28 February 2012

Cabaran 16 Minggu

Hari ini dah dua hari tak ada roommate. Kalau dia ada pun, tak ada beza dalam kehidupan seharian aku. In fact, aku rasa tersekat kat dalam bilik. But now, aku bebas sebebas-bebasnya. Sorry dude.

As i mentioned before, niat nak kurus tu makin membuak-buak. Time mandi, lagi terasa berkobar-kobar nak kurus. Harap aku dapat maintain niat ni. Masa mandi tu juga siap rancang plan untuk 16 minggu start minggu depan. 4 bulan tu weh. Tadi tengok video Matt Struve punya workout, daripada badan lite-lite, terus jadi mantap. Nak jugak weh. Dalam blog dia ada statement susah nak build up strength ngan cardio sekali. So kalau untuk aku, aku nak buat cardio dulu sebab aku nak buang semua air dalam badan aku.

Tapi strength pon penting jugak. Since aku zero dalam martial art, aku pon kena train bicep tricep aku. Baru la boleh nak belasah orang. Jadi, aku perlukan dua-dua exercise. Kat rumah ada dumbbell besi yang boleh tukar2 berat, 3 adik beradik lelaki aku semua guna kecuali aku. Takpe lah, aku train tangan aku dengan bermain congkak je la.

So ini plannya. Start 4 Mac, nak buat sit up, sit down, sit tight, dan apa2 exercise yang boleh dilakukan di dalam bilik ikut kemampuan. Malam pulak nak jogging dekat stadium dalam pukul 9 gitu ikut kemampuan jugak. Aku yang baru nak mula ni tak kan nak lari 100 meter bawah 8 saat kan? 100 meter 3 hari pon xpe kalau itu je yang aku mampu. At least, ada usaha kan? Okay.

Makanan pulak. I'll try to avoid oily food which is my favourite. Damn! Less sugar. Yang ni senang je. Gallons of water. Harap-harap mesin air tak buat hal macam sekarang. Serious boleh kena kencing manis sebab dalam 2 hari ni, aku dah beli 1.5L 100+ dan 2L Coke. Berapa trillion kalori dah masuk dalam badan aku? Damn lagi. And of course, kena banyak sayur ngan makan buah. Oh ya yang paling penting, lesser portion of food. Disebabkan aku in charge masak kat rumah during weekend, aku akan masak nasi dengan kuantiti sikit supaya aku tak jadi mangsa untuk tambah nasi. And Itha ahmad, sila jangan masak Ayam Masak Lemak Cili Api Pedas Extreme Bersama-sama Ikan Masin. Itu adalah dilarang sama sekali sebab masa makan benda tu, aku hanya berharap aku tak ada perut, makan sampai either lauk atau nasi habis. Please jangan masak benda tu lagi!

Oh god banyaknya undang-undang nak kena ikut. Suraya ajak bersenam, so ada la teman berlari. Tapi the rest aku kena buat sendiri. Effort sendiri. Harap-harap aku boleh survive 4 bulan ni. Suraya, nanti kita lari sama-sama tau.

Rutin fortnight aku adalah update berat latest. Siyes aku akan berlaku jujur dan bagitahu berat dalam blog ni. Malu tu ada jugak tapi peduli apa aku. Tapi rasa nak buat blog lain yang private sebab nak letak gambar aku. Yang ni memang tak akan ada la dalam blog ni. Tangkap je gambar dulu. Kalau dah 16 minggu, badan mantap, mungkin show off la kat blog ni. Kot la.

Duration: 16 weeks
Target: 70kg (berat muscle semata-mata. haha)
Prize: Badan berketul2 pastu pakai baju fit biar terkeluar sikit urat lengan dan nampak sikit bicep. Dapat teman hidup. Probably. Apa yang penting sekali, aku nak sihat. Tu je. Yang lain tu kira bonus la.

So aku ada 4 hari untuk prepare mentally. Wish me luck. Harap-harap dalam 4 bulan lagi aku akan bertemu themissingikmal. Dimana kamu menghilang?

Okay sekarang nak tidur. Esok kelas pukul 11.   <-----sangat kontra dengan angan-angan di atas.

By October

Memang banyak sangat nak dicapai menjelang graduasi. Of course mesti la nak grad. Kalau tak grad, tak perlu la nak pikir semua benda ni.

Since muka aku semakin persis bulan, jauh nampak suci dekat nampak tak virgin, wajib pada diri ini untuk nampak lebih menarik. Jangan kata perempuan je yang nak nampak awesome dalam gambar. Lelaki pon sama. Ke aku sorang je yang rasa macam tu? Mungkin ada yang tak peduli kot. Peduli pulak aku? Oleh hal yang demikian, langkah terakhir yang akan dilakukan adalah dengan berkunjung ke pusat kecantikan also known as klinik pakar kulit dan laser yang berada di Bangsar. Hampir semua teknik sama ada cara halus atau cara kasar telah dijalankan cuma yang mungkin memberi kesan positif adalah wap muka. So klinik Nathan, bersiap sedia untuk menerima pelanggan.

Aku dilahirkan kurus, lebih kurus daripada seekor gajah. Tetapi salah mak aku sebab memaksa aku makan makanan yang sedap, badan pon menjadi sedap. Jadi, aku perlu kembali ke masa lampau. Alangkah bahagianya kalau aku bahagia. Alangkah gembiranya kalau aku gembira. Alang-alang melangkah, melangkahlah menggunakan kaki. Dengan bantuan apps kat henfon dan ketiadaan rumet sehingga graduasi, niat untuk exercise mungkin dapat dilaksanakan. Perut yang satu akan menjadi enam. 40 45 40 akan semakin menurun. Teruskan berimaginasi.

Siyes, dapat buat 2 benda ni, aku memang hensem habis. Jangan panggil faizal tahir, jangan panggil awie, aku lagi hensem. Memang tak wujud tragedi oktober. Dah. Out.

23 February 2012

Rock God (Awiy) Dan Rock Goddess (Ellar)

Setiap kali tengok American Idol Season 11 dekat Starworld, ada aje iklan orang menyanyi 1 baris.

"...... menghiasi kamarmuuuuu~~~~"

Azabnya dengar lagu kau!! Lepas tu beliau berkata lagi.

"cukup!"

Alhamdulillah. Nikmat terbesar pada saat tu adalah tidak mendengar lagi suara beliau. Tiba2 beliau berkata2 lagi nak promot channel astro.

Siapa je xkenal raja rock kita kan? Mesti la Awiy. Oh ada ratu rock jugak la, Ellar. Kalau xtau, memang sah bukan warganegara sini.

Raja dan ratu. Menurut cerita Merlin, raja dan ratu adalah entiti yang tiada tandingan. Menurut legend tuhan Greek, walaupun Zeus si tuhan petir tu maha lemah tapi xde tuhan petir lain dapat tandingi beliau. You read it right, beliau. Tah baik tah jahat tak tau. Sembah dia, dia kuat. Yang pentingnya, maksud raja dan ratu adalah TAK ADA TANDINGAN. legend! awesome! haa apa lagi?

Awiy xde tandingan? Ellar xde tandingan? Oh please!!! Nak kata suara mantap, lite2 je. Tapi macam mana dikatakan mereka raja dan ratu rock? Attitude, OUT. Xmengharapkan dorang isap ganja atau minum minuman berkabonat, tapi attitude dekat iklan pon dah out. Tutup mulut dan muka pastu gelak sepoi2 bahasa sambil jatuhkan rambut, xlayak gelar raja dan ratu rock. Kalau nak kata lelaki dan wanita melayu terakhir mungkin ada la.

Tak hairan la rock xmaju2 kat msia ni.
 

13 February 2012

Valentina

Habis tu valentine ni boleh sambut ke tidak? Bergaduhlah wahai manusia dan kalau boleh politikkan semua benda lagi-lagi nak dekat pilihanraya. Setahu aku, aku tak daftar mengundi lagi. Rasa macam tak nak mengundi sebab tak kesah la siapa yang menang sebab semua jahat. Aku tak kesah langsung pasal mereka sebab harini harijadi blog aku. Yeah alasan yang sangat kukuh.

Tahun #3 blog ni aku nak tulis tajuk dalam bahasa melayu bergantung kepada jari aku sama ada nak bahasa melayu ke bahasa lain. Tadi dekat berita ada orang cakap bulan bahasa anjuran kerajaan adalah sangat berjaya. Kempen senyum sangat berjaya. Yay! Yay kau! Aku tak tahu apa definition berjaya yang dipahami orang tu. Berjaya la kot sebab Senyum, Tak Perlu Kata Apa-Apa. Senyum. Penggunaan short-form merosakkan bahasa melayu? Aku rasa semua ilmuwan dalam bidang bahasa melayu TAK PERNAH guna short-form seumur hidup. Kan? Sebab tu dorang jadi pakar bahasa.

Dah lari niat dah ni. Ok about the guest book tu, rasa tak nak buat buku. Atau nak buat jugak? Mungkin kena pergi kedai dulu tengok yang mana senang nak buat. Wedding gift pon aku tak ada idea nak bagi apa. Memang mustahil la aku nak bagi set cawan atau rak kasut. Abang aku kot yang kawen bukan orang lain. Dah tak sampai sebulan je lagi tapi family aku boleh relax lagi. Perlu ke risau?





12 February 2012

Guest Book For Brother Nizam

Brother Nizam tu character dalam cerita Prince of Persia. Siyes!

11 Mac ni Nizam nak bersanding. Shahril mungkin main band dia masa wedding, adik jadi pengapit, aku? At least aku nak participate gak buat sesuatu yang boleh diingat. Since abang aku tak ada buat guest book, so aku rasa aku nak handle benda tu.

Contoh idea:
1- Wishing Tree
2- Wishing Stone
3- Guest Book tu la.

Kalau nak Wishing Tree, memang awesome untuk minggu yang pertama lepas sanding. Tapi kertas tergantung tu sampai bila nak tergantung?

Wishing Stone. Cari batu yang smooth yang boleh ditulis macam batu bertulis tu, letak balang kaca biar orang campak dalam tu. Tak pon beli pasu see through. Boleh buat decoration untuk rumah dorang. Tak hilang.

Guest Book. Boring sikit sebab macam orang nak mintak order kat Pizza Hut je. Letak gambar lepas tu biar orang tulis wish apa-apa. Kurang kreatif tapi boleh simpan lama. Lepas tu boleh buat tebal-tebal untuk keturunan abang aku. Kira abang aku pioneer gitu. Thats quite awesome. Nampak la legasi beliau. Ok jugak.

Tapi sekarang ni memang tak tau nak buat yang mana satu. Atau nak buat live video? Orang wish macam dekat tv. Ughh. Tah la, I need my laharians to help me to decide.

10 February 2012

God, Why Are You Doing This?


Everything is normal as usual. Same old fucking story. Its nothing to tell until now.

Forrest Gump kali kedua ditonton sebab dah xada movie baru nak tengok. Some movies I’ve watched almost 3 to 4 times but mostly I’ve watched twice. So ni peluang Forrest Gump untuk bersinar lagi. Again this film touched my heart when mak dia nazak lepas tu cakap kat anak dia death is a part of life. Seriously I almost cry tengok scene tu but thank god suddenly battery laptop habis. Tak sempat nak mengeluarkan air mata, feel tengok cerita tu hilang tiba-tiba. Its like riding a roller coaster and suddenly it stop at the loop and you are stuck hanging upside down. Sucks kan? But tak apa sebab I don’t want to get my emotion drown with the scene. Charge balik lepas tu sambung cerita dan habis. Such a good movie.

Habis tengok movie, rasa nak mandi. Bila buka lampu study kat bilik, I saw something yang aku xsepatutnya nampak. Terus membuatkan aku kembali ke zaman budak-budak. It’s been 7 years when it came to me last time. I can’t even figure what is that all about. But this time, it sends me a crystal clear message dan aku terkesima to the maksimum. My whole body suddenly lemah and kaki aku menggeletar heavily. Senyap dan perhati. Now I do get that message. Tapi kenapa Tuhan terus menguji aku?

A wrong step will change everything. It’s like in chess game. I’ve made wrong decision twice before and it cost me both my Bishops. It hurts you know to lose my precious Bishops and I don’t want to lose any of my Knights or Castles. If I lose them, me myself the King will gone forever. Kalaulah kehidupan ni macam main chess berkali-kali, I don’t have to worry about anything.

Too much information here. Harap-harap post ni tak mengudang masalah.