28 February 2012

Cabaran 16 Minggu

Hari ini dah dua hari tak ada roommate. Kalau dia ada pun, tak ada beza dalam kehidupan seharian aku. In fact, aku rasa tersekat kat dalam bilik. But now, aku bebas sebebas-bebasnya. Sorry dude.

As i mentioned before, niat nak kurus tu makin membuak-buak. Time mandi, lagi terasa berkobar-kobar nak kurus. Harap aku dapat maintain niat ni. Masa mandi tu juga siap rancang plan untuk 16 minggu start minggu depan. 4 bulan tu weh. Tadi tengok video Matt Struve punya workout, daripada badan lite-lite, terus jadi mantap. Nak jugak weh. Dalam blog dia ada statement susah nak build up strength ngan cardio sekali. So kalau untuk aku, aku nak buat cardio dulu sebab aku nak buang semua air dalam badan aku.

Tapi strength pon penting jugak. Since aku zero dalam martial art, aku pon kena train bicep tricep aku. Baru la boleh nak belasah orang. Jadi, aku perlukan dua-dua exercise. Kat rumah ada dumbbell besi yang boleh tukar2 berat, 3 adik beradik lelaki aku semua guna kecuali aku. Takpe lah, aku train tangan aku dengan bermain congkak je la.

So ini plannya. Start 4 Mac, nak buat sit up, sit down, sit tight, dan apa2 exercise yang boleh dilakukan di dalam bilik ikut kemampuan. Malam pulak nak jogging dekat stadium dalam pukul 9 gitu ikut kemampuan jugak. Aku yang baru nak mula ni tak kan nak lari 100 meter bawah 8 saat kan? 100 meter 3 hari pon xpe kalau itu je yang aku mampu. At least, ada usaha kan? Okay.

Makanan pulak. I'll try to avoid oily food which is my favourite. Damn! Less sugar. Yang ni senang je. Gallons of water. Harap-harap mesin air tak buat hal macam sekarang. Serious boleh kena kencing manis sebab dalam 2 hari ni, aku dah beli 1.5L 100+ dan 2L Coke. Berapa trillion kalori dah masuk dalam badan aku? Damn lagi. And of course, kena banyak sayur ngan makan buah. Oh ya yang paling penting, lesser portion of food. Disebabkan aku in charge masak kat rumah during weekend, aku akan masak nasi dengan kuantiti sikit supaya aku tak jadi mangsa untuk tambah nasi. And Itha ahmad, sila jangan masak Ayam Masak Lemak Cili Api Pedas Extreme Bersama-sama Ikan Masin. Itu adalah dilarang sama sekali sebab masa makan benda tu, aku hanya berharap aku tak ada perut, makan sampai either lauk atau nasi habis. Please jangan masak benda tu lagi!

Oh god banyaknya undang-undang nak kena ikut. Suraya ajak bersenam, so ada la teman berlari. Tapi the rest aku kena buat sendiri. Effort sendiri. Harap-harap aku boleh survive 4 bulan ni. Suraya, nanti kita lari sama-sama tau.

Rutin fortnight aku adalah update berat latest. Siyes aku akan berlaku jujur dan bagitahu berat dalam blog ni. Malu tu ada jugak tapi peduli apa aku. Tapi rasa nak buat blog lain yang private sebab nak letak gambar aku. Yang ni memang tak akan ada la dalam blog ni. Tangkap je gambar dulu. Kalau dah 16 minggu, badan mantap, mungkin show off la kat blog ni. Kot la.

Duration: 16 weeks
Target: 70kg (berat muscle semata-mata. haha)
Prize: Badan berketul2 pastu pakai baju fit biar terkeluar sikit urat lengan dan nampak sikit bicep. Dapat teman hidup. Probably. Apa yang penting sekali, aku nak sihat. Tu je. Yang lain tu kira bonus la.

So aku ada 4 hari untuk prepare mentally. Wish me luck. Harap-harap dalam 4 bulan lagi aku akan bertemu themissingikmal. Dimana kamu menghilang?

Okay sekarang nak tidur. Esok kelas pukul 11.   <-----sangat kontra dengan angan-angan di atas.

No comments: