12 April 2012

Battleship : Why?

Banyak darah keliru dipam ke otak semasa menjamah cerita ini menyebabkan harga cerita sedikit jatuh pada aku tapi tak ada la sampai inflasi. Aku nak memancutkan beberapa persoalan setelah menonton filem ini di Golden Screen Cinema Leisure Mall Hall 1 pada pukul 2.45 petang hari khamis. Before that, aku nak ulang tayang cerita dalam bentuk tulisan 2D.

1. Permulaan cerita yang sangat hambar, hampas, dan hampeh. Untuk menjadikan filem ini bergenre action+love story, maka slove story dimainkan dahulu. Hero tackle heroin dengan menggunakan chicken burrito trick. Hero yang tak berapa hensem mencuri masuk dan membeli chicken burrito dekat supermarket sehingga merosakkan sebahagian supermarket sewaktu tamat masa operasi menyebabkan heroin yang agak hot rasa sweet sangat hero tu. Chick tu dapat la jugak CHICKen burrito. Adegan diteruskan dengan heroin baring meniarap di atas hero tanda menentang ajaran agama sebenar. Aku datang bawak anak buah tengok rasa segan pulak tapi biar je la sebab nanti dia akan terdedah jugak dengan adegan dewasa. Tak ada la anak buah aku comolot dengan mana-mana bitch tapi kalau dia buat jugak, itu masalah dia. Kesimpulannya, permulaan yang sia-sia belaka.

2. Liam Neeson adalah perencah kehidupan. Jika Jidin Sengal menambah sedikit Liam Neeson dalam ramuannya, nescaya keuntungan yang diperolehi adalah lebih tinggi daripada jumlah undian Akademi Fantasia yang membenarkan 10 undian dalam satu masa. Gila tamak. Memang hilang la standard (bukan jatuh standard) Liam Neeson nak berlakon dalam Ombak Rindu, Adnan Sempit dan lain-lain. Ok abaikan. Liam Neeson dan creator of Transformers? Dayum! Ia ibarat makan kari ayam bersama-sama ikan masin. Oh god what a perfect meal. Tapi sayangnya watak beliau tak la penting sangat macam A-Team.

3. Before precum, no, before pre-climax, 5 unidentified falling objects jatuh ke lautan pasifik tetapi 1 daripadanya terlanggar satelit dan jatuh ke Hong Kong. My heart goes to the family yang kehilangan ahli keluarganya semasa scene ini dirakam. R.I.P. Pertembungan antara 3 kapal navy dan 3 robot tidak dicetuskan oleh Celcom tetapi tercetus sebab navy nak selamatkan keadaan. Dalam pertembungan yang canggih, 2 kapal navy hancur. It costs millions of dollar for the ships and hero's brother's life. Tak apa dia tak penting pun. Robot alien melepaskan 3 bola-bola api yang selalunya kecil ia menjadi besar. Biar saja aku jadi penggantinya disisimu. Kau yang manis sopan santunmu paling comel dihatiku. Ku tahu kau diluka oleh teman lama~~. 2 bola api menghancurkan lapangan terbang navy dan 1 bola api menghancurkan bandar berhampiran.

4. Pre-climax pula mempamerkan kapal hero menentang 2 robot pada waktu malam. 2 lawan 1 sangat tak adil tapi dengan bantuan direktor yang bias, hero tu menang. Lagi tak adil sebab guna cable. Dem direktor! Lawan menggunakan teknik water displacement. Actually im impressed because i dont know what to expect  from the situation. Menggunakan boya tsunami untuk mengesan kordinat robot alien adalah genius! 2 robot tadi dah kalah tapi ada 1 lagi robot. Berentap pada waktu subuh menggunakan kapal perang baru yang juga merupakan muzium navy dan membawa legend navy yang telah bersara bersama dan mengambil kesempatan ke atas kelemahan alien iaitu allergy cahaya matahari, hero dan pelakon tambahan dikenali sebagai kapten menembak menggunakan sniper terus ke arah pemandu robot dan alien terdedah kepada matahari lalu dibom habis-habisan.

5. Climax pula mengenai perlawanan antara kapal hero robot leader yang super besar. Mengaplikasikan Art of War yang aku tak pernah baca dalam peperangan mereka. Kapal hero mengalihkan cannon ke kanan dan kapalnya pusing ke kiri dan berhenti untuk memberi laluan kepada peluru yang dipancutkan oleh giant alien robot tu. Kapal hero pula menghembuskan segala macam peluru dan bom ke arah robot alien yang besar  dan bertempur lagi. Last-last, meletup jugak kapal alien tu. Ini pun sebab direktor yang sangat bias tu. Kalau tak, kalah punya. Sebelum kapal alien hancur keseluruhannya, sempat melepaskan 3 bola lagi untuk menghancurkan kapal hero tetapi dimusnahkan jet pejuang navy. Kapal hero menghancurkan alien lain yang menghantar signal terus ke planet mereka iaitu planet G.

6. Penamat mesti la tak best. Hero dapat nama, hero dapat heroin. Tu je.

Surprisingly, cerita ni lagi best daripada cerita yang dimomokkan best oleh orang ramai yang sebenarnya tidak seperti Transformers, Harry Potter, Spiderman, Batman, 2012, dan semua cerita yang memusnahkan bumi. Climax yang belum cukup matang lepas tu habis. Siyes potong stim.

Kembali kepada kebingungan yang dialami.

1. Why Rihanna? Sebelum tengok filem ini pun dah kecewa sebab ada Rihanna. Lepas tengok, lagi kecewa sebab tak ada la pandai sangat berlakon. Sempat lagi nyanyi naik bot pegang machine gun. Tak cukup ke video clip Only Girl (In The World)? Lepas ni buat la Only Girl (In The Navy). Semua script beliau sangat tak bermakna dan membosankan kecuali semasa dia mencarut tembak alien dan "boom". Tapi why Rihanna?

2. Why USA? Hong Kong dah tercalar tapi China tak ada kasi respon pun. Cuma ada berita je. Ada karekter mengatakan situasi itu situasi kepupusan manusia. Why USA?

3. Why navy? USA punya defense dikatakan canggih. Mereka ada air force. Mereka ada nuklear. Dalam cerita Transformers, siap ada laser yang boleh tembak robot atas piramid dari jarak jauh. Pun dikatakan mereka ada satelit yang boleh menembak. Why navy je?

4. Why 1 bola api dekat bandar ghaib secara tiba-tiba? Lepas musnahkan highway, tiba-tiba hilang. Cuma ada 2 sahaja yang menyerang kapal hero. Where are you?

5. Why Malaysia? Yes, Liam Neeson ada panggil navy dari Malaysia. Tapi aku tak perasan character tu. Atau aku halusinasi time tu? Tapi aku positif dia sebut Malaysia.

6. Why Sun Tzu's Art of War? Why not Mahathir A Doctor In The House? Lol. <3 Dr. M.

7. Why RM8? Leisure Mall punya student price should be RM7. Aku rugi RM2 harini. RUGI!

2 comments:

arifpaan said...

tahi suci!! aku tengok dekat TGV Mines 13 kot. senggama!

themissingikmal said...

berbaloi kot..tp aku lg berbaloi jimar 5 ringgit..haha