dapat bermanja dengan seorang manusia yang sungguh istimewa. Mak. Mak adalah suatu tempat untuk aku menceritakan perkara-perkara bosan yang berlaku ditempat kerja, cerita mengenai kerenah sahabat atau apa sahaja topik yang ada di minda.

Selepas pulang daripada kerja. Aku baring memeluk emak seerat-eratnya. Kalau itu girlfriend aku, mesti kena tangkap basah. Tapi ini mak aku. So what the hell. Aku usap rambutnya yang lembut tak berapa nak lembut. Mungkin dia tak pakai syampu pagi tadi. Oh what the hell. Aku terus mengusap rambutnya sambil didendangkan dengan cerita-cerita beliau. Aku gembira.

Dalam menikmati kenikmatan yang dianugerah tuhan ini, aku nyaris-nyaris ingin membuka sebuah lembaran gelap yang lebih hitam daripada arang. Seorang ibu mempunyai tangan yang boleh menggoncang dunia, tapi aku ada cerita yang boleh menggoncang tangan yang menggoncang dunia. Lantas aku terus keluar daripada biliknya. Berkabung bersama diri sendiri.

Aku tahu seorang ibu mempunyai kasih sayang yang tidak dapat diukur terhadap seorang anak dan sanggup memijak duri-duri drama tanpa mengorbankan perasaan itu. Tapi atas dasar adanya kebarangkalian untuk berlakunya kecelaruan komunikasi dan pemahaman, aku tidak sanggup untuk mencederakan perasaan seorang ibu. Diam. Dan terus membakar diri.