30 April 2012

Definisi Bersih

Bersih menurut kamus dewan versi 4.0 adalah tidak kotor. Putih (bahasa warna), bebas (bahasa biasa), tidak tercemar (bahasa sains), sifar (bahasa matematik), 100% (bahasa menganjing). Untuk mudah difahami, bahasa matematik digunakan dalam penerangan maksud bersih. Adakah kemungkinan untuk berlakunya sesuatu perkara seperti di bawah adalah sifar?

1. Malaysia terkena tsunami.
2. Kapal terbang jatuh.
3. Manusia lupa nama sendiri.
4. Cleaner tak cuci toilet 100% bersih.
5. Duit rm0.50 baru yang sangat hodoh jatuh  ke dalam longkang.
6. Terberak dalam seluar.
7. Pointer rendah, masa depan gelap.

Salah. There's no such thing as zero probability. Akak cleaner yang selalu basuh toilet floor aku pon xsemestinya berjaya menghapuskan pathogen 100%.

Mereka mengatakan malaysia banyak sangat corruption. Dalam dunia ni, tempat yang tak ada korupsi adalah di dasar laut. Di mana sahaja ada manusia, mesti ada je rasuah. Kalau manusia duduk dalam laut, tak ada la tempat lain yang bebas rasuah. Cuba tanya Aquaman, dia ada ambil atau bagi rasuah tak?

Engkau sembahyang cukup. Tak pernah derhaka dekat mak bapak. Tak pernah mencuri. Tak pernah bergaul lelaki perempuan. Tiba-tiba ada orang offer rm1 juta (unsur-unsur drama melayu) semata-mata untuk merahsiakan kesalahan pemberi rasuah iaitu datang kerja lambat 5 saat. Tak gugur daunan iman kau? Memang aku exaggerate contoh tu tapi nak tunjuk betapa hantunya duit ni. Tapi bukan semua orang mata duitan. Tapi ramai kan yang ambil rasuah?

Malaysia banyak maksiat. Nak cerita maksiat pulak? Setan bersepah2 keliling kau suruh buat maksiat. Sedangkan ustaz yang puas ajar anak murid jauhi hubungan reciprocal, tapi dia sendiri pun tak mampu nak tahan nafsu. Inikan manusia biasa yang kurang didikan agama. Sekali lagi contoh yang sangat over tapi nak menunjukkan nafsu mampu menumbangkan pegangan hidup manusia. Lagi sekali, bukan semua orang tak boleh tahan nafsu. Macam aku, aku sangat tak boleh tahan nafsu belajar. Kalau boleh, time jogging pun aku nak belajar fizik tenaga tinggi. Negara mana yang sifar maksiat? SIFAR!

Jadi, sifar probability adalah invalid.

24 April 2012

New Girlfriend

Lately, i cant stop thinking of her. Her character, her attitude, her image, her everything. Awaklah saya punya biggest attraction sampai saya tak boleh nak fokus buat apa-apa. Even main game pon saya teringat kat awak. Masa mandi saya tak boleh pikir pasal awak, nanti lain jadi pulak. Luv u awak.

Awak yang dimaksudkan itu adalah Emily VanCamp. Emily VanCamp jadi watak Emily Thorne dalam drama Revenge yang ingin membalas dendam terhadap orang-orang besar dalam syarikat Grayson Global. She's a victim of a crime, full of hatred, and pure evil.

Seriesli aku tak pernah tengok gaduh berhemah. Tu sebab kedua aku suka cerita ni. Of course sebab pertama adalah Emily Thorne/Amanda Clarke.

Emily VanCamp

Hey darling, would you like to go out sometime? <3

Jalan cerita mungkin tak logik sebab heroin dapat aje musnahkan hidup orang dengan tangan yang bersih. Ini semua kerja direktor. Jalan cerita 5/10, konflik 9/10, watak 8/10, heroin 10/10.

Luv u.

17 April 2012

Doughnut For Everyone

Beberapa minggu lagi akan tamatlah drama Menara Gading : Indah Khabar Dari Rupa. Tapi sebelum meletakkan cover buku yang tebal di belakang novel mini ini, aku ada satu hajat yang perlu ditunaikan. Hajat yang telah lama dihajatkan, berhajat untuk mengkotakan hajat yang telah terhajat iaitu membuat donat.

Doughnut mempunyai dua suku kata iaitu dough dan nut. Apabila dough dan nut disatukan, maka jadilah resepi baru Gardenia yang belum wujud. So far, tak pernah pulak aku guna nut untuk buat donat. Apa-apa pun, donat akan menjadi tahi selepas dihazam sama seperti makanan lain.

Kalau tak ada masa sehingga super final exam, insyaallah aku akan buat doughnut pada hari terakhir exam major iaitu pada 27 Jun. Disebabkan exam pada pukul 12, maka saya wajib membuatnya dalam pukul 7 pagi sebab amek masa jugak nak balik ukm. Kalau lagi cepat lagi bagus. T&C apply.

Syarat yang dikenakan.
Warganegara : Malaysia, Indonesia
Agama : Islam, bukan islam
Jurusan: Sains Nuklear
Umur : Senja remaja
Status : Baligh, berakal

Cuma persoalan sekarang, donat tu nak letak gula sahaja atau nak letak coklat? Atau depends kat aku nak guna gula atau coklat? Atau ada cadangan lain? Hmmm. Semoga grad bulan 10 ni.

14 April 2012

Jessica Sanchez

Pernah ditulis mengenai Jessica Sanchez akan kaut gelaran American Idol S11. Guess what? She's voted out this week. Baru Top 7 kot.

Reaction:
1. Thank god Elise dan Hollie terselamat.
2. Serius Jessica Sanchez tak ada orang vote? 

The Truth:
Pengundi Amerika dengan Malaysia sama je. Vote ikut muka. Suara Colton dengan Phillip tu lite-lite je. Tak ada la hebat macam Daughtry atau Adam Lambert. Joshua ok tapi tak wow. Jessica should win this contest. Kalau tak, Elise.

Tapi nasib baik Steven Tyler, J.Lo, Randy Jackson selamatkan Jessica. Next week buang Skylar please sebab country membosankan.

12 April 2012

Battleship : Why?

Banyak darah keliru dipam ke otak semasa menjamah cerita ini menyebabkan harga cerita sedikit jatuh pada aku tapi tak ada la sampai inflasi. Aku nak memancutkan beberapa persoalan setelah menonton filem ini di Golden Screen Cinema Leisure Mall Hall 1 pada pukul 2.45 petang hari khamis. Before that, aku nak ulang tayang cerita dalam bentuk tulisan 2D.

1. Permulaan cerita yang sangat hambar, hampas, dan hampeh. Untuk menjadikan filem ini bergenre action+love story, maka slove story dimainkan dahulu. Hero tackle heroin dengan menggunakan chicken burrito trick. Hero yang tak berapa hensem mencuri masuk dan membeli chicken burrito dekat supermarket sehingga merosakkan sebahagian supermarket sewaktu tamat masa operasi menyebabkan heroin yang agak hot rasa sweet sangat hero tu. Chick tu dapat la jugak CHICKen burrito. Adegan diteruskan dengan heroin baring meniarap di atas hero tanda menentang ajaran agama sebenar. Aku datang bawak anak buah tengok rasa segan pulak tapi biar je la sebab nanti dia akan terdedah jugak dengan adegan dewasa. Tak ada la anak buah aku comolot dengan mana-mana bitch tapi kalau dia buat jugak, itu masalah dia. Kesimpulannya, permulaan yang sia-sia belaka.

2. Liam Neeson adalah perencah kehidupan. Jika Jidin Sengal menambah sedikit Liam Neeson dalam ramuannya, nescaya keuntungan yang diperolehi adalah lebih tinggi daripada jumlah undian Akademi Fantasia yang membenarkan 10 undian dalam satu masa. Gila tamak. Memang hilang la standard (bukan jatuh standard) Liam Neeson nak berlakon dalam Ombak Rindu, Adnan Sempit dan lain-lain. Ok abaikan. Liam Neeson dan creator of Transformers? Dayum! Ia ibarat makan kari ayam bersama-sama ikan masin. Oh god what a perfect meal. Tapi sayangnya watak beliau tak la penting sangat macam A-Team.

3. Before precum, no, before pre-climax, 5 unidentified falling objects jatuh ke lautan pasifik tetapi 1 daripadanya terlanggar satelit dan jatuh ke Hong Kong. My heart goes to the family yang kehilangan ahli keluarganya semasa scene ini dirakam. R.I.P. Pertembungan antara 3 kapal navy dan 3 robot tidak dicetuskan oleh Celcom tetapi tercetus sebab navy nak selamatkan keadaan. Dalam pertembungan yang canggih, 2 kapal navy hancur. It costs millions of dollar for the ships and hero's brother's life. Tak apa dia tak penting pun. Robot alien melepaskan 3 bola-bola api yang selalunya kecil ia menjadi besar. Biar saja aku jadi penggantinya disisimu. Kau yang manis sopan santunmu paling comel dihatiku. Ku tahu kau diluka oleh teman lama~~. 2 bola api menghancurkan lapangan terbang navy dan 1 bola api menghancurkan bandar berhampiran.

4. Pre-climax pula mempamerkan kapal hero menentang 2 robot pada waktu malam. 2 lawan 1 sangat tak adil tapi dengan bantuan direktor yang bias, hero tu menang. Lagi tak adil sebab guna cable. Dem direktor! Lawan menggunakan teknik water displacement. Actually im impressed because i dont know what to expect  from the situation. Menggunakan boya tsunami untuk mengesan kordinat robot alien adalah genius! 2 robot tadi dah kalah tapi ada 1 lagi robot. Berentap pada waktu subuh menggunakan kapal perang baru yang juga merupakan muzium navy dan membawa legend navy yang telah bersara bersama dan mengambil kesempatan ke atas kelemahan alien iaitu allergy cahaya matahari, hero dan pelakon tambahan dikenali sebagai kapten menembak menggunakan sniper terus ke arah pemandu robot dan alien terdedah kepada matahari lalu dibom habis-habisan.

5. Climax pula mengenai perlawanan antara kapal hero robot leader yang super besar. Mengaplikasikan Art of War yang aku tak pernah baca dalam peperangan mereka. Kapal hero mengalihkan cannon ke kanan dan kapalnya pusing ke kiri dan berhenti untuk memberi laluan kepada peluru yang dipancutkan oleh giant alien robot tu. Kapal hero pula menghembuskan segala macam peluru dan bom ke arah robot alien yang besar  dan bertempur lagi. Last-last, meletup jugak kapal alien tu. Ini pun sebab direktor yang sangat bias tu. Kalau tak, kalah punya. Sebelum kapal alien hancur keseluruhannya, sempat melepaskan 3 bola lagi untuk menghancurkan kapal hero tetapi dimusnahkan jet pejuang navy. Kapal hero menghancurkan alien lain yang menghantar signal terus ke planet mereka iaitu planet G.

6. Penamat mesti la tak best. Hero dapat nama, hero dapat heroin. Tu je.

Surprisingly, cerita ni lagi best daripada cerita yang dimomokkan best oleh orang ramai yang sebenarnya tidak seperti Transformers, Harry Potter, Spiderman, Batman, 2012, dan semua cerita yang memusnahkan bumi. Climax yang belum cukup matang lepas tu habis. Siyes potong stim.

Kembali kepada kebingungan yang dialami.

1. Why Rihanna? Sebelum tengok filem ini pun dah kecewa sebab ada Rihanna. Lepas tengok, lagi kecewa sebab tak ada la pandai sangat berlakon. Sempat lagi nyanyi naik bot pegang machine gun. Tak cukup ke video clip Only Girl (In The World)? Lepas ni buat la Only Girl (In The Navy). Semua script beliau sangat tak bermakna dan membosankan kecuali semasa dia mencarut tembak alien dan "boom". Tapi why Rihanna?

2. Why USA? Hong Kong dah tercalar tapi China tak ada kasi respon pun. Cuma ada berita je. Ada karekter mengatakan situasi itu situasi kepupusan manusia. Why USA?

3. Why navy? USA punya defense dikatakan canggih. Mereka ada air force. Mereka ada nuklear. Dalam cerita Transformers, siap ada laser yang boleh tembak robot atas piramid dari jarak jauh. Pun dikatakan mereka ada satelit yang boleh menembak. Why navy je?

4. Why 1 bola api dekat bandar ghaib secara tiba-tiba? Lepas musnahkan highway, tiba-tiba hilang. Cuma ada 2 sahaja yang menyerang kapal hero. Where are you?

5. Why Malaysia? Yes, Liam Neeson ada panggil navy dari Malaysia. Tapi aku tak perasan character tu. Atau aku halusinasi time tu? Tapi aku positif dia sebut Malaysia.

6. Why Sun Tzu's Art of War? Why not Mahathir A Doctor In The House? Lol. <3 Dr. M.

7. Why RM8? Leisure Mall punya student price should be RM7. Aku rugi RM2 harini. RUGI!

11 April 2012

CastleVille

Dah berapa bulan aku main game ni. Memang aku tak add orang yang aku tak kenal even mutual friend 20+ pun aku tak approve tapi disebabkan game ni slow, hari ni aku terpaksa buang ego add orang tah siapa tah. Ada la sebanyak7 entiti kot yang pasti tidak akan menjadi perdana menteri dekat negara mereka telah ditambah. Tapi apa aku kesah? Daripada aku tengok post 'member' yang jiwang-jiwang sampai kelabu mata aku, baik aku tengok orang yang aku tak kenal post mintak gift. Zaman sekarang nak mintak tolong dengan member pon susah. Lebih baik mintak tolong dengan orang yang tidak dikenali. Dorang nak je tolong. Manusia oh manusia.

Cepat la approve. Aku nak gift kot. Desperate. Haha.

Pathetic life.

09 April 2012

Week #6 : Semangat Yang Hilang

So far, berat aku stay je. Turun sekejap lepas tu naik balik. Susah nak concentrate untuk kuruskan badan sebab 3 hari duduk dekat rumah. Banyak masa untuk makan. Dah la aku yang masak. Tapi kalau mak aku masak lagi teruk sebab aku makan lagi banyak. Tak kesah la apa pun, berat tetap tak boleh nak turun.

Sekarang cuti pertengahan semester. Tah berapa la berat aku sekarang. Malas dah nak timbang. Semangat dah hilang katanya sebab duit dah tak ada, thesis tak start lagi, kena jadi tukang masak dekat rumah dan macam-macam masalah lain yang tak perlu diceritakan. 

Tadi tengok cerita extreme makeover weight loss edition. Chris Powell jadi trainer selama setahun. 3 episod aku tengok semua turun 180 pounds ke atas. Tapi 1 tahun la. Lepas tengok cerita tu, semangat terus datang sebab aku terpikir aku yang gemuk sikit tak kan tak boleh nak lari kot. 

Kalau aku ada duit, aku nak beli yoga punya karpet tu. Boleh aku exercise dalam bilik dengan tenang. Masalah sekarang cuma aku tak ada member untuk bersaing dengan aku so program aku boring sikit. Lagu pon tak ada lagu baru so mood selalu lari sebab dengar lagu sama.

10 minggu tinggal untuk turunkan 20+ kg adalah mustahil. Tengok je la apa yang akan berlaku nanti. Kalau dapat capai target, alhamdulillah. Kalau 10kg behind target pun alhamdulillah. Yang paling penting aku nak turunkan berat badan.

1001 Medications

Ok sekarang nak sambung post lepas. 

1st time jumpa doktor pakar kulit swasta kena bayar rm265 untuk ubat selama 1 minggu. The next monday ada appoinment lagi so terpaksa la pergi. Means duit lagi. Tak apa asalkan muka hensem lepas ni. Doktor tengok-tengok lepas tu bagi ubat untuk 3 minggu. 3 minggu sama dengan banyak ubat. MAHAL!

Aku kena bayar rm604 untuk consult dan medicine. What the fuck?! Tapi itu pun dah dikira murah sebab consult rm65 je, sebelum tu rm100 atau lebih. Lagi satu, ubat mahal tu dijual rm7, kalau tak dia jual rm12. Thanks Dr. Nathan.

Cash aku ada cuma rm350+ lepas tu kat bank islam aku ada 150+. Disebabkan tak xcukup duit, aku bayar rm455 sahaja. Ini juga bermaksud sedikit ubat ditarik balik atau lebih tepat, bahan kimia bernama isotretinoin sebanyak 22 biji ditarik balik. Aku ada 20 biji je tapi sekarang tinggal 6. Nanti nak pergi balik mintak ubat selebihnya. Sebab aku nak pergi ambil balik sebab lepas 3 minggu, doktor tu nak enjek aku. DUIT LAGI! Duit ptptn aku dah habis! Tapi aku sangat teruja nak kena enjek. Enjek collagen ke? 

Lepas tu aku cuba asapkan muka dekat bangunan ekonsave kajang. Ada seorang laki pakai songkok yang nak merawat aku. Ustaz la kot. Doa panjang sangat sampai aku tertanya-tanya bila nak start. Asap masuk hidung, azab! Memang lemas tapi terpaksa kuatkan semangat sebab nak hensem. Lepas tu dia bagi 3 botol pil untuk aku makan lepas tu ada ubat sapu. Jumlah rm170. Eh?

Sebenarnya dia nak bekam aku tapi aku cakap aku tak nak. Bekam dia 1 cup rm15. Masalahnya, cara dia bekam penuh cup dekat belakang badan. Kalau tak silap aku ada teknik untuk bekam. Bukan bekam selagi nampak daging belakang. Assume dekat belakang ada 20 cups, rm300 untuk bekam sahaja. Lebih baik aku bekam dengan member mak aku. Tak ada letak harga pun.

Kembali kepada rm170 tadi. Sebenarnya aku datang berniat nak asap muka je. Tetiba dia bagi aku ubat terus total rm170. Aku dengan abang aku, Nizam sentap sekejap. Tapi lepas tu abang aku bayar duit tu. 
Tiba-tiba aku rasa menyesal pulak buat asap. Sebab apa, sebab lepas makan ubat tu 3 hari, tepi leher aku bengkak pulak. Kelenjar apa tah yang bengkak ni tapi serious benda ni mengganggu aku.

Kesimpulannya, lelaki memakai songkok tadi menjalankan aktiviti hanya mengejar keuntungan untuk menjual produknya sahaja. Teknik memakai songkok dan membaca doa yang panjang sangat berjaya. Aku rasa kalau nak rawat resdung kena masukkan air dalam badan, mesti dia ada produk air yang ajaib untuk dijual. Menyimpulkan kesimpulan ni, rm170 adalah sia-sia belaka.

Pengiraan duit yang telah dibelanjakan untuk rawat resdung:
1st appoinment dengan doktor pakar : rm265
2nd appoinment dengan doktor pakar : rm604 (nanti minta balik ubat yang tertinggal)
air jampi akak saujana impian : rm13.60 (beli air mineral 12L sahaja)
ustaz tamak : rm170
bekam dengan member mak : ratusan ringgit la jugak (banyak kali, sangat berbaloi)
3rd appoinment dan seterusnya : MENAKUTKAN! harap-harap tak mahal.

Roughly duit digunakan untuk buang ulat-ulat manja sehingga sekarang adalah sebanyak rm1050. God! Banyak weh! Tapi buat masa sekarang, muka aku dah nampak makin pulih. Harap-harap kombinasi air jampi dengan ubat doktor yang mahal tu boleh rawat aku seperti yang dihajatkan.

Nanti rasa macam nak cuba beli rokok resdung, asap sendiri atau guna sirih tumbuk biar hancur lepas tu letak dekat hidung. Rasanya tak ada la mahal macam ustaz keparat tu. Ustaz tamak! Kejar duit semata-mata! Dem kau!!

Sorry rumet, shila, suraya. Aku tak boleh nak berfoya-foya dengan korang. Duit dah tak ada. Semua salah ustaz tu!

06 April 2012

Demi Muka Hensem


Sudah beberapa tahun mencari kebenaran, akhirnya terjawab juga persoalan itu. Kebenaran memang menyakitkan dan apa yang lebih menyakitkan adalah apabila kebenaran itu perlu dilalui setiap hari. Putus asa adalah perkara biasa. Semangat susah untuk dicari. Walau apa pun yang berlaku, alasan untuk terus hidup perlu diketahui. Walaupun ianya samar-samar, ianya perlu disemat di dalam jiwa.

Resdung. Bukan sejenis penyakit yang jarang dijumpai, tetapi agak jarang dijumpai jika keadaannya seperti aku. Ulat-ulat manja berkeluarga di dalam muka aku. Melahirkan banyak generasi dan masih bersama-sama sehingga sekarang. Itu adalah sebuah cerita keluarga bahagia yang diidam—idamkan manusia tetapi hanya berlaku pada ulat-ulat manja tadi sahaja. Realitinya, aku tidaklah segembira mereka.

Pelbagai rawatan telah aku cuba untuk merawat penyakit yang tidak diketahui suatu masa dahulu. Rawatan menggunakan sirih yang diperkenalkan oleh Sayza, rawatan ubat antibiotik yang sangat mainstream, rawatan pakar yang percuma, dan juga bekam muka dan badan. Rawatan itu tidak mendatangkan kesan positif secara total tetapi mungkin mengurangkan kemeriahan ulat-ulat dalam muka. Mungkin juga menjadikannya lebih teruk. Tiada siapa yang tahu.

Minggu lepas, aku mencuba alternatif lain, berjumpa dengan doktor pakar kulit swasta. Swasta bermaksud mahal. Duit. Terpaksa. Perbezaan yang sangat ketara antara pakar kulit kerajaan dan pakar kulit swasta adalah servisnya. Bila diingat semula, doktor pakar kulit kerajaan hanya memberi kenyataan ianya hanya jerawat sahaja. Tetapi doktor pakar kulit swasta, mereka menggunakan kanta yang sangat besar untuk melihat dengan lebih jelas dan menggunakan kamera untuk menangkap beberapa keping gambar tempat-tempat persinggahan ulat-ulat manja tadi dan menyatakan bahawa ianya adalah Sinus atau dikenali sebagai resdung. Caj yang dikenakan adalah sebanyak RM265; nasihat doktor pakar beserta ubat.

Dikatakan ada seorang wanita yang tinggal di Saujana Impian mampu untuk mengubati pelbagai penyakit. Air sebagai medium rawatan. Jadi, tidak salah untuk mencuba. 2 botol air mineral berisipadu 6L untuk dijampi. Wanita tersebut menyatakan terlalu banyak ulat-ulat manja berada di muka lebih-lebih lagi pada ‘t-zone’. Selain itu, aku dikatakan lemah semangat dan mudah terperanjat. Aku juga sangat sensitif dengan suhu, dan berpeluh walaupun orang lain tidak berpeluh dalam satu masa. Apa yang aku rasa adalah hampir kesemuanya betul tetapi aku mudah terperanjat adalah tidak 100% tepat. Mungkin terperanjat tetapi tidak mudah. Atau betul-betul mudah terperanjat. Aku memang tak tahu.

Apa yang menggembirakan adalah wanita tersebut mengiyakan kata-kata doktor pakar kulit swasta. Sebenarnya telah disebut dahulu semasa berubat di tempat Sayza. Cuma aku kurang yakin masa itu. Jadi, cara lain untuk mengubati penyakit resdung adalah dengan mengasap muka untuk mengeluarkan ulat-ulat manja.

Sehingga perenggan atas, telah 409 patah perkataan telah ditaip tetapi ceritanya ada lagi. Cerita berikutnya adalah berkaitan dengan emotional breakdown.