Sudah beberapa tahun mencari kebenaran, akhirnya terjawab
juga persoalan itu. Kebenaran memang menyakitkan dan apa yang lebih menyakitkan
adalah apabila kebenaran itu perlu dilalui setiap hari. Putus asa adalah
perkara biasa. Semangat susah untuk dicari. Walau apa pun yang berlaku, alasan
untuk terus hidup perlu diketahui. Walaupun ianya samar-samar, ianya perlu
disemat di dalam jiwa.
Resdung. Bukan sejenis penyakit yang jarang dijumpai, tetapi
agak jarang dijumpai jika keadaannya seperti aku. Ulat-ulat manja berkeluarga
di dalam muka aku. Melahirkan banyak generasi dan masih bersama-sama sehingga
sekarang. Itu adalah sebuah cerita keluarga bahagia yang diidam—idamkan manusia
tetapi hanya berlaku pada ulat-ulat manja tadi sahaja. Realitinya, aku tidaklah
segembira mereka.
Pelbagai rawatan telah aku cuba untuk merawat penyakit yang
tidak diketahui suatu masa dahulu. Rawatan menggunakan sirih yang diperkenalkan
oleh Sayza, rawatan ubat antibiotik yang sangat mainstream, rawatan pakar yang
percuma, dan juga bekam muka dan badan. Rawatan itu tidak mendatangkan kesan
positif secara total tetapi mungkin mengurangkan kemeriahan ulat-ulat dalam
muka. Mungkin juga menjadikannya lebih teruk. Tiada siapa yang tahu.
Minggu lepas, aku mencuba alternatif lain, berjumpa dengan
doktor pakar kulit swasta. Swasta bermaksud mahal. Duit. Terpaksa. Perbezaan
yang sangat ketara antara pakar kulit kerajaan dan pakar kulit swasta adalah
servisnya. Bila diingat semula, doktor pakar kulit kerajaan hanya memberi
kenyataan ianya hanya jerawat sahaja. Tetapi doktor pakar kulit swasta, mereka
menggunakan kanta yang sangat besar untuk melihat dengan lebih jelas dan
menggunakan kamera untuk menangkap beberapa keping gambar tempat-tempat
persinggahan ulat-ulat manja tadi dan menyatakan bahawa ianya adalah Sinus atau
dikenali sebagai resdung. Caj yang dikenakan adalah sebanyak RM265; nasihat
doktor pakar beserta ubat.
Dikatakan ada seorang wanita yang tinggal di Saujana Impian
mampu untuk mengubati pelbagai penyakit. Air sebagai medium rawatan. Jadi,
tidak salah untuk mencuba. 2 botol air mineral berisipadu 6L untuk dijampi.
Wanita tersebut menyatakan terlalu banyak ulat-ulat manja berada di muka
lebih-lebih lagi pada ‘t-zone’. Selain itu, aku dikatakan lemah semangat dan
mudah terperanjat. Aku juga sangat sensitif dengan suhu, dan berpeluh walaupun
orang lain tidak berpeluh dalam satu masa. Apa yang aku rasa adalah hampir
kesemuanya betul tetapi aku mudah terperanjat adalah tidak 100% tepat. Mungkin
terperanjat tetapi tidak mudah. Atau betul-betul mudah terperanjat. Aku memang
tak tahu.
Apa yang menggembirakan adalah wanita tersebut mengiyakan
kata-kata doktor pakar kulit swasta. Sebenarnya telah disebut dahulu semasa
berubat di tempat Sayza. Cuma aku kurang yakin masa itu. Jadi, cara lain untuk
mengubati penyakit resdung adalah dengan mengasap muka untuk mengeluarkan
ulat-ulat manja.
Sehingga perenggan atas, telah 409 patah perkataan telah
ditaip tetapi ceritanya ada lagi. Cerita berikutnya adalah berkaitan dengan
emotional breakdown.
No comments:
Post a Comment