09 April 2012

1001 Medications

Ok sekarang nak sambung post lepas. 

1st time jumpa doktor pakar kulit swasta kena bayar rm265 untuk ubat selama 1 minggu. The next monday ada appoinment lagi so terpaksa la pergi. Means duit lagi. Tak apa asalkan muka hensem lepas ni. Doktor tengok-tengok lepas tu bagi ubat untuk 3 minggu. 3 minggu sama dengan banyak ubat. MAHAL!

Aku kena bayar rm604 untuk consult dan medicine. What the fuck?! Tapi itu pun dah dikira murah sebab consult rm65 je, sebelum tu rm100 atau lebih. Lagi satu, ubat mahal tu dijual rm7, kalau tak dia jual rm12. Thanks Dr. Nathan.

Cash aku ada cuma rm350+ lepas tu kat bank islam aku ada 150+. Disebabkan tak xcukup duit, aku bayar rm455 sahaja. Ini juga bermaksud sedikit ubat ditarik balik atau lebih tepat, bahan kimia bernama isotretinoin sebanyak 22 biji ditarik balik. Aku ada 20 biji je tapi sekarang tinggal 6. Nanti nak pergi balik mintak ubat selebihnya. Sebab aku nak pergi ambil balik sebab lepas 3 minggu, doktor tu nak enjek aku. DUIT LAGI! Duit ptptn aku dah habis! Tapi aku sangat teruja nak kena enjek. Enjek collagen ke? 

Lepas tu aku cuba asapkan muka dekat bangunan ekonsave kajang. Ada seorang laki pakai songkok yang nak merawat aku. Ustaz la kot. Doa panjang sangat sampai aku tertanya-tanya bila nak start. Asap masuk hidung, azab! Memang lemas tapi terpaksa kuatkan semangat sebab nak hensem. Lepas tu dia bagi 3 botol pil untuk aku makan lepas tu ada ubat sapu. Jumlah rm170. Eh?

Sebenarnya dia nak bekam aku tapi aku cakap aku tak nak. Bekam dia 1 cup rm15. Masalahnya, cara dia bekam penuh cup dekat belakang badan. Kalau tak silap aku ada teknik untuk bekam. Bukan bekam selagi nampak daging belakang. Assume dekat belakang ada 20 cups, rm300 untuk bekam sahaja. Lebih baik aku bekam dengan member mak aku. Tak ada letak harga pun.

Kembali kepada rm170 tadi. Sebenarnya aku datang berniat nak asap muka je. Tetiba dia bagi aku ubat terus total rm170. Aku dengan abang aku, Nizam sentap sekejap. Tapi lepas tu abang aku bayar duit tu. 
Tiba-tiba aku rasa menyesal pulak buat asap. Sebab apa, sebab lepas makan ubat tu 3 hari, tepi leher aku bengkak pulak. Kelenjar apa tah yang bengkak ni tapi serious benda ni mengganggu aku.

Kesimpulannya, lelaki memakai songkok tadi menjalankan aktiviti hanya mengejar keuntungan untuk menjual produknya sahaja. Teknik memakai songkok dan membaca doa yang panjang sangat berjaya. Aku rasa kalau nak rawat resdung kena masukkan air dalam badan, mesti dia ada produk air yang ajaib untuk dijual. Menyimpulkan kesimpulan ni, rm170 adalah sia-sia belaka.

Pengiraan duit yang telah dibelanjakan untuk rawat resdung:
1st appoinment dengan doktor pakar : rm265
2nd appoinment dengan doktor pakar : rm604 (nanti minta balik ubat yang tertinggal)
air jampi akak saujana impian : rm13.60 (beli air mineral 12L sahaja)
ustaz tamak : rm170
bekam dengan member mak : ratusan ringgit la jugak (banyak kali, sangat berbaloi)
3rd appoinment dan seterusnya : MENAKUTKAN! harap-harap tak mahal.

Roughly duit digunakan untuk buang ulat-ulat manja sehingga sekarang adalah sebanyak rm1050. God! Banyak weh! Tapi buat masa sekarang, muka aku dah nampak makin pulih. Harap-harap kombinasi air jampi dengan ubat doktor yang mahal tu boleh rawat aku seperti yang dihajatkan.

Nanti rasa macam nak cuba beli rokok resdung, asap sendiri atau guna sirih tumbuk biar hancur lepas tu letak dekat hidung. Rasanya tak ada la mahal macam ustaz keparat tu. Ustaz tamak! Kejar duit semata-mata! Dem kau!!

Sorry rumet, shila, suraya. Aku tak boleh nak berfoya-foya dengan korang. Duit dah tak ada. Semua salah ustaz tu!

No comments: